Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: SITI AMINAH BONDA RASULULLAH

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

Awal kalam dengan nama Rabbul Izzati,

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi,

Dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi,

Hadirin sekalian. Di pentas bercerita kita bertemu lagi.

Yang dimuliakan

Tuan pengerusi yang petah berbicara

Panel hakim yang arif sentiasa,

Penjaga masa yang siap siaga.

Tak molek jika ada au tiada lesungnya,

Tak berguna kalau ada dayung tiada sampannya,

Tak lengkaplah cerita kalau tiada ceritanya.

Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ialah Siti Aminah Bonda Rasulullah.

Aminah binti Wahab bin Abdul Bin Zuhra dari keturunan bangsawan .Merupakan
bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani
Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan
mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas

Ingatlah kawan-kawan kita mestilah jauhilah pergaulan bebas yang boleh


merosakkan akhlak serta kehormatan diri supaya hidup kita mendapat keberkatan
dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Firman Allah Surah Al-Isra ayat 32

Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina.Dalam menangani masalah ini


pusat-pusat pemulihan secara Islam banyak ditubuhkan bagi merawat, memulihkan
dan mendidik generasi umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya
kembali ke pangkal jalan.Contohnya Di sabak Bernam Pertubuhan Kebajikan Darul
Islah Selangor yang lebih dikenali sebagai PERKID.
Ya kawan-kaan

Semakin hari semakin dewasa


Siti Aminah Diintai jejaka,
Pemuda hebat Abdullah namanya,
Menjadi rebutan gadis dikota.

Namun hanya Siti Aminah yang menjadi pilihan hatinya.Peminangan dihantar dan
diterima dengan perasaan gembira.Bersatulah Aminah dan Abdullah menjadi
pasangan yang bahagia.

Ya kawan-kawan
Buatlah pilihan yang tepat dalam memilih pasangan.Sepertimana yang telah
dimaktubkan dalam hadis supaya memilih pasangan mengikut empat perkara
harta,keturunan,kecantikkan dan agamanya.Jika memilih agama nescaya kamu
bahagia.

Sepertimana Firman Allah dlam surah Az-Zaariyat ayat 49

Maksudnya: Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu


mengingati kebesaran Allah.

Usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) wajar diberi pujian kerana
menganjurkan Perkahwinan beramai-ramai untuk memberi dorongan dan motivasi
kepada masyarakat supaya meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan memilih
untuk mendirikan rumah tangga melalui ikatan perkahwinan yang sah di sisi hukum
syara.

Ya Kawan-kawan

Abdullah ke syam mencari rezeki.Tiba di yathrib Abdullah telah diambil


ilahi.Tinggalah Aminah seorang diri dalam menempuh kehidupan bersama anak
yang dikandung.

Tinggal aminah seorang diri,


Sedih hatinya tidak terperi,
Bermimpi aneh dalam dirinya,
Ada cahaya menerangi dunia.
Sepanjang kehamilannya beliau sering bermimpi yang anaknya bakal menjadi
pemimpin ummah.
Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 107

Maksudnya: Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan


untuk menjadi rahmat seluruh alam

Kawan-kawan,

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.Didiklah mereka supaya menjadi
orang yang berguna sepertimana remaja autisme Ahmad Zahiruddin bin Zailani
tidak menjadikan kekurangnnya sebagai penghalang untuk menghafal Al-Quran 30
juzuk di usia 20 tahun.

Setelah 3 hari Aminah menyusukan puteranya baginda diserahkan kepada


Halimatus saadiah untuk disusukan dan diasuh mengikut adat masyarakat arab.

Ya kawan-kawan

Setiap wanita yang bergelar ibu pasti menginginkan anaknya berjaya.Contohilah


Tokoh ibu Mithali 2014 Fauziah Ahmad yang berjaya membesarkan dan mendidik
12 orang cahaya matanya menjadi insan yang berjaya dari segi akademik mahupun
rohani.

Menziarahi pusara suami tercinta,


Bersama Muhammad puteranya,
Tiba diAbwa sakit melanda
Ajal pun tiba kembali kepada-Nya

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 185

Maksudnya: Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

Ya kawan-kawan

Marilah kita mencontohi Siti Aminah bonda Rasulullah seorng wanita berhati mulia
serta memiliki akhlak yang terpuji. Allah telah memilihnya untuk menjadi ibu kepada
Rasulullah junjungan kita Muhammad S.A.W.

Kisah istewa telah dipaparkan,


Jadikan ia sebagai pedoman,
Terima kasih hadirin sekalian,
Mengundurkan diri ampun kesalahan.
Wabilahi taufiq wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahiwabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai