Anda di halaman 1dari 8

SOLAT JUMAAT

HUKUM SOLAT JUMAAT


• FARDU AIN
- Lelaki yang cukup syarat-syarat yang ditetapkan
• TIDAK WAJIB
- Wanita dan kanak-kanak
DALIL
• SURAH JUMAAH AYAT 9
SYARAT WAJIB JUMAAT
• ISLAM
• BALIGH
• BERAKAL
• LELAKI
• SIHAT TUBUH BADAN
• MASTAUTIN BUKAN MUSAFIR
SYARAT SAH MENDIRIKAN
JUMAAT
• Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah sesuatu tempat yang telah
ditetapkan
• Mestilah secara berjemaah. Sekurang-kurangnya 40 orang yang terdiri
daripada orang yang bermukim.
• Hendaklah dilakukan dalam waktu Zohor
• Hendaklah Solat Jumaat itu didahulukan dengan 2 Khutbah
SUNAT-SUNAT SOLAT JUMAAT
• Mandi sunat hari Jumaat
• Memotong kuku dan rambut yang Panjang.
• Berhias dengan memakai pakaian yang sebaik-baiknya. Warna yang sebaik-
baiknya ialah warna putih.
• Memakai bau-bauan
• Bersegera ke masjid
• Hendaklah membaca Al-Quran, berzikir, selawat pada hari dan malam Jumaat
UZUR JUMAAT
• Sakit yang sukar untuk ke masjid atau bimbang akan bertambah teruk
sakitnya. Termasuk orang yang merawat.
• Hujan. Jika hujan itu menyebabkan kesusahan untuk pergi ke masjid
untuk Solat Jumaat.
• Orang musafir. Sekalipun waktu Solat Jumaat didirikan ketika dia sedang
berhenti.
• Orang yang sedang bersembunyi kerana takut kepada pemerintah yang
zalim.
NIAT SOLAT JUMAAT
• NIAT SOLAT TAHIYYATUL MASJID.
- Sahaja aku solat sunat tahiyyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taála
• NIAT SOLAT SUNAT SEBELUM JUMAAT
- Sahaja aku solat sunat Jumaat 2 rakaat sebelumnya kerana Allah Taála
• NIAT SOLAT FARDHU JUMAAT
- Sahaja aku solat Fardu Jumaat 2 rakaat makmum kerana Allah Taála
• NIAT SOLAT SELEPAS JUMAAT
-Sahaja aku solat sunat Jumaat 2 rakaat selepasnya kerana Allah Taála

Anda mungkin juga menyukai