Anda di halaman 1dari 29

RUKHSAH SOLAT KETIKA

BERMUSAFIR

Kumpulan 2 :
NURUL HIDAYAH BT HUSSAIN
SYUJA’ATI ILMI BT ABDULLAH
NUR FATHIHA BT MOHD SHAMSUDDIN
RUKHSAH SOLAT

 Kemudahan / keringanan bagi musafir


menunaikan solat secara qasar dan jamak.

 Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam


dapat menunaikan Solat fardhu dalam apa
keadaan sekalipun, di samping membuktikan
bahawa agama Islam yang mengambil
kira kebajikan umat dan bukanlah agama
yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan
Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah
bagi mereka yang bermusafir.
SYARAT PERJALANAN YANG
DIHARUSKAN
 Musafir untuk bertujuan yang baik, bukan bertujuan
melakukan maksiat

 Destinasi yang dituju melebihi 2 marhalah (lebih


kurang 91 km)

 Mengetahui destinasi yang dituju


PENGERTIAN SOLAT JAMAK
 Mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu : Misalnya
mengumpul solat zohor kepada Asar dan
sebaliknya, serta fardhu Maghrib dengan Isyak dan
sebaliknya.

Solat Jamak
Jamak Taqdim Jamak Takhir
- Apabila solat Zohor - Melaksanakan solat
dijamakkan dengan Asar Zohor dan Asar pada
pada waktu Zohor, Solat waktu Asar, solat
Maghrib dan Isyak pada Maghrib dan Isyak pada
waktu Maghrib. waktu Isyak.
SYARAT JAMAK TAKDIM

 Hendaklah dimulai solat pada waktunya yang terdahulu ertinya


lakukan Zuhur daripada Asar dan maghrib drpada Isyak.

 Niat jamak pada solat yg pertama pada permulaan takbiratulihram @


di tengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.

 Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua. Oleh itu, antara
kedua-duanya tidak boleh diselangi oleh pekerjaan dan perbuatan
lain.

 Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wuduk maka


jamaknya tidak batal.

 Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua, tetapi tidaklah


disyaratkan sehingga selesai sempurna.
SYARAT JAMAK TAKHIR
 berniat untuk mentakhirkn solat yang pertama pada
waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
 Berkekalan musafirnya sehingga selesai kedua-dua
solat.
Cara melakukan Jamak Takhir

 Apabila masuk waktu zohor atau magrib, hendaklah


memasang niat hendak mengerjakan s.zuhur pada wktu
asar atau solat mgrib pada wktu isyak
 tidak disyaratkan tertib

 Digalakkan supaya mendahulukan solat Asar dan Isyak


PENGERTIAN SOLAT QASAR

1. Hendaklah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal.


2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk
perjalanan pergi dan balik
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna)
rakaatnya.
4. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat
Qasar.
5. Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram
6. Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat
Qasar.
HAL-HAL BERKAITAN JAMAK DAN QASAR
 Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (ulama-
ulama berbeza pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yg
myatakan 48,56 dan 60 batu), maka dia harus melakukan solat
qasar dan jamak sekali.
 Ertinya boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya
sekali. Walau bagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu
yg berikut:
- Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar
- Menjamakkan dua solat fardu dan qasar
- Menqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat
zuhur, Asar, Isyak dengan dua rakaat yang berasingan.
PERKIRAAN SEBAGAI MUSAFIR

 Tidak kurang daripada 60 batu atau 100km.

 Solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama.

 Tidak boleh berimamkan solat sempurna (tamam).

 Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan brada
di situ selama 3 hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke
sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

 Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jamak takhir hendaklah


berniat lebih awal, jangan sampai waktu hendak akhir baru berniat.

 Perjalanan seorang musafir itu hendaklah tentu dan tahu ke mana arah
tujuan.
CARA MELAKUKAN SOLAT JAMAK TAKHIR
Solat Zohor dan Asar
‫الظه ِْر َج ْم ٍع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ُّ ‫ت َمجْ ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه‬ َ ُ‫• أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال َعصْ ر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
• Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada
Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala
‫ت َمجْ ُم ْو ًعا إِلى ال َعصْ ر َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬ ُّ ‫ض‬
ٍ ‫الظهْر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ْ‫صلِّي فَر‬
َ •
• Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan
solat Asar kepadany Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’


‫ب َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬ِ ‫ت َمجْ ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه ال َم ْغ ِر‬ َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال ِعشـَا ِء اَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada
Maghri Jamak Ta’hir kerana Allah Taala
‫ت َمجْ ُم ْو ًعا إِلى ال ِعشـَا ِء َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْرهلل تعالى‬ ٍ ‫ث َر َك َعا‬َ َ‫ب ثَل‬ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬َ ْ‫صلِّي فَر‬َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
CARA MELAKUKAN SOLAT JAMAK & QASAR

Solat Zohor dan Asar (Taqdim)


‫صر َج ْم َع تَ ْق ِد ْي ٍم هلل تعالى‬ْ ‫صـ ًرا َم ْج ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه ال َع‬ْ َ‫ض الظّ ْه ِر َر َك َعتَ ْي ِن ق‬
َ ‫صلِّي فَ ْر‬َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan
solat Asar kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala
ُّ ‫صـ ًرا َم ْج ُم ْو ًعا إِلى ال‬
‫ظ ْهر َج ْم َع تَ ْق ِد ْي ٍم هلل تعالى‬ ْ َ‫صر َر َك َعتَ ْي ِن ق‬ ْ ‫ض ال َع‬َ ‫صلِّي فَ ْر‬َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada
Zohor Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ (Taqdim)
‫ت َم ْج ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه ال ِعشـَا ِء َج ْم َع تَ ْق ِد ْي ٍم هلل تعالى‬ٍ ‫ب ثَلَ َث َر َك َعا‬ َ ‫صلِّي فَ ْر‬
ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬ َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’
kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
ِ ‫صـ ًرا َم ْج ُم ْو ًعا إِلى ال َم ْغ ِر‬
‫ب َج ْم َع تَ ْق ِد ْي ٍم هلل تعالى‬ ْ َ‫ض ال ِعشـَا ِء َر َك َعتَ ْي ِن ق‬ َ ‫صلِّي فَ ْر‬َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar
dihimpunkan kepada Maghri Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Zohor dan Asar (Takhir)
‫الظه ِْر َج ْم ٍع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ُّ ‫ض ال َعصْ ر َر َك َعتَي ِْن قَصْ ـرًا َمجْ ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه‬َ ْ‫صلِّي فَر‬
َ •
• Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada
Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
‫الظه ِْر َج ْم ٍع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ُّ ‫ض ال َعصْ ر َر َك َعتَي ِْن قَصْ ـرًا َمجْ ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه‬ َ ُ‫• أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
• Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada
Zohor Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Solat Maghrib dan Isya’ (Takhir)


‫ب َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ِ ‫ض ال ِعشـَا ِء َر َك َعتَي ِْن قَصْ ـرًا َمجْ ُم ْو ًعا إِلَ ْي ِه ال َم ْغ ِر‬ َ ُ‫• أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
• Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada
Maghri Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
‫ت َمجْ ُم ْو ًعا إِلى ال ِعشـَا ِء َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْرهلل تعالى‬ ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ َ‫ب ثَل‬ َ ْ‫صلِّي فَر‬
ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬ َ ُ‫• أ‬
• Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan
solat Isya’ kepadanya Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
HUKUM JAMAK SOLAT JUMAAT DENGAN
ASAR
 Orang yang bermusafir tidak wajib solat jumaat dan jika dia solat jumaat
sah jumaatnya dan tidak perlu solat zuhur. Ini adalah ijmak ulama.
Pada hari jumaat juga boleh bagi musafir melakukan solat jamak takdim
atau takhir untuk solat zuhur dan asar.
 ULAMA BERSELISIH TERHADAP HUKUM SOLAT JUMAAT DIJAMAK
DGN SOLAT ASAR KEPADA DUA PENDAPAT:-
 PENDAPAT PERTAMA: Mazhab hambali tidak membenarkan jamak
diantara solat jumaat dengan Asar.
 DALIL MEREKA:
 1. Tidak ada dalil membolehkan, asal bagi hukum ibadat adalah dilarang
kecuali ada dalil.
2. Tidak boleh digunakan hukum qias dalam ibadat. Oleh itu tidak boleh
samakan dengan zuhur.
3. Solat jumaat adalah solat yang berbeza dgn solat zuhur dr segi hukum
hakamnya.
 Ini disebut dlm kitab Kasyaful Qina’ dan Matalib ulun nuha.
 PENDAPAT KEDUA: Jumhur ulama
membenarkan jamak takdim diantara solat
jumaat dengan solat asar.

 Cuma bagi Mazhab Syafie hanya boleh jamak


takdim diantara solat jumaat dan solat asar dan
tidak boleh jamak takkhir dengan melakukan
solat jumaat diwaktu asar. (Majmuk Syarhul
Muhazzab)
 DALIL PENDAPAT JUMHUR

 1. Solat jumaat adalah ganti kepada solat zuhur.


2.Qias Jumaat dengan Zuhur pada jamak takdim
adalah dari bab Rukhas yang dibenarkan oleh
ulama usul fekah.

 KESIMPULAN: Pendapat yang kuat ialah harus


jamak takdim sahaja diantara jumaat dan asar.
Adapun jamak takhir hendaklah diantara solat
asar dan zuhur sahaja.
WATAN ASLI
 Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal
dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau
tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.

sekiranya anda telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak
pindah ke tempat lain, kampung ibubapa anda bukan lagi watan asli anda.
Maka dengan itu anda boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup
syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua anda.

Jika anda belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di
tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli anda adalah tempat
kediaman asal anda iaitu kampung ibubapa anda.

Watan asli anda yang asal berkekalan sehingga anda meninggalkan watan
asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian
menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
PERMASALAHAN JAMAK DAN QASAR
ANDA SUDAHPUN DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH. AKIBAT
KESULITAN SEPANJANG PERJALANAN PULANG MENYEBABKAN ANDA TIDAK
MAMPU MENUNAIKAN SOLAT DALAM PERJALANAN. SEBAGAI CONTOH,
JALAN YANG SANGAT 'JAM' (MUSIM PERAYAAN) YANG BOLEH MENYEBABKAN
TERLUPUT WAKTU SOLAT. ADAKAH DIBOLEHKAN JAMAK DAN QOSAR?

 Dibolehkan anda jamak ta‟khir di rumah

 Dibolehkan JAMAK, bukan JAMAK QASAR. Kerana


jamak qasar tidak „valid‟ apabila anda telah sampai di
rumah.
CONTOH KALAU SAYA PERGI HARI NI, BOLEH KE JAMAK & QASAR KAT
JOHOR TU (2-3 HARI DUDUK SITU SEKEJAP). OR QASAR SAHAJA. ATAU
JAMAK SAJA TANPA QASAR? SAYA NAK SURVEY DULU TEMPAT TU.. JADI
TAK CONFIRM LAGI.

 Kedua-dua soalan ini masih menunjukkan status anda seorang


musafir kerana :-

a. anda tidak berniat untuk menetap disana atau niat bermukim


(Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika
didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna
jika didiami kurang dari setengah bulan.(al-Fiqh al-Islami)).

b. anda tidak tinggal disana dalam tempoh 4 hari 4 malam, atau


lebih.
BAGAIMANA PULA SEKIRANYA SAYA AKAN MEMULAKAN PENGAJIAN,
BERMALAM DI JOHOR 2-3 MALAM SEBENTAR, SEBAB SAYA DUDUK DI KL,
DAN PENGAJIAN HANYALAH BERBENTUK PENYELIDIKAN. YG NI BOLEH
JAMAK/QASAR/JAMAK+QASAR? TAK NAMPAK MACAM BERMUKIM PUN ...
SEBAB SEKEJAP2 SAJA.

 a. Boleh jama‟ dan qasar solat semasa perjalanan apabila keluar dari
sempadan tempat tinggal dan perjalanan tersebut melebihi 96km (2
marhalah)

b. Lebih afdal melakukan qasar solat (tanpa jama‟ bagi solat yang 4
rakaat) apabila berada disana (kerana berada disana kurang 4 hari 4
malam);

c. Boleh juga, jika terdapat kesukaran, jama‟ dan qasar solat semasa
berada disana.

d. Boleh jama‟ dan qasar solat semasa pulang, sebelum sampai di


sempadan tempat tinggal anda.
SESEORANG MUSAFIR BOLEH MELAKUKAN JAMA' DAN QASAR WALAUPUN
TELAH SAMPAI KE KAMPUNG TEMPAT KELAHIRANNYA ATAU TEMPAT IBU
BAPANYA MEMBESAR. ADAKAH SITUASI INI BENAR?

 1. Anda tidak boleh melakukan Jama' dan Qasar sehingga keluar dari tempat anda bermastautin di

Melaka. Semasa didalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Mertajam, anda boleh melakukan Solat

Jama' dan Qasar. Setiba di Bukit Mertajam, rumah ibu dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli atau

tempat anda dibesarkan. Solat ditempat yang sebegini tidak boleh dijama' dan di qasarkan. Anda

hendaklahSolat secara sempurna.

2. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar yang jaraknya lebih dari 89km diperbolehkan anda

melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya anda dirumah mertua anda, Solat tidak lagi boleh di

jama' dan Qasar, kerana rumah mertua anda juga dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli.

3. Perjalanan pulang dari Alor Setar ke Melaka membenarkan anda melakukan Solat Jama' dan

Qasar selagi mana solat tersebut dilakukan sebelum masuk di kawasan tempat anda

bermastautin. Jika sampai dikawasan (mukim) yang anda tinggal, dan anda masih belum

menunaikan solat, maka solat wajib ditunaikam dengan rakaat yang penuh.
 Situasi 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota
Baru. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama,
eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat
untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru
masih menjadi kampung halaman si A, iaitu
digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang
ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar.
KL adalah Watan Iqamah si A.
 Situasi 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru.
Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai
tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat
untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah
menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A
pulang ke kampungnya di Kota Baru, dia BOLEH
melakukan solat qasar. Watan Aslinya KB telah
terbatal.
 Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya
merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan
Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan
Madinah sebagai tanah airnya dan tinggal disana. Mereka telah
membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan
Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka
bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang
musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :

‫أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر‬


“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami
adalah orang yang bermusafir”
Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal
sekarang sebagai watan asli (lihat definasi di tautan dibawah),
maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua),
maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar
solat).
WATAN ASLI
 Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak
pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman
isteri juga adalah watan asli.

 ‫ ويلحق بذلك‬، ‫ سواء أكان في مكان والدته أم في مكان آخر‬، ‫األصلي يتح ّقق عند أغلب الفقهاء باإلقامة الدّائمة على ن ّية ال ّتأبيد‬
ّ ‫أنّ الوطن‬
ّ ‫مكان‬
‫الزوجة‬

 Dalam kes ini, sekiranya anda telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak
pindah ke tempat lain, kampung ibubapa anda bukan lagi watan asli anda. Maka dengan itu
anda boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan
tempat kediaman mertua anda.

Jika anda belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman
sementara, dalam kes ini, watan asli anda adalah tempat kediaman asal anda iaitu kampung
ibubapa saudara.

Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang
asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli
yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
SOLAT JAMA' TA'KHIR DI RUMAH
SOALAN:
BOLEHKAH SAYA MENGQADA'KAN SEMBAHYANG ZUHUR KE DALAM WAKTU ASAR
(JAMA' TA'KHIR) APABILA SAYA TELAH SAMPAI KE RUMAH SAYA. SAYA TIDAK
SEMPAT UNTUK MENJAMA'NYA KETIKA DALAM PERJALANAN KERANA SAYA MENAIKI
BAS. ADAKAH SAH SEMBAHYANG SAYA ITU? JIKA TIDAK BOLEH ADAKAH SAYA
WAJIB UNTUK MENGQADA' SEMBAHYANG SAYA ITU KERANA KEJAHILAN SAYA?

 Jawapan:
Jila seorang musafir sampai di rumahnya sedangkan ia
belum selesai mengerjakan Solat Jama' Ta'khir, setengah
ulama mengatakan dikira solat tunai. Solat itu wajiblah
dikerjakan dengan solat sempurna, jika Zuhur, Asar atau
Isyak empat rakaat tidak lagi boleh diqasarkan. Jika
tertinggalnya solat tersebut kerana halangan tertentu
seperti sukar menemukan tempat solat kerana naik bas
ataupun kapal terbang maka perlulah ia mengqada solat
yang tertinggal tersebut.
TEMPOH MUSAFIR
SOALAN:
BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR BERTERUSAN SELAMA 3
HARI DI RUMAH KELUARGA SAYA KETIKA SAYA MENZIARAHI MEREKA?

 Jawapan:
Tempoh seorang musafir itu diharuskan mengqasar
solatnya apabila sampai ke destinasi yang dituju ialah
tidak lebih dari tiga hari penuh (tidak termasuk hari
ketibaan dan hari berangkat balik). Ini jika sebelum
bertolak ia berniat hendak bermukim di situ selama tidak
lebih dari masa tersebut. Setelah tiga hari, sekiranya ia
melanjutkan lagi tempoh menetap di situ maka wajiblah
solat sempurna, tidak qasar dan jamak lagi.
SYARAT-SYARAT JAMAK TA'KHIR
SOALAN:
BOLEHKAH SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAK TAKHIR KETIKA SAMPAI DI RUMAH
SAYA SENDIRI SELEPAS PULANG MEZIARAHI MEREKA (ZUHUR DI TAKHIRKAN
KEPADA ASAR)?

 Jawapan:
Solat Jamak Ta'khir hanya sah dikerjakan apabila dapat memenuhi
dua syarat yang berikut :-
 1. Berniat hendak menjamakkan kedua-dua solat dalam waktu solat
yang pertama. Apabila berniat hendak menjamakkan solat fardhu
Zuhur dengan solat fardhu Asar dengan Jamak Ta'khir, maka sebaik
sahaja masuk fardhu Zuhur atau masih ada waktu Zuhur berniatlah
dalam hati hendak menjamakkan kedua solat fardhu Zuhur dan Asar
pada waktu Asar nanti. Jika anda tidak berniat demikian sehingga
luput waktu Zuhur, maka anda dikira berdosa dan solat fardhu
Zuhurnya hendaklah di Qada' tidak boleh dijamakkan lagi.
 2. Hendaklah berkekalan masa musafirnya sehingga selesai solat
yang kedua (Asar ataupun Isyak). Jika anda sedang solat dalam
kenderaan (misalnya naik kapal) dan anda mengetahui ketika itu
kapal tersebut telah tiba di tempat anda, maka wajiblah anda
meneruskan solat dengan solat yang sempurna.
WAKTU MULA DIBOLEHKAN SOLAT QASAR
SOALAN:
BILAKAH WAKTUNYA MELAKUKAN SOLAT QASAR, ADAKAH SETELAH PERJALANAN
SEJAUH DUA MARHALAH? BOLEHKAH DIQASARKAN SOLAT SEBELUM PERJALANAN
BERMULA?

 Jawapan:
Waktu dibolehkan kepada seseorang yang ingin bermusafir
mengqasarkan solatnya ialah setelah keluar dari kawasan
kampungnya. Setelah melepasi bangunan terakhir di
kampungnya, di situ barulah ia dibolehkan mengqasarkan
solatnya. Inilah pendapat majoriti ulamak Islam termasuk
imam Asy-Syafii. Pendapat yang mengatakan boleh
mengqasarkan solat di rumah sebaik sahaja seseorang itu
berniat hendak musafir adalah pendapat yang dikemukakan
oleh imam Ata'.
 Walaubagaimanapun pendapat imam Atta' ini sangat lemah
dan ditolak oleh majoriti ulama. Dengan ini dapatlah
disimpulkan menurut majoriti ulama masa yang dibolehkan
mengqasarkan solat ialah selepas seseorang itu keluar dari
kampung halamannya dengan melepasi bangunan terakhir di
kampungnya itu.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai