Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 2

LAPORAN REFLEKSI

REFLEKSI 1

Assalammualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan Tamadun Islam dan
Tamadun Asia 1(TITAS). Saya Nurul Qistina binti Md Hanapiah sangat berbesar hati kerana
tugasan yang diberikan telah berjaya saya siapkan dengan sempurna. Kesemua ini tidak akan
berlaku jika pensyarah, suami serta keluarga tidak memberi sokongan, dorongan dan juga
kata-kata semangat kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas selesai
tugasan ini sangat menarik kerana tidak saya sangka bahawa saya telah melakukannya
dengan baik. Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan juga menghantar
tugasan ini tepat pada masanya. Namun begitu terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi semasa melakukan tugasan. Contoh masalah yang saya hadapi adalah kekangan waktu
untuk menyiapkan tugasan ini kerana terhalang dengan waktu kerja dan juga internet. Pada
awalnya saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu faham
dengan kehendak soalan. Selepas sahaja diterangkan oleh Puan , saya akhirnya dapat
memahaminya sedikit demi sedikit. Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk mencari
pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam tugasan saya. Tambahan pula, saya tidak
mempunyai asas untuk mata pelajaran ini. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah yang
telah banyak membantu saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya.
Beberapa gambar yang telah diperolehi daripada Google Scolar dan telah saya selitkan
sebagai rujukan. Pada mulanya tugasan ini nampak susah pada saya untuk disiapkan. Namun
berkat doa suami, ibu bapa dan juga pensyarah saya telah berjaya melakukannya dengan baik.
Tugasan ini akhirnya berjaya saya siapkan. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya pensyarah saya iaitu Puan
REFLEKSI 2

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Tamadun Islam dan Tamadun
Asia1(TITAS) ini saya telah menerima banyak ilmu yang berguna dan baik untuk diri saya
untuk kegunaan masa hadapan. Saya telah membuat banyak rujukan dan perbincangan
bersama rakan-rakan dan ianya membuatkan saya lebih mendalami ilmu ini serta dapat
memahami tentang sejarah tamadun-tamadun asia dan Islam secara terperinci. Saya juga
mula merasakan kepentingan matapelajaran ini terhadap diri saya. Hal ini adalah kerana saya
dapat belajar asal usul dan juga perkembangan tamadun dalam pelbagai agama. Contohnya
pada tugasan ini dikhususkan kepada Tamadun China. Walaupun pada mulanya saya kurang
ilmu tentang tamadun ini, namun selepas membuat beberapa rujukan. Saya sudah mula
mengetahuinya dengan baik. Ini membuatkan saya menjadi teruja dalam meniliti dan
membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai. Kerana ilmu ini akan digunakan pakai
sehingga ke hari tua. Dengan adanya ilmu di dada, ilmu yang baru lagi mantap ini dengan
izin Allah s.w.t. Saya akan praktikkan dengan sebaik mungkin. Saya yakin ilmu-ilmu ini
penting untuk diceritakan kepada anak muda yang bakal mentadbir negara satu hari nanti

Anda mungkin juga menyukai