Anda di halaman 1dari 6

Solat Qasar

Pengertian

Sembahyang qasar bererti memendekkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar). Sembahyang yang boleh diqasarkan adalah sembahyang Zuhur, Asar dan Isyak. Dalil yang mengsyariatkan sembahyang qasar adalah Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.[1]

Hukum solat qasar


Harus berdasarkan kepada dalil berikut: i.Al-Quran surah al-Nisa ayat 101 yang bermaksud;

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

Yala bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan? Lalu beliau menjawab, Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekahNya (Riwayat al-Nasai dan Abu Daud)

Syarat solat qasar


1.Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara 2.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer/56 batu) 3.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram. 4.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna). 5.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Cara solat qasar


1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.

2. Lafaz niat adalah seperti berikut ;

(Sahaja aku solat zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala)
)

(Sahaja aku solat asar dua rakaat qasar kerana Allah taala)
)

(Sahaja aku solat isyak dua rakaat qasar kerana Allah taala)

Solat jamak
Solat Jamak Taqdim
Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat solat Jamak Taqdim


o Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya yang dikira solat kedua. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram. Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf. Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu

o o o

Cara melakukan solat jamak taqdim

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya) 2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua. 3. Contoh lafaz niat Solat Jamak Taqdim:


(Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya jamak taqdim kerana Allah )


(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah taala)

Solat Jamak Takhir


Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar

Syarat jamak takhir

1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib). 2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Cara melakukan jamak takhir

1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib) 2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama. 3. Contoh lafaz niat Solat Jamak Takhir:


(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Takhir kerana Allah Taala)


(Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan solat Zohor kepadanya Jamak Takhir kerana Allah taala)

Solat zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar


(Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar

kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah taala)


(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya kepadanya Jamak Taqdim kerana Allah taala)

Solat Zohor dan Asar Jamak Takhir dan Qasar


(Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor Jamak Takhir kerana Allah Taala.)


(Sahaja Aku solat fardhu Isya4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib Jamak Tahir kerana Allah Taala.)

Anda mungkin juga menyukai