Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

Mukadimah v
1. Solat Sunat Wuduk 1
2. Solat Sunat Rawatib 3
• Sunat Muakkad 3
• Sunat Ghairu Muakkad 4
• Sunat Qabliah Zohor 5
• Sunat Ba'diah Zohor 6
• Solat Sunat Asar 7
• Solat Sunat Maghrib 7
• Solat Sunat Isyak 8
• Solat Sunat Subuh 9
3. Solat Sunat Israq 12
4. Solat Sunat Dhuha 14
5. Solat Sunat Zawal 17
6. Solat Sunat Awwabin 18
7. Solat Sunat Witir 21
8. Solat Sunat Tahajud 24
9. Solat Sunat Tasbih 28
10. Solat Sunat Istikharah 32
11. Solat Sunat Mutlak 35
12. Solat Sunat Tahiyatul Masjid 36
13. Solat Sunat Hari Raya 37
14. Solat Sunat Gerhana 42
15. Solat Sunat Istisqa' 44
16. Solat Sunat Nikah 47
17. Solat Sunat Ihram 49
18. Solat Sunat Tawaf 50
19. Solat Sunat Tarawih 55
20. Solat Sunat Jumaat 57

iii
21. Solat Sunat Taubat 59
• Solat sunat taubat (cara 1) 59
• Solat sunat taubat (cara 2) 60
• Solat sunat taubat (cara 3) 60
• Solat sunat taubat (cara 4) 61
22. Solat Sunat Hajat 63
• Solat Sunat Hajat (cara 1) 63
• Solat Sunat Hajat (cara 2) 65
• Solat Sunat Hajat (cara 3) 65
• Solat Sunat Hajat (cara 4) 66
• Solat Sunat Hajat (cara 5) 68
• Solat Sunat Hajat (cara 6) 69
23. Solat Sunat Musafir 71
• Solat Perhentian Musafir 71
• Solat Kudum 72
24. Solat Sunat Asyura 73
25. Solat Sunat Lailatul Qadar 74
26. Solat Sunat Rejab 76
27. Solat Sunat Tolak Bala 77
28. Solat Sunat Syukur 79
29. Solat Sunat Memudahkan Roh Keluar 80
30. Solat Sunat untuk Kebaikan 82
31. Solat Sunat Fajar 83
32. Solat Sunat Masuk ke Rumah Baru 85
33. Solat Sunat Berpindah Rumah 87
34. Solat Sunat Tetap Iman 88
35. Solat Sunat Harian 90
36. Amalan pada Bulan Rejab 98
37. Amalan pada Bulan Syaaban 101
38. Amalan pada Bulan Ramadan 105
39. Amalan pada Bulan Syawal 109
40. Doa serta Amalan pada Bulan Zulhijah 112
41. Doa dan Wirid Harian 116
• Zikir dari Al-Quran 116
42. Zikir dari As-Sunnah 123

iv
Mukadimah

q
I badah solat mempunyai beberapa tingkat keutamaan. Ting-
kat yang paling tinggi adalah ibadah solat fardu. Antara be-
berapa solat fardu, solat subuh merupakan yang paling utama.
Lebih-lebih lagi jika ia dilakukan secara berjemaah.
Para ulama fikah menyatakan bahawa solat sunat yang paling
afdal adalah solat sunat hari raya Aidil Adha. Kemudian diikuti
oleh solat hari raya Aidil Fitri, solat sunat gerhana matahari,
solat sunat gerhana bulan, solat sunat istisqa' dan sunat witir.
Kenyataan ini dinyatakan secara tertib dalam Sabilal Muhtadi
oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.
Pada zaman Rasulullah S, para sahabat sangat cemburu dan
berasa iri hati melihat Baginda banyak melakukan amalan
sunat. Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukan-
nya. Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun
hikmahnya disembunyikan oleh Allah . Antara fadilat solat
sunat adalah sepertimana yang terdapat dalam sabda Baginda
S yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan solat sunat sebanyak dua


belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah  akan

v
membinakan untuknya mahligai di dalam syurga.” (Hadis
riwayat Muslim)

Perlu juga diingatkan kepada pembaca budiman yang cintakan


kepada amalan kebaikan dan mengerjakan ibadah sunat ini ba-
hawa tidak semua solat sunat yang dinyatakan dalam buku ini
diambil ataupun perbuatan daripada Sunah Nabi kita yang
mulia, tetapi terdapat juga amalan dinyatakan dalam buku ini
dirujuk hasil daripada amalan para ulama dan para kekasih
Allah.
Mungkin tidak jelas mengapa dinamakan dengan solat-solat
sunat tertentu tetapi kebaikan yang dirasakan para ulama,
dengan menyusun secara sistematik amalan sunat tersebut,
dapat memudahkan orang awam bahkan bersungguh-sungguh
menambah amalan sunat mereka, Insya-Allah. Sabda Baginda
S:

“Perbanyaklah bersujud. Kerana tidaklah kamu bersujud


(walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu
darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan dari-
mu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan para hamba-


Nya yang taat serta rajin melakukan amalan sunat dengan
penuh keimanan dan dimasukkan ke dalam golongan orang-
orang yang soleh. Allah berfirman, maksudnya:

“Barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan keba-


jikan, maka itulah yang lebih baik baginya.” (Surah al-
Baqarah: 184)

vi
SOLAT SUNAT WUDUK

A pabila kita mahu bersolat sama ada fardu, sunat ataupun


membaca al-Quran, kita terlebih dahulu diperintahkan
agar membersihkan diri dengan cara yang disyariatkan iaitu
berwuduk.
Rasulullah S pernah menyebut bahawa apabila seseorang itu
berwuduk dan percaya kepada janji Allah , maka gugurlah
dosa-dosa kecilnya bersama titisan air wuduk. Demikianlah
perasaan orang-orang Mukmin sekiranya dosa-dosa mereka
diampunkan. Maka sebagai tanda terima kasih, digalakkan kita
mendirikan solat sunat wuduk. Sebaik sahaja selesai berwuduk,
berdoalah:

ً‫ك َ ُٰل َوأَ ْش َه ُد أَ ان ُُمَ امدا‬ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ ‫َ ْ َ ُ َ ْ َ هَ ا‬


ِ ‫أشهد أن َل ِإٰل ِإَل اهلل وحده َل‬
‫َشي‬
ْ ْ‫اج َعل‬ْ َ َْ ‫ْ َْ ْ َ اا‬ َ ُُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ
‫ِن ِم َن‬ ِ ‫و‬ ‫ْي‬ ‫اب‬
ِ ‫و‬ ‫اتل‬ ‫ن‬ ‫م‬ِ ِ ‫ِن‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫اج‬ ‫مهلل‬ ‫ ا‬.‫عبده ورسوٰل‬
ْ
.‫ال ُمتَ َط ِّه ِريْ َن‬
“Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad
itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya. Ya Allah! Jadikan aku
dari golongan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku
dari golongan orang yang suci.”

1
Kemudian bersegeralah mendirikan solat sunat wuduk dengan
berniat:

َ ََ ْ َ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ َ ‫ُ َ ِّ ْ ُ ا‬
ِ ‫أصِّل سنة الوضو ِء ركعت‬
ِ ِ ‫ْي‬
.‫هلل تعاَل‬
"Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah
Taala."

2
SOLAT SUNAT RAWATIB

K ita diwajibkan mendirikan solat lima waktu sehari sema-


lam iaitu fardu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Di
samping itu terdapat solat-solat sunat yang dianjurkan kita
melakukannya sebagai mengiringi solat fardu tersebut. Inilah
yang disebut solat sunat rawatib.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa solat rawatib inilah
yang lebih afdal berbanding solat sunat lain kerana ia
mengiringi solat fardu. Solat sunat rawatib terbahagi kepada
dua iaitu sunat muakkad dan sunat ghairu muakkad.

SUNAT MUAKKAD
Kita digalakkan mengerjakannya agar mendapat ganjaran yang
besar daripada Allah . Terdapat sepuluh rakaat semuanya
yang mengiringi solat fardu.
Kecuali fardu asar, iaitu:
1. Dua rakaat sebelum dan sesudah fardu zohor.
2. Dua rakaat sesudah fardu maghrib.
3. Dua rakaat sesudah fardu isyak.
4. Dua rakaat sebelum fardu subuh.

3
SUNAT GHAIRU MUAKKAD
1. Dua rakaat sebelum dan sesudah fardu zohor. (Bermakna
bagi solat zohor terdapat sunat muakkad dan ghairu muak-
kad sebelum dan sesudahnya. Jika dilakukan, semua-nya
berjumlah lapan rakaat).
2. Empat rakaat sebelum fardu asar dengan dua salam.
3. Dua rakaat sebelum fardu isyak dan dua rakaat selepasnya.
(Bilangan ini juga lain daripada sunat muakkad yang telah
disebutkan di atas).

KAIFIAT MENDIRIKANNYA
Setelah sempurna mengambil wuduk dan mengerjakan solat
sunat wuduk, hendaklah kita duduk dengan tenang menantikan
muazzin melaungkan azan (sekiranya kita sedang berada di
masjid ataupun di surau).
Sebagaimana kita mengosongkan hati dan fikiran daripada
memikirkan urusan dunia tatkala hendak menunaikan solat far-
du, maka begitu jugalah sikap kita apabila hendak menunaikan
solat-solat sunat.
Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin menyatakan bahawa
solat yang tidak khusyuk itu tidak sah dan bermakna ia tidak
diterima oleh Allah  walaupun solat sunat. Lebih-lebih lagi
solat fardu.
Ada ulama mentafsirkan maksud firman Allah  ini:

َ ُ َُ َۡۡ َ ُ ُۡ َ ‫ذ‬
َ ٰ َ ‫ون ذ‬
٣ .‫ب ويقِيم ٱلصلوة‬ِ ‫ٱَّلِين يؤمِنون بِٱلغي‬

Anda mungkin juga menyukai