Anda di halaman 1dari 7

Punca-punca (Causes) yg menyebabkan masalah kegemukan

- Faktor stress/tekanan
- Faktor keturunan
- Ibu bapa tidak menyediakan makanan yg sihat
- Tidak bersukan/bersenam
- Tidak mengamalkan pemakanan seimbang
Cara menjaga kesihatan diri
- Mengamalkan pemakanan seimbang(piramid makanan)
- Bersukan/Melakukan aktiviti riadah
- Mendapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
- Menjalani pemeriksaan kesihatan
Cara menjaga kebersihan diri
- Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari
- Mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan
- Menggosok gigi dua kali sehari & menjalankan pemeriksaan gigi dua kali setahun
- Mengamalkan tabiat memotong kuku sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Memakai pakaian yang bersih, mencuci pakaian sekurang-kurangnya sekali dua
hari.
Cara menjaga kebersihan alam sekitar
- Mendidik melalui kempen
- Menyertai aktiviti sukarelawan
- Mengamalkan kitar semula
- Menanam pokok
- Menggunakan air secara berhemah
Kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar
- Ekosistem menjadi stabil
- Menarik pelancong
- Demi kelangsungan hidup generasi akan datang
- Kesihatan manusia terjamin
- Habitat flora dan fauna terpelihara
- Menjamin bekalan sumber alam
Cara-cara membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan
Cara-cara menjadi seorang murid yang cemerlang
- Belajar bersungguh-sungguh
- Menumpukan perhatian dalam kelas
- Mengulang kaji secara berterusan (连续的)
- Bijak menguruskan masa (membuat jadual waktu)
- Sentiasa bersikap positif
- Menggunakan sistem pembelajaran yg efektif
- Mengambil kelas tambahan untuk subjek-subjek lemah
- Membuat pembelajaran secara berkumpulan
Faedah/Kebaikan/Usaha/Kepentingan menabung
- Simpanan untuk masa hadapan (masa kesusahan, semasa sakit, menampung
perbelanjaan eg.melanjutkan di uni)
- Agar tidak menjadi boros & membazir wang
- Mengurangkan beban ibu bapa
- Dapat menjadi contoh teladan kepada anak
- Tidak perlu merayu orang lain untuk mendapatkan wang
- Menabung boleh dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan.
- Bak kata pepatah, malang tidak berbau.
- Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Faedah/Kebaikan/Membaca
- mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara
- meningkatkan perbendaharaan kata/menambahkan ilmu pengetahuan
- membantu kita untuk memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih cepat
- Mengisi masa lapang
- Membantu kita untuk menjadi seorang insan yang berguna
Cara-Cara Untuk Menghargai Warga Tua
- Meluangkan masa bersama warga tua
- Melaksanakan kempen penghargaan warga tua
- Menyambut hari warga emas/mengadakan majlis hari lahir mereka
- menggunakan nada suara yang rendah semasa berbual-bual
- mengadakan aktiviti melancong
Faedah melancong dalam negara: https://tinyurl.com/5t2n4av3
For more visit: https://tinyurl.com/2s3aphjn & https://tinyurl.com/w3um7wda
Syarahan Manfaat Amalan Menabung
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-
rakan dan hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Manfaat Amalan
Menabung”.

Hadirin yang dihormati,


Amalan menabung merupakan satu amalan yang mulia. Kita perlu memupuk sikap berjimat
cermat sejak kecil lagi. Amalan menabung boleh dikatakan seperti menyediakan payung sebelum
hujan. Terdapat banyak cara untuk menabung seperti menyimpan wang di dalam bank atau tabung.
Sebenarnya, ibu bapa perlu mendidik anak berjimat cermat sejak kecil lagi. Kita perlulah
merancang segala perbelanjaan harian dengan berhati-hati. Kita haruslah berbelanja wang saku
dengan cermat agar tidak membazir wang untuk membeli barang yang tidak diperlukan.
Amalan menabung boleh menjadikan kita lebih berdisiplin. Sebahagian kecil wang saku boleh
disimpan ke dalam bank dan tabung untuk membantu kita pada masa kesusahan dan kecemasan.Bak
kata pepatah, malang tidak berbau. Kita tidak dapat menjangka perkara yang akan berlaku pada
masa hadapan. Sekiranya, kita ditimpa kesusahan, kita boleh menggunakan wang simpanan agar
tidak perlu meminta atau merayu orang lain.

Hadirin sekalian,
Kos pendidikan akan meningkat sekiranya kita menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Demikian, kita dapat menggunakan wang simpanan untuk menampung kos pendidikan
dan membeli barang keperluan tanpa membebankan ibu bapa. Sebelum mengundurkan diri, saya
ingin menegaskan bahawa amalan menabung mempunyai banyak faedah. Oleh itu, jadikanlah
menabung sebagai satu amalan yang akan menguntungkan kita pada masa hadapan. Marilah kita
menabung sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Sekian, terima kasih.

Syarahan Membaca Jambatan Ilmu


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-
rakan dan hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Membaca Jambatan Ilmu”.

Hadirin yang dihormati,


Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Amalan membaca boleh menjadikan
kita mempunyai minda yang sihat dan positif. Amalan membaca sangat berfaedah kepada kita.
Sebenarnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat banyak faedah apabila kita mempraktikkan
amalan membaca.
Menerusi amalan membaca, kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan
di luar negara. Sebagai contoh, berita yang disiarkan di surat khabar adalah terkini dan meliputi
seluruh negara. Dengan ini, kita tidak dianggap “seperti katak di bawah tempurung”. Amalan
membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dan boleh membantu kita dalam pembelajaran.
Kita dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Oleh itu, kita boleh
menjadi seorang yang berilmu pengetahuan.

Hadirin yang dikasihi,


Amalan membaca boleh meningkatkan perbendaharaan kata kita. Perbendaharaan kata kita
akan bertambah dengan membaca. Kita dapat meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi
secara lisan ataupun bertulis.
Kesimpulannya, amalan membaca memberi banyak faedah kepada kita. Oleh itu, jadikanlah
amalan membaca sebagai satu amalan yang akan menguntungkan kita pada masa akan datang.
Marilah kita mengamalkan amalan membaca dari sekarang kerana membaca jambatan ilmu.
Sekian, terima kasih.
Rumusan
Setiap rumusan mestilah mengandungi empat perenggan yang terdiri daripada :
1. Pendahuluan
2. Isi-isi tersurat
3. Isi-isi tersirat
4. Kesimpulan
* Pelajar perlu menulis jumlah patah perkataan pada akhir rumusan
( ? patah perkataan)
PENDAHULUAN:
- Mengambil kata kunci yang terdapat dalam arahan atau tajuk bahan grafik
- Dibina dengan cara:
(Bahan grafik) + menunjukkan + (tajuk pada bahan grafik)
Eg. Graf garisan menunjukkan jenis bahan bacaan pelajar Kelas Wawasan.
Pendahuluan harus disusun dalam satu perenggan sahaja dan dibina dalam satu ayat
ISI TERSURAT:
Jumlah isi tersurat: 8
ISI TERSIRAT:
Isi tersirat tidak terdapat dalam bahan grafik dan perlu berkaitan dengan bahan
grafik
Aspek yang boleh ditulis dalam isi tersirat :
- Cara-cara mengatasi/langkah
- Sebab-sebab/punca/faktor
- Kebaikan/faedah/kepentingan
- Kesan-kesan (baik & buruk)
Isi tersirat ditulis bergantung pada arahan soalan
KESIMPULAN:
Dibina dengan cara: suggestion
Kesimpulannya, ( pihak yang terlibat) haruslah (cadangan) agar/ supaya ( harapan )
X X___(bahan grafik) __ menunjukkan _____ ( kehendak soalan ) __________.

X X Antara ____( kehendak soalan ) ___ ialah __ ( isi 1 ) __.


Seterusnya, ________________________ ( isi 2 ) ____________.
Selanjutnya, ________________________( isi 3 ) ______________.
Berikutnya, ________________________ ( isi 4 ) _________________.
Selain itu, ________________________ _( isi 5 ) _________________.
Akhir sekali, _______________________ ( isi 6) __________________.

X X________ ( idea isi tersirat ) ____ ialah ________ ( isi 1 ) ________.


Di samping itu, ___________________________ ( isi 2 )
____________.

X X Kesimpulannya, ___ ( pihak berkaitan )___ perlu ______ ( cadangan ) ___


_____ supaya/agar _____________ ( harapan ) ____________.
(? patah perkataan)

Pihak yg terlibat:
- pihak kerajaan,
- pihak swasta (非政府),
- pihak sekolah,
- masyarakat,
- ibu bapa,
- pelajar/remaja,
- pihak berkuasa polis

1. Pada pendapat kamu, mengapakah perokok tidak dibenarkan merokok di tempat awam?
-Pada pendapat saya, perokok tidak dibenarkan merokok di tempat awam kerana boleh mencemarkan
udara. Selain itu, merokok di tempat awam juga boleh membahayakan kesihatan orang lain.
2. Pada pendapat kamu, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga alam sekitar?
- Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga alam sekitar adalah
dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Selain itu, kita juga tidak boleh melakukan
pembakaran secara terbuka kerana boleh mencemarkan udara.
3. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu?
- Pada pendapat saya, kita perlu mematuhi peraturan jalan raya semasa memandu supaya tidak
berlaku kemalangan jalan raya. Selain itu, kita juga boleh menjaga keselamatan diri dan orang lain
ketika berada di jalan raya.
4. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain?
- Pada pendapat saya, cara untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain adalah dengan
mengamalkan budaya kunjung-mengunjung semasa hari-hari perayaan. Selain itu, kita juga boleh
melakukan aktiviti gotong-royong bersama jiran untuk membersihkan kawasan perumahan kita.
5. Pembelajaran secara dalam talian menjadi antara medium penting di antara murid dan guru bagi
meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan pandemik yang mengancam negara.
Pada pandangan anda, apakah kebaikan yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian?
- Kebaikan yang diperoleh daripada pembelajaran dalam talian ialah murid boleh mengakses
maklumat pada bila-bila masa supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain
itu, pembelajaran secara dalam talian dapat membantu mengurangkan penularan virus ini kerana
tidak berlaku pembelajaran secara bersemuka. Seterusnya, guru dan murid dapat meningkatkan
kemahiran penggunaan teknologi secara optimum kerana secara tidak langsung pelbagai kemahiran
ICT perlu diaplikasikan untuk memastikan PdPR berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai