Anda di halaman 1dari 14

Bahasa Melayu Penulisan UPSR- contoh idea penulisan FAKTA

Salam semua.
Sy share cara menjana idea murid utk menulis karangan lengkap menggunakan teknik ACK (Aku Cinta
Kamu). Sebut je perkataan cinta tu,amboiii budak2 ni kembang kempis jadinya..mudah sangat
ingat...jadi...kalau mudah diingati ,maka mudah la utk jana idea terutama soalan karangan jenis fakta
bahagian C serta membuat ulasan bahagian B BM kertas 2 ya.Memang sangat2 membantu.

Ok,jd perincian formula ACK begini:


Aku -Apa
Cinta-Cara/contoh
Kamu-Kesan

Cara Menjaga Kesihatan Diri


pd(pendahuluan)
rujuk soalan/tajuk
idea
1. Apa-Menjaga kebersihan diri
cara/contoh -Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari/gosok gigi/,mandi bersabun,potong kuku
kesan -anggota badan bersih-terhindar drp penyakit.

2. Sentiasa memakai pakaian yang bersih.


-tukar baju selepas mandi/elak memakai semula baju yang sudah dibasahi peluh
-elak bau/ kuman/bakteria -jangkitan pada kulit

3. Membuat senaman bagi mengeluarkan peluh.


-berjoging
-Ini boleh melancarkan perjalanan darah dalam badan/elak obesiti
-badan cergas otak cerdas

4. Makan makanan seimbang


-rujuk piramid makanan
-makanan berkhasiat,bdn sht

5. Minum air masak


-sekurang2nya 8 gls sehari
-bdn rasa lbh cergas /elak dehidrasi

6. Tidur yang cukup


-8 jam sehari utk kanak2
-tidak mengantuk/ lbh tumpuan dlm kls/semasa belajar.

7.berjumpa doktor secara berkala


-sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
-dpt mengetahui tahap kesihatan .mencegah lbh baik drp mengubati.

pt(penutup)
perasaan/harapan/kesimpulan

Cara-cara untuk Menjadi Pelajar Cemerlang/ Menceritakan tentang Rahsia Kejayaan dalam UPSR
pd-rujuk tajuk/soalan

idea
1.membuat jadual waktu belajar
-jadual khas -agihan subjek/masa belajar dan bermain
-lebih berdisiplin dan masa belajar serta bermain yang teratur

2. Banyak membaca dan merujuk


-buku nota /buku rujukan-rujukan internet
-pengetahuan bertambah
-membaca jambatan ilmu

3. Selalu membuat ulangkaji


-pergi ke perpustakaan/ulangkaji pada waktu lapang
-lebih memahami apa yang telah dipelajari
4. Banyak membuat latihan
-latih tubi soalan
-lebih mahir

5. Menumpukan perhatian sepenuhnya ketika belajar


-jangan bercakap /fokus kpd apa yang diajar oleh guru
-cepat faham dan kuasai apa yg dipelajari

6. Rajin bertanya jika bermasalah


-berani /terus bertanya guru/rakan
-tidak stres/ rasa tertekan dengan masalah/perasaan lebih seronok

7. Belajar berkumpulan bersama rakan-rakan


-bina kumpulan belajar 3-5 orang
-dapat berbincang/bertukar idea/tidak bosan

8. rajin berusaha/Sentiasa membina sikap diri yang positif/tidak putus asa


-rajin, tabah, bersemangat, bersungguh-sungguh.
-lebih bersemangat/di mana ada kemahuan,di situ ada jalan/kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat
sagunya.

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

Cara Mengurangkan/Mengatasi salah Laku/Masalah Disiplin Pelajar

pd-rujuk soalan/tajuk
idea 1. Kawalan ibu bapa/sekolah/masyarakat
-pantau aktiviti anak-anak
-mencegah salah laku anak-anak/mencegah lebih baik daripada mengubati

2. Banyakkan aktiviti kokurikulum


-Unit beruniform/kelab dan persatuan/sukan dan permainan
-masa diisi dengan kegiatan yang berfaedah

3. Beri didikan agama secukupnya


-melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
-tapak/asas yang kukuh utk menjalani kehidupan yang mencabar

4. Wujudkan keluarga penyayang


-luangkan masa bersama keluarga
-anak-anak rasa lebih dihargai dan disayangi

5. Peranan media
-melalui iklan/kempen dsb
-memberi pengetahuan kpd kanak2/remaja

6. Penerapan nilai-nilai murni dalam pelajaran


-simuasi /motivasi sebelum PdP
-murid lebih berdisiplin

7. Ketatkan peraturan yang sedia ada


-adakan peraturan/denda
-murid lebih berhati2 dan menjaga tingkah laku

8. Menyertai program motivasi diri


-anjuran NGO/Unit Bimbingan dan Kaunseling
-membentuk jati diri murid terbaik

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

Faedah Kelas Tambahan Di Sekolah


pd-rujuk soalan/tajuk
idea

1. Mendapat lebih banyak maklumat


– waktu persekolahan biasa terhad/kelas terancang
-murid lebih cemerlang

2. Mengukuhkan pemahaman tentang sesuatu pelajaran


-latihan tambahan
-pemahaman murid bertambah-pelajaran lebih menyeronokkan

3. Suasana pembelajaran lebih selesa


– kurang gangguan, pakaian sukan, boleh berbincang semasa kelas
-pembelajaran lebih berkesan

4. Peluang berjaya lebih cerah


– latihan banyak,/pendedahan tentang teknik menjawab pun banyak
-dapat aplikasi pengetahuan dalam peperiksaan-kejayaan

5. Jimat wang
– bayaran yang rendah/tiada bayaran dikenakan oleh guru di sekolah
-duit boleh digunakan untuk keperluan lain.

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum


pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah


-unit beruniform/kelab persatuan/sukan permainan
-elak gejala yang tidak sihat

2. Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelajaran


– melalui aktiviti persatuan /kawad kaki/berkhemah
-pengetahuan luas melalui pengalaman dlm aktiviti

3. Meningkatkan kemahiran dalam sukan –permainan


-latihan semasa aktiviti/bimbingan oleh jurulatih
-menempa kejayaan di peringkat yang lbh tinggi

4. Memupuk/membentuk nilai-nilai murni


–kepimpinan,bantu-membantu,bekerjasama
-menjadi murid yang berketerampilan

5. Murid aktif kokurikulum


-sijil penghargaan/wakili sekolah/daerah/negeri dalam aktiviti yang dianjurkan
– mudah ke sekolah berasrama penuh

6. melahirkan murid yang seimbang


-perkembangannya dari segi mental, jasmani dan emosi
-murid berketerampilan dan berkebolehan/menjadi murid contoh

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

Faedah Komputer

pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Mudah memproses maklumat


– boleh dikeluarkan semula apabila dikehendaki
-kerja menjadi lebih mudah dan jimat masa

2. Murid boleh belajar sendiri di rumah


–menggunakan komputer/maklumat di hujung jari
-pembelajaran menyeronokkan

3. Mudah mendapatkan maklumat


– melalui internet – tidak perlu baca banyak buku
-carian lebih pantas-jimat masa

4. Senang berhubung
– mel elektronik(email) dll.
-erat silaturahim/hubungan lebih mesra

5. Mendapatkan hiburan
- terdapat permainan komputer / boleh tonton cerita/filem
-hilangkan stres/lebih seronok

6. Terhindar daripada kegiatan tidak sihat


-keluar rumah,bercampur budak nakal
-mudahkan ibu bapa memantau anak-anak di rumah

7. meluaskan ilmu pengetahuan


-maklumat di hujung jari
-tidak menjadi spt katak di bawah tempurung

pt-perasaan/harapan/kesimpulan

Faedah Bersukan
pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. menyihatkan badan
-badan berpeluh apabila bersukan
-badan cergas otak cerdas

2.elakkan obesiti
-bersenam dapat turunkan berat badan/kawal berat badan
-elakkan penyakit

3. Memupuk sikap bekerjasama dalam suatu pasukan


-sukan bola sepak
-dapat mencapai kejayaan bersama-sama

4. Boleh meningkatkan kemahiran dalam sesuatu bidang sukan yang diminati


- Contoh- bola sepak
-menempah kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi

5. Mudah mendapat pekerjaan sekiranya kita berkemahiran tinggi dalam suatu bidang sukan
-tawaran kerja
-kehidupan lebih terjamin

6.isi masa lapang dengan perkara berfaedah /elak tabiat sedentari


-bersukan pada waktu lapang/tidak hanya menonton tv/tidur sahaja
menghargai kesihatan badan /masa itu emas

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

Pentingnya Berjimat Cermat Ketika Berbelanja/Faedah Menabung


pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Berlatih tidak boros


– beli yang penting sahaja
-elakkan pembaziran

2. Boleh menabung
-sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit / simpan di bank
-kegunaan masa depan

3. Melatih diri berdikari


-beli keperluan sendiri hasil berjimat-cermat
– tidak menyusahkan ibu bapa untuk membeli sesuatu

4. menjadi contoh
– orang lain akan mengikut amalan yang mulia ini.
-lebih dihormati dan disegani

5. Boleh membantu diri/ibu bapa


- ketika kecemasan/kesempitan wang
-tidak perlu meminjam/berhutang drp orang lain/tidak akan terbeban

pt-harapan/persaan/kesimpulan

Faedah Membaca
pd-rujuk tajuk/soalan

idea

1. Menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang


-membaca buku Sejarah,agama dll
-pengetahuan berkembang/tidak menjadi katak di bawah tempurung

2. mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu pelajaran


-membuat rujukan/bacaan luas
-menjadi lebih cemerlang

3. Memperbaiki penguasaan / penggunaan bahasa –menambah kosa kata


-buku2 cerita/ilmiah
-penulisan bertambah mantap

4. Dapat mengisi masa lapang


-baca novel dll buku
-masa tidak disia-siakan/masa itu emas

5. Mengetahui isu semasa


- membaca akhbar
-tidak ketinggalan/dapat mengetahui perkembangan semasa

6. Mendapat hiburan
-cerita lecu/ unsur kecindan dalam cerita yang dibaca
-hilangkan stres

7.mendapat pengajaran
-/ cerita-cerita bermoral
-panduan dalam kehidupan seharian
yang baik jadikan pedoman,yang buruk jadikan sempadan

pt-harapa/perasaan/kesimpulan
KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERUMPULAN
pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Suasana yang kondusif
– tidak terlalu formal
-selesa dan tenang

2. Dapat berkongsi ilmu bersama rakan yang lain


- pelbagai idea dapat dikongsi bersama
– suasana pembelajaran lebih menarik./idea bertambah

3. Memupuk semangat bekerjasama


-saling membantu/rakan yang lebih pandai membantu rakan lain yang kurang arif
-cemerlang bersama-sama

4. Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.


-perbincangan kumpulan
-tidak membazir masa/masa itu emas

5.tidak mudah bosan


-belajar bersama/ada rakan berbual/berbincang
-senang ingat ttg pelajaran/pembelajaran lebih menarik

6.jimat masa menelaah


-pembahagian topik dengan rakan
-masa lain dapat diisi untuk topik/subjek lain

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG


pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Dapat memupuk semangat kerjasama
-kerja beramai-ramai
-muafakat membawa berkat
-bagai aur dengan tebing

2. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


-bertegur sapa semasa aktiviti
-lebih mesra dan saling mengenali

3.ringankan kerja/kerja lebih cepat


-agihan kerja/kawasan kerja
-jimat masa
-berat sama dipikul,ringan sama dijinjing

4. Kebersihan kawasan persekitaran terpelihara.


-bersih longkang./menebas semak samun dll
-dapat elakkan haiwan berbisa bersarang/longkang tersumbat dll-banjir kilat

5. Terhindar daripada wabak penyakit seperti Denggi


-bersih kawasan-tiada tempat pembiakan nyamuk aedes
-penduduk setempat lebih sihat

5. Mengisi masa lapang


-aktiviti hari minggu/cuti
-masa tidak disiakan/pengisian aktiviti kampung dengan perkara berfaedah

6. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. terutama anak-anak/generasi muda


-kerjasama,bantu-membantu,menjaga kebersihan
-ibu bapa sebagai model teladan anak-anak
melentur buluh biarlah daripada rebungnya

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM


pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin
– mengikut peraturan yang telah ditetapkan
-kemudahan terpelihara/elakkan vandalisme/hargai kemudahan bersama

2. Mengetatkan undang-undang
– mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
-orang awam lebih berhati-hati/lebih bertanggungawab

3. Peka dengan keadaan kemudahan awam


– melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.
-wujud masyarakat prihatin

4. Mengadakan kempen Sayangi Kemudahan Awam


-melalui media massa dan media sosial
-wujud/timbulkan kesedaran di kalangan orang ramai

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

CARA MENGISI MASA LAPANG


pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Membaca bahan bacaan


– surat khabar – buku – majalah
- menambah pengetahuan/membaca jambatan ilmu

2. Bersukan
– beriadah
– menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas

3. Melakukan hobi yang berfaedah


– mengumpul setem
-masa tidak disiakan-masa itu emas

4. Melayari internet
– mencari maklumat bermanfaat
-luaskan pengetahuan/berguna untuk pelajaran

5. Membantu ibu bapa


– mengemas rumah – bergotong-royong
– meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU / ORANG TUA


pd-rujuk soalan/tajuk

idea
1. Menolong ibu bapa / guru / orang tua ketika mereka memerlukan
-membawa buku/angkat barang dll
-rasa prihatin

2. memenuhi harapan ibu bapa


-belajar bersungguh-sungguh
--ibu bapa gembira

3. Tidak mengabaikan ibu bapa / guru / orang tua


-menjaga mereka ketika sakit
-merasa mereka lebih dihargai dan disayangi

4. Sentiasa berakhlak mulia


– patuh/taat/tidak bercakap kesat
-syurga di bawah tapak kaki ibu/ menjadi anak soleh

5. Sentiasa mendokan kebahagiaan ibu bapa / guru / orang tua.


-doakan yang terbaik untuk mereka
-kehidupan lebih bermakna

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR


pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Mengitar semula bahan buangan


-seperti kertas/kaca/plastik/aluminium
– alam sekitar terpelihara/tiada pencemaran

2. Mengetatkan undang-undang
-akta /denda
-tindakan lebih terkawal dan berhemah

3. Mengadakan kempen kesedaran


-kempen cintai alam sekitar dll
-wujud kesedaran orang ramai ttg alam sekitar

4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah


-tanaman hidroponik/projek taman semula/1 pokok 1 murid
– memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR


pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Menambah pengalaman baru


– suasana lawatan
-banyak berjalan luas pengalaman

2. Mengeratkan hubungan
-sesama rakan – guru – keluarga
-hubungan lebih mesra

3. Menambah ilmu pengetahuan


-tempat-tempat yang dilawati
– meluaskan pengetahuan sedia ada
4. Mengisi masa terluang
-aktiviti lawatan-semasa cuti/hujung minggu
-masa terisi dengan baik/masa itu emas

5. Memudahkan proses pembelajaran


– suasana lebih selesa dan menarik
-belajar daripada pengalaman lebih berkesan/pengalaman guru yang sangat baik

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

CARA BERJIMAT CERMAT


pd-rujuk soalan/tajuk

idea

1. Membuat senarai semak perbelanjaan


– sebagai panduan ketika berbelanja
-tidak berbelanja mengikut kehendak hati/lebih berhemat

2. Menabung
-tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
– dapat digunakan ketika kecemasan

3. Mengutamakan barangan keperluan berbanding kehendak


– tidak membazir
-dapat simpan duit

4. Bersikap sederhana
– membeli barangan yang bersesuaian dengan pendapatan
– mengutamakan kualiti berbanding jenama.
-menjadi pengguna yang bijak

5.membandingkan harga barangan sebelum membeli


-melihat senarai harga sebelum membeli
-kurangkan kos/tidak tertipu dengan harga barang yang berbeza untuk barang yang sama

6.tutup suis lampu dan kipas bila tidak digunakan/tiada dlama kelas/semasa hndk keluar
-jimat elektrik
-jimat duit /bil

pt-harapan/perasaan/kesimpulan

LAPORAN DOKUMENTASI SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU
MAHKOTA.

Pada hari isnin, 17 Mei 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota telah mengadakan majlis
sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2016. Sambutan tersebut diadakan
di Dewan Sri Mahkota dan dataran perhimpunan.

Semua murid dan guru telah berkumpul di Dewan Sri Mahkota pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh ketua murid sekolah
iaitu Mohamad Hafizan bin Zulkefli. Dalam ucapannya, ketua murid mewakili semua murid menyampaikan
ucapan selamat hari Guru dan ucapan terima kasih buat guru-guru, serta mendoakan mereka. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan ucapan oleh pengetua sekolah. Sambutan hari guru ini dirasmikan oleh Encik Haji Awang
selaku NYD PIBG pada kali ini. Majlis kemudian digamatkan dengan persembahan nyanyian lagu tema hari guru
dan lagu "Kami Guru Malaysia" dan seterusnya bacaan ikrar hari guru yang diketuai oleh Ustaz Zamrul.
Majlis kemudian diteruskan dengan acara sukaneka yang bermula pada pukul 9.30 pagi. Guru-guru dan
murid-murid menyertai pelbagai acara seperti membaling bola boling menggunakan buah kelapa, tarik tali,
pertandingan menganyam ketupat terbanyak antara guru-guru perempuan dan sebagainya. Suasana begitu
meriah dengan sorakan padu yang diberikan oleh murid murid untuk guru-guru kesayangan mereka. Murid-murid
juga dibekalkan bungkusan makanan sambil melihat acara-acara yang sedang berlangsung. Aktiviti yang
dijalankan berjalan dengan lancar dan meriah sekali.

Setelah usai acara sukaneka, murid-murid dan guru berkumpul kembali ke dewan bagi menyaksikan
persembahan oleh pelajar yang terlibat dalam persembahan pentas. Mereka memberi sepenuh tenaga dalam
mempersembahkan persembahan mereka dengan baik. Persembahan seperti mendeklamasikan sajak, nyanyian
buat guru, persembahan koir, tarian dan tayangan montaj yang dibuat oleh kelas terpilih. Guru-guru juga tidak
lupa memeriahkan majlis dengan membuat persembahan nyanyian.

Majlis sambutan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan acara pemberian cenderamata daripada
murid kepada guru masing-masing dan pertukaran hadiah antara guru. Para pelajar beransur pulang manakala
guru-guru dijamu dengan jamuan makan setelah majlis tamat.

Laporan disediakan oleh,


Nzrul
Mohamad Nazrul Bin Azim.
Setiausaha,
Sambutan Hari Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota.

Laporan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Pada 16 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Seri Selamat telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah. Sambutan ini disertai oleh semua guru dan murid.
Tujuan utama sambutan ini adalah untuk menghargai jasa guru dan sumbangan guru yang telah diberikan
kepada murid-murid. Acara dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Perak. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Selamat membacakan perutusan Hari Guru daripada Menteri
Pelajaran Malaysia.
Sepanjang sambutan ini diadakan, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah persembahan koir guru
lagu Guru Malaysia, meyampaikan hadiah, sukaneka dan sebagainya. Persembahan juga turut diadakan oleh
murid tahap 1. Persembahan ini mendapat sambutan yang sangat meriah.
Kemudian, acara sukaneka antara murid tahap 2 dengan guru-guru. Pelbagai sukaneka telah diadakan.
Antaranya ialah tarik tali, tiup belon, isi air dalam botol dan bermain bola tampar. Selepas acara sukaneka tamat,
jamuan untuk guru disediakan. Sambutan Hari Guru 2012 adalah sambutan yang paling meriah sebelum ini.
Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh, 20 Mei 2012.

Fatin Nadhirah
(FATIN NADHIRAH BINTI MUHAMAD SAAD)
Setiausaha Sambutan Hari Guru,
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.
Laporan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada 16 Mei 2012, Sekolah Kebangsaan Seri Selamat telah mengadakan Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah. Sambutan ini disertai oleh semua guru
dan murid.
Tujuan utama sambutan ini adalah untuk menghargai jasa guru dan sumbangan guru yang telah
diberikan kepada murid-murid. Acara dimulakan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Lagu Negaraku
dan Lagu Negeri Perak. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Selamat membacakan perutusan Hari
Guru daripada Menteri Pelajaran Malaysia.
Sepanjang sambutan ini diadakan, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya ialah persembahan
koir guru lagu Guru Malaysia, meyampaikan hadiah, sukaneka dan sebagainya. Persembahan juga
turut diadakan oleh murid tahap 1. Persembahan ini mendapat sambutan yang sangat meriah.
Kemudian, acara sukaneka antara murid tahap 2 dengan guru-guru. Pelbagai sukaneka telah
diadakan. Antaranya ialah tarik tali, tiup belon, isi air dalam botol dan bermain bola tampar. Selepas
acara sukaneka tamat, jamuan untuk guru disediakan. Sambutan Hari Guru 2012 adalah sambutan
yang paling meriah sebelum ini.
Sekian,terima kasih.

Disediakan oleh, 20 Mei


2012.

Fatin Nadhirah
(FATIN NADHIRAH BINTI MUHAMAD SAAD)
Setiausaha Sambutan Hari Guru,
Sekolah Kebangsaan Seri Selamat.

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah


Kebangsaan Seri Tualang
Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu.
Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan
- temasya sukan kali yang ke-10
- diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2
- sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir
- khemah didirikan dan dihias
- papan markah dipasang
- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3
- cuaca pagi temasya sangat baik
- penonton memenuhi ruang tempat duduk
- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar
- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat
- merasmikan temasya

Perenggan ke-4
- acara sukan dilangsungkan
- berjalan lancar dan teratur
- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula
- larian 400 meter menjadi acara kemuncak
- acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah
-
Penutup
- rumah kuning johan keseluruhan
- temasya tamat
- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **
Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10.
Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemah-
khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu
meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengah-tengah
padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian
depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu
bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat
Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil
bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan
lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam
kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi,
semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah
disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini
tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan
yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010

..............................................................
(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

CONTOH LAPORAN BERFORMAT


FORMAT KARANGAN JENIS LAPORAN

Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau
dilihat.
Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami.

Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butir-butir


yang munasabah atau lojik.

Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan,
sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat.

Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah
ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha.
Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasai, dan dialami serta kesan lawatan
terhadap pembelajaran.

Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan.


Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Tajuk Laporan : Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan
digariskan atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-
tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang.

Isi Laporan : Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

Pengakuan pelapor : Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.

Tarikh : Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor.

Tandatangan pelapor : Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor : Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor : Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh
tanda koma di hujungnya . Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

Laporan Hari Sukan di Kolej Vokasional Kuala Krai

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Kolej Vokasional Kuala Krai telah mengadakan
Hari Sukan. Acara yang diadakan pada hari Rabu, 25 Jun 2014 disertai oleh semua pelajar
KVKK dan semua guru penasihat.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

Acara bermula pada pukul 8:00 pagi bertempat di Padang Kolej Vokasional Kuala Krai.
Pada pagi itu, kesemua peserta beratur mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke
padang. Kesemua peserta bersiap sedia untuk mengambil bahagian semua acara.

Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara 100m,200m,400m,4x100m.


Selain itu, acara lontar peluru, lompat tinggi, lompat jauh dan lain-lain lagi turut
dipertandingkan. Suasana hari tersebut begitu gemilang, riuh-rendah dan meriah dengan tepukan
dan sorakan para penonton. Majlis diserikan dengan upacara penyampaian hadiah yang menjadi
acara kemuncak.

Sebelum acara berakhir, Pengerusi Majlis mengumumkan keputusan temasya sukan


pada hari tersebut. Johan keseluruhan bagi acara sukan tahunan sekolah jatuh kepada rumah
Wira (Biru), Naib Johan pula disandang oleh rumah Waja (Hijau) manakala rumah Sateria
(Kuning) mendapat tempat ketiga dan akhir sekali rumah Saga (Merah).
Akhirnya, Tuan Pengarah mengumumkan cuti sehari pada 26 Jun 2014 iaitu pada
hari Khamis. para peserta tidak penat dan sedih malah mereka berasa gembira kerana
memenangi pada acara sukan semasa hari tersebut.

Dilaporkan Oleh, 26 Jun 2014

Ali lutifi

(ALI LUTIFI BIN OTHMAN LUTIFI)

Anda mungkin juga menyukai