Anda di halaman 1dari 15

Panduan Mengarang Karangan Jenis Fakta

 Karangan fakta tidak mempunyai format yang khusus.

 Karangan jenis ini meminta murid memberikan pendapat, saranan dan penghujahan terhadap
sesuatu tajuk.

 Sebelum menulis, fahami kehendak soalan kerana karangan jenis ini memerlukan fakta yang
bersesuaian dengan isu yang diperkatakan.

 Karangan perlu ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah dan tepat elakkan penggunaan
bahasa yang berbunga – bunga. Walau bagaimanapun, penggunaan peribahasa atau kata – kata
hikmat yang sesuai dan berkaitan dengan perkara yang diperkatakan adalah digalakkan.

 Setiap isi perlu diketengahkan dengan jelas dan jitu.

 Setiap perenggan memerlukan isi yang berlainan dan murid perlu menghuraikan isi terlebih
dahulu, barulah disusuli huraian yang berbentuk contoh dan kesan. Setiap ayat perlu ada kaitan
seperti contoh di bawah.

Salah satu kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah kita boleh membentuk sifat kepimpinan
dalam diri. [Contoh] Contohnya, kita akan berpeluang menyandang jawatan dan mengetuai kumpulan
atau pasukan.[Kesan] Kesempatan ini akan melatih kita untuk belajar menyediakan diri menjadi
pemimpin pada hari muka.

 Huraian isi serta contoh perlu dinyatakan bagi menyokong isi utama dalam karangan.

 Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan idea dalam
karangan.
Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Konsep cemerlang:-

1. cemerlang akademik - pencapaian cemerlang dalam peperiksaa

2. cemerlang kokurikulum - penglibatan, perkhidmatan / sumbangan, kepimpinan

3. cemerlang disiplin - patuh peraturan, tepat masa, tugas selesai

4. cemerlang sahsiah - sopan santun, boleh dipercayai, bertanggungjawab

Isi-isi:

 fokus/beri perhatian semasa di dalam kelas

 pandai mengurus masa dengan baik - bahagi masa untuk belajar, berehat, beriadah - kehidupan
seimbang

 aktif dan sihat - badan sihat, otak cerdas

 pandai berdikari - tahu tanggungjawab, tidak perlu disuruh/dipaksa untuk belajar/menyiapkan


tugasan sekolah

 sentiasa bersiap sedia - mengulang kaji pelajaran - tidak menunggu hingga saat-saat akhir

 mempunyai target/matlamat harian dan bulanan untuk berjaya

 patuh dan taat kepada ibu, bapa, guru dan suruhan agama

 sentiasa memberi pengaruh yang baik/positif kepada kawan-kawan

Soalan:
Anda ingin menulis sebuah rencana yang akan dimuatkan dalam majalah sekolah anda. Tajuk rencana
itu 'Disiplin Asas Kejayaan Pelajar'. Tulis rencana itu.

Pengenalan:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa disiplin penting bagi seseorang pelajar - tulang belakang untuk
mencapai kejayaan - disiplin dalam diri perlu dipraktikkan sepanjang masa.
Isi-isi:

 Mengikut segala peraturan sekolah – menjadi pelajar baik/contoh - melicinkan proses


pengajaran dan pembelajaran, tidak terlibat dengan sebarang salah laku – melatih diri supaya
menggunakan masa yang terluang di sekolah dengan baik – contoh: ulangkaji, pergi ke
perpustakaan.

 Mendisiplinkan diri ketika di dalam kelas - mengikut segala pengajaran guru dengan penuh
tumpuan dan penelitian – fokus di dalam kelas – bertanya sekiranya tidak faham

 Mendisiplinkan diri ketika di rumah - menyediakan jadual belajar yang munasabah dan
mematuhi jadual berkenaan dengan tekun dan gigih - menyiapkan segala tugasan yang
diberikan oleh guru dalam jangka masa yang diberi - menyediakan nota dan mengulang kaji –
tidak mengamalkan sikap membuat kerja di saat – saat akhir – elakkan menangguh sesuatu
tugas

 Mendisiplinkan diri ketika bersama rakan - rakan - menjaga pergaulan - membataskan diri agar
tidak terlibat dengan gejala negatif/tidak sihat seperti merokok, lepak, ponteng sekolah dan
dadah/pil khayal - bijak menggunakan akal fikiran - jauhi rakan-rakan yang boleh bawa pengaruh
buruk

 Mengawal diri dan tingkah laku secara keseluruhan - mengikut segala ajaran agama, patuh dan
taat pada nasihat ibu bapa & guru, belajar menghargai diri sendiri

Penutup:
Disiplin membolehkan seseorang pelajar menuju ke arah kecemerlangan dan menjadi seorang insan
yang sempurna - pilihan terletak dalam tangan sendiri - sudah terbukti - hanya dengan disiplin yang
tinggi sesebuah kejayaan akan dapat dicapai.

*Jangan lupa gunakan peribahasa yang sesuai ketika mengolah isi-isi karangan.
Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

 mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan
tamadun - setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang
negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

 mengambil iktibar daripada peristiwa lalu - supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang
dahulu

 dapat memperoleh banyak pengajaran - peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku


mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat

 menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat - belajar
menghayati erti kemerdekaan

 menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara
kita daripada dijajah - sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi
pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita

 menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum - penduduk Tanah Melayu yang terdiri
daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat
kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta - kestabilan negara
bergantung kepada perpaduan masyarakat

 mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat
Kilau, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman - hargai keringat para pejuang
silam

 menambah pengetahuan dalam diri - segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam
kehidupan sehari-hari - tidak buta sejarah - dapat tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara
kita - bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

 membuka minda pelajar agar bersyukur - belajar menghargai kesenangan dan kemewahan
yang dinikmati hari ini
Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Pendahuluan

- Aktiviti kokurikulum mendatangkan banyak faedah kepada murid/pelajar - terutama sekali dalam
pembentukan sahsiah

Isi - isi

Dapat menonjolkan bakat dan kebolehan seseorang murid/pelajar melalui aktiviti yang disertai. [Berikan
contoh yang sesuai - Kelab Muzik/Pancaragam - menyerlahkan kemahiran pelajar bermain alat muzik]

Berpeluang belajar sesuatu yang baru dan menarik setiap hari. [Contoh - mempelajari teknik ikatan tali
dalam Persatuan Pengakap dan pertolongan cemas melalui Persatuan Bulan Sabit Merah.]

Menyihatkan badan - menyertai aktiviti kokurikulum yang berbentuk permainan - menjadikan badan
lebih cergas [Beri contoh]

Melatih murid/pelajar agar lebih berdisiplin - menyertai kelab & persatuan - mereka perlu mematuhi
peraturan dan perlembagaan sesuatu persatuan atau kelab - turut belajar mentaati perintah ketua -
belajar menerima arahan

Memupuk semangat bekerjasama - aktiviti kokurikulum yang dijalankan kebiasaannnya memerlukan


penyertaan ahli pasukan secara berkumpulan - belajar menyesuaikan diri dengan ahli-ahli lain demi
menjayakan sesuatu aktiviti.

Menanam sikap saling menghormati sesama ahli pasukan - menghargai peranan setiap ahli
Menonjolkan bakat kepimpinan dalam diri - memegang jawatan dalam persatuan dan kelab [Berikan
contoh] menerapkan nilai tanggungjawab dalam diri - menyediakan pelajar agar dapat menjadi
pemimpin di masa akan datang.

Menyemai keyakinan dan keberanian dalam diri pelajar - perlu percaya pada diri masing-masing dalam
mengendalikan sesebuah persatuan atau kelab.

Pelajar dapat memanfaatkan masa sebaiknya - melakukan perkara yang lebih berfaedah - tidak terdedah
dengan anasir yang tidak sihat.

Penutup

- Menyertai aktiviti kokutikulum - aktiviti yang sihat dan mendatangkan pelbagai kebaikan - melahirkan
insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Kebaikan dan Keburukan Belajar di Luar Negara

Pendahuluan
Semua pelajar mempunyai hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara - satu
pencapaian yang boleh dibanggakan - ada kebaikan dan keburukan

Isi-isi untuk kebaikan belajar di luar negara


Dapat melihat negara orang - mengenali budaya dan cara hidup - berpeluang melancong
ke tempat-tempat menarik semasa tinggal dan belajar di sana

Boleh mempelajari kepakaran negara luar - belajar di luar negara, kita berpeluang melihat
cara mereka bekerja, kepakaran mereka - dapat bawa balik kepakaran yang dipelajari
untuk dimanfaatkan di Malaysia

Mengumpul pengalaman yang cukup berharga - berpeluang mengenal sejarah sesuatu


tempat - melihat sisa tinggalan sejarah

Dapat belajar hidup berdikari - belajar hidup sendiri tanpa bergantung - mengurus
kehidupan seharian

Isi-isi untuk keburukan belajar di luar negara


Sukar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru serba asing - belajar di tempat
baru - suasana lain, bahasa lain

Boleh mengalami kejutan budaya - kehidupan di Malaysia jauh berbeza dengan


kehidupan di luar negara - terpengaruh dengan budaya asing yang buruk - yang
bercanggah dengan norma kehidupan kita

Taraf hidup yang tinggi - terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung kehidupan di
sana - memenatkan

Terpaksa berjauhan daripada keluarga - jarang dapat berjumpa - tidak dapat balik semasa
perayaan - rindu pada keluarga - boleh mengganggu prestasi pelajaran

Penutup
Belajar di luar negara - peluang keemasan yang tidak seharusnya disia-siakan - ada baik
buruknya - kita harus bijak menangani keadaan - harus manfaatkan peluang yang ada
sebaiknya.
Faedah Bersukan

 menyihatkan badan - berpeluh - menjadikan tubuh lebih cergas - merangsang minda yang
cerdas

 memupuk semangat kerjasama - sukan yang melibatkan pasukan memerlukan kerjasama -


merancang strategi bersama-sama - perlukan persefahaman

 memupuk perpaduan - bersukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama

 mendisiplinkan diri - berlatih dengan gigih untuk mahir dalam satu-satu acara sukan, belajar
mematuhi peraturan permainan

 dijadikan sebagai aktiviti masa lapang

 dapat beriadah dan menghilangkan tekanan

 bersukan bersama ahli keluarga atau kawan-kawan - dapat mengeratkan hubungan

Kerangka Karangan - Faedah dan Kebaikan Bersenam

Pendahuluan
- apa itu bersenam - aktiviti fizikal yang boleh mengeluarkan peluh
- selalunya dilakukan pada waktu pagi atau petang
- kelas pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga ada aktiviti bersenam.

Isi-isi (Kebaikan & Faedah)

 boleh menyihatkan tubuh badan - apabila bersenam badan akan mengeluarkan peluh -
perpeluhan dapat menyingkirkan sisa toksin dalam tubuh - selain itu dapat mengawal suhu
badan kita - kita akan jadi lebih sihat

 dapat bantu mengawal berat badan/mengatasi masalah obesiti - bersenam akan meningkatkan
metabolisme badan, bakar lemak - maka bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau
mengawal berat badan

 meningkatkan stamina diri - apabila kerap bersenam - badan akan betah melakukan aktiviti-
aktiviti fizikal - tidak mudah penat - lebih cergas dalam menjalankan aktiviti harian

 otak menjadi cerdas - apabila kerap bersenam - minda akan menjadi lebih cerdas - dapat berfikir
dengan baik - penting untuk murid/pelajar - dapat memikirkan idea-idea yang tuntas & bernas
 sebagai aktiviti riadah - dapat menenangkan fikiran - bersenam boleh melegakan tekanan atau
stres - apabila aktiviti ini dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga - dapat
mengeratkan hubungan sesama mereka

Penutup

- banyak manfaat yang kita dapat dengan bersenam - banyak kesan positif yang dapat kita nikmati

- lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari - dua atau tiga kali seminggu

- bersenam demi kesihatan atau cara hidup yang lebih sihat

- 'badan cergas, otak cerdas'


Kepentingan Pemakanan Seimbang

Pendahuluan:
Pemakanan / diet seimbang -sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan
oleh tubuh pada kadar yang betul - sesuai bagi tubuh untuk menjalankan fungsinya - penting untuk
jamin kesihatan individu

Isi-isi:

 Pengambilan makanan seharian perlu mengikut 'piramid makanan' - panduan kumpulan


makanan yang membolehkan seseorang mengamalkan diet yang seimbang - membantu
membentuk tabiat pemakanan yang sihat

 Pengambilan gizi makanan yang seimbang - sangat penting - nutrien yang cukup perlu untuk
membina tubuh, bina sel baru, tisu yang rosak- tanpa pemakanan seimbang, tumbesaran
terbantut/terencat
 Setiap makanan yang diambil dalam diet harian perlu mengandungi nutrien yang diperlukan
oleh badan - memberi tenaga - contoh: karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral -
saiz hidangan - ikut piramid makanan dan turut mengambilkira gaya hidup dan aktiviti harian
individu - cara pemakanan individu yang aktif dengan individu yang kurang aktif berbeza - perlu
tahu untuk pilih makanan yang sesuai

 Kekurangan sebarang nutrien boleh mengakibatkan kesihatan terganggu - mengamalkan diet


yang tidak betul boleh mengancam kesihatan - mengundang risiko penyakit kronik

Penutup:
Pemakanan seimbang penting untuk membina tubuh, memberi tenaga dan menjamin sertamengekalkan
kesihatan

Kepentingan Amalan Tolong-Menolong

sesuatu pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih mudah - berganding bahu ibarat aur dengan tebing

 menjimatkan masa dan tenaga - kerja yang dilakukan cepat siap

 menjimatkan belanja - jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong (tolong-
menolong), tidak perlu membayar upah pekerja, katering atau kos penyediaan makanan, kos
pembinaan balai raya/surau di kawasan kediaman dapat dijimatkan jika penduduk saling
menolong membinanya.

 memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan - belajar bekerjasama, bertoleransi dan bergaul
mesra dengan anggota masyarakat

 mengikis sifat mementingkan diri

 mengeratkan silaturahim/hubungan sesama anggota masyarakat

 mewujudkan perpaduan kaum - masyarakat hidup harmoni - saling membantu tanpa mengira
warna kulit, bangsa atau agama

 meringankan beban orang lain - golongan yang senang akan membantu golongan yang susah -
kesejahteraan dan keharmonian dapat dikekalkan.
Kerangka Karangan - Usaha-usaha untuk Meningkatkan Semangat Kejiranan

Pendahuluan:
Beri definisi 'jiran - semangat kejiranan semakin luntur - terutamanya di bandar - tidak mempedulikan
antara satu sama lain - ambil langkah-langkah yang wajar untuk menyuburkan kembali semangat
kejiranan

Isi-isi:

 Mengadakan aktiviti gotong - royong - jiran-jiran dapat berkumpul dan bekerjasama -


bersepakat dalam memastikan kebersihan, keindahan dan keselamatan tempat tinggal - dapat
kenal-mengenal antara satu sama lain - kenal hati budi

 Mengadakan majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan sesuatu perayaan - menguatkan


silaturrahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat - berpeluang
bertanya khabar dan bergaul mesra dengan lebih dekat - majlis sebegini mampu mendekatkan
ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi

 Menganjurkan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat setempat - jiran-jiran dan ahli keluarga akan turut serta melibatkan diri dalam
aktiviti ini - kemesraan bukan sahaja terjalin antara orang dewasa, malah kanak-kanak juga -
hubungan yang erat sesama jiran dapat diwujudkan - secara tidak langsung menimbulkan sifat
prihatin dan perasaan ingin membantu antara satu sama lain

 Menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan dan
pertubuhan - contoh: Rukun Tetangga, Pertubuhan Khairat Kematian - persatuan atau
pertubuhan mestilah melibatkan semua penduduk sebagai ahli - bertujuan untuk menjaga
kebajikan ahli - saling mengambil berat

 Menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat - ziarah jiran yang


sakit/uzur - mengambil tahu akan masalah dan kesusahan mereka

Penutup:
Perlu terus memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk - sikap mementingkan diri sendiri
perlulah dihindarkan/dikikis - semangat kejiranan perlu sentiasa dipelihara - agar masyarakat dan negara
aman harmoni.
Kerangka Karangan - Langkah-langkah untuk Menjaga dan Meningkatkan Tahap Kesihatan

Pendahuluan

 Kesihatan amat penting dalam menjamin kesejahteraan dan keceriaan individu - tanpa
kesihatan yang sempurna, hidup tidak akan bermakna meskipun banyak harta - ambil langkah-
langkah untuk pastikan kesihatan terjaga

Isi-isi

 mengambil berat tentang aspek pemakanan - pemakanan seimbang - makanan bergizi - diet
yang sesuai dengan badan - elakkan makanan yang berkolestrol tinggi, kurangkan pengambilan
garam dan gula

 mengamalkan aktiviti senaman - jangan ambil mudah - perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu - berpeluh - dapat keluarkan toksin dalam badan - cergas dan kekal aktif

 memastikan tidur yang sempurna - dapat tidur yang cukup dan berkualiti - tidak cukup tidur dan
rehat - menjejaskan kesihatan - orang yang tidak cukup tidur - lesu - penampilan tidak bermaya

 mendapatkan pemeriksaan kesihatan - sekurang-kurangnya setahun sekali - mencegah lebih


baik daripada merawat - seandainya dapat kesan penyakit pada peringkat awal, lebih mudah
dirawat

Penutup

 perlu bertanggungjawab atas diri sendiri - pentingkan kesihatan - mula memandang serius aspek
kesihatan
Faedah Makan Buah-buahan Tempatan

Negara kita kaya dengan hasil buah-buahan.Buah-buahan tempatan ialah buah yang berasal dari negara
kita.Contoh buah-buahan tempatan yang banyak terdapat seperti durian,langsat,rambutan manggis dan
lain-lain.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan buah-
buahan ini baru dipetik dari ladang dan sebagainya.Sudah tentu khasiatnya banyak kerana kandungan
vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.

Di samping itu kita patut makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini mudah didapati dan
dibeli terutama pada musim buah-buahan.Tambahan pula sekiranya kita rajin bercucuk tanam
terutama mereka yang tinggal di kampung, buah-buahan seperti pisang dan betik hanya diperoleh di
belakang rumah sahaja.

Selain itu , buah-buahan tempatan juga harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-
buahan yang diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import harganya dua kali ganda jika
dibandingkan dengan harga buah-buahan tempatan.Oleh itu kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan
seharian.
Seterusnya dengan makan buah-buahan tempatan, kesihatan kita lebih terjamin.Ini disebabkan buah-
buahan tempatan tiada bahan pengawet yang mengandungi bahan kimia berbahaya.kebanyak buah-
buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan lama.Oleh itu kita dapat
mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh sekiranya kita
makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.

Anda mungkin juga menyukai