Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN

KARYA PELAJAR - TEKNIK BELAJAR BERKESAN

(Majalah Syu’latul Kifah, Sek. Men.Agama Parit Raja, Batu Pahat Johor)

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

1. Instill (kesedaran dalam diri kita sendiri)


- sematkan semangat dan terus belajar.

2. Bijak menguruskan masa dan mendisiplinkan diri


- membuat jadual belajar-pastikan ikut jadual dan biasakan diri dengan situasi
tersebut.
- ada masa untuk bermain (sport), belajar dan tidur.
- pilih masa yang sesuai untuk belajar.

3. Cara belajar dalam kelas


- dengar dan fahamkan apa yang diajar oleh guru.
- buat catatan yang ringkas yang mudah difahami tentang apa yang telah dipelajari.
- jangan malu untuk bertanya.

4. Cara untuk mengulangkaji di rumah/hostel


- pilih masa yang sesuai untuk buat kerja rumah dan ulangkaji.
- tumpukan sepenuh perhatian tentang papa yang dibaca.
- buat nota ringkas.

5. Belajar berkumpulan
- pilih kawan diskusi dalam lingkungan 3 hingga 5 orang.
- setiap ahli kumpulan mesti main peranan.
- lantik ketua dan buat etika kumpulan.
- main cikgu-cikgu.

6. Jadikan sesuatu sebagai sumber inspirasi


- mengenang kembali kesusahan ibu-bapa.
- mengambil contoh orang-orang yang telah berjaya.

7. Membuat target
- sematkan dalam diri untuk mencapai target yang itnggi.
- target jangka pendek dan jangka panjang.

8. Ikhlas dan minat dalam semua mata pelajaran.


- jangan pilih kasih.
- jangan kedekut ilmu, bincang dengan kawan.
- kalau tak minat sesuatu subjek, cuba cari kelemahan dan sesuatu yang menarik
tentang subjek itu dan cuba atasi kelemahan tersebut.

9. Memilih keberkatan ilmu


- guna waktu dan kesempatan untuk perkara penting-tinggalkan perkara yang
remeh-temeh.
- sebelum belajar, pastikan sedah mengulangkaji bab yang telah diajar sebelum itu.
- semasa guru mengajar, jangan buat bisisng.
- hormat terhadap buku pelajaran.

10. Adab belajar terhadap guru


- rendah diri, jangan riak dan sombong.
- bersungguh dalam belajar.
- jika tidak faham, terus rujuk kepada guru.

11. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.

USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN.

Hasil karya:
Abd. Rahman Bin Talibin
4 Bukhari.

Anda mungkin juga menyukai