Anda di halaman 1dari 57

PEMBERDAYAAN KBAT MURID :

Transformasi Ke Arah SeMEKAR Cemerlang 2023

SMKKRTG/Volume 1: JUL - KT 2021


Sidang Redaksi
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, segala Puji
adalah milik Allah SWT. Bersyukur kita ke hadratNya
Penasihat:
kerana masih diberikan kesihatan dan kekuatan untuk
meneruskan amanah yang telah dipertanggungjawab-
kan kepada kita semua iaitu MENDIDIK. Sentiasalah
Editor:
ingat Hala Tuju kita iaitu Memberdayakan KBAT
MURID dan diperteguhkan dengan elemen NILAI agar
anak-anak kita ini berupaya menjadi insan yang
HEBAT.

PDPR: Kesediaan Murid dan Ibu bapa Ahli Jawatan Kuasa:


Pada ketika ini Negara masih bergelut dengan Pandemik Covid_19. Angka
Covid-19 masih tinggi Mungkin tiba masanya untuk kita berhenti bermimpi
untuk hidup seperti dulu. Pada masa sama Norma Baharu telah menjadi seba-
hagian amalan kita semua. Dalam aktiviti pendidikan, Norma Baharu bagi
kita sudah pasti berkaitan dengan pelaksanaan PdPr. Pada kali pertama
PdPr dilaksanakan sejak April 2020, ramai dalam kalangan kita agak kekok
untuk melaksanakannya tetapi sejak sekian kalinya rata-rata guru sudah mu-
lai biasa dengan keadaan tersebut.
Saya lihat guru di SeMEKAR semakin kreatif dalam mempelbagaikan kaedah
untuk melaksanakan PdPr. Untuk itu terdapat sebilangan guru berusaha
menambah ilmu berkaitan medium teknologi maya dan sanggup mengeluar-
kan modal sendiri untuk membeli pelbagai peranti bertujuan menjadikan
KANDUNGAN
PdPr itu menarik di samping meningkatkan keberkesanan penyampaian.
Kesungguhan guru amat terserlah dan saya yakin 100 peratus, guru-guru saya
adalah guru yang jujur dalam tugas mereka. Warkah Dari Pengetua
Bagaimana dengan MURID? Analisis Mingguan menunjukkan hanya sekitar Kluster Kepimpinan
50.00 hingga 56.00 peratus sahaja murid kita yang mengikuti Jadual PdPr
yang disediakan oleh pihak sekolah. Peratusan rendah itu amat Sepintas SPM
membimbangkan saya kerana sebahagian murid sudah pasti akan
menghadapi defisit pembelajaran. Agak cemburu juga bila melihat Sekolah Kluster Kurikulum
sekitar seperti SMK Chanis dan SMK Bandar Tun Razak pelibatan murid mere- Kluster Hal Ehwal Murid
ka lebih tinggi peratus dari kita.
Adakah kita akan berdiam diri? Sudah pasti tidak. Pelbagai intervensi kita
laksanakan. Terima kasih semua guru kerana sentiasa berusaha mempromosi Kluster Kokurikulum
murid untuk PdPr. Alhamdulillah, data analisis PdPr kita dari Minggu Pertama
PdPr pada 14 Jun hingga Minggu terkini (16 Julai 2020) memperlihatkan pera- Projek Khas Sekolah
tus pelibatan murid yang semakin meningkat iaitu 50.95 peratus (Minggu 18), Kajian Tindakan
53.53 peratus (Minggu 19), 56.96 peratus (Minggu 20), 57.27 (Minggu 21) dan
61.34 (Minggu 22). Kepada murid SeMEKAR, bangkitlah belajar kerana SeME- Pusat Sumber Sekolah
KAR ini keluarga besar kita yang perlu kita jaga kesihatan Prestasi dan nama
baiknya. Dari Meja Unit Bimbingan & Kaunseling
Apakah isunya? Tiada Peranti, tiada data atau sikap? Program Pendidikan Khas Integrasi
Tinjauan yang saya buat, mendapati hanya kurang satu peratus murid yang
tidak mempunyai Peranti untuk PdPr dan lima peratus sahaja yang benar- Jasamu Sejuta Erti, Baktimu Sejuta Seri
benar menghadapi kesukaran untuk membeli data atas faktor ekonomi
keluarga. Insya Allah murid ini akan kita bantu dengan kerjasama PIBG. Wa- SeMEKAR Di Hatiku...
laubagaimana pun, konsep yang perlu difahami oleh kita semua tentang PdPr
ialah tidak semestinya PdPr berlaku secara maya, tetapi PdPr juga boleh ber- Blog sekolah :
laku secara tanpa talian menggunakan modul yang dibekalkan oleh pihak https://semekar-smkk.blogspot.com/
sekolah asalkan murid memanfaatkannya. Terdapat juga guru yang saya lihat Facebook :
menyediakan Modul dengan memberi perhatian terhadap aktiviti Pembelaja- Smk Keratong Keratong
ran Berasaskan Projek (PBL). Modul ini tidak memerlukan apa-apa pun Instagram :
peranti melainkan PERANTINYA adalah KEMAHUAN UNTUK BERJAYA.
@amazingsemekar
BULETIN SEMEKAR
Warkah Dari PENGETUA

Saya melihat, murid-murid yang tidak terlibat dengan PdPr ini memer- Bagaimana kita hendak melatih KBAT murid?
lukan sokongan. Sokongan itu mestilah datangnya dari Ibu bapa. Ya, da- Sebenarnya dalam Pelan Pemajuan Sekolah (PMS) banyak strategi
lam berhadapan isu PdPr ini, peranan ibu bapa amatlah penting untuk yang dirancang dan inisiatif yang telah dan sedang kita laksanakan
memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas PdPr. Tiada sesiapa boleh kesemuanya menjurus kepada usaha memupuk dan meningkatkan
menafikan hal ini. Mahu tidak mahu ibu bapa perlu membantu anak- KBAT murid. Semua inisiatif ini telah saya bentangkan kepada semua
anak mereka sendiri. Mungkin terdapat segelintir ibu bapa yang berasakan guru agar kita sama-sama dapat bergerak menuju arah yang sama.
betapa sukar untuk menggerakkan anak-anak ini untuk belajar. Antara inisiatif yang sering saya tekankan adalah program yang
Kesibukan mencari rezeki dalam era pandemik mewujudkan kekangan berbentuk Problem Base Learning (PBL) dan mengintegrasikan ke-
untuk memantau anak-anak. Kami faham, namun persoalannya adakah mahiran Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM)
ibu bapa perlu menyerah kepada takdir semata-mata dan membiarkan contohnya, pembinaan Herbs Garden, Projek Inovasi KMR,
keadaan tersebut berterusan sambil berharap segeralah pandemik ini be- mewujudkan ‘Green screen’ dan wartawan Muda serta banyak lagi.
rakhir dan anak-anak kita boleh kembali ke sekolah untuk diajar dan Saya sentiasa tegaskan ‘Let’s student do’ cikgu ‘just’ bimbing. Saya
dijaga guru? yakin Hala Tuju yang telah kita tetapkan akan dapat dicapai. In-
Kesimpulannya, Ibu bapa harus kuat berjuang untuk anak-anak. Bukan syaAllah, kita akan membugarkan hal ini melalui program Continu-
sahaja berjuang untuk mencari rezeki semata-mata namun, berjuanglah ous Profesional Development (CPD) kita dari semasa ke semasa.
juga untuk memastikan anak-anak ikuti PdPr dan berjaya dalam pelaja-
ran. Ibu bapa mungkin tidak mampu melihat anak-anak belajar secara Dunia VUCA
maya setiap hari tetapi sesekali semaklah modul yang pihak sekolah beri- Saya ingin menyentuh sedikit tentang VUCA. VUCA adalah akronim
kan sama ada berisi dengan tulisan yang dipenuhi dengan jawapan atau bagi Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Bahasa yang
terbiar kosong dan usang begitu sahaja. Hakikatnya, kami pihak sekolah paling mudah adalah ketidaktentuan dalam pelbagai perkara baik
sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak SeMEKAR ini. ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Mengapa saya menyen-
tuh tentang VUCA dan apa kaitannya dengan diri kita sebagai pen-
“Bantulah Kami Ibu Bapa, untuk membantu Anak-anak SeMEKAR kerana didik?
kami ini TANGAN KANAN yang memerlukan kamu ibu bapa sebagai
TANGAN KIRI kami” Dalam pendidikan kita perlu sedar bahawa pada masa kini kita
berada dalam sistem yang tdak menentu. Situasi Pandemik memper-
SPM 2020 dan SPM 2021 cepatkan ketidaktentuan itu. Sebagai contoh yang paling mudah
Hampir tujuh minggu (sehingga tulisan ini ditulis) setelah keputusan dalam aspek pembelajaran, jika dahulunya dilaksana secara berse-
SPM 2020 diumumkan. Alhamdulillah secara keseluruhan kualiti sekolah muka dan dalam masa yang singkat kita terpaksa melaksanakan
memperlihatkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. secara PdPr. Impaknya, kita juga berubah dengan pantas untuk
Semuanya itu adalah hasil kerja dan usaha keras guru-guru SeMEKAR. menguasai teknologi bagi tujuan PdPr. Itu hanya satu contoh kecil.
TAHNIAH cikgu. Saya hanya memimpin dan membimbing cikgu, dan nanti
ada beberapa penambahbaikan yang perlu kita buat untuk bantu anak- Begitu juga dalam aspek kepimpinan dalam pendidikan. Ketidakten-
anak calon SPM 2021. tuan yang berlaku akibat pandemiK menyebabkan sesuatu kepu-
Terima kasih anak-anak SPM 2020. Keputusan yang anda hasilkan men- tusan yang dibuat ada kalanya sentiasa berubah-ubah dalam masa
jadi panduan buat saya untuk memastikan kelemahan yang perlu diper- yang singkat. Sama ada kita sedar atau tidak kita tidak dapat men-
baiki untuk adik-adik anda SPM 2021. Semoga anda semua meneruskan gagak apa yang akan berlaku dalam tempoh terdekat. Apa yang
pembelajaran ke peringkat selanjutnya. lebih merisaukan data lepas yang kita ada, dan sentiasa kita jadikan
Hala Tuju dan sasaran telah kita tetapkan. Kita perlu bergerak pantas. rujukan untuk menghasilkan hipotesis mungkin tidak dapat meramal
STRATEGI? Ya, ‘base on data’. kita telah merencana program yang strate- dengan tepat kemungkinan yang berlaku. Apa yang saya lihat, da-
gik hanya tinggal melaksanakan. Tetapi jika cikgu ada pandangan dan lam menghadapi DUNIA VUCA ketahanan mental adalah sangat
strategi saya bersedia mendengar kerana cikgu lebih mengenali murid. perlu. Marilah kita semua bersedia.
Masih lagi berkait dengan Pandemik. Cabaran SPM 2021 adalah dua kali
ganda dari SPM 2020. Seperti yang saya katakan tadi kita perlu bergerak Berkaitan VUCA ini saya tidak akan mengulas lanjut namun, saya
pantas, maka untuk calon SPM 2021 ini kita patut bergerak pantas dua masukkan satu artikel tentang VUCA dalam buletin ini agar cikgu
kali ganda berbanding tahun 2020. Sudah pasti menuntun kerja yang bijak boleh memahami dengan lebih jelas lagi.
dari kita semua. Oleh itu, saya berharap semua guru tetapkan minda dan
mari kita bekerja sebagai satu keluarga. Sebelum saya menutup bicara ini, sekali lagi saya menyatakan hara-
InsyaAllah murid SPM 2021 mungkin akan bersekolah semula 26 Julai ini. pan agar kita terus mengambil langkah proaktif untuk maju ke de-
Saya berharap peluang ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya untuk pan, belajar dari setiap kelemahan, fokus kepada sasaran dan senti-
mencipta momentum bagi mereka. Oleh itu, semua guru perlu sama-sama asa bertindak proaktif serta strategis agar kita dapat membina
berperanan secara proaktif dalam membantu satu sama lain. keluarga SeMEKAR yang HEBAT. Pasti kita akan berasa puas apabi-
la kita sebagai guru berjaya MEMBERDAYAKAN KBAT MURID untuk
PBD, KBAT dan STEM KEBOLEHPASARAN mereka.
Murid lain? Bagaimana? Ya kita tidak mengabaikan mereka. PdPr terus
kita laksanakan dan kita jadikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai
ukuran untuk menilai sejauhmana Tahap Penguasaan (TP) mereka dalam
sesuatu topik. Cikgu-cikgu, kewajipan kita untuk memastikan murid men- Mohd Rizal bin Atan
guasai sekurang-kurangnya TP 3 (pencapaian minimum). Mengapa TP3? Pengetua SMK Keratong
Kerana TP3 itu adalah penanda aras terendah kepada tahap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid.
Berdasarkan TAKSONAMI BLOOM dan ANDERSON TP3 samalah arasnya
dengan keupayaan murid untuk MENGAPLIKASI kemahiran, pengetahuan
dan nilai yang dipelajari. iaitu merupakan aras minimum dalam KBAT. Jadi
latihlah murid dengan kemahiran berfikir sehingga murid mampu untuk
kita tempatkan mereka ke TP yang lebih tinggi (menganalisis dan mencip-
ta) kerana kita bukan lagi menyediakan murid untuk peperiksaan sema-
ta-mata tetapi kita sedang mempersiapkan mereka untuk melalui era di
mana hanya mereka yang mampu membuat penaakulan dengan baik
akan berjaya mengharungi kehidupan mencabar pada masa akan datang.
Dan itulah Hala Tuju kita.
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Dunia sekarang ialah dunia VUCA serta istilah popular terkini ialah The New Norm dan ditafsirkan sebagai The future is here and now.
Adakah kita sudah bersedia dan melengkapi hidup ini dengan praktik dan amalan terkini selari dengan VUCA. Tiada apa yang pasti
dalam dunia VUCA.

Apakah itu VUCA? VUCA ialah satu suasana ketidaktentuan yang ketara. Dalam situasi ketidaktentuan ini menyebabkan kita sukar
untuk membuat ramalan atau jangkaan seperti dulu. Bidang Pendidikan juga tidak terlepas dalam menghadapi dunia VUCA ini. Oleh
sebab itulah, kepimpinan pendidikan pada waktu ini seharusnya mempunyai elemen yang dapat menyediakan diri untuk menghadapi
dunia VUCA.

Berdasarkan satu kajian yang telah dimuatkan dalam Journal of Education and Development; Vol. 3, No. 2; August, 2019 merumuskan
bahawa VUCA ialah kepelbagaian yang tidak jelas dan merujuk kepada akronim Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity.

Volatility, merupakan satu keadaan di mana perubahan berlaku dengan sangat pantas sehingga kita tidak sedar dan tidak mampu
mengejar perubahan yang sedang berlaku kini seterusnya out of date. Sehubungan itu, Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai
kemahiran dan ilmu pengetahuan yang mantap dalam memastikan keberadaan organisasi mereka selari dengan perkembangan
semasa dunia.

Uncertainty , pula ialah satu keadaan yang tidak pasti atau ketidaktentuan di mana-mana sahaja dan satu sahaja cara untuk kita
menguasai keadaan adalah dengan mempelajari dan memahami sesuatu perkara itu dengan pantas, tepat dan terkini. Pemimpin
Pendidikan tidak boleh lagi banyak bercakap dan hanya memahami sesuatu dari sudut pandang mereka sahaja sebaliknya Pemimpin
Pendidikan perlu lebih banyak mendengar supaya lebih memahami kehendak anggota organisasi agar dapat lebih memahami dan
menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sudut. Pemimpin Pendidikan sepatutnya menguasai kemahiran mendengar dan
menyampaikan maklumat dengan cepat dan tepat supaya anggota dalam organisasi memahami dan mampu bertindak sewajarnya.

Complexity pula ialah berkaitan keserabutan dunia dan sistem


ekonomi yang begitu kompleks dan sudah tentu akan terkait
langsung dengan sistem pendidikan di mana-mana negara dalam
dunia. Kita langsung tidak dapat mengagak apa yang bakal
berlaku dalam masa terdekat dan Pemimpin Pendidikan pada era
VUCA harus peka dan responsif terhadap perubahan terkini dalam
pelbagai perkara berkaitan pendidikan. Bagi menghadapi
keserabutan ini, kita perlu menggunakan kaedah kejelasan dalam
setiap perkara. Anggota dalam organisasi perlu mempunyai KPI
yang jelas, skop kerja berfokus dan tiada arahan bertindih agar
setiap anggota mampu berfungsi dan bergerak secara betul dan
tepat serta menguntungkan organisasi.

Ambiguity pula ialah ketidaktentuan ekonomi akibat daripada


perubahan pelbagai polisi dalam pentadbiran negara di seluruh
dunia, masa depan semakin samar dan kabur, begitu juga dengan
sistem pendidikan di dunia kini yang juga telah berubah 360 °.
Kalau dahulu sistem pendidikan banyak bersemuka namun kini
semuanya dilaksanakan secara dalam talian baik perkara berkaitan PdP mahupun pengurusan. Hal ini kerana ketidaktentuan global
akibat ancaman pandemik COVID 19. Pemimpin Pendidikan tidak boleh merungut, cepat panik dan gopoh malah perlu sentiasa peka
dan bersedia dengan setiap perubahan arahan oleh pihak pembuat dasar. Pemimpin Pendidikan harus sedar bahawa dunia VUCA
merupakan dunia yang samar dan sentiasa berlaku perubahan dengan pantas. Justeru itu, Pemimpin Pendidikan perlu mempunyai
kekuatan dan ketahanan minda agar tidak cepat mengeluh dan putus asa kerana dunia VUCA ialah dunia yang penuh cabaran.

Rumusannya, kita perlu bangun dan sedar bahawa dunia kini bukan seperti dulu. Ketidaktentuan di mana-mana sahaja dan kita perlu
bergerak dan berfikir pantas serta mengadaptasi situasi ini agar mampu hidup dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar dan
kompleks. Siapa leka akan ketinggalan dan hanyut dalam ketidakpastian, inilah dunia VUCA , dunia tanpa kepastian.

Rujukan:
Breen, J. M. (2017). “Leadership resilience in a VUCA world”. In Elkington, R., Steege, M. V. D., Glick-Smith, J., & Breen, J. M.
(Eds.) Visionary leadership in a turbulent world: Thriving in the new VUCA context. (pp. 39-58). Bingley, UK: Emerald Publishing
Limited.

Oleh:
Dr. Mohd Azuri bin Shaari
Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Pahang
Susunan semula Oleh:
Mohd Rizal bin Atan
Pengetua SMK Keratong
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Alhamdulillah, pada tahun 2021, SMK


Keratong telah terpilih dalam Program
Transformasi Sekolah (TS25) bagi
Kohort 6.0

Dengan pemilihan ini, SMK Keratong


telah meletakkan Hala Tuju TS25.0
iaitu ke arah “Pemberdayaan KBAT
Murid” bagi mencapai Visi Sekolah Iaitu
SeMEKAR Cemerlang 2023

Semoga dengan visi ini mampu


mengangkat SMK Keratong menjadi
sekolah felda terbaik di daerah Rompin
sekaligus seluruh negeri Pahang
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

1 - PENGETUA
3 - GURU PENOLONG KANAN
4 - GURU KANAN MATA PELAJARAN
42 - GURU PENOLONG
2 - GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
9 - AKP
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Dibangunkan bagi melengkapi usaha-


usaha pembangunan profesionalisme
kepada guru dan pemimpin sekolah
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/
LDP) dan Latihan Pembangunan Staf
(LPS) telah dimantapkan seiring
dengan amalan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
Guru dan pemimpin sekolah yang
kompeten dan berkualiti adalah
faktor penentu kepada keberhasilan
murid dan sekolah
JUMLAH LDP WARGA SMKK SEHINGGA 15 JUN 2021
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

BIL PANITIA TARIKH PELAKSANAAN BILANGAN PLC


1 SEJARAH 15/2/2021
19/2/2021
4
20/5/2021
2/7/2021
2 SAINS 12/4/2021
2
3/5/2021
3 BAHASA MELAYU 14/1/2021
2
9/3/2021
4 MORAL 16/2/2021 1
5 MATEMATIK 16/2/2021 1
6 FIZIK 14/1/2021
2
16/3/2021
7 PRINSIP AKAUN 22/1/2021 1
8 PENDIDIKAN ISLAM 15/1/2021
18/1/2021
4
3/2/2021
9/3/2021
9 REKA BENTUK TEKNOLOGI 24/2/2021 1
10 BIDANG BAHASA 5/3/2021 1
JUMLAH PLC 19
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Pada 1 April 2021, pihak PPD


Rompin telah sudi untuk datang
ke SMK Keratong bagi
membantu dan memberikan
kursus berkaitan Pengurusan Fail
Sekolah khusus untuk AKP

Terima kasih diucapkan kepada


PPD Rompin kerana banyak
membantu pihak sekolah dalam
mengurus fail dengan lebih
kompeten

Tahniah diucapkan kepada pihak


pentadbir dan AKP
SMK Keratong!
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

CIKGU NURHIDAYAH BINTI


HARUN

Bertukar ke SMK Muadzam Jaya


pada 1 April 2021
Merupakan seorang guru opsyen
RBT
Mudah tersenyum dan suka
makanan Korea dan Cina

CIKGU AHMAD RUSHDAN BIN


MOHAMAD GHAZALI

Bertukar ke SMK Muadzam Jaya


pada 1 April 2021
Merupakan seorang guru opsyen
Sains/Matematik
Agak tegas tetapi baik hati

CIKGU HANIM BINTI MOHAMMAD

Bertukar ke SMK Muadzam Jaya


pada 3 Ogos 2021
Merupakan seorang guru opsyen
Bimbingan dan Kaunseling
Suka melukis dan membaca novel
serta mudah ketawa.
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

Walau pun
terdapat
kekangan
disebabkan Covid
19, mesyuarat
guru tetap
dijalankan dengan
menggunakan
platform
Google Meet
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020

Manusia hanya merancang,


Allah SWT yang menentukan
segalanya. Oleh itu, Bacaan
Yassin turut dilaksanakan
untuk memohon
perlindungan, kemudahan dan
kejayaan sepajang
pembelajaran bersemuka dan
peperiksaan SPM 2020. Selain
guru-guru dan murid-murid,
program bacaan Yassin ini
turut disertai ibu bapa dan
murid-murid SPM 2021.
Terima kasih dan tahniah
semua!

Sebagai inisiatif, pihak


sekolah telah
melaksanakan Program
Kelas Tambahan kepada
murid-murid iaitu pada
Fasa 1 :
10 - 13 Feb 2021
Fasa 2 :
15 - 19 Feb 2021
Kehadiran murid sangat
menggalakkan. Terima
kasih kepada guru-guru
yang bertungkus lumus
membantu dan
membimbing anak-anak
murid
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020

19/2/2021
Bacaan Yassin, Taklimat
SPM 2020 dan Majlis Restu
Ilmu SPM 2020 secara
Google Meet
Tahniah SU Peperiksaan
SPM dan Unit
Bimbingan & Kaunseling
yang telah menyusun atur
dan mengadakan program
ini.

18/2/2021
Program Solat Hajat
Bersama Ibu bapa
Murid SPM 2020 di
3 Masjid iaitu di
Masjid Keratong 1,
Masjid Keratong 2
dan Masjid Bandar
Tun Razak
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020

21/1/2021
Program Pembugaran
Minda Murid SPM2020
“Pray For Success SPM
2020” yang telah
dilaksanakan oleh Cikgu
Hanim dan Cikgu Zulikha
dari Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Refreshment
dari segi mental dan fizikal
anak-anak untuk
mengekalkan momentum
sebelum peperiksaan
terutama dalam keadaan
pandemic Covid-19.
Tahniah UBK!

21/2/2021
Program Sanitasi Awam
Sekolah Anjuran Parlimen
Rompin. Salah satu
persediaan pihak sekolah
sebelum peperiksaan SPM
berlangsung pada
23 Februari 2021. Terima
kasih YB!
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi
dengan limpah kurniaNya,
SMK Keratong telah mencatat
peningkatan dalam GPS iaitu 4.99
berbanding tahun lepas. Namun begitu,
dari segi peratus LMS menunjukkan
sedikit penurunan iaitu 89.69
berbanding 90.36 pada tahun lepas.
Keep it up untuk tahun ini!
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020
BULETIN SEMEKAR
Sepintas SPM 2020

Sehingga 26 Julai 2021, murid SPM 2020 yang mendapat tawaran sambung
belajar adalah seperti berikut :

Kolej Matrikulasi - 10 orang


Tingkatan 6 - 57 orang
IPG - 2 orang
UPU (UA, Politeknik, ILKA) - 45 orang
Kolej Swasta - 7 orang

Jumlah tawaran ini mungkin berubah setelah keputusan rayuan bagi Kolej
Matrikulasi dan UPU keluar pada bulan Ogos nanti

Sekalung tahniah diucapkan kepada Shamiliana


A/P Harim kerana telah berjaya menempatkan
diri dalam 3 terbaik Murid Orang Asli Peringkat
Negeri Pahang. Beliau turut menerima saguhati
RM1000 daripada Yayasan Pahang. Beliau juga
telah berjaya mendapat tawaran kursus Bahasa
Melayu Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan
Guru Kampus Ampuan Afzan, Kuala Lipis.
Tahniah kami ucapkan!
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kurikulum

Selaras dengan visi sekolah iaitu Pemberdayaan KBAT Murid : Transformasi Ke Arah
SeMEKAR Cemerlang 2023, Unit Kurikulum bertanggungjawab dalam meningkatkan lagi
keilmuan dan KBAT murid terutama dari segi kebolehpasaran murid SPM dan keupayaan
berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid SMK Keratong. Bagi tujuan
ini, perancangan dan persediaan yang jitu sangat penting untuk merealisasikan visi yang
disasarkan. Oleh itu, pelbagai program telah dirancang dan diadakan untuk murid-murid
sepanjang bulan Januari sehingga Julai 2021. Walau pun Negara sedang hebat dengan isu pandemic Covid-
19, namun Unit Kurikulum SMK Keratong tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik agar murid-
murid tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah
Unit Kurikulum ialah :

Januari - Mac 2021


 Persekolahan secara bersemuka Murid SPM 2020 bermula 20/1/2021
 Program Motivasi Pembugaran Minda “Pray For Success SPM 2020”
 Pemantauan Keberadaan Guru PKP 2.0 : Sistem PP
 Pemantauan Perlaksanaan PdPR 2.0 (25/1 - 18/2/2021)
 Pemberian Modul Form 5 2021 pada 26/1/2021
 Pemberian Modul Form 4 2021 pada 27/1/2021
 Pemberian Modul Form 1 2021 pada 28/1/2021
 Pemberian Modul Form 2 & 3 pada 29/1/2021
 Program Kelas Tambahan Fasa 1 (10 - 13/2/2021)
 Program Kelas Tambahan Fasa 2 (15 - 19/2/2021)
 Taklimat SPM dan majlis Restu Ilmu SPM 2020 pada 19/2/2021
 Peperiksaan SPM 2020 bermula 23/3/2021

April - Julai
 Program Pembugaran Minda Sihat Murid SPM 2021 pada 5/4/2021
 Ujian Penilaian 1 SPM 2021 (6 - 12/4/2021)
 Program Dialog Prestasi ‘I WILL” Fasa 1 pada 5/5/2021
 Program Dialog Prestasi “I WILL” Fasa 2 dan Penetapan Target SPM 2021 secara google meet pada
25 & 27/5/2021
 SeMEKAR WILL : Discussion For The Top (Bimbingan Murid Semasa Cuti) pada 31/5 - 11/6/2021
 Perlaksanaan PdPR bermula 14/6 - 16/7/2021
 Pemberian Modul PdPR 3.0 pada 24/6/2021
 Perlaksanaan OBT (Open Book Test) T1 - T5 pada 12 - 16/7/2021
 Bengkel dan Seminar Murid T4 dan T5 pada 26 - 30/7/2021
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kurikulum

Program Pembugaran
Minda Sihat Murid SPM
2021 yang dikendalikan
oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Program ini
bertujuan untuk
mengembalikan semangat
dalam menghadapi
peperiksaan . Di samping
itu, program ini turut
membantu murid
mengurus emosi secara
positif

Pada 6 - 12 April 2021,


pihak sekolah telah
mengadakan Ujian
Penilaian 1 untuk semua
murid SPM 2021 bagi
melihat keberkesanan
PdPR dan meletakkan
penetapan target untuk
setiap murid.
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kurikulum

Program Dialog Prestasi I WILL


Fasa 1 Murid SPM 2021 secara
bersemuka

Pemberian Modul PdPR T1-T5

Bengkel dan Seminar


Murid T4 dan T5 2021
(26 - 30 Julai 2021)

Program Dialog Prestasi “I WILL”


Fasa 2 dan Penetapan Target SPM
2021
BULETIN SEMEKAR
Kluster Kurikulum
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

Sejajar dengan misi SeMEKAR Cemerlang iaitu memperkasa dan mempertingkatkan iman
dan kesantunan murid, Unit HEM telah menyahut cabaran dengan mengadakan pelbagai
aktiviti untuk semua murid. Kemenjadian murid tidak hanya tertakluk kepada akademik
semata, tetapi sahsiah penting dalam diri agar murid dapat berkembang dengan seimbang
dari segi akademik dan ahklak yang terpuji.
Selain pengurusan organisasi dan perlaksanaan PDP, HEM turut bertanggungjawab dalam
pengurusan Kehadiran Murid, Disiplin, Pengawas/PRS, Bimbingan dan Kaunseling, Kesihatan
Murid, Kebajikan Murid,Keceriaan Sekolah. SPBT, Keselamatan, Kebersihan, Pengurusan Kantin, APDM/Data
Murid, Kelab Pencegahan Jenayah, Guru Penyayang, Program Peningkatan Sahsiah Murid seperti PPDa,
Bina Insan, Ziarah Cakna, Intervensi Murid Orang Asli dan sebagainya.
Walau pun dalam keadaan cabaran pandemik Covid-19 ini, Unit HEM bertanggungjawab merancang dan
menyediakan aktiviti kepada murid-murid SMK Keratong agar pengurusan murid tetap terjaga dan teratur.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh Unit HEM sepanjang bulan Januari sehingga Julai 2021 ialah :

 Kehadiran murid SPM 2020 secara bersemuka (20/1 - 9/2/2021)


 Penyerahan BAP dan Buku Teks Murid T1 (4/3/2021)
 Gotong-royong sempena pembukaan sekolah 2021 (1/4/2021)
 Hari pertama persekolahan (5/4/2021)
 Anugerah Penglibatan Murid Sepanjang PdPR 3.0
 Program Bina Insan
 Program Ihya’ Ramadhan Tadarus Al-Quran (13/4/2021)
 Program Bacaan Yassin semua murid setiap Jumaat
 Program solat hajat dan bacaan yasin Murid T5 2021 (setiap Jumaat)
 #WORLDQURANHOUR (6/5/2021)
 Majlis penutupan program Ihya’ Rmadhan & Khatam Al-Quran (6/5/2021)
 SeMEKAR Prihatin Fasa 1 dan Fasa 2 (dengan kerjasama UBK)
 Sumbangan Al-Quran dari NGO Iman Care (7/5/2021)
 Unit Bimbingan dan Kaunseling
 Sesi ujibakat pemilihan protégé Masscom Squad SMK Keratong (28/4/2021)
 #KamiBersamaAnda (sebaran infografik dan video motivasi sepanjang PdPR)
 Program Jalinan Kasih Tingkatan 1 (Secara online dan bersemuka)
 Bual Bicara Minda Sihat Tingkatan 1-5 (Secara online 15-29 Julai 2021)
 Program Transisi MOA (Kerjasama Penyelaras Transisi MOA dan UBK)
 Program sembang santai Moa –SeMoA (29/4/2021)
 SeMOA HEBAT (setiap hari Jumaat)
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

Pengurusan Buku Teks


oleh Team SPBT
sebelum diagihkan
kepada murid-murid.
Tahniah Cikgu!

27 Jan 2021
Program Orientasi
Jalinan Kasih T1
secara dalam talian /
google meet.
Penglibatan yang
sangat
menggalakkan
daripada murid-murid.
Terima kasih
Unit Bimbingan dan
Kaunseling yang telah
membuat inisiatif
menjayakan program
ini. Turut bersama
dalam program ini
ialah Tuan Pengetua
dan Penyelaras T1.
Sangat awesome!
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

30 Mac - 1 April 2021


Persediaan pembukaan
sekolah sebelum 5 April.
Terima kasih cikgu-cikgu
dan AKP yang sudi
membanting tulang
membuat persediaan.
Jasamu dikenang!

5 April 2021
Alhamdulillah, sekolah
secara bersemuka
bermula. Saat yang
ditunggu-tunggu oleh
guru-guru, murid-murid
dan ibu bapa.
Hari pertama berjalan
dengan lancar dan
mengikut SOP yang
ditetapkan. Tahniah
guru-guru dan murid-
murid SMK Keratong!
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

15 - 16 April 2021
Unit Bimbingan dan
Kaunseling telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan
Program Jalinan Kasih
Tingkatan 1 yang bertujuan
untuk memberi oreintasi
sekolah kepada semua murid
Tingkatan 1. Sebagai langkah
keselamatan dan mengikut
SOP yang ditetapkan,
program ini diadakan selama
2 hari berikutan hanya 2
kelas sahaja terlibat dalam 1
masa. Ianya bertujuan
mengekalkan penjarakan
sosial sepanjang berada di
dalam dewan. Turut terlibat
dalam program ini ialah Tuan
Pengetua, Unit HEM, Unit
Kurikulum, Unit Disiplin, dan
Perpustakaan

Program Bacaan Yassin Setiap Hari Jumaat


BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

6 Mei 2021
Sempena dengan bulan Ramadhan, ahli-ahli BADAR di bawah Unit Bina Insan telah
menjayakan Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadhan dan Khatam Al-Quran bagi tahun
1442H. Di samping itu, Unit Bina Insan turut bertanggungjawab untuk menyelaras
sumbangan kepada kepada murid-murid terpilih untuk meringankan sedikit bebanan
mereka. Alhamdulillah, pada tahun ini, pihak JAKEL sekali lagi telah menyumbang
persalinan baju raya untuk murid-murid dan mereka turut menerima duit raya sumbangan
daripada ALUMNI SMKK

Setiap pagi
Jumaat, murid-murid Tingkatan 5 akan
mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin
sebagai usaha memohon kejayaan dan
diberikan kemudahan untuk peperiksaan
SPM 2021

6 MEI 2021
#WORLDQURANHOUR
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

SeMEKAR PRIHATIN 1.0 8 Mac 2021


PENYERAHAN SUMBANGAN WARGA SMK KERATONG UNTUK
PENDUDUK MUADZAM SHAH TERJEJAS
COVID_19 MELALUI MASJID BANDAR SATELIT

PROGRAM SeMEKAR PRIHATIN 2.0


1 MEI 2021
(Bantuan Pakej Makanan kepada
Keluarga Murid Berpendapatan rendah)
1 Mei 2021: Satu Program Kerjasama
bersama NGO Islam + ALUMNI SMKK +
Jemaah Nazir Negeri Pahang, KPM
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

PROGRAM TRANSISI MURID ORANG ASLI 2021


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pen-
didikan Orang Asli dan Peribumi dilaksanakan bagi memastikan ekuiti, iaitu kesamarataan akses
pendidikan murid Orang Asli dan Peribumi seiring dengan pendidikan arus perdana dapat
direalisasikan dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak (BPSH). Oleh itu, SMK Keratong
bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai aktiviti dan program bagi memastikan murid-
murid Orang Asli tidak ketinggalan dalam pendidikan. Oleh itu, selain kajian tindakan, pihak
sekolah turut mengadakan program SeMOA Hebat setiap hari Jumaat yang dikendalikan oleh
UBK dan Penyelaras MOA.
BULETIN SEMEKAR
Kluster Hal Ehwal Murid

PdPR 3.0
Alhamdulillah, Unit HEM
dengan kerjasama Unit
Bimbingan dan Kaunseling
telah berusaha mengadakan
pelbagai aktiviti sebagai
usaha menarik minat murid-
murid untuk terlibat
sepenuhnya dalam PdPR.
Buktinya, terdapat
peningkatan sepanjang
tempoh PdPR dijalan-
kan! Tahniah!
BULETIN SEMEKAR
Kluster Ko Kurikulum

Aktiviti Kokurikulum sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan


fizikal, emosi, rohani, intelektual dan sosial murid seiring dengan Falsafah Pen-
didikan Kebangsaan (FPK). Ia telah dijadikan fokus utama dalam penghasilan
Pelan Perancangan Strategik - Bidang Kokurikulum dan dimurnikan dengan
SWOT Analysis dan Tactical Plan agar sasaran Kokurikulum dapat dicapai. Misi
utama SMK Keratong dalam bidang kokurikulum ialah membangun keupayaan
‘soft skill’ murid dalam aspek Kemahiran Berfikir, Kepimpinan, Komunikasi dan
Dwi Bahasa agar berkeyakinan untuk bersaing ke pringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, pihak
sekolah telah meletakkan sasaran untuk Tahun 2021 seramai 10 orang murid terlibat dalam
penyertaan Antarabangsa dengan 2% Pencapaian A. Seterusnya tahun 2022, 21 orang
penyertaan Antarabangsa dan 31 orang untuk tahun 2023.Selain itu, kegiatan kokurikulum
diadakan secara atas talian melibatkan semua pelajar. Aplikasi google classroom digunakan
untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Kegiatan kelab dan persatuan yang diadakan secara
dalam talian sudah mencapai objektif tahunannya. Seterusnya, aktiviti unit beruniform dan
sukan dan permainan juga dilaksanakan secara talian dan akan berakhir pada bulan Novem-
bar.

Berikut merupakan tarikh untuk perjumpaan online bagi unit-unit berikut :

Kelab / Persatuan
7 April 2021
14 April 2021
21 April 2021
28 April 2021
7 Julai 2021

Unit Beruniform
3 Februari 2021
17 Februari 2021
24 Februari 2021
7 April 2021
5 Mei 2021
19 Mei 2021

Sukan & Permainan


3 Mac 2021
10 Mac 2021
17 Mac 2021
16 Jun 2021
23 Jun 2021
30 Jun 2021

Antara aktiviti dan pertandingan yang disertai oleh murid-murid ialah :

1. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Pasukan badan Beruniform


Sekolah Rendah dan Menengah
2. Japan High School Art Festival
3. Online Chess International
4. Pertandingan Kokoria Peringkat Negeri
5. Virtual Cocurriculum Carnival 2021 (26 Jul - 28 Ogos 2021)
6. Program Kemerdekaan 2021 (26 Jul - 10 Sep 2021)
BULETIN SEMEKAR
Kluster Ko Kurikulum

Pencapaian murid dalam pertandingan di


bawah Unit Kokurikulum
Tahniah!

Online Chess International


Best Pahang : Nur Afiq Faiz bin Kamsani Tuah
Best Lady : Nur Alia Batrisya binti Rosmedin

Japan High School Art Festival


BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

Projek Keceriaan Sekolah


BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

FASA 1(SEBELUM PROSES MENGECAT)

FASA 2 (GOTONG-ROYONG)

Projek One Stop Centre / Galeri SeMEKAR


BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

FASA 3 (WAJAH BARU SURAU AL-KAUTHAR DI TRANSFORMASI SEBAGAI GALERI SEMEKAR)

Projek One Stop Centre / Galeri SeMEKAR

Pada April 2021, ahli BADAR telah melaksanakan


aktiviti gotong-royong mengecat Surau Al-Kauthar
di SMK Keratong untuk dijadikan sebagai galeri
selepas surau baru disiapkan. Aktiviti gotong-royong
ini dilakukan pada jam 3 hingga 5 petang setiap
Isnin hingga Jumaat. Proses mengecat surau ini dim-
ulai dengan mengikis cat yang lama, kemudian di-
gantikan dengan warna cat yang baru. Walaupun
aktiviti gotong-royong ini dilaksanakan dalam bulan Ramadan, namun ahli BADAR
mampu untuk menyelesaikan tugas-tugas mengecat dalam masa 2 minggu. Terima kasih
kepada ahli BADAR yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam membuat
transformasi terhdap Surau Al-kauthar.
BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

Projek Multimedia Screen / Green Screen

Facebook Live/Buletin Digital/


Wartawan Muda
(Masscom Squad)
BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

Projek Menaiktaraf
Bilik PAK 21
BULETIN SEMEKAR
Projek Khas Sekolah

Projek Herbs Garden


BULETIN SEMEKAR
Kajian Tindakan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan
Peribumi dilaksanakan bagi memastikan ekuiti, iaitu kesamarataan akses pendidikan murid Orang Asli dan Peribumi
seiring dengan pendidikan arus perdana dapat direalisasikan dengan kesungguhan dan komitmen semua pihak (BPSH).
Antara inisiatif tersebut adalah melibatkan Pengurusan Transisi MOA dan Pribumi dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 serta
Pengurusan Kehadiran MOA dan Pribumi.

Sehubungan itu, berdasarkan inisiatif tersebut adalah menjadi satu tanggungjawab bagi Pengurusan Sekolah untuk me-
mastikan KEBERADAAN MOA dalam sistem persekolahan diberi perhatian SERIUS di samping memastikan MOA sentiasa
bermotivasi untuk hadir ke sekolah.

Untuk memastikan Keberadaan MOA di SMK Keratong, pihak sekolah telah melaksanakan
Kajian Tindakan Program SeMOA#3P : Mengekal Keberadaan Murid Orang Asli di bawah
Inisiatif #57 PPPM 2013-2025. Kajian ini dibarisi oleh,
 En. Mohd Rizal bin Atan (Pengetua)
 En. Che Samsudin bin Che Ismail (PK HEM)
 Pn. Hanim binti Mohammad dan (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
 Cik Zulikha binti Kamaruzaman (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

ISU
Isu yang dihadapi oleh SMK Keratong berkaitan MOA ialah;

 Sebilangan kecil kumpulan rentan ini yang sepatutnya mendaftar masuk ke Tingkatan Satu tidak berbuat
demikian.

 Terdapat MOA sedia ada memperlihatkan bilangan kehadiran yang amat rendah dalam dua minggu awal sesi
persekolahan bulan April 2021.

FOKUS
Menambah baik pendekatan pihak sekolah dalam MEMASTIKAN KEBERADAAN MOA dalam sistem persekolahan di
SMK Keratong. Oleh itu, Program SeMOA#3P (PUJUK, PANTAU dan PUJI) dilaksanakan sebagai intervensi bagi menga-
tasi isu tersebut.

TUJUAN
Menambah baik pendekatan pihak sekolah dalam memastikan Keberadaan MOA dalam sistem persekolahan di SMK
Keratong

PERSOALAN KAJIAN
Bagaimana Pihak Pengurusan Sekolah dapat menambah baik pendekatan sedia ada dalam mengekalkan keberadaan
MOA melalui Program SeMOA#3P

SASARAN
Kajian ini melibatkan MOA seramai 5 MURID yang memperlihatkan potensi keciciran berdasarkan data APDM dalam
tempoh dua minggu sesi persekolahan bermula (April 2021).
 2 Isu Transisi
 3 Isu Kehadiran
BULETIN SEMEKAR
Kajian Tindakan

KAEDAH KAJIAN

Rekabentuk Kajian menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) – merancang, bertindak, memerhati, mere-
flek

Cara mengumpul data:

 Temubual tidak berstruktur dan berstruktur

Temu bual tidak berstruktur melibatkan pemimpin masyarakat Orang Asli dan Ibu bapa manakala, temu bual
berstruktur melibatkan murid

 Data APDM untuk mengenal pasti murid dan kelas yang terlibat.

 Pemerhatian Oleh Kaunselor melalui sesi bimbingan

Cara menganalisis data – secara diskriptif

INTERVENSI SeMOA
Menjawab Soalan Kajian

Tindakan 1 : #3P PUJUK_STRATEGI DUA FASA


STRATEGI DUA FASA adalah aktiviti yang bertujuan untuk:
a. Mengenalpasti punca utama keengganan murid ke sekolah dan berusaha mencari solusi yang sesuai bagi
memastikan MOA mengikuti pembelajaran di sekolah
b. membina 'Rapport' bersama keluarga murid dan pemimpin masyarakat.

Aktiviti ini dinamakan ‘Strategi 2 Fasa’ kerana melibatkan dua kali kunjungan ke Kawasan Masyarakat Asli di
Perkampungan Bukit Serok.

Fasa 1: Kunjungan Kaunselor:


Mendapatkan Maklumat awal seperti Lokasi rumah/ SES keluarga/ Bina Rapport')
Fasa 2: Kunjungan Pentadbir :
i. Pertemuan Bersama Pemimpin Setempat dan;
ii. Kunjungan ke rumah: Proses Pujukan

Tindakan 2 : #3P PANTAU_SeMOACODE Aplikasi Datang Reader

a. MOA hadir dan Scan SeMOACODE - Info terus ke Pengetua/HEM dan Kaunselor

b. Lencana kehadiran diberikan kepada MOA yang hadir dan dilekat pada board Ganjaran Mingguan di Bilik
Kaunseling

c. Penghargaan dan Ganjaran oleh pihak sekolah setiap minggu

Tindakan 3 : #3P PUJI_SeMOA HEBAT

a. Sembang santai (setiap hari Jumaat)

b. Ganjaran / Cabutan bertuah

DAPATAN KAJIAN : Melalui analisis Data APDM


BULETIN SEMEKAR
Kajian Tindakan

Kajian Tindkaan yang dihasilkan ini telah terpilih untuk diben-


tangkan dalam :
- 27 - 28 Mei 2021 -
Pembentangan Kajian Fasa 1 (Program Pembudayaan
Kajian Tindakan dalam Kalangan Warga Pendidik Daerah
Rompin)
Alhamdulillah SMK Keratong berjaya meraih Pingat Emas dalam
pembentangan ini

- 22 Julai 2021 -

Kolokium TS25 Peringkat Antarabangsa Tahun 2021


BULETIN SEMEKAR
Pusat Sumber Sekolah

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber


kali pertama pada 27 April 2021 jam 3.00 petang. Mesyuarat telah dipengerusikan
oleh En. Kamsani Tuah Bin Mujir, GPK Pentadbiran SMK Keratong. Jawatankuasa
yang terlibat terdiri daripada:
♥ Unit Perkembangan Staf ♥ Penyelaras Makmal ICT
♥ Unit Fotografi ♥ Penyelaras Bilik PAK 21
♥ Unit Rakam Tayang ♥ Penyelaras Papan Sumber Sekolah
♥ Unit Badan Pengawas PSS ♥ Penyelaras Bilik Kuliah
♥ Unit Perpustakaan ♥ Penyelaras Balai Ilmu Hamka
♥ Unit NILAM ♥ Penyelaras Balai Ilmu Hamzah Fansuri
♥ Unit Bilik BBM ♥Penyelaras Balai Ilmu Ibnu Sina
♥ Unit Dokumentasi Digital
Antara agenda yang dibincangkan ialah ucapan pengerusi, pengesahan
minit mesyuarat, perancangan PSS Tahun 2021, bidang tugas jawatankuasa,
kewangan pusat sumber dan hal-hal lain. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam
4.00 petang.

Unit NILAM Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan per-


tandingan NILAM kepada murid SMK Keratong. Antara syarat
PROGRAM NILAM
penyertaan ialah murid haruslah membaca sekurang-
kurangnya 350 bahan bacaan.
Murid yang berjaya membaca
bahan bacaan melebihi
bilangan yang ditetapkan,
layak memasuki cabutan
bertuah hadiah utama. Had-
iah utama merupakan wang
tunai bernilai RM200. Semoga
pertandingan ini akan
mendapat sambutan yang
BULETIN
BULETIN SEMEKAR
SEMEKAR
ProjekSumber
Pusat Khas Sekolah
Sekolah

PROGRAM JOM BACA BERSAMA


UNTUK 10 MINIT

Program Jom Baca 10 Minit anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam


Pahang dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis
Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia telah diadakan
pada 22 April 2021 (Khamis) jam 11.00 – 11.10 pagi.
Program ini merupakan salah satu program yang didasarkan oleh Per-
pustakaan Negara Malaysia (PNM) yang mana telah diadakan secara
serentak di seluruh negara bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta
Sedunia 2021.
Seramai 556 orang warga SMK Keratong yang terdiri daripada barisan
pentadbir, guru-guru, staff dan murid telah menyertai program ini.
Terima kasih diucapkan!

PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH


Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan bermula pada bulan April
2021. Program NILAM berlangsung selama 30 minit bermula pada jam 7.30 -
8.00 pagi seminggu sekali bagi setiap tingkatan. Jadual NILAM adalah seperti
berikut:
Tingkatan 1 : Hari Selasa
Tingkatan 2 : Hari Selasa
Tingkatan 3 : Hari Rabu
Tingkatan 4 : Hari Khamis
Tingkatan 5 : Hari Khamis
BULETIN SEMEKAR
Dari Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling PERSONALITI :
FAHAMI KELEBIHAN DIRI UNTUK
BANGKITKAN AURA POSITIF

Assalamualaikum wbt dan salam sayang dari saya untuk semua. Pada kali ini saya
ingin mengupas bagaimana seseorang perlu memahami kelebihan yang ada dalam
dirinya untuk membangkitkan aura yang positif seterusnya memberi nilai yang baik
bukan sahaja pada diri, tetapi orang lain dan persekitaran.
Hijle dan Zielger dalam bukunya Personality Theories, Basic Assumption, Reasearch and Applications (1992),
menyatakan bahawa sesorang yang memiliki penerimaan diri yang baik akan memiliki toleransi terhadap
kekurangan yang dimiliki. Toleransi yang dimaksudkan adalah tidak menjadi sedih atau marah terhadap
kelemahan-kelemahan yang dimilikinya.
Setiap manusia mempunyai kekurangan diri. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun, jika
seseorang itu mampu menerima kekurangan yang ada, dan cuba untuk mengatasinya dengan kelebihan
diri, InsyaAllah dirinya akan mempamerkan sisi yang lebih positif terhadap dirinya dan orang lain.
Menurut Crow (1983), personaliti adalah perwatakan fizikal, corak percakapan dan daya penarik yang
ada pada seseorang individu itu. Manakala Kamus Dewan Edisi Ke-4
menyatakan personaliti didefinisikan sebagai keperibadian dan perwa-
takan seseorang. Bagaimana seseorang itu ingin mengetahui kelebihan
dirinya? Dalam konteks psikologi, personaliti boleh diukur melalui pengala-
man tingkah laku manusia (contohnya kajian mengikut baka, tahun ke-
lahiran, bentuk fizikal, warna dll), pengamatan luaran / fizikal (hasil pan-
dangan orang lain) atau pun melalui ujian psikometrik (ujian melibatkan
teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi seseorang).
Jika di sekolah, guru dan murid agak sinonim dengan Inventori Tret Person-
aliti dan Inventori Minat Kerjaya di mana kita boleh mengetahui kekuatan
dan kelemahan diri kita.
Banyak medium terutama di media sosial sekarang ini yang menyajikan
ujian-ujian personaliti yang boleh kita akses. Namun, persoalannya di sini,
bagaimana caranya kita menerima kelebihan dan kekurangan yang ada
pada diri? Contohnya, dalam salah satu item ITP ialah Kritik Diri. Adakah jika kita memiliki Kritik Diri
yang tinggi, kita akan terus menyalahkan diri jika sesuatu yang berlaku itu berpunca dari kita? Sebenarn-
ya, personaliti seseorang itu sentiasa berubah dan boleh diubah. Semuanya bergantung kepada
seseorang individu menafsirkan diri dan keadaanya ketika itu dan akan datang. Sebagai contoh,
seseorang yang terlalu ‘overthinking’ boleh berubah kepada lebih ‘cool’ jika dia berusaha untuk mengawal
pemikirannya. Kita sendiri yang bertanggungjawab menentukan perlakuan dan tingkah laku kita
bukannya orang lain. Tidak dinafikan sedikit sebanyak perlakuan atau tindakan kita dipengaruhi oleh
masa dan persekitaran, namun tindakan tetap melalui diri kita sendiri.
BULETIN SEMEKAR
Dari Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling PERSONALITI :
FAHAMI KELEBIHAN DIRI UNTUK
BANGKITKAN AURA POSITIF

Personaliti Islam menurut Perspektif Al-Ghazali terbahagi kepada dua, Personaliti Terpuji (Mahmudah)
dan Personaliti Tidak Terpuji (Mazmumah). Secara amnya, kita sebagai umat Islam haruslah mengamal-
kan sifat mahmudah dan elak sifat mazmumah. Oleh sebab itulah, personaliti kita boleh diubah jika diri
kita sendiri mengizinkannya.
Dalam erti kata lain, setiap manusia itu mempunyai kelebihan yang Allah SWT berikan dan
inilah yang kita perlu gunakan untuk mendapatkan kehidupan atau sesuatu yang lebih ber-
makna dan positif. Mungkin kelebihan yang ada pada diri manusia itu berbeza-beza, namun inilah
yang uniknya kita boleh mempelajarinya melalui pengalaman orang lain dan jadikannya panduan untuk
diri kita. Ada orang yang memiliki sifat menolong yang tinggi, secara tidak langsung aura positif menolong
itu menjadikan kita rasa kagum terhadapnya dan berusaha untuk ke arah perlakuan yang sama. Ada
juga orang yang dapat mengurus masa dengan sangat baik sehinggakan kita berasa teruja untuk be-
rusaha memiliki masa yang berkualiti.
Oleh hal demikian, aura positif dalam diri boleh dibina melalui kelebihan seseorang individu itu. Hanya diri
kita yang tahu kelebihan dan kekurangan kita. Mungkin orang lain boleh menafsir personaliti kita, namun
yang lebih jelas tentang diri adalah diri sendiri. Walau pun dalam kehidupan ada pasang surutnya, namun
yang paling penting, bagaimana kita mencorakkan kehidupan tersebut dengan lebih bermakna.
Syukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Ikhlas kan segala yang berlaku dalam diri kita sama
ada ianya pahit atau pun gembira. Sebelum saya mengundurkan diri dari meja UBK SMK Keratong, saya
berharap agar rakan-rakan guru dan murid-murid sekalian sentiasa bersemangat, berfikiran positif, ceria
dan gembira menjalani kehidupan seharian. Selami dan fahami kelebihan diri untuk sentiasa
membangkitkan aura positif untuk diri dan orang lain. Terima kasih SMK Keratong atas pengala-
man yang sangat bermakna untuk diri ini sepanjang berada di sini. Sekian sahaja dari saya, Wallahualam.

Disediakan oleh ;
Cikgu Hanim binti Mohammad
BULETIN SEMEKAR
Dari Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling

Sebaran infografik dan


video sepanjang PdPR
BULETIN SEMEKAR
Dari Meja Unit Bimbingan dan Kaunseling

MFLS
KOHORT 5

Bual Bicara Minda Sihat T1-T5 2021


(15 - 29 Julai 2021)
BULETIN SEMEKAR
Program Pendidikan Khas Integrasi

Apa itu Pendidikan Khas Integrasi ?


Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri ,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?

 Murid bermasalah penglihatan

 Murid bermasalah pendengaran

 Murid bermasalah pembelajaran

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek,
fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat
faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa (Chua,1982)

Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemu-
dahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan
Weishahn,1980)

Antara program yang telah dilaksanakan sepanjang Januari hingga Mei yang diketuai oleh Pn
Norhaidawati binti Che Yon dengan pemantauan berterusan oleh GPK HEM ialah :

 Projek Landskap Tanaman Kontan (FERTIGASI CILI) OKTOBER 2020 -OGOS 2021
 Lawatan guru
 Bantuan
 Anugerah PdPr Terbaik Murid PPKI SMKK
 Program Ihya’ Ramadhan PPKI
 Projek Kuih Raya PPKI
BULETIN
BULETIN SEMEKAR
SEMEKAR
Dari MejaPendidikan
Program Unit Bimbingan
Khas Integrasi
dan Kaunseling

PROJEK LANDSKAP TANAMAN KONTAN (FERTIGASI CILI)

Projek Landskap Tanaman Kontan (Fertigasi Cili) adalah projek yang dilaksanakan
untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid PPKI berkaitan tanaman
sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fertigasi. Murid juga diberi pendedahan
tentang landskap tanaman kontan.
BULETIN
BULETIN SEMEKAR
SEMEKAR
Dari MejaPendidikan
Program Unit Bimbingan
Khas Integrasi
dan Kaunseling

ANUGERAH TERBAIK PDPR TAHUN


2021 PPKI SMK KERATONG

PROGRAM IHYA
RAMADHAN /
PROJEK JUALAN KUIH RAYA
PPKI SMK KERATONG
BULETIN SEMEKAR
Jasamu Sejuta Erti, Baktimu Sejuta Seri
Majlis Persaraan
Cikgu Ahmad bin Isa
7 Mei 2021

Majlis Persaraan
Teacher Nur Amalina Choo Abdullah SELAMAT BERSARA
1 Julai 2021 CIKGU AHMAD & TEACHER AMALINA
Secara google meet
Terima kasih dan sekalung penghargaan
buat Cikgu Ahmad dan Teacher Ama-
lina yang telah banyak berjasa dan
menabur bakti di sekolah ini dalam me-
mastikan anak-anak SMK Keratong
sentiasa peroleh kecemerlangan. Di-
doakan agar Cikgu Ahmad dan Teacher
Amalina sentiasa berada di bawah
jagaanNya selalu di samping dikur-
niakan kesihatan yang sihat walafiat
dan dapat menjalani kehidupan dengan
baik dan tenang bersama keluarga
tercinta. Semoga segala kebaikan dan
jasa cikgu berdua dibalas dengan seribu
kebaikan seperti air zam zam yang
mengalir du bumi Allah. Terima kasih
cikgu. Jasamu tidak terbalas dan semo-
ga peroleh ganjaran syurga. Amin Ya
Rabbal Alamin..Warga SEMEKAR akan
merindui dan mendoakan Cikgu Ahmad
dan Teacher Amalina agar sentiasa
berada dalam rahmat Allah S.W.T.
BULETIN SEMEKAR
SeMEKAR Di Hatiku...

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK


Keratong secara Google Meet

Sehari sebelum menyambut


Ramadhan Al-Mubarak

Mesyuarat JK PIBG Kali Ke 7 di Bilik


Mesyuarat JKKR Keratong 2

Sumbangan Air Mineral kepada


Guru SMK Keratong dan
Kuartes KIP Bantura oleh Guru
-guru SMK Muadzam Jaya dan
Surau Al-Ansari Desa Keranji
(akibat pencemaran air)

Penyampaian Anugerah Perkhid-


matan Cemerlang (APC) Tahun 2020.
Tahniah dan Syabas Cikgu!!!!
Terima kasih kerana sudi
meluangkan masa untuk membaca
Buletin SeMEKAR pada keluaran
kali ini.
Jika ada salah dan silap dalam
penulisan buletin ini, kami
mohon kemaafan terlebih dahulu.
Sehingga kita berjumpa lagi di
keluaran akan datang.
Terima kasih semua…!

Anda mungkin juga menyukai