Anda di halaman 1dari 21

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014


HBAE3103

KRAF TRADISIONAL

NAMA

: MOHD ZAINI BIN MOHAMED HUSAIN @ GHAZALI

NO. MATRIKULASI

: 781017035539001

NO. KAD PENGENALAN

: 781017035539

NO. TELEFON

: 0139337325

E-MEL

: matduandarwisy@yahoo.com

NAMA TUTOR

: PUAN NOR HASILAH BINTI MOHAMED ALI

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTER

ISI KANDUNGAN

1.0

SEKAPUR SIREH

2.0

PENGENALAN

3.0

SENI KRAF MELAYU

4.0

PROSES PENGGARAPAN MOTIF

5.0

KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU

6.0

JENIS-JENIS KRAF DAN MAKLUMAT SOKONGAN SEPERTI FALSAFAH,


MAKNA, KONSEP SAINS, MATEMATIK DAN NILAI TERPERINCI YANG DI
OLAH SECARA KREATIF.

7.0

ANALISIS KRAF TRADISIONAL

8.0

PENUTUP

9.0

RUJUKAN

1.0

SEKAPUR SIREH

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya
dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Keupayaan yang terbatas selaku
manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun
memerlukan ketabahan dan kesabaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor
saya, Puan Nor Hasilah binti Mohamed Ali di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran
dan tenaga beliau dalam memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sehingga saya
berjaya menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik
puan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada semua tutor dan
rakan-rakan di OUM yang telah memberi dorongan sehingga berjaya malalui semester
yang cukup mencabar ini.
Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu
saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah.
Sesungguhnya segala kesabaran dan penat lelah pastinya ada hikmah disebaliknya.
Terima Kasih.

2.0

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa(2005) Edisi 4, perkataan kraf membawa maksud


perusahaan(kerja,seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya mengunakan tangan,
manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan(kerja, seni)) yang memerlukan
daya cipta dan memahiran menggunakan tangan.
Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Keluaran Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung sematamata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik:
dan keluaran batik ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang
mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Dengan lain perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan
kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa alat atau peralatan mudah yang dijalankan
secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Manakala kraf tradisional pula
bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran,
anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi.
Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu
kerana ia merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang
Melayu melalui batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain.
Di Malaysia, kraf sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang
tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan
masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat
Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India,
Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki kelebihan tersendiri dengan hasil kraf
tangan yang begitu indah dan menarik. Contohnya kaum Bidayuh di Sarawak menghasilkan
pelbagai perhiasan rumah yang diperbuat daripada buluh, akar dan rotan. Dalam seni kraf
tangan, apa jua hasil seni yang dicipta bagi keperluan manusia akan digubah indah dengan
memasukkan unsur-unsur seni dengan memberi bentuk yang cantik dan menarik hati. Rekaan
kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan
bahan-bahan asas dengan teratur mulai dari proses yang awal sehinggalah sesuatu hasil seni
kraf tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika
yang tinggi demi untuk menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik
3.0

SENI KRAF MELAYU

Seni Melayu merupakan satu seni yang dihasilkan berlandaskan karya yang tidak
bercanggah dengan Islam. Estetika seni atau kraf Melayu merupakan sesuatu penghasilan
yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunaslunas etika Islam. Kraf Melayu yang bercorak Islam ini juga telah mengubah pemilihan
penghasilan motif daripada kehidupan yang dipengaruhi agama semasa Hindu yang diamati
sebelum ini kepada motif daripada tumbuh tumbuhan atau alam semulajadi yang tidak
bercanggah dengan nilai Islam. Selain itu, unsur Islam ini juga telah menggalakkan susunan
motif yang berbentuk geometrik yang menitik beratkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan
yang tidak bercanggah dengan Islam (Othman Mohd Yatim,1989 dan Abdullah
Mohamae,1990).
Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraftangan Melayu boleh
dibahagikan kepada lima bidang iaitu aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil.
Kerja-kerja kraftangan banyak sekali dipraktikkan dalam masyarakat Melayu dan diterima
sebagai hasil asas penciptaan masyarakat. Seni kraftangan bukan sahaja hasil seni yang
dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk
memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan
keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses
awal sehinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut
memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda
supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman, tenunan, tekat, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai
nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.
3.1

Tembikar

Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak
beribu tahun dahulu.Ragam, bentuk dan ragam hias yang terdapat pada seni tembikar
melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Tembikar adalah sejenis
barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk dan kemudiannya
dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang telah dibakar di
dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air. Selain itu tembikar juga dijadikan
alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan sebagainya.
Terdapat pelbagi jenis tembikar yang dihasil secara turun menurun antaranya buyung,
jambangan, geluk, labu dan bekas perasapan.Tembikar yang terkenal ialah labu iaitu alat

untuk menyimpan dan menyejukan air minuman. Bentuk labu diilhamkan daripada buah
labu. Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid. Corak hias labu bersumberkan alam
sekeliling dan berupa bentuk geometri. Selain itu juga bentuk labu itu juga berbentuk seolaholah kubah masjid. Labu yang terkenal dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak.
Ragam hias merupakan aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang
digunakan terdiri daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan
organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentukbentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang yang melilit pada seluruh
permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya
dijadikan motif tembikar.
Motif Geometri seperti garisan bersilang-seli, titik susun kisi-kisi, titik tahi alat, garis
keluh, pucuk rebung, susur kelapa dan sebagainya. Manakala motif Gayaan Organik seperti
sulur kakung, bunga cengkih, bunga, pecah lapan, tampuk manggis, bunga lawang, bunga
kedudut, bunga tanjung dan sebagainya.

Labu Sayong
3.2

Anyaman
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan

masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahanbahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah,
pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut.
Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam
membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Tidak hairanlan kerana
tumbuh-tumbuhan tropika merupakan jenis yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.
Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa
jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui nyaman
demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sehingga sekarang, kegunaanya agak terbatas dewasa ini
berbanding waktu silam . Ayaman tikar diantaranya, adalah tikar sembahyang dan tikar orang
mati yang memperlihatkan unsur Islam.Tikar sembahyang biasanya dianyam menggunakan

daun pandan kerana bermutu tinggi berbanding mengkuang.Ini jelas menunjukkan bahasa
masyarakat Melayu meletakkan kegunaan tikar sembahyang di kedudukkan teratas sebagai
penghormatan semasa menjalankan ibadat.
Anyaman pada tikar sembahyang ini dihiasi dengan motif berunsurkan Islam.
Bahagian depan menyerupai kubah masjid, dan bahagian pinggirnya menyerupai gigi buaya
sebanyak lima buah yang melambangkan bahwa seorang yang sedang bersembahyang tidak
boleh melakukan kegiatan lain ( misalnya berbicara) akan tetapi harus kusyuk seakan-akan
orang itu (hatinya) berbicara dengan tuhan.
3.3

Batik

Batik adalah merupakan salah satu kraf tradisional. Batik merupakan kraf tradisional
yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya
mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang
ada pada kain yang berwarna atau bercorak. Seni batik telah wujud 2000 tahun dahulu di
Mesir dan Parsi, mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Negeri Kelantan dan
Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah
air.Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis
motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik.
Unsur flora yang terdiri daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar
menjalar, daun, ranting dan pucuk digunakan untuk menghias kain batik ela. Setiap Motif
ini mempuyai motif yang tersendiri dihiasi pada kain batik. Contohnya pada kepala kain
motif pucuk rebung digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi
campuran gaya organik dan geometri.
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya. Tapi
unsur ini kurang digunakan kerana berkaitan dengan pegangan masyarakat beragama Islam.
Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang, bentuk bujur, jalur
dan sebagainya. Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur flora dan mendapat
permintaan di kalangan peminat batik.

Dua contoh batik yang mempunyai unsur yang berbeza fauna dan geometri

3.4

Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan
masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan
Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu
ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan
di negara kita. Di samping itu, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan
boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satusatu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumahrumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid
dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat
muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut
bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi
seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
.

Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara

hidup masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan
persekitaran amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Terdapat banyak motif ragam hias
yang terdapat dalam ukiran. Motif flora terdiri daripada daun,bunga dan tumbuh tumbuhan.
Motif Seni Khat pula terdiri daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga motif fauna
seperti itik pulang petang. Motif Awan Larat, Kosmos seperti matahari, bulan, bintang dan
sebagainya juga amat terkenal dengan kraf ukiran.
Ukiran motif flora

Terdapat juga ukiran kraf alat untuk mempertahankan diri Contohnya, bentuk bilah
keris berluk mesti mempunyai bilangan yang ganjil iaitu luk 3,5,7,9 dan seterusnya. Ini boleh
dikaitkan dengan sifat tuhan yang ganjil dan suka kepada yang ganjil. Sebahagian mata keris
juga mempunyai tulisan daripada petikan ayat-ayat suci Al-Quran yang melambangkan

betapa dekatnya masyarakat Melayu itu dengan ajaran Islam serta kepercayaannya kepada
kekuasaan mukjizat tuhan.
Ukiran ulu keris

4.0

PROSES PENGGARAPAN MOTIF


Pada dasarnya, motif merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau

gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometri dan organik. Corak tradisi
mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur
tradisional. Contoh yang biasa kita lihat adalah corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga
kiambang dan sebagainya.
Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan
adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan
sempurna. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan
tradisional. Di antara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan flora dan geometri.
Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah pucuk
rebung, bunga mangga, kenanga, cempaka, melur dan sebagainya.
Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta
diperbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam
pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif goemetri
yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garis lurus, swastika, gandaan huruf
S, bulatan dan sebagainya.
Bagi motif hiasan labu sayong, labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam
keadaan lembut. Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau
motif geometri. Motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti
lengkungan(gelung puyuh), jaluran cengkung(gelugur) atau garis timbul(panai). Manakala
bagi permukaan labu puala dihias dengan cara tekanan(hiasan tekap) atau turisan. Terdapat
juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik(hiasan takik), mengkelar(hiasan kelar) atau
mengguris(hiasan guris).
Sementara itu, motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. Terdapat
lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun
tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam
jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim
tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian

yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah
motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah
kesukaan raja-raja seperti seri kaya dan tepung talam.
Motif juga terdapat dalam ukiran dimana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran
flora, seni khat, fauna, awan larat, koskos dan geometri. Bagi ukiran yang bermotifkan flora
dari segi daun adalah seperti bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, pucuk paku dan
ringgit manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka, kemunting,
lawang, ros, manggis dan lain-lain. Di samping itu, terdapat juga ukiran bermotifkan seni
khat iaitu ayat-ayat Al Quran. Ukiran bermotifkan geometri adalah corak berupa corak
geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Huruf-huruf Arab dan
jawi juga digunakan.
Dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu keputusan dalam pembuatan
kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaaan baru telah
lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaanciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan
sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh
Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam
sesuatu penghasialn kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas
menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya
digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam
hias kraf adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau
binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.
Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek
untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan
menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk
tersebut dengan secara stailisasikan sehingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi.
Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan
bahawa seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu
jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan
unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam
ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, disamping penggunaan
ayat-ayat Al-Quran dan rupa geometri. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh
masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman
batu lagi.

Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya.
Kraftangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka
yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga
adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana
masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi kraf tradisional
Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya
dengan nilai dari aspek budaya estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan
domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan , alat perburuan dan kenderaan.
Kraf bukan sekadar estetik dan kreatif, masyarakat Melayu estetik dikaitkan dengan
istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara lain elok, molek, cantik,
anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup,
gerak, sentimental dan tragis. Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang
tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam
diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keadaannya sebagai makhluk
yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan. Keperluan estetik, baik secara langsung
mahupun tidak langsung, terserap dalam kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan
lainnya. Apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu, kerap
pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi kreatif kraf
terhadap alam Melayu.
Sebagai sebuah negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak
berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni
Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa
dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai
diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk
menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari
mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta
daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi
muda supaya ia tetap dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barangan perhiasan juga
mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya
luar.

5.0

KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYU


Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan(kehalusan).

Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun
lagi. Manakala kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian zaman silam yang
berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. Dalam jiwa,
perasaan, nurani dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan
itu adalah seni.
Kebudayaan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan kraf tradisionalnya.
Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri. Penghasilan kraf ini
disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti
penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap,
daun palas dan daun mempelas. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir
memanipulasikan bahan dipersekitarannya.
Hasil kraf yang diperbuat datipada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat
memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan
penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan
ialah daun mengkuang atau pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupsksn
geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang
digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah
dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk
mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang
ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar.
Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar,
ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi, tikar untuk bersembahyang dan
sebagainya.Tidak ketinggalan juga, anyaman tikar adalah kesenian yang bersifat lahiriah dan
mempunyai makna mendalam.
Kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera
penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang
memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama,
kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu.
Bagi Peter Dolmer(1997) mentafsifkan makna kraf sebagai kreatif berkemahiran dan
penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman ini
menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks
dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda peka yang asli atau hasil kerja

seni. Seni anyaman Melayu sememamngnya indah. Tanpa seni, tidak lengkaplah budaya dan
warisan bangsa.
Di samping itu keunikan dan kesepaduan Melayu dan Islam juga dapat dilihat pada
penciptaan keris yang mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata
tikam yang digunakan secara meluas di kepulauan Melayu. Keris adalah sebagai lambang
kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai kesaktian
yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dalam masyarakat dan
kebudayaan tradisional Melayu.
Keunikan kesenian Islam dan Melayu juga terdapat pada seni khat yang dimajukan
dalam pelbagai bidang. Antaranya tulisan ini diukir di atas kayu keras dan dijadikan sebagai
pembahagi ruang dalam rumah. Warisan ini diwarisi turun termurun dan dimanfaatkan untuk
mempertingkatkan kesenian Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan
yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan sejata seperti pedang juga diukir dengan ayat
Al-Quran. Ayat Al Quran juga diabadikan di atas tenunan songket dan hiasan bagi
menambahkan lagi keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu.
6.0

JENIS-JENIS KRAF DAN MAKLUMAT SOKONGAN SEPERTI FALSAFAH,


MAKNA, KONSEP SAINS, MATEMATIK DAN NILAI TERPERINCI YANG
DI OLAH SECARA KREATIF.
Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara. Setiap kraf

berfungsi dalam kehidupan seharian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan,
pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubungkait dengan masyarakat luar seperti
(a) Alat untuk mempertahankan diri seperti keris dan lembing.
(b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan dan membuat pertukangan
seperti bubu, parang, cangkul dan sabit.
(c) Alat untuk kegunaan harian seperti tikar, tudung saji dan pakaian.
(d) Alat untuk upacara dan istiadat seperti bekas pembakar kemenyan dan gong
(e) Alat untuk rekreasi seperti wau, gasing dan congkak
(f) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid menggunakan ukiran kayu.
Falsafah seni ukiran Melayu juga dapat dikenali melalui ilmu tauhid yang banyak
mempengaruhnya. Setiap ukiran mesti ada dasar, asas dan puncanya. Setiap motif diambil
dari alam iaitu flora dan fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu
sendiri. Misalnya motif flora yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul pangkalnya yang

menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia
menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan
angka-angka popular dalam Islam seperti tiga tingkat(Allah, Muhammad dan Adam), 4
tingkat(zat, sifat, asma dan afa), 5 tingkat(rukun Islam), manakala 6 tingkat(rukun iman) dan
terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan. Dalam
menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyusur ke
bawah. Walau ke mana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas
mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu adalah satu jaalan
untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.
Di samping itu terdapat nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari. Corak
kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan
motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain
songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempa motifmotif yang diminati. Bagi pengguna kain songket ini, konsep keindahan dapat dinikmati pada
sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikatsyarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk
dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini
menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan
tentang pengaplikasiannya.
7.0

ANALISIS KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Kraf ukiran,

sejak zaman berzaman lagi mempunyai pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti
dengan penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam sesuatu penghasilan kraf pada
rumah-rumah, tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung.
Kraf ukiran sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.
Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik
perbincangan garapan idea yang berkonsepkan Islam. Dari pemerhatian yang dibuat seni kraf
ukiranlah yang banyak menggunakan konsep keislaman. Tiga buah tempat telah saya
fokuskan untuk perbincangan ini iaitu Masjid Seberang Jertih, Masjid Hadhari, Jertih dan
Muzium Negeri Terengganu.
Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu,
tangga, atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur
keislaman. Beberapa contoh ukiran yang terdapat di Masjid Sebarang Jertih, Masjid Hadhari

dan juga bangunan Muzium telah di ambil untuk untuk sama-sama diteliti untuk
perbincangan ini. Kebanyakannya mempunyai ukiran-ukiran yang bermotifkan flora,
geometri dan khat.
Pembinaan Masjid Seberang Jertih sangat unik dengan seni rekaan bangunan itu
sendiri yang hampir keseluruhanya diperbuat daripada kayu. Setiap sudut masjid itu dihiasi
dengan ukiran yang menampakkan menampakkan unsur-unsur kesenian Islam dan Melayu
yang sangat tinggi Unsur flora adalah melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan
sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam kehidupan. Seni ukirannya
adalah sangat halus dan sangat menarik.
Hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif
ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu
tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini
menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian yakni seluruh kehidupan melalui tahap-tahap
perkembangannya dan menabur zuriat.
Oleh itu reka corak ukiran tradisi pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri
tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah atau tunduk. Ini boleh dilihat dengan jelas
ukiran pada pintu masuk Masjid Seberang Jertih. Ukiran corak awan larat bermotifkan flora
pada pintunya semuanya menunduk ke bawah. Unsur flora adalah melambangkan kebesaran
dan keagungan tuhan sebagai penciptanya di samping menimbulkan kesyukuran dalam
kehidupan. Seni ukirannya adalah sangat halus dan sangat menarik.
Pintu Masjid Seberang Jertih
Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran
mula diukir oleh pengukir-pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsurunsur tumbuh-tumbuhan. Ukiran khat menunjukkan fungsi keagamaan. Pengaruh keagamaan
Islam yang berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir-pengukir seni ini dan
mengadaptasikannya pada ukiran seperti pintu-pintu, dinding peralatan perabot.
Motif kaligrafi ini dapat dilihat pada tingkap dan pintu Masjid seberang Jertih. Selain
motif kaligrafi motif fauna juga diselitakan pada ukiran tersebut. Ia juga disandarkan pada
subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan
kata-kata bijak pandai (hukama'). Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda
Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat kerana ianya kunci
rezeki".Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana
tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Ukiran motif kaligrafi


Unsur geometri dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur
geometri Islam. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.Sebahagian susunan motif tiada
permulaan dan akhirnya. Ini melambangkan sifat keesaan Allah AWT yang tiada permulaan
dan tiada akhirnya.
Salah satu seni hias pada bahagian tangga Masjid Seberang Jertih.
Ukiran bahagian sisi atap Masjid Seberang Jertih

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan
mempunyai pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada tangga
masjid Hadhari, Jertih. Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang
dihasilkan disusun secara berulang-ulang dan mengembang ke semua arah tanpa
penghujungnya sehingga tidak terbatas oleh sesuatu bentuk. Konsep ini dikaitkan dengan
sifat Allah swt yang tidak terbatas serta tiada penghujungnya.
Ini pula ukiran yang terdapat pada mimbar dan kerusi di Masjid Hadhari
.
. Mimbar merupakan tempat imam duduk ketika khutbah pada hari Jumaat. Motif
flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun. Kerusi berukir ini sangat unik dan sangat
cantik. Ini jelas terpancar unsur-unsur keislaman kerana fungsi kerusi berukir itu sendiri
digunakan oleh Imam Masjid.
Ukiran yang dapat pada pintu Masjid Hadari Unsur kosmos menggambarkan alam
semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-ganang. Ukiran di atas
mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai matahari. Manakala
ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi tumbuhan hidup subur.
Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada hambanya di alam
semester.
Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan
yang paling popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad,
bunga lawang, bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang

dominan dalam rekaan seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan
pengukir berdasarkan pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.
Ukiran motif flora pada kerusi di kawasan parking Muzium Terengganu
Muzium Terengganu
Corak awan larat pada salah satu dinding di Muzium Negeri Terengganu

Dua gambar yang diambil ini menggunakan unsur flora sebagai hiasan ukirannya.
Corak awan larat dipilih yang mengambarkan kesenian yang halus. Halim Nasir (1986:137)
mendefinisikan Awan Larat sebagai satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh,
meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dengan pola
lengkap. Ini jelas membuktikan jenis ukiran pada gambar tersebut.
Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah
satu budaya di samping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Dalam gubahan ukiran awan
larat, punca permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini
melambangkan sifat keesaan Allah swt. yang tiada permulaan dan tiada akhirnya.
Menurut Abdullah Mohamed (1990:13-20) memberikan pandangan bahawa alam
adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut
terjadi berbagai bagai organisme baik flora atau fauna dengan segala macam keajaiban dan
keindahan rupanya. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan
aneka warna, bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha
Kaya.

8.0

PENUTUP

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai kraftangan yang unik.


Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita masa
dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan kraftangan pada masa lalu adalah
kesenian nenek moyang masyarakat. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat
antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam tetapi tidak boleh dinafikan bahawa
terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan
Hindu. Masyarakat Melayu menganggap seni kraftangan ini penting kerana ia merupakan
salah satu kesenian yang diamalkan oleh mereka yang dapat menggambarkan corak budaya
masyarakat. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu amat menghargai seni kraftangan yang
diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Harapan agar kraftangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami perubahan
mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat kraf
tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas hingga sepanjang zaman.
Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia . Kraf tangan masyarakat
peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan
alam Melayu. Sumber proses pembuatan juga mudah didapati di persekitaranya. Namun
keunikan yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan
mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf
tradisional Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan unsur-unsur keislaman jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk
dan warnanya
Di Malaysia motif-motif lama yang dianggap pra-Islam telah diberikan makna baru
bersesuaian dengan ketauhidan dalam Islam. Elemen pepatungan boleh dikatakan ditolak
sama sekali dalam apa jua kesenian (termasuk batik dan songket). Sensitiviti masyarakat
Islam di Malaysia terhadap elemen pepatungan adalah amat tinggi sehinggakan cubaan
memasukkan unsur-unsur figuratif dalam bentuk khat sekalipun pada era 60an dan 70an
tidak bertahan lama dan tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu Islam.
Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian
nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi
ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara
penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap

keunikan karya kesenian tradisi ini.Namun begitu bagi peminat-peminat seni kraf ia
melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya.Sesuatu yang eksklusif
yang sukar untuk dirungkaikan.
Justeru itulah sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan
menyayangi seni Kraf Tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan
wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf Tradisional kita di sanjung
dan di pandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf Negara Barat.Seharusnya kita
patut menanamkan rasa cintakan seni tradisional di kalangan generasi baru agar seni ini tidak
terpupus.Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

9.0

RUJUKAN

Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dr. Othman Mohd Yatim. (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Aishah Kamarudin.(2003). Aneka kraf tangan. Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Khairudin Talib .(2011). HBMT3103 Kraf Tradisional . Kuala Lumpur : Open University
Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah : Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka
Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html
Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95
Contoh Ukiran Kayu Melayu
http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Contoh Kelarai
http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html
Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam
http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukisgambar-menurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69
Hukum Melukis Objek dan Binatang
http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html
Motif Songket Bercirikan Orang Melayu

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive
Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.
http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html
Seni Lama Melayu
http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html
ii
Tenunan Songket
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html
Ukiran Kayu Tradisional
http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

Anda mungkin juga menyukai