Anda di halaman 1dari 3

Johan Pidato Piala Presiden PMRAM

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Satu laungan yang cukup untuk menggongcangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka pernah
menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid
mempertahankan bangsa dan agama. Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata Tok Janggut masih
hidup, adakah beliau mampu tersenyum. Fikir fikirkan…

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Aruf Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan Berpaksikan
Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, Seterusnya mahasiswa-
mahasiswi yang saya segani serta hormati sekelian.

Assalamualaikum wrth

Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunya bendera Jack Union diiringi dengan laungan
kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj adalah detik
bersejarah yang ditersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu ketika itu. Merdeka!!!
Merdeka!!! Merdeka!!!

Justeru, bicara perdana saya pada petang ini atas persoalan Sejauh manakah pencapaian Malaysia
Selepas Kemerdekaan. Saya kecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan pencapaian
Malaysia selepas lebih 50 tahun kita merdeka. Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi
Terbaru adalah bermaksud prestasi. Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi
Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 50 tahun yang lalu “
adalah hujah saya yang pertama. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sekitar atahun
80-an mencatakan perkembangan positif yang dimangkinkan dengan pertumbuhan sektor pembuatan
telah menukar parameter makro ekonomi Negara. Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa
ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang
berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian.
Misalnya, saya bawakan perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat
daripada RM10.2 bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan
ini menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.

Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin baik “. Justeru,
dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah merosakkan kesatuan tiga
kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu. Justeru, pelbagai program dan dasar dirangka
oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi kaum dapat dieratkan. Dasar Wawasan Negara, konsep
sekolah integrasi dan dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan
masyarakat majmuk dalam Negara pada hari ini. Orang Melayu misalnya bukan lagi penduduk tetap desa
dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang.

Sidang Dewan Yang budiman

Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding 50 tahun yang
lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara Malaysia pada hari ini. Jika
dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada hari ini kita mampu berbangga dengan
pencapaian rakyat Malaysia hingga mampu mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan.
Contohnya kejayaan Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology di
Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan
beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun
2005.

Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari dan
mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar Mansur, pelayar solo
mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan nama rakyat Malaysia ketika
berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor Syeikh, selaku angkasawan pertama
Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah mengharumkan nama Negara dipersada
anatarabangasa. Semua ini adalah menunujukkan bahawa betapa rakyat Malaysia mampu berdikari
diperingkat perdana.

Sidang audian yang dirahmati Allah


Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sirnanya budaya dan tatasusila timur rakyat jika
dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-anak muda, runtuhnya
social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi kekeluargaan adalah bahana besar kepada
rosaknya modal insan Negara. Dalam pidato saya pada hari ini, suka saya cadangkan agar tindakan segera
dan serius dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir
negara suatu masa nanti dengan baik.

Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan, Sosial dan
kemampuan rakyat. Walaubagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah kontra berkenaan dengan
kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya tatasusila budaya timur hari ini.

Dian tiga lilin pun tiga

Tanglung tergantung rumah laksamana

Diam juga sabar pun juga

Ada umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi

POSTED BY ABI UMMI AMMU

LABELS: KHUTBAH JUMAAT

Anda mungkin juga menyukai