Anda di halaman 1dari 3

Disaat terledaknya letupan bom di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun rebah tersungkur

menyembah bumi. 
Mereka dikhabarkan memerlukan 100 tahun untuk membinanya semula. Namun mereka
cuma mengambil masa beberapa puluh tahun sahaja untuk membina negara dan rakyatnya.
Malaysia pula sudah genap 64 tahun Merdeka. Belum pernah diranapkan oleh mana-mana
negara tetapi mengapa nilai-nilai Murni dan perpaduan dalam kalangan rakyat masih berada
di kelas ketiga.Kita harus yakin dan percaya UMNO mampu bina semula negara kerana
UMNO setia bersama rakyat.

Bismilla hirrahman nirrahim... 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
Salam sayang buat Negaraku dan salam perjuangan UMNO bangkit saya titipkan buat anda
semua hadirin maya. 

firman Allah dalam surah hujurat cukup indah


“ Apabila dia menciptakan kita lelaki dan wanita berbangsa-bangsa bersuku-suku. Untuk
Kita Saling mengenali, menerima dan menghargai”.

Namun manusia cepat lupa, bermula daripada peristiwa 13 Mei 1969 diikuti dengan
Kampung Medan sehingga kini kita masih lagi melatah apabila tidak belajar dari sejarah
yang lampau. 

Mauduk pidato saya hari ini akan berbicara tentang kualiti 3 zaman yang berbeda. Pertama
zaman keagongan UMNO yang perlu dicontohi. Kedua zaman kejatuhan UMNO yang perlu
kita insafi dan yang ketiga kita bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini.

tuan-tuan dan puan-puan siding maya yang saya kasihi

Pertama Zaman kegemilangan UMNO yang perlu dicontohi


Menurut Harry Crates, ahli falsafah Greek kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai
moral yang dilengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan kepemimpinan dan
pemerintahan yang berasaskan Keadilan serta ruang lingkup kehidupan yang dihiasi dengan
warna-warna keperimanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh untuk
dipisah-pisahkan ibarat irama dan lagu ibarat isi dan kuku. Kesemua itu perlu untuk sama
dipacu bagi membina sebuah tamadun yang jitu buktinya pada masa pemerintahan UMNO
ekonomi kita melangkaui segala jangkaan iaitu pada 6.2 peratus untuk suku ketiga 2017
berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada suku ketiga 2016. Bank Dunia juga turut
menyemak semula anggarannya untuk pertumbuhan Malaysia buku sekali, bukan dua kali,
tetapi tiga kali dari 4.9 peratus kepada 5.8 peratus. Ini sesuatu kejayaan yang perlu kita akur
bahawa ilmu pengetahuan dalam kepimpinan merupakan tunjang kejayaan sesebuah
negara.
Mengambil kisah kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniah misalnya adalah disebabkan oleh
masyarakat Islam ketika itu yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan yang
tinggi terhadap setiap bait-bait ilmu yang dipelajari hinggakan Kota cordova dan Kota
andalus telah diangkat menjadi pusat pengembangan ilmu sejagat yang disegani dan
dihormati. Menyedari hakikat kepentingan ilmu inilah pelbagai strategi dirangka, pelbagai
usaha telah dilaksanakan dan direncanakan oleh UMNO. Dari Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan hinggalah usaha membangunkan Pusat Kemahiran. Segala-galanya kita
laksanakan bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan. Hari ini ilmu telah kita miliki,
soalannya Adakah Ia sudah di aplikasi selaras dengan apa yang kita pelajari? Anda jawab.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kedua, zaman kejatuhan yang perlu kita insafi. Pernah kita sedari, bahawa jatuhnya
sesebuah tamadun ditunjangi oleh aspek keperibadian yang dimiliki oleh sesebuah bangsa
itu sendiri. Dari corak pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba.
Darpada kejujuran seorang pemimpin hinggalah ketaatan kelompok yang dipimpin.
Kesemua daripada mereka perlu seia-sekata sehati dan sejiwa menjadikan keperibadian
dan dan nilai murni sebagai asas jati diri. UMNO harus konsisten dan sentiasa di puncak
menjadi juara rakyat. Perjuangan UMNO yang diwarisi dari datuk dan nenek moyang untuk
membela nasib rakyat dan membawa kesejahteraan kepada rakyat harus sentiasa
diagongkan. Ketika mula tercetusnya pendemik covid19 UMNO sentiasa menjadi juara
rakyat dengan memberi cadangan-cadangan luar kotak dan luar biasa contohnya
pengeluaran simpanan KWSP. Tetapi alangkah sayangnya “ku sangka panas hingga ke
petang, rupanya hujan di tengahari”. Akhirnya cadangan-cadangan yang dituntaskan oleh
UMNO dibakul sampahkan oleh mereka. Kita harus akui agenda UMNO bersama rakyat
telah lama kita jalankan. UMNO telah merangka pelbagai pelan untuk kegunaan rakyat pada
masa hadapan. Contohnya, pada masa Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana
menteri beliau telah meluluskan peruntukan untuk penambahan kapasiti pesakit di Hospital
Sultanah Maliha untuk keselesaan penduduk Langkawi tetapi peruntukan itu dibatalkan
apabila UMNO tewas. Cuba bayangkan jika peruntukan itu diteruskan. Adakah masalah
ketidakcukupan katil mangsa covid19 di hospital akan berlaku? Adakah kemudahan yang
UMNO lakukan hanya untuk ahli UMNO sahaja? Anda fikir, andai nilai dan anda jawab…
ayuh kita sama-sama insafi.

Hadirin dan hadirat siding maya yang dikasihi sekalian

Ketiga, kita perlu bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini. Dunia hari ini memang
diakui hebat dari segi pembangunan materialnya. Ya benar, persaingan untuk mendapatkan
kuasa dan kekayaan berlaku dimana-mana sahaja. Namun tuan-tuan dan puan adakah kita
layak dikatakan sebuah parti yang bersama rakyat sekiranya kita hanya “melukut ditepi
gantang, berkait di dahan yang rapuh”. Bertamadunkah kita jika amalan demokrasi yang
dibina kita biarkan diperkosa dan dijarah? Adakah kita hanya berpeluk tubuh membiarkan
rakyat terus ditindah tanpa pembelaan? Dimana sumpah keramat kita UMNO membela
agama,bangsa dan negara? Dimana UMNO ketika rakyat tengah menderita hinggakan ada
yang mengemis malah lebih buruknya lagi ada rakyat yang sanggup membunuh diri? Tepuk
dada tanya hati. Adakah UMNO hanya ingin menjadi “Pak Turut” sahaja dikala kegagalan
demi kegagalan Sang Penguasa ditempiaskan kepada rakyat? Adakah ini yang kita
banggakan? Anda jawab.

Hadirin dan hadirat sekalian


Konklusinya, rakyat hari ini sudah penat melihat dan menunggu kejayaan kerajaan
menangani pendemik covid19. Setahun dikurung menjadikan rakyat sudah muak dan jelek
dengan retorik yang tidak holistic. Ibarat luka di jari, letak ubat dikaki. Untuk menjadi hebat
ilmu tidak lagi diangkat sebaliknya kerakusan dan ketamakan kuasa menjadi syarat. Apakah
semua ini hanya perlu dilihat oleh UMNO. Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu
matlamat, nasib rakyat perlu dibela, negara perlu dibina semula. Yang ringan sama dijinjing
yang berat sama dipikul, hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah, gunung sama
didaki, lurah sama dituruni. Semoga kesedaran kita hari ini dapat memberi ruang dan
peluang kepada generasi akan dating untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan
penuh harmoni. Tidak mengapa kita kehilangan kekasih hati, tetapi jangan sesekali kita
kehilangan rakyat yang kita sayangi.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


Assalamualaikum wbt...
Pemidato dari UMNO bahagian Langkawi mohon undur diri.

Anda mungkin juga menyukai