Anda di halaman 1dari 1

Kemilau danau menyilau mata,Tempat putera menahan ikan,Lafaz bismillah pembuka

kata,Gelanggang pidato hamba mulakanAssalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada


Tuan Pengerusi Majlis, barisanhakim yang arif lagi bijaksana yang sentiasa berpegang kepada neraca
keadilan,guru-gurudikasihi dan rakan-rakan yang bertanding dan warga dewan yang budiman
sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah dan pagi yang nirmala ini adalah untuk menyampaikan
pidato yang bertajuk

³Kepentingan Penghayatan erti kemerdekaan oleh generasi muda´.

Warga dewan yang budiman,³Berikan saya sepuluh remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini´,
begitulah ungkapan yangtelah dikatakan oleh Presiden Pertama Indonesia, Soekarno. Ungkapan ini
menggambarkan betapa gahnya peranan generasi muda sebagai penentu pembangunan dan
kemajuan Negara padamasa depan. Generasi muda merupakan aset modal insan yang amat
bermakna. Namun, impak arus globalisasi kini telah menyebabkan semangat patriotic dalam
kalangan remaja kian pudar.kebanyakan alpa akan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan masa
depannya. Generasimuda kini semakin tenggelam dalam kancah keruntuhan moral yang amat
membimbangkan.³Bagi mereka peduli apa dengan merdeka´. Mereka juga berpendapat Negara kita
telah bebas.Tiada apa-apa yang hendak ditakutkan. Kalau ada apa-apa berlaku , polis dan tentera
bolehmengawalnya. Yang lebih menyedihkan ialah sambut hari kemerdekaan dinanti-nantikanhanya
kerana cuti umum dan bersuka ria dan segala penyakit social akan bermaharaja lelasepanjang hari
berkenaan.Seharusnya generasi muda kini perlu dididik menghargaikemerdekaan serta
mengamalkan slogan

³ Negara Kita, Tanggungjawab Kita´.

Para hadirin sekalian,Pada pendapat saya setiap warga malaysia terutamanya generasi muda yang
merupakan pewaris bangsa perlu menghayati erti kemerdekaan dan menghargai erti kemerdekaan.
Menyingkapkembali sejarah kemerdekaan , kita sewajarnya berterima kasih kepada para pejuang
bangsayang begitu gigih dan bersusah payah merealisasikan impian mulia ini. Ada dalam
kalanganmereka yang terpaksa bergolok bergadai semata-mata untuk pergi ke London bagi
merundingkanhal kemerdekaan.Dalam hal ini, penghayatan erti kemerdekaan haruslah disemaikan
dalam kalangan generasimuda. Hal ini demikian untuk meyedarkan generasi muda tentang betapa
murni dan mulianya pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu kala. Antara pejuang kemerdekaan tanah
air termasuklahAlmarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj , Tun Tan Cheng Lock, Tun
V.Sambantham, Tun Sardon Jubir, Ibrahim Yaakub, Ishak Hj. Mohamad dan lain-lain.
Janganlahhendaknya apabila gema merdeka dilaungkan pada setiap 31 Ogos, barulah kita
mengenangkembali jasa mereka.Jika inilah realitinya, alangkah malangnya nasib Negara yang
mempunyaigenerasi baru yang hanya tahu akan kata merdeka, tetapi tidak memahami dan
menghayati ertikemerdekaan

Anda mungkin juga menyukai