Anda di halaman 1dari 36

1.

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Belia adalah golongan muda yang berada di dalam sesebuah negara yang
berpelembagaan. Menurut kamus dewan Bahasa edisi kedua, maksud belia adalah orang
yang sudah akil baligh tetapi belum tua lagi: orang muda; pemuda atau pemudi; Persatuan
Kelab Malaysia. Manakala menurut kamus dewan Bahasa edisi keempat pula, maksud
belia adalah 1. Muda; muda sangat muda (muda remaja); 2. Pemuda; 3. Golongan muda
secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi; ~. Mereka ini
sangat penting di dalam sesebuah negara yang sedang meningkat maju. Selain itu, mereka
ini juga adalah penyambung legasi pemimpin yang berwibawa dengan harapan untuk
memerintahkan negara yang berdaulat ini.

Di negara Malaysia, belia ini sangat penting untuk kerajaan. Hal ini di sebabkan,
mereka mampu untuk melindungi negara dari ancaman pihak luar. Belia juga mampu
untuk membawa negara ke persada negara dan mereka mampu membawa negara untuk
menyaingi negara yang lebih moden mahupun di dalam faktor sukan. Belia ini diajar dr
kecil oleh kerajaan untuk mencintai negara. Perkara ini dapat di llihat melalui
kebanyakan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, dan sekolah menengah
kebangsaan. Setiap hari di waktu perhimpunan, mereka di wajibkan untuk membaca ikrar
lima rukun negara dan menyayi lagu kebangsaan sambal menaikkan bendera Jalur
Gemilang. Dengan itu, setiap belia akan mengetahui apa yang mereka perlu lakukan
sebagai belia di dalam negara ini.

Pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk menaikkan martabat belia ini. Mereka
banyak membuat program di peringkat sekolah, negeri, negara mahupun antarabangsa.
Hal ini dapat dilihat bahawa kerajaan selalu mengadakan satu malam yang bersejarah di
setiap tahun iaitu Malam Kemerdekaan yang di lakukan pada malam 30 Ogos. Malah
pihak kerajaan juga bnyak membantu belia didalam bidang sukan juga. Banyak ahli-ahli
sukan di negara kita berumur di antara 13-30 tahun. Sebagai balasan terima kasih mereka
kepada kerajaan, mereka banyak menghadiahkan banyak pingat-pingat dan dengan ini
nama negara Malaysia menjadi gah di mata dunia dan ia mampu menggerunkan negara
asing yang berpendapat bahawa negara Malaysia tidak mampu menyaingi bmereka dari
segala bidang.

Ini menunjukkan bahawa golongan belia dan pihak kerajaan saling memerlukan satu
sama lain dan berkait rapat untuk menaikkan nama negara di persada dunia. Tidak ada
seorang golongan belia yang terlepas pandang oleh kerajaan.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Bulan kemedekaan adalah sangat bermakna bagi rakyat Malaysia dimana kini
sudah hampir memasuki 60 tahun negara kita telah merdeka atau kata lain bebas daripada
penjajah. Bulan Ogos hanya datang sekali sahaja pada setiap tahun sekaligus menyambut
ulang tahun kemerdekaan iaitu pada tarikh 31 Ogos.

Tarikh 31 Ogos 1957 detik jam 12 tengah malam menjelang hari yag disifatkan
sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ianya adalah saat paling bersejarah
kerana telah menandakan berakhirnya zaman penjajahan tentera British terhadap negara
kita. Tarikh keramat itu telah dilaungkan dengan pekikan MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! Oleh seluruh rakyat Malaysia yang menandakan sebagai tanda bebas
daripada penjajah hadil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam
menuntut kemerdekaan tanah melayu.

Di hari yang bertuah itu, senja dari senja lagi, beribu-ribu telah berkumpul di
padang Kelab Selangor dan kawasan-kawasan sekitarnya yang bergemelapan dengan
cahaya lampu yang berwarna-warni untuk menyertai upacara menurunkan bendera Union
Jack dan menaikkan bendera Malaysia.
Belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah belia seing ditukar ganti
dengan remaja dan pemuda, selalunya mempunyai erti yang sama, Cuma sekali-
sekala dibezakan. Golongan ini merupakan teras penting yang menggambarkan
kewujudan negara pada masa akan datang.

Rakyat kita termasuk golongan belia dikatakan kurang semangat patriotik untuk
menyambut Hari Kemerdekaan. Mereka seperti tidak ghairah mengibar Jalur Gemilang.
Bagaimana kita dapat mengubah mentaliti dan semangat ini supaya menjadi seperti
rakyat yang bersemangat meraikan ulang tahun kemerdekaan negara kita. Ini adalah
kerana belia merupakan satu tonggak harapan negara untuk memajukan negara daripada
berlakunya kemunduran. Oleh itu, dalam kajian ini, kita akan membincangkan mengapa
kemerdekaan dalam kalangan sebahagian golongan belia semakin pudar.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Kini bagaimanakah perasaan kita apabila merdeka ini disebut atau diluangkan
sahaja? Adakah kita akan terasa terharu? Adakah kita merasa bersyukur dan berbangga?
Tapi bagaimana dengan dikalangan belia sekarang ini? Adakah mereka teruja untuk
menyambut hari kemerdekaan? Adakah mereka dapat menyelami dan menjiwai nilai erti
kemerdekaan?

Semangat patriotik dikalangan belia menjadi isu penting yang hendak dibahaskan.
Terdapat beberapa faktor menjadi isu ini dimana pada zaman kini, kebanyakannya belia
lebih hidup dalam dengan kesenangan dan kemewahan. Pada zaman teknologi terkini,
pelbagai kemuadahan social kemajuan ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan
perkhidmatan di pasaran yang kebanyakannya belia pada zaman kini terleka dan alpa
tentang erti kemerdekaan yang seharus disematkan dalam diri mereka.

Seterusnya adalah belia kekurangan pengetahuan tentang sejarah. Keadaan ini terjadi
disebabkan Sejarah tidak lagi menduduki tempat yang istimewa. Oleh itu, belia didapati
cetek atau kurang pengetahuan tentang latar belakang dan sejarah bangsanya.
Kekurangan kesedaran dan kefaham tentang sejarah tentu tidak dapat membantu
memupuk patriotism di kalanagan generasi muda. Kekadang itu, ditanya kepada
golongan belia adakah kenal beberapa tokoh perjuangan negara? Kerana ada yang
langsung tidak kenal tokoh perjuangan terdahulu seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut,
dan lain-lain.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini, walaupun sekarang zaman teknologi semakin
meningkat, tetapi tidaklah menjadi halangan yang sebenar aspirasi kemerdekaan dalam
kalangan sebahagian golongan semakin pudar. Semangat kemerdekaan haruslah lahir
daripada diri sendiri merupakan sesuatu yang lebih penting. Hal ini kerana, sekiranya
belia sendiri yang tiada kesedaran dan tidakan yang diambil, maka negara kita akan
bertambah mundur akibat kekurangan mendapat semangat sambutan kemerdekaan dari
golongan belia yang menjadi harapan kepada negara.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Siapakah belia?
Seberapa dalam manakah belia menjiwai tentang kemerdekaan?
Adakah belia gembira berasa terharu dan berbangga dibulan Ogos?
Adakah mereka mengenali tokoh-tokoh terkenal pada zaman kemerdekaan?
Bagaimanakah cara untuk negara membendung belia pada zaman kini?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Untuk mengkaji mengapa sambutan kemedekaan sekarang ini semakin berkurang


pada sebahagian golongan belia.
Untuk mengupas isu-isu kemerdekaan dalam kalangan sebahagian golongan belia
semakin pudar.
Untuk mengetahui pandangan belia sendiri tentang kemedekaan kemerdekaan
dalam kalangan sebahagian golongan belia semakin pudar.
Untuk mengkaji adakah golongan belia pada zaman kini memiliki ilmu
pengetahuan tentang sejarah terdahulu.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini untuk mengetahui keadaan sebenar apa yang telah berlaku
pada sebahagian golongan belia yang kini semakin pudar tentang kemerdekaan. Selain
itu, untuk mengetahui keadaan sebenar mengapa semangat kemedekaan tidak lagi dijiwai
dan dihayati tentang erti kemerdekaan dalam kalangan belia pada zaman kini. Terakhir
untuk mengetahui mengapa.

1.7 SKOP KAJIAN

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, kami menumpukan kajian ini kearah
kerajaan yang memerintah dan generasi muda iaitu belia. Dengan inikami dapat
mengfokuskan kajian kami.

Dua golongan di atas ini banyak memainkan peranan dan mereka penting dalam
menaikkan semangat kemerdekaan. Bagi pihak kerajaan, mereka telah membuat tempat
dimana untuk sambut kemerdekaan di setiap pelusuk negara Malaysia. Kerajaan telah
juga membuat satu cuti umum untuk sektor kerajaan dan sector swasta. Selain itu,
kerajaan juga telah membuat pelbagai aktiviti kepada pihak sekolah seperti pertandingan
nyanyian lagu patriotik dan pertandingan pakaian yang melambangkan patriotik di
peringkat sekolah. Tambahan pula, kerajaan juga telah menyiarkan pelbagai program
yang membincangkan tentang apa erti kemerdekaan dan mereka juga menyiarkan filem-
filem yang patriotik yang sesuai ditonton umum pelbagai umur. Kerajaan juga banyak
menyiarkan di dalam akhbar-akhbar tentang semangat perjuangan patriotik dan
perjuangan pejuang-pejuang dahulu.
Tetapi golongan muda zaman sekarang ini tidak menggambarkan semangat
kemerdekaan mereka berbanding dengan golongan generasi mereka yang terdahulu. Hal
ini dapat dilihat golongan-golongan ini tidak dapat merasa kesusahan mereka semasa
sebelum merdeka seperti memakan ubi kayu, keadaan darurat yang penduduk tidak boleh
keluar selepas jam 6.00 petang. Mereka merasakan yang mereka sudah tidak perlu untuk
menanam sifat patriotik didalam diri mereka. Selain itu, belia juga merasakan malam
ambang kemerdekaan itu satu malam untuk mereka bebas untuk melakukan jenayah civil
mahupun jenayah di dalam Islam. Meraka banyak melakukan aksi-aksi yang merbahaya
ketika menunggang motorsikal dengan menggambarkan mereka ini gah di jalan raya.
Tambahan pula, banyak maksiat-maksiat yang berlaku di malam ambang kemerdekaan.
Kesimpulannya, semangat kemerdekaan mahupun patriotik tiada di dalam diri mereka.

Golongan generasi muda iaitu belia juga banyak memberi peranan tentang
kemerdekaan. Hal ini dapat dilihat dengan penyertaan belia-belia seperi mereka hadir di
malam ambang kemerdekaan. Selain itu, mereka juga membuat perhiasan di setiap
kenderaan mereka sepeti meletakkan bendera Jalur Gemilang di hadapan kereta mereka,
meletakkan bendera di atas kereta dan tidak kurang juga kanak-kanak meletakkan
bendera Jalur Gemilang di basikal mereka. Dengan itu, ia dapat menggambarkan bahawa
belia juga mempamerkan semangat kemerdekaan.

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Seperti dalam kajian ini, kumpulan ini telah membuat kaji selidik dengan pelbagai
cara seperti pemerhatian, temu bual, sumber rujukan dan boring soal selidik.

Cara yang pertama yang di gunakan adalah pemerhatian. Cara ini dapat dilihat
apabila setiap ahli kumpulan membuat pemerhatian dengan rakan-rakan mereka
menyambut kemerdekaan setiap tahun. Mereka mendapati bahawa golongan muda zaman
sekarang ini menyalahgunakan ketika menyambut kemerdekaan seperti mereka banyak
melibatkan diri mereka dengan gejala rempit dan penyalahgunaan dadah. Mereka
merasakan apabila menyambut kemerdekaan, mereka merasa bebas dengan apa yang
mereka lakukan sebaliknya kelakuan mereka memalukan imej negara di mata negara lain.

Cara kedua adalah sesi temu bual. Dalam kajian ini, sesi temu bual adalah cara yang
berkesan untuk menyelami apa yang terbuku di hati mereka. Banyak di antara mereka
faham tentang kemerdekaan dari segi definisi sahaja. Tetapi mereka tidak faham erti
kemerdekaan dari segi nurani. Maknyanya merekahanya faham dari segi luaran sahaja
tetapi mereka tidak mengerti erti kemerdekaan secara mendalam. Tidak seperti golongan
muda zaman dahulu yang mereka amat menghormati apa itu kemerdekaan.

Cara ketiga yang digunakan adalah sumber rujukan. Cara ini tidak tepat di
bandingkan dengan sesi temu bual. Hal ini di sebabkan sumber rujukan tidak baharu dan
ia hanya membuat secara rambang. Maklumat-maklumat sumber rujukan juga hanya di
buat oleh segolongan orang yang pandai tentang komputer. Maka sebab itu, segolongan
orang yang tidak pandai tentang komputer tidak dapat meluahkan perasaan mereka.

Cara yang terakhir yang di gunakan di dalam kajian ini adalah borang soal selidik.
Cara ini dapat mencapai objektif kajian. Hal ini di sebabkan ahli kumpulan kami
memberi borang soal selidik kepada golongan-golongan muda di sekitar ini. Dengan cara
ini, mereka dapat memberitahu tentang objektif kajijan ini adalah benar ataupun tidak.

Kesimpulannya dengan keempat-empat cara ini dapat meningkatkan maklumat


kajian ini dan dapat membantu pihak pemerintah faham dengan golongan belia di negara
Malaysia.

1.9 KESIMPULAN BAB

Dengan kajian-kajian yang telah dibuat, golongan-golongan belia tidak mempunyai


semangat kemerdekaan seperti golongan-golongan muda yang dahulu. Mereka juga tidak
ada semangat untuk cintakan negara malah perlakuan mereka seakan-akan memalukan
imej negara pada negara-negara yang lain. Sikap ini tidak patut timbul pada diri golongan
belia kerana mereka telah diajar, dipupuk dan telah di paparkan dengan semangat orang-
orang terdahulu dari mereka di bangku sekolah lagi. Mereka juga tidak memaparkan
minat mereka unuk menaikkan nama negara di persada dunia sebaliknya hanya
menunding jari kepada kerajaan pemerintahan sahaja jika berlakunya sesuatu perkara
yang tidak memuaskan. Seharusnya mereka memperbetulkan diri mereka dahulu dengan
mencabar diri mereka untuk menjadi pemimpin dan orang yang berguna pada negara.

Akhir sekali, tidak lewat untuk mereka menanam kembali semangat cintakan negara
dan menghargai apa itu kemerdekaan yang sebenarnya sebelum mereka terlambat.
2. KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan negara Malaysia sebagai lambang


negara kita telah bebas daripada kuasa jajahan sejak dari tahun 1511 hingga 1957. Tarikh
kebangsaan negara ataupun lebih dikenali sebagai tarikh kebangsaan negara Malaysia ini
merupakan peristiwa penting dan wajar disambut secara besar-besaran oleh rakyat
Malaysia. Pada tarikh ini, kita dapat menyaksikan pelbagai jenis sambutan untuk
menyambut tarikh ini seperti perarakan kereta yang dihiasi dengan bendera Malaysia,
pertunjukan pentas, pelbagai pertandingan yang bertemakan kemerdekaan turut diadakan
dan lain-lain lagi.

Namun begitu, bersangkutan dengan hal ini dapat kita saksikan aspirasi kemerdekaan
dalam kalangan sebahagian golongan belia semakin pudar pada masa kini. Sebagai
contoh, generasi muda kurang pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan, tokoh-tokoh
yang telah berjuang demi memperoleh kemerdekaan negara kita Malaysia. Golongan
muda juga tidak tahu peritnya hidup di bawah naungan kuasa penjajah pada suatu masa
dahulu. Masing-masing sibuk dengan urusan mereka sendiri, sibuk mengejar duit untuk
pendapatan sendiri sehinggakan mereka tidak ambil peduli mahupun menitikberatkan
sambutan Hari Kemerdekaan negara sendiri. Sebagai contoh, pengibaran bendera
Malaysia semasa Hari Kemerdekaan tidak dijalankan, kegiatan gotong royong sempena
Hari Kemerdekaan tidak mendapat sambutan di kalangan golongan muda dan lain lain
lagi.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din menyatakan
Memang fitrah generasi Y kurang meminati sejarah atau perkara-perkara yang nostalgia
dan tidak suka kepada perkara-perkara yang mengongkong sebagai contoh kemerdekaan
yang sering dikaitkan dengan patriotisme dan sejarah perjuangan pejuang-pejuang
terdahulu. Selain tidak terlibat pada zaman ketika menuntut kemerdekaan , mereka juga
tidak suka sesuatu yang statik seperti sejarah yang tetap dan tidak boleh berubah
sifatnya, . Di dalam petikan ayat beliau tersebut, generasi Y merupakan satu generasi di
mana generasi ini merupakan mereka yang lahir pada tahun pada 1982 sehingga
1997(William Strauss dan Neil Howes).

Di samping itu juga, Seniman veteran, Datuk Aziz Sattar pernah berkata "Kita tidak
boleh biarkan perkara ini kerana boleh menyebabkan generasi baru lupa akan jasa
pejuang kemerdekaan dan nenek-moyang mereka yang bergadai nyawa mempertahankan
tanah air. Mereka lahir dalam keadaan negara yang aman sehingga tidak kisah perkara itu.
pihak sekolah memainkan peranan dalam memberitahu bagaimana negara ini mencapai
kemerdekaan. Ia perlu disampaikan bukan sahaja melalui akademik tetapi secara
praktikal,". Datuk Aziz Sattar berkata tersebut kepada pemberita selepas merasmikan
Sambutan Bulan Kemerdekaan sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Menengah
Kebangsaan Lanchang.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat 2017 menyatakan
patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Bersifat patriot dan
sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela kedaulatan negaranya merupakan
ciri-ciri seorang individu yang patriotik. Seseorang yang memandang tinggi dan
menhargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara tersebut dan seseorang yang
melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk mempertahankan negara dan kerajaan
negara tersebut dengan nyawanya, seseorang yang mejuarai kepercayaan tentang
kebesaran dan kebenaran negaranya adalah merupakan ciri-ciri seorang patriot.

Seorang patriot juga merupakan seseorang yang sentiasa berusaha menjadikan


negaranya lebih baik sama ada dari segi pendidikan, lebih baik dari segi ketenteraan,
lebih aman, lebih makmur, lebih bersih, lebih sihat, lebih berkuasa dan lebih berpengaruh
di dalam hubungan antarabangsa, lebih cantik dan indah, lebih bersatu padu, lebih
dihormati di luar negara dan sebagainya. Patriotisme boleh meliputi pelbagai aktiviti
manakala patriot itu wujud dalam pelbagai rupa bentuk.
Setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai masyarakat majmuk haruslah
memupuk semangat patriotisme. Anak jati Malaysia perlulah berjuang dan menegakkan
keadilan melalui kemerdekaan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang
berdaulat. Patriotisme sememangnya tidak dapat dipisahkan dari kewujudan sesebuah
negara. Namun kelangsungan semangat patriotism di kalangan rakyat khasnya generasi
muda tidak akan datang dengan sendirinya. Semangat patriotisme semestinya perlu terus
dipupuk sama ada secara formal mahupun sebaliknya di kalangan masyarakat di sesebuah
negara khasnya di negara Malaysia.

2.2 KONSEP KEMERDEKAAN

Kemerdekaan umumnya membawa maksud bebas daripada kongkongan atau


cengkaman sesuatu. Konsep kemerdekaan kepada rakyat Malaysia pula bermaksud
negara yang bebas daripada jajahan kuasa luar. Negara Malaysia yang telah mencapai
kemerdekaan dari tahun 1957 sehingga masa kini mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen, raja berpelembagaan dan perlembagaan endiri. Di dalam sebuah negara
yang telah mengecapi kemerdekaan, rakyat negara tersebut seharusnya mampu mengatur
diri mereka dan membangun dengan baik tanpa terikat dengan lain ataupun negara yang
pernah menjajahi negara tersebut pada suatu masa dahulu.

Kemerdekaan sesebuah negara itu susah untuk dikecapi namun atas usaha-usaha
tokoh-tokoh kemerdekaan kita, Malaysia mampu mendapat kemerdekaannya sendiri.
Dalam pada itu, Persekutuan Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak. Lain daripada itu, pembentukan Malaysia telah diisytiharkan pada tarikh 19
September 1963. Pada tarikh tersebut, sambutan tersebut disambut sebagai Hari
Malaysia, namun begitu sambutan kemerdekaan secara besar-besaran diadakan pada 31
Ogos pada setiap tahun. Sambutan 31 Ogos pada setiap tahun mempunya temanya sendiri
demi untuk semarakkan semangat patriotisme di kalangan belia.

Kemerdekaan Negara Malaysia hendaklah dihargai, dihayati oleh setiap golongan


belia kerana tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Tun
Sir Henry H.S Lee, Tun V.T. Sambanthan, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut, Mat Kilau,
Dato Maharaja Lela dan ramai lagi telah melakukan banyak gerakan, dianggap
pemberontak, melakukan rundingan demi untuk berjuang demi kemerdekaan tanah air
kita. Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, negara telah mencapai pelbagai
kemajuan dan mampu untuk bersaing dengan negara luar dalam pelbagai bidang.

2.3 SENARIO SEMANGAT PATRIOTISME DI MALAYSIA

Pemupukan dan penghayatan nilai-nilai patriotism telah bermula sejak daripada


sekolah rendah. Menurut Buku Panduan Pemupukan Patriotisme Di Sekolah Rendah
(Kementrian Pendidikan ; 1994) nilai-nilai patriotisme perlu diterapkan melalui
kurikulum dan ko-kurikulum. Oleh itu subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan dan lain-lain
subjek sekolah rendah, perlu diterapkan nilai-nilai patriotism yang disepadukan melalui
topik. yang diajar. Begitu juga melalui ko-kurikulum seperti aktiviti sukan, lawatan
sambil belajar dan sebagainya. Manakal di peringkat menengahh pula, penenrpan nilai-
nilai patriotism dibuat melalui subjek Sejarah, Pendidikan Moral, Geografi, Pendidikan
Islam dan subjek-subjek lain. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses pendidikan
selama 13 tahun, ternyata penghayatan semangat patriotism di kalangan pelajar masih
longgar dan berada pada tahap sederhana (Rizal Uzir: 2002).

Menurut pendapat Wan Zahid (1993) pula, bangsa dan negara yang kuat serta mulia
tidak hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya yang bercorak kebendaan dan
teknologi. Maka negara harus membina kekuatan di atas asas budaya, ilmu pengetahuan,
akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semngat tanggungjawab dan pengorbanan diri
yang tinggi. Oleh hal yang demikian nilai-nilai patriotisme yang merupakan sebahagian
daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat diamalkan dengan sebaik mungkin akan dapat
menyumbang kearah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Justeru, wajar para pelajar terutamanya di peringkat menengah menjadikan nilai-nilai
patriotisme sebagai amalan atau pegangan.
2.4 DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Penduduk di Malaysia terdiri daripada tiga kelompok etnik yang utama iaitu Melayu,
Cina dan India. Manakala di Sabah dan Sarawak pula terdapat pelbagai etnik dan
bumiputera yang lainnya. Penonjolan ras amat ketara seperti berlakunya dalam sistem
pendidikan kebangsaan yang terdapat seperti sekolah kebangsaa dan jenis kebangsaan
sejak negera merdeka sehingga kini. Sekolah merupakan salah satu institusi yang mampu
menjadi agen yang berkesan untuk memupuk perpaduan di kalangan murid-murid
pelbagai kaum di negara ini. Segala-galanya bermula dari sekolah untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu, aman, sejahtera dan harmoni. Bak kata pepatah, "melentur
buluh biarlah dari rebungnya".

Walaupun Malaysia akan mencapai genap 60 tahun merdeka tahun 2017 ini, sekolah-
sekolah berlainan kaum masih wujud sehingga kelihatannya meghakis sedikit demi
sedikit sikap patriotisme murid terhadap negara yang didiami ini. Malahan, sifat
perkauman semakin melebar dan membesar sedangkan kerajaan sudah acap kali
memperkenalkan pelbagai program termasuklah Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) tahun 1986 yang bertujuan untk meningkatkan dan menyuburkan
semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional serta
meningkatkan semangat patriotisme dalam hati rakyat Malaysia seawal umur tujuh tahun.

Usaha merapatkan hubungan antara murid pelbagai kaum ini amat baik dan
diharapkan dapat menimbulkan suasana hormat menghormati dan meningkatkan
perpaduan sesama di sekolah. Sifat bersangka baik dan bersatu padu ini dipupuk agar ia
berterusan sehingga mereka dewasa dan boleh diterapkan dalam diri mereka. Negara
tidak akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang majmuk yang tinggi semangat
patriotiknya sekiranya dasar pendidikan negara masih di tahap lama. Program-program
yang diwujukan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya jika masih wujud
sekolah pelbagai ras. Hasrat melahirkan bangsa Malaysia yang tinggi semangat
patriotiknya juga tidak mungkin menjadi kenyataan walau 100 tahun negara mencapai
kemerdekaan.
2.5 PUNCA LUNTUR ASPIRASI KEMERDEKAAN DI KALANGAN BELIA

Sedasawarsa ini, terpampang di dada akhbar di mana aspirasi kemerdekaan di


kalangan belia luntur dan sambutan kemerdekaan di sesetengah kawasan tidak mendapat
sambutan. Ini membawa maksud semangat patriotisme telah luntur dari jiwa generasi
muda. Penghayatan dan pemahaman berkaitan dengan tanah air yang cetek boleh menjadi
punca lunturnya aspirasi kemerdekaan di kalangan belia. Terdapat segelintir golongan
belia yang tidak berminat apabila terpampangnya kisah-kisah pengorbanan dan
perjuangan tokoh-tokoh tanah air di kaca televisyen dan segera menukarkan siaran
rancangan ke rancangan yang lebih menarik. Dengan kurangnya pengetahuan tentang
sejarah tanah air sendiri, sejarah kemerdekaan, begitu mudah untuk golongan belia pada
masa kini untuk tidak memperdulikan erti kemerdekaan.

Sementelahan, terdapat juga sesetengah belia yang berpuak-puak dan bermusuhan


antara satu sama lain. Sikap sebegini merugikan masa, bangsa dan negara dan tidak
memberi manfaat kepada satu sama lain. Sentimen perkauman seperti masyarakat
mementingkan kumpulan etnik sendiri dari segi politik, ekonomi dan sosial menjadi salah
satu kekangan untuk bergaul sesama satu sama lain semasa sambutan kemerdekaan.
Bahkan segelintir masyarakat berpendapat bahawa perjuangan untuk kepentingan kaum
menjadi keutamaan dari kepentingan negara. Unsur agama mampu mempengaruh
idealisme masyarakat. Masyarat sebegini hanya menjaga survival diri dan kelompoknya
sahaja.

Selain mempunyai sikap perkauman di dalam diri sesetengah belia, sikap individu
yang materialitik juga menjadi salah satu punca aspirasi kemerdekaan semakin luntur di
kalangan belia. Golongan ini lebih mementingkan kepentingan diri tanpa menghiraukan
kepentingan negara dan masyarakat. Mereka berusaha supaya kehendak dan kepetingan
mereka direalisasikan terlebih dahulu contohnya seperti berhijrah ke luar negara hanya
untuk melarikan diri dari kegawatan ekonomi dan lain lain lagi, Oleh kerana terlalu fokus
kepada kebenaan, kekayaan serta kemewahan, tidak hairan sekiranya tanggungjawab
terhadap negara dilupakan.
Generasi muda kini mudah terpengaruh dengan budaya asing dengan mudah. Mereka
mudah terikut-ikut dengan budaya negatif dan trend yang tidak memberi faedah. Generasi
muda pada mas kini seharusnya dibimbing dan diberi pengetahuan tentang sejarah dan
kuasa asing yang pada suatu masa dahulu pernah menjajah kita. Tanpa bimbingan yang
betul, golongan ini mudah menjadi sasaran daripada bermacam-macam unsur negatif
yang sedia ada pada era ini. Kita boleh mengambil contoh unsur negatif yang ada di
negara kita seperti tingkahlaku yang bercorak jenayah, penyalahgunaan dadah,
mengagungkan nilai-nilai luaran (ideologi Barat) dan juga memandang rendah terhadap
unsur-unsur yang ada di negara kita sendiri.

Kebelakangan in, kurangnya penjelasan melalui pendekatan yang menarik oleh


golongan dewasa terhadap golongan muda juga merupakan punca kenapa golongan baru
dilihat seolah olah tidak memiliki semangat patriotisme dan semangat cintakan negara.
Hal ini wujud kerana mungkin tiada pendedahan terhadap kesedaran perlunya memiliki
semangat cintakan negara tidak dipupuk sejak dari kecil lagi. Ibu bapa tidak
mendedahkan sejarah asal usul tanah air seperti memperkenalkan tokoh-tokoh pejuang
pada masa silam kepada anak-anak mereka. Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa
anak-anak mereka yang sedang berumur 7-11 tahun masih terlalu awal untuk
mendedahkan mereka kepada kisah sejarah itu. Seharusnya dari umur yang masih
mudalah semangat patriotisme, kemerdekaan perlu dipupuk. Bak kata pepatah Melayu,
Melentur buluh hendakah dari rebungnya.

2.5.1 GLOBALISASI PUNCA BELIA PENTINGKAN MATERIAL, KURANG


HAYATI SEJARAH

Patriotisme adalah istilah sosiologi yang bermaksud cintakan tanah air. Dalam
konteks kenegaraan, patriotisme merupakan elemen yang mesti ada pada setiap rakyat.Ini
penting dalam konteks mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Patriotisme
juga penting untuk mengangkat maruah dan martabat negara di pentas global.

Perkataan patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes dan patrice.
Patriotes membawa maksud rakan senegara (fellow countrymen), manakala patrice
bermakna tanah air (fatherland). Dari segi definisinya, patriotisme bermaksud individu
atau kumpulan hadapan yang membela dan mempertahankan tanah air.

Patriotisme adalah perasaan sayang dan cintakan negara secara sedar dan mendalam
sehingga mampu menjadi tenaga pengerak mempertahankan negara daripada sebarang
bentuk ancaman musuh yang berniat menghancurkan kedaulatan dan kemerdekaan
negara.

Perasaan patriotisme bukanlah sekadar retorika atau slogan muluk semata-mata tetapi
ia adalah perkara berkaitan dengan semangat, sikap serta tindak-tanduk merangkumi
segala usaha yang dapat meningkatkan martabat bangsa dan negara dalam pelbagai
bidang kehidupan yang dapat menyumbang kepada pembinaan peradaban dan
ketamadunan bangsa.

Ini bermakna, dalam konteks bernegara semangat patriotisme boleh diserap dan
ditonjolkan dalam semua bidang kehidupan merangkumi pertahanan dan keselamatan
nasional, hubungan antarabngsa, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sukan dan
kedaulatan undang-undang.

2.5.2 ASAS KENEGARAAN LONGGAR

Namun, hari ini sudah terdapat tanda-tanda semangat patriotisme tidak begitu
membara dan semakin terhakis dari jiwa generasi muda. Pemahaman dan penghayatan
terhadap sejarah tanah air dan penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan
longgar adalah antara punca lemahnya semangat patriotisme mereka.

Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme.


Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan
masyarakat hari ini.

Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu tanpa kekangan


sehingga menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan budaya hedonisme dalam
kalangan generasi muda.

Dalam kalangan pendukungan politik liberal pula sejarah dan warisan negara tidak
begitu bermakna bagi mereka. Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri tradisi dan
warisan serta kontrak sosial mahu dirobek semata-mata mahu membuka ruang yang
terlalu liberal sehingga menggugat perpaduan dan keutuhan negara.

Nilai liberalisme menjadikan sebahagian besar generasi muda hari ini menjadi keliru
mengenai mana yang baik dan mana yang buruk.Ada pihak berpendapat kehidupan yang
serba senang dan mewah dinikmati oleh generasi muda hari ini juga menjadi faktor.

Pendapat ini ada benarnya kerana kemajuan ekonomi dan pelbagai kemajuan sosial,
kemajuan internet dengan pelbagai bentuk media sosial, lambakan pelbagai barangan
berjenama bersifat global serta lambakan pelbagai bentuk hiburan yang bersifat global
menjadikan generasi muda alpa tentang kepentingan patriotisme serta peranan dan
tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan negara.

2.5.3 PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA

Hakikatnya, patriotisme menuntut kita menjadi warga yang serius berfikir mengenai
survival bangsa dan tanah air. Patriotisme menjadikan kita lebih sensitif terhadap
ancaman musuh sama ada yang datang dari dalam mahupun dari luar. Semangat
pstriotisme semacam inilah yang menjadikan kita sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan kedaulatan negara.

Usaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme sentiasa diberi perhatian oleh


kerajaan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan adalah bertujuan
membentuk generasi muda ynag tinggi semanagat patriotismenya. Nilai dan semanagat
patriotisme diterapkan melalui modul kenegaraan, pembinaan syahsiah dan semangat
kesukarelawanan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.

Selain itu, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara
serta menunjangi Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada
1990-an.

Justeru, pertubuhan-pertubuhan belia wajar memainkan peranan aktif dengan


menganjurkan pelbagai aktiviti yang mampu membina semangat dan nilai-nail
patriotisme. Kerajaan juga sudah memutuskan subjek sejarah menjadi mata pelajaran
wajib lulus bagi peperiksaan SPM mulai 2013. Ia juga menjadi mata pelajaran teras
mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014.

Usaha memperbanyakaan wacana ilmu dan intelektual dengan melibatkan generasi


muda dalam perdebatan, polemik dan permasalahan serta isu-isu semasa akan dapat
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang sesuatu isu dan permasalahan
negara. Kefahaman yang betul dan mendalam terhadap aspek-aspek kenegaraan akan
mendorong sikap bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara. Ia sekali gus dapat
membina semangat pattriotisme dalam jiwa meraka.

Kesimpulan, patriotisme adalah nilai kenegaraan yang penting. Ia bukan sekadar


retorika atau slogan muluk semata-mata tetapi ia perlu dihayati sepanjang masa. Ia
menuntut persiapan dan kesiapsiagaan generasi muda menghadapi segala cabaran demi
mempertahankan kemerdekaan, kebebasan, kedaulatan, maruah dan kelangsungan tanah
air. Justeru, tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini iaitu Malaysia Di sisi Lahirnya
sebuah Cinta diharapkan akan memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat
kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat di negara tercinta ini.

2.6 PELAN TINDAKAN MENINGKATKAN DAN MEMUPUK ASPIRASI


DALAM KALANGAN BELIA

Pelbagai pendekatan dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
menangani masalah ini. Antara faktor yang menyumbang kepada kebejatan sosial dalam
masyarakat mutakhir ini ialah akibat lunturnya semangat patriotisme yang dihayati
khususnya generasi muda. Dalam konteks ini, dapat dikaitkan petikan tersebut dengan
aspirasi kemerdekaan yang luntur di kalangan golongan belia. Umum mengetahui bahawa
semangat patriotisme sangat berkait rapat dengan kemerdekaan dan merupakan unsur
elemen yang penting yang seharusnya diterapkan dalam setiap golongan tidak kira umur,
bangsa dan agama.

Semangat patriotisme yang khusus terhadap sesebuah negara selalunya bersaingan


dengan objek sikap, perasaan atau 'world-view' yang lain. Contohnya sebahagaian
individu atau kelompok membelakangkan patriotisme untuk menegakkan ideologi atau
agama pegangan mereka. Kepentingan lain seperti diri sendiri, keluarga, kelompok atau
komitmen yang mendalam terhadap ideologi sama ada berkaitan dengan agama, negara,
falsafah dan ajaran-ajaran tertentu dimana ini boleh menenggelamkan semangat
patriotisme. Kerajaan perlu satu pelan tindakan segera bagi meningkatkan semangat
patriotisme bagi memastikan setiap rakyat Malaysia tetap memupuk semangat patriotisme
dalam diri mereka lebih lagi dalam kalangan belia. Di antara tindakan yang dirasakan
boleh dilaksanakan seperti di bawah.

2.6.1 USAHA INDIVIDU DAN MASYARAKAT

2.6.1.1 PENERAPAN NILAI SEMANGAT PATRIOTISME DALAM DIRI

Individu juga memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat


patriotisme terhadap negara. Di peringkat sekolah kita dapat lihat bahawa terdapat subjek
pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan yang dapat mendorong
pemupukan semangat patriotisme dalam diri terutama pelajar. Individu perlulah
mengambil insiatif untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.

Selain itu, individu perlulah mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan mereka
sebagai contoh menghormati lagu negaraku, menyambut sambutan kemerdekaan,
mempertahankan maruah negara terutamanya apabila timbul isu melibatkan negara .Dari
segi penerapan nilai. Nilai-nilai mornal juga boleh diterap dalam memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu
terdapat 36 nilai yang dipelajari dalam pendidikan moral. Oleh itu, kita boleh
mengaplikasikan nilai-nilai moral tersebut ke dalam memupuk semangat patriotism.
Selain pendidikan moral, dalam sejarah juga kita boleh menerapkan nilai
didalamnya. Nilai semangat cinta akan tanah merupakan sifat atau amalan yang
bertanggungjawab untuk mewujudkan kesejahteraan dan membawa kemajuan kepada
Negara, bangsa dan berani serta sanggup mempertahankan Negara bangsa sedia bekorban
apa sahaja demi cinta akan tanah air.

2.6.1.2 SAMBUTAN PERAYAAN BERAMAI-RAMAI

Sambutan perayaan beramai-ramai merupakan satu wahana integrasi rakyat pelbagai


kaum untuk memupuk semangat patriotisme. Usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim
melalui penghayatan perayaan dan tuan rumah berpeluang meraikan tetamu yang datang
dan memberikan layanan yang mesra. Majlis rumah terbuka yang diadakan sempena
sambutan perayaan ini akan membolehkan masyrakat berbilang kaum beramah mesra
sambil menikmati juadah yang disediakan bersama-sama. Melalui majlis seperti ini, akan
mewujudkan kasih sayang antara sahabat handai dan jiran tetangga seterusnya
masyarakat setempat yang berbilang kaum.

Dalam konteks, Negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat resam,
sambutan perayaan beramai-ramai menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan
keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum.
Semangat dan nilai-nilai murni yang sejagat dalam sambutan perayaan seperti berbudi
bahasa, menghormati budi dan penghargaan terhadap orang tua, bersopan santun dan
bersyukur adalah nilai teras pembentukan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan
seterusnya dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia.

Oleh hal yang demikian , usaha ini dilihat sebagai satu usaha yang positif yang dapat
menaikkan semangat patriotisme antara masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia.
Semua pihak sama ada pihak swasta atau pihak kerajaan dapat perlu bekerjasama dalam
mengendalikan program sebegini untuk memastikan semangat cintakan tanah air subur
dalam diri setiap rakyat kerana integrasi nasional dapat dibentuk melalui kepercayaan
semangat patriotisme antara rakyat.
2.6.1.3 PERANAN IBU BAPA

Ibubapa merupakan individu yang akan memainkan peranan penting dalam


memupuk semangat patriotisme dari peringkat akar umbi lagi. Ibubapa haruslah
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak sebagai tanda wujudnya semangat
patriotisme contohnya memasang bendara jalur gemilang di rumah dan kenderaan
terutamanya apabila menjelang hari kemerdekaan. Selain itu, ibubapa juga boleh
menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak mereka melalui aktiviti riadah yang
dilakukan bersama anak-anak seperti melawat tempat bersejarah, membacakan buku
tentang tokoh kemerdekaan kepada anak-anak, menonton filem kemerdekaan iaitu filem
Hati Malaya.

Aktiviti riadah yang akan memupuk semangat patriotisme dalam diri anak sejak kecil
perlulah dilaksanakan oleh semua ibubapa tidak mengira kaum di Malaysia. Seperti
pepatah ada mengatakan melentur buloh biarlah dari rebungnya jika kita mahu
melahirkan individu yang mempunyai semangat patriotisme kita perlulah pupuk nilai
tersebut dari kecil lagi kerana individu ini merupakan pemimpin negara pada masa akan
datang.

2.6.1.4 KEGIATAN BELIA

Dilakukan melalui Program Rakan Muda dan yang utmanya golongan belia bukan
Melayu digalakkan menyertai pasukan tentera dan polis serta lai-lain pertubuhan yang
bersifat patriotik.Program sebegini hendaklah dianjurkan dengan lebih gat agar golongan
belia mampu menghayati semangat kemerdekaan.
Agensi-agensi kerajaan perlu menjalankan aktiviti yang bersesuaian selaras dengan
usaha meningkatkan semangat kemerdekaan di dalam kalangan masyarakat. Aktiviti
tersebut boleh diadakan di kawasan kampung-kampung atau kawasan perumahan seperti
gotong-royong pada hari kebangsaan, perarakan di kawasan perumahan dan lain-lain
aktiviti.
Penubuhan program seperti Program Latihan Khidmat Negara juga merupakan salah
satu program yang baik untuk memupuk semangat tersebut dalam golongan muda pada
masa kini.

2.6.2 USAHA INSTITUSI KERAJAAN

2.6.2.1 PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)

Program latihan khidmat negara telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 16 Februari
2004. Tarikh tersebut dianggap sebagai tarikh yang bersejarah dan amat bererti bagi
pengukuhan golongan remaja di Malaysia. PLKN ini dijadikan sebagai satu platform
permulaan satu agenda nasional untuk melatih remaja Malaysia supaya menjadi generasi
pewaris negara yang lebih cemerlang daripada generasi pada hari ini.

Program latihan khidmat negara dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah
digariskan iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,
memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan
generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri. Program PLKN ini
jelas menunjukkan bahawa objektif utama pelaksanaannya adalah untuk meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Generasi muda merupakan
peneraju kepimpinan negara pada masa akan datang.

PLKN mempunyai beberape modul yang diajar kepada pelatih. Antara modul PLKN
ialah modul fizikal, modul kenegaraan, modul khidmat komuniti dan modul pembinaan
karekter. Modul kenegeraan merupakan modul yang paling penting dalam memupuk
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk. Hal ini kerana PLKN disertai
oleh pelatih daripada pelbagai jenis kaum iaitu melayu, china dan india.

Modul kenegaraan merupakan sebuah modul yang diaplikasikan untuk


memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-bulding) dan meningkatkan
perasaan cinta serta pengorbanan para pelatih program kepada negara. melalui latihan
dalam kumpulan ,jurulatih akan memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang
kenegaraan yang merangkumi tanah air,rakyat,kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran
dalam dan luar negara. Tanah air pelatih akan mengenal negara dan memupuk perasaan
kasih sayang serta cinta akan tanah air, kerajaan pelatih akan memahami sistem
pentadbiran negara dan aspek rakyat pelatih akan diajar mengenai kepentingan perpaduan
kaum dan rakyat sebagai sumber pembangunan dan kemajuan negara.

Aspek kedaulatan merupakan salah satu aspek penting untuk didedahkan kepada para
pelatih. Dalam aspek ini pelatih akan mengetahui kepentingan memelihara dan
mempertahankan kebebasan dan akhir sekali aspek cabaran dalam dan luar negara
jurulatih akan menyedarkan cabaran dan ancaman yang datang dari dalam dan luar
negara. Semua aspek dalam modul ini akan diajar dengan menggunakan kaedah
lawatan,simulasi,lakonan ,dinamik kumpulan, menonton gambar, melukis, berdebat dan
mentafsir peristiwa.

Pengisian modul kenegaraan ini mampu melahirkan remaja yang mempunyai


semangat cinta akan tanah air atau semangat patriotisme. Pelatih akan mendalami semua
aspek yang akan ditekankan seterusnya akan meyedarkan pelatih tentang kepentingan
semangat patriotisme dalam pembangunan sesebuah negara. Semangat patriotisme akan
diperkukuhkan lagi apabila pelatih melakukan aktiviti seperti perarakan jalur gemilang
dan sambutan hari kemerdekaan.

2.6.2.2 PENERBITAN BUKU

Kerajaan harus menggalakkan penerbit buku dan juga penulis untuk lebih
menerbitkan banyak buku berbentuk patriotisme dan juga motivasi. Penerbit-penerbit
yang aktif dalam menulis buku berkaitan ilmu dalam pelagai genre boleh diberikan
ganjaran berbentuk wang tunai untuk menghargai usaha mereka dalam meningkatkan
aspirasi dalam kalangan belia. Kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah geran kepada
penulis-penulis yang boleh menulis supuya mereka boleh menghasilkan banyak lagi
buku-buku ilmiah serta motivasi untuk menjadi rujukan anak bangsa sendiri. Melalui cara
ini, diyakini bahawa penulis akan menulis lebih banyak bahan bacaan yang boleh
digunakan seluruh rakyat Malaysia.
2.6.2.3 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KEBANGSAAN

Sambutan hari kemerdekaan merupakan satu program yang wajib dilaksanakan oleh
negara bagi memastikan semangat patriotisme dalam diri wargenagera terus tersemai
kukuh. Pihak kerajaan melaksanakan hari kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos , setiap
tahun hari kemerdekaan mempunyai tema yang tersendiri. Pada tahun ini iaitu tahun 2014
, tema hari kemerdekaan yang ke 57 ialah Disini Lahirnya Sebuah Cinta. Tema
kemerdekaan tahun ini sangat memberikan kesan yang mendalam dan melahirkan
semangat kecintaan dalam diri setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Tema ini
dipetik daripada lirik lagu warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji
Arshad.

Pihak kerajaan telah membuat sambutan hari kemerdekaan dengan pengisian


program atau aktiviti yang dapat mengukuhkan semangat patriotisme dalam diri rakyat
Malaysia. Seperti yang kita semua tahu bahawa setiap kali adanya hari sambutan
kemerdekaan aktiviti wajib dilaksanakan ialah percikan bunga api kemudian diiringi
dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu kemerdekaan yang lain. Selain itu, terdapat juga
aktiviti perakaran badan-badan kerajaan, beruniform dan NGO, demostrasi reformasi
yang dilakukan oleh pelajar sekolah khususnya dan sebagainya. kesemua aktiviti ini
melibatkan seluruh kaum di Malaysia ,keadaan ini mampu memupuk semangat
perpaduan sekaligus memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
majmuk.

2.6.2.4 SAMBUTAN HARI PERPADUAN

Menurut akhbar berita harian pada tarikh 11 september 2011 mengatakan seorang
pemegang amanah yayasan 1 malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan
bahawa hari Malaysia iaitu pada 16 september dijadikan hari perpaduan negara bagi
mencerminkan aspirasi semua rakyat Malaysia untuk semua negara yang bersatu padu.
Hari Malaysia harus menjadi kuasa penyatuan untuk membawa rakyat pelbagai bangsa
bersama-sama mencapai matlamat yang sama untuk mencapai kejayaan negara.
Sambutan hari Malaysia merangkap sambutan hari perpaduan dapat meningkatkan
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai contoh
apabila aktiviti nyanyian lagu patriotisme lagu negaraku, persembahan kebudayaan yang
mewakili kaum masing-masing keadaan ini secara langsung akan meningkatkan
semangat patriotisme terutama kepada individu yang menghadiri sambuta tersebut
mereka akan berasa bangga dan semangat cinta akan tanah air semakin berkobar-kobar.

2.6.2.5 KEGIATAN SUKAN, SENI DAN BUDAYA

Pembangunan sukan khususnya sukan popular seperti bola sepak, badminton, hoki,
olahraga perlu mencapai taraf dunia-sukan mampu menjana patriotisme dan menyatukan
rakyat dengan mudah dan berkesan. Pencapaian atlet-atlet dan pasukan pemain Malaysia
sangat penting untuk memupuk rasa bangga diri terhadap negara. Seni dan budaya
Malaysia perlu diberi tumpuan agar mampu ke peringkat antarabangsa untuk melahirkan
semangat cintakan budaya Malaysia sekaligus membendung budaya asiing yang tidak
sesuai dengan budaya tempatan.

2.6.2.6 USAHA PIHAK KERAJAAN DAN NGO

Menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan ketua jabatan dan majikan memberi


pelepasan kepada kakitangan mengikuti pasukan dan pertubuhan bersifat patriotik.
Program-program menjelang bulan kemerdekaan hendaklah diadakan oleh pihak kerajaan
dan NGO seperti mengibarkan Jalur Gemilang, perarakan, gotong royong pejabat,
pertandingan peragaan, mengecat bendera jalur geilang (mural) dan lain-lain lagi.
Program yang betemakan patriotisme ini perlu digiatkkan lagi. Akiviti sukarelawan,
tabung derma untuk membantu mangsa bencana alam, mangsa peperangan di dalam
negeri atau luar negeri pun wajar dijalankan kerana membawa faedah kepada golongan
belia pada masa kini selain memupuk unsur kemerdekaan dlam diri mereka.
2.6.3 USAHA INSTITUSI PENDIDIKAN

2.6.3.1 SEKOLAH WAWASAN

Menurut laman web kerajaan iaitu portal 1 klik mengatakan bahawa sekolah
wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep sekolah
wawasan ini terdapat tiga buah sekolah rendah yang berlainan aliran akan ditempatkan
dalam kawasan sekolah yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunannya yang
tersendiri akan tetapi terdapat satu jambatan yang boleh menghubungkan ketiga-tiga
bangunan ini yang dikenali sebagai (link-way) sumber ini diperolehi daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut jurnal yang bertajuk sekolah wawasan : sejauh manakah ia mampu


melahirkan generasi bersatu padu di masa akan datang mengatakan objektif utama dalam
penubuhan sekolah wawasan ialah untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih
bersifatkan cintakan negara. Sekolah wawasan merupakan salah satu usaha atau insiatif
kerajaan dalam memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat majmuk.
Semangat patriotik seharusnya dipupuk sewaktu individu kecil lagi terutama diperingkat
sekolah rendah bak kata pepatah melentur buloh biarlah dari rebungnya.

Sekolah wawasan mempunyai tujuan atau matlamat yang lain iaitu mewujudkan
perpaduan dalam kalangan murid berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk
semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah
negara yang bersatu padu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara
semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan dan pelaksanaan aktiviti di
sekolah.

Pelajar akan berkongsi kemudahan seperti kantin , dewan, perpustakaan dan tapak
perhimpunan yang sama. Aktiviti di sekolah juga dianjurkan dan disambut bersama-sama
contohnya aktiviti sambutan hari kemerdekaan. Aktiviti sambutan hari kemerdekaan jelas
menunjukkan bahawa sekolah wawasan mampu melahirkan generasi yang memmpunyai
semangat cintakan tanah air yang tinggi. Semasa aktiviti ini berlangsung pelajar akan
meyanyikan lagu kemerdekaan bersama-sama sambil kibarkan bendera jalur gemilang
kami yakin suasana sambutan ini akan menyeronokan selain ianya dapat menyedarkan
bahawa semangat cintakan tanah air dalam diri individu sangat penting bagi mewujudkan
sebuah negara yang aman.

Selain itu, sekolah wawasan ini juga mampu membuka minda masyarakat bahawa
perpaduan dalam sesebuah negara amat penting untuk dipupuk sejak di peringkat sekolah
lagi terutama di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum. Kaum utama di Malaysia
ialah melayu, china dan india. Apabila pelbagai jenis kaum di Malaysia sudah pasti setiap
kaum ini mempunyai berbezaan agama,kepercayaan dan sebagainya. Perbezaan ini
haruslah dihormati oleh setiap kaum. Pada masa kini terdapat 5 buah kompleks sekolah
wawasan yang terdapat di Malaysia iaitu kompleks sekolah wawasan pekan baru,parit
buntar,perak, taman aman, alor setar ,kedah, tasik permai ,pulau pinang, USJ 15 ,subang
jaya, Selangor dan pundut ,seri manjung , perak.(Kementerian Pelajaran Malaysia).

2.6.3.2 KELAB RUKUN NEGARA

Antara langkah lain dalam mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan


masyarakat majmuk di Malaysia ialah dengan penubuhan Kelab Rukun Negara. Kelab
Rukun Negara (KRN) adalah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang terdapat dalam
rukun negara dalam setiap diri rakyat Malaysia. Selain itu juga, KRN juga diwujudkan
untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa bermuafakat bagi menghadapi sebarang
ancaman di negara ini. Selain itu, prinsip dalam KRN juga sentiasa mengingatkan para
pelajar tentang kepentingan semangat patriotisme antara kaum di Malaysia.

Kelab Rukun Negara diperkenalkan kepada murid supaya mereka mengetahui dan
memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara. Di samping itu juga. Usaha ini
dilakukan untuk menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di
kalangan murid di sekolah. Dengan penubuhan Rukun Negara juga dapat
mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling
mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
Oleh hal yang demikian, Kelab Rukun Negara ini dilihat sebagai salah satu usaha
positif daripada kerajaan untuk memastikan wujudnya semangat patriotisme yang
berterusan antara murid yang berbilang kaum. Penubuhan Kelab Rukun Negara ini
diharap dapat memberi kesan sedikit sebanyak kesan positif dalam usaha kerajaan untuk
meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat majmuk di negara
Malaysia ini.

2.6.3.3 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Institusi Pengajian Tinggi juga merupakan salah satu cara memupuk semangat
patriotism dalam kalangan masayarakat majmuk di Malaysia. Dengan adanya IPTA dan
juga IPTS mampu mengubah masyarakat untuk mencintai serta menanam sifat patriotism
dalam diri seseorang masing-masing. Seterusnya juga, membuat pengubahsuaian
memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotic ini dalam kurikulum di institusi
pengajian tinggi.

Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati


semangat patriotic kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan
perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam
peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang
demikian, semangat patriotic itu akan terus subur dalam sanubari pelajar-pelajar hingga
selepas mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi.

IPTA dan IPTS juga boleh menanam semangat ini dengan mengadakan aktiviti
seperti sambutan hari kemerdekaan di setiap IPTA dan IPTS. Selain itu juga, boleh
menganjurkan carnival yang boleh membuatkan semua pelajar sertai dan ada jalinan
hubungan semangat patriotism itu. Secara keseluruhannya, peranan IPT ini sedikit
sebanyak membantu dalam memupuk semangat patriotism dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia.
2.6.3.4 KONTEKS AGAMA DAN PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan moral dan konteks agama merupakan salah satu cara memupuk semangat
patriotisma dalam kalangan masayarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita tahu,
ajaran Islam itu sendiri mengajar dan menuntut umatnya supaya menghormati hak orang
lain, hak sesama islam, hak jiran dan sebagainya. Semangat patriotisma antara kaum
dalam sesebuah masyarakat merupakan wahana yang membolehkan umat beribadah
dengan aman dan selamat.

Selain itu juga, kontek agama yang menekankan kita untuk hidup bermasyarakat dan
menghormati antara satu sama lain walaupun kita berbeza agama dan juga bangsa.
Agama kita sendiri menekankan seandainya kita bergaul baik dengan semua orang kita
tidak akan terbelenggu dengan ketidakpuasan orang lain. Seperti apa yang pernah berlaku
pada 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum berlaku disebabkan oleh berbangkitnya isu-isu
perkauman.

Seterusnya selain dari konteks agama. Pendidikan moral juga di ajar disekolah bagi
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia
terutama kalangan pelajar. Para pelajar dididik agar minda mereka disulami dengan nilai-
nilai yang boleh membangkitkan semangat memperjuangkan dan menjaga kedaulatan
Negara agar tidak mudah dibaham oleh mana-mana kuasa asing. Bak kata pepatah
melayu, bersatu teguh, bercerai roboh atau bulat air kerana pembentung, bulat kata
kerana muafakat. Oleh itu sama-samalah kita memupuk semangat patriotisme agar tidak
terhapus dalam kalangan kita meski dunia makin maju.

2.6.3.5 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Melalui dasar pendidikan kebangsaan, semangat patriotism juga boleh dipupuk.


Semua aliran sekolah menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu dan
kurikulum yang sama. Sistem pendidikan merupakan mekanisme ampuh yang berupaya
melahirkan generasi patriotik. Selain itu juga, kerajaan memperkenalkan kurikulum baru
sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) pada tahun
1982 dan 1988.

Kedua-dua kurikulum itu bertujuan memupuk semangat patriotik dan perpaduan


dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum seperti yang terkandung dalam falsafah
pendidikan kebangsaan. Seterusnya langkah Kementerian Pendidikan menjadikan mata
pelajaran sejarah dan kajian tempatan sebagai mata pelajaran teras dilihat sebagai
tindakan efektif bagi menyemai dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan
pelajar. Para pelajar juga disarankan untuk mengkaji, menyelidik, dan menganalisis
peristiwa sejarah dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa sejarah.

Sebagai contoh, tragedi hitam 13 Mei 1969 telah menjadi pengajaran kepada para
pelajar supaya menjaga perpaduan antara kaum. Kajian tempatan dijadikan mata
pelajaran teras bagi semua murid sekolah rendah dan mengandungi elemen-elemen
pengetahuan sejarah dan geografi. Manakala, dari segi pendidikan sejarah dapat
menyemai bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotic dalam kalangan pelajar.

Seterusnya Kementerian Pendidikan Malaysia juga menghidupkan kembali mata


pelajaran kesedaran sivik dan kewarganegaraan di sekolah pada akhir dekad 1970 an.
Kesedaran sivik diajar diperingkat rendah lagi di semua sekolah untuk melahirkan
generasi muda yang mempunyai semangat patriotism dan bersatu padu. Dan akhirnya
dapat melahirkan rakyat yang positif. Kesimpulannya dasar pendidikan kebangsaan
merupakan salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotism
dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Memupuk semangat patriotisme melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan


Malaysia. Setiap sekolah tidak kira sekolah rendah, menengah, mahupun institusi
pendidikan tinggi pasti mempunyai subjek--subjek yang berkaitan dengan kenegaraan
dan lain lain lagi. Skop perbincangan haruslah ditumpukan kepada perkembangan sejarah
kemerdekaan Malaysia, tokoh-tokoh yang telah berjuang, sejarah perjuangan menentang
penjajah, cara hidup d bawah kuasa jajahan dan lain lain lagi. Sekiranya diajar dari kecil
lagi, sudah semestinya golongan tersebut akan lebih menghargai dan menghayati
kemerdekaan negara kerana adanya pengetahuan tentang perkembangan kemerdekaan.
2.6.4 USAHA MEDIA MASSA

Media massa juga merupakan salah satu faktor penyumbang kepada semangat
patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Menurut kamus dewan
edisi keempat media massa merupakan pelbagai alat komunikasi yang akan
menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Media massa terbahagi kepada dua
bahagian iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada surat
khabar, majalah dan buku manakala media elektronik terdiri daripada internet,
televisyen , radio dan sebagainya. Media massa merupakan saluran maklumat yang akan
tersebar dengan cepat dan berkesan ini dibuktikan melalui kajian Lambert dan Klineberg.

Media massa yang menjadi keperluan setiap orang pada masa kini amat memberi
impak dalam memupuk semangat kemerdekaaan di kalangan belia. Media berperanan
dalam menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk patriotik. Manakala, media
elektronik menyiarkan lagu-lagu patriotik, menerbitkan dokumentari tokoh-tokoh
pejuang kemerdekaan. Pihak media patut menyiarkan iklan-iklan yang berunsur
kesedaran seperti Bukit Kepong, Paloh, Embun dan Sarjan Hassan. Tayangan iklan
mahupun filem tersebut memberi pengajaran dan teladan sekaligus menyelitkan unsur
keinsafan terhadap erti kemerdekaan dan kesusahan tokoh-tokoh yang telah berjuang
untuk memperoleh kemerdekaan untuk negara kita. Filem sebegitu juga tidak seharusnya
dipaparkan hanya apabila tiba tarikh kemerdekaan. Ianya patut ditayangkan tidak terlalu
kerap tetapi ada ditayangkan pada hari hari biasa untuk memperingatkan kita tentang
sejarah kemerdekaan kita yang dahulunya dijajah oleh kuasa asing.

Antara cara media massa terutamanya media elektronik memainkan peranan dalam
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat majmuk ialah media massa
mampu menyebarkan maklumat tentang kepentingan semangat patriotisme melalui iklan
di televisyen contohnya iklan tugu negara. Iklan ini jelas menunjukkan bahawa semua
kaum seharusnya menunjukkan semangat patriotisme kepada negara supaya kemerdekaan
negara dapat dikekalkan. Iklan ini akan memberi kesan kepada penonton , dimana akan
timbul rasa kesedaran dalam diri penonton untuk meningkatkan semangat patriotisme.

Media cetak pula memainkan peranan dengan memaparkan cerita tentang semangat
patriotisme , cerita tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Sebagai mana yang kita tahu bahawa disebalik kemerdekaan yang dicapai tentu ada orang
yang bekerja keras dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebagai contoh Dato
Onn Jaafar. Dalam parti politik juga menunjukkan semangat patriotisme suatu ketika
dahulu. Parti UMNO merupakan gabungan antara 3 parti iaitu parti MCA dan MIC
,gabungan ini jelas menunjukkan bahawa semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat majmuk telah wujud sebelum kemerdekaan lagi, jika masyarakat sebelum
kemerdekaan tiada semangat patriotisme dalam kalangan msyarakat majmuk sudah pasti
kemerdekaan tidak akan dapat dicapai.

2.7 KESIMPULAN BAB

Sejak kebelakangan ini, semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia dilihat


semakin berkurangan akibat keselesaan keamanan dan kemerdekaan negara. Pada masa
dahulu, semangat patriotisme di kalangan rakyat sangat menebal kerana semua rakyat
ingin bebas dari cengkaman penjajah. Oleh hal yang demikian, semua rakyat tidak
mengira kaum berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan negara dari
cengkaman penjajah. Peristiwa Malayan Union jelas membuktikan semangat patriotisme
di kalangan rakyat pada masa dahulu sangat tinggi. Semua rakyat tanpa mengira kaum
sebulat suara untuk menolak Malayan Union dan mereka menuntut kemerdekaan.

Perasaan cinta akan tanah air itu dan semangat mempertahankan tanah air bukan
sahaja ada dalam diri polis atau tentera malahan rakyat biasa juga. Hal ini kerana
semangat patriotisme dapat membantu dalam pembangunan masyarakat dan ekonomi.
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan kerajaan dapat dilakukan dengan lebh mudah kerana
masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangunkan negara dan dengan adanya
semangat patriotisme juga negara boleh menngorak langkah yang lebih jauh untuk
mencapai negara maju. Namun begitu, semangat patriotisme dalam diri masyarakat
majmuk sekarang semakin pudar. Oleh hal yang demikian usaha-usaha tersebut perlu
dilaksanakan untuk memastikan semangat patriotisme terus subur dalam diri semua
rakyat Malaysia.
3. METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini, pengkaji menghuraikan secara terperinci tatacara perlaksanaan kajian ini.
Aspek-aspek metodologi kajian ini akan turut membincangkan, antaranya seperti reka
bentuk penyelidikan, kaedah dan alat kajian, prosedur kajian, pembentukan item soal
selidik, sumber data, cara pengumpulan data dan cara penganalisaannya (cara data
dianalisis).

Kajian adalah satu tatacara teratur yang hasilnya membolehkan penambahan ilmu
pengetahuan. Kajian dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu, khas bagi
mendapatkan maklumat serta menjawap persoalan yang dibangkitkan. Selain itu, akan
digunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik penyelidikan dengan harapan
tercapailah objektif kajian.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan statistik deskriptif untuk menganalisis


data. Penganalisisan data dengan menggunakan analisis statistik deskriptif ialah
dengan tujuan mengklasifikasikan sesuatu ciri, sifat atau isu. Data yang diperoleh
tidak lain dan tidak lebih dari cebisan-cebisan maklumat yang terdapat dalam
persekitaran. Data dalam penyelidikan kuantitatif adalah dalam bentuk soal selidik
misalnya, ke atas responden atau responden-responden yang dipilih secara rambang.
Dalam kajian ini pemboleh ubah demografi respondan seperti umur, bangsa, agama,
latar belakang pendidikan dan negeri asal, adalah bersifat kuantitatif. Untuk tujuan
penyelidikan ini yang digunapakai kebanyakannya ialah data bersifat kuantitatif yang
diperoleh dengan kaedah tinjauan menerusi satu set soal selidik.

Sementara itu pendekatan deskriptif pula menfokuskan kepada kajian yang


mendalam, bermakna, memberi perhatian kepada interaksi social. Ini termasuklah
penyelidikan berterusan dan dalam keadaan bebas mengemukakan pandangan yang
bersifat holistic dan natural. Reka bentuk kajian ini merupakan satu pendekatan yang
menyiasat secara rambang sesuatu tajuk atau objektif kajian yang ingin dilaksanakan.
Ia boleh melibatkan kajian ke atas satu unit kecil seperti kumpulan kecil pelajar atau
unit besar seperti keseluruhan komuniti universiti. Secara khususnya kajian soal
selidik merupakan satu pendekatan penyelidikan data atau maklumat penuh melalui
pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik ke atas satu unit kajian. Dalam hal ini,
kajian dibahagikan kepada empat ciri utama, antaranya ialah:

i. Ianya dapat memberi liputan aktiviti yang sebenar atau khusus kepada sesuatu
situasi.
ii. Ianya dapat memberikan pandangan tentang angkubah dan memberi
penjelasan tentang perkaitan di antara satu sama lain. (Holistik).
iii. Ia dapat memberi maklumat tentang kejadian-kejadian dalam tempoh masa
yang tertentu.

Sehubungan itu, bagi penyelidikan yang bersifat kaji selidik ini, ianya lebih
melibatkan jawapan yang dibina dari persoalan mengapa dan bagaimana (Why
and How) wujudnya sesuatu fenomena atau situasi itu.

3.2.1 KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan ialah sebuah penulisan yang bertujuan untuk


mengulas isi ilmu termasuklah penemuan kajian dan juga secara teori dan kaedah
sumbangan mengenai sesuatu topik. Kajian perpustakaan ialah sumber skunder,
dengan itu tidak melaporkan apa-apa kajian baru mahupun asli.

Kajian perpustakaan juga sangat penting bagi mendapatkan maklumat


yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Hasil dari kajian
perpustakaan telah banyak membantu dalam mencari bahan atau idea tentang
aspek yang boleh dikaji. Selain itu, dapat meluaskan pengetahuan berkaitan
dengan tajuk yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.

Ia selalunya dikaitkan dengan kajian akademik seperti tesis. Kajian


perpustakaan selalunya didahului dengan kertas kerja dan bahagian keputusan.
Matlamat utamanya ialah membawa pembaca kepada kajian perpustakaan terbaru
pada sesuatu topik dan membentuk asas untuk matlamat lain seperti kajian
seterusnya yang mungkin diperlukan dalam bidang tersebut.

3.2.2 KAEDAH SOAL SELIDIK

Suatu kajian umum telah dijalankan untuk menggubal soal selidik bagi
kajian sebenar. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian kepustakaan telah
dijalankan. Seterusnya, satu proses wawancara secara tidak berstruktur dengan
pelajar telah dijalankan bagi mendapatkan gambaran awal beberapa faktor yang
akan diramalkan mungkin mempengaruhi pandagan mereka terhadap Aspirasi
Kemerdekaan Dalam Kalangan Sebahagian Golongan Belia Semakin Pudar.
Hasilnya, faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi persepsi dan pandangan
pelajar telah dikenalpasti.

3.2.2.1 SOALAN TERTUTUP

i. Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan
sahaja.
ii. Memberikan masa yang cukup untuk menjawab.
iii. Mudah menjawab kerana jawapan disediakan.
iv. Jawapan mudah dianalisis.
3.2.2.2 SOALAN TERBUKA

i. Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab.


Contohnya: Apakah? Mengapakah? Bagaimanakah? Sejauh manakah?
ii. Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik.
iii. Responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu dikemukakan.

3.3 KAWASAN KAJIAN

Penetapan kawasan kajian adalah perancangan yang harus dilakukan sebelum


kajian dijalankan dan sasaran responden yang telah dirancang dengan teliti bagi
mendapatkan data yang mencukupi dan menepati peratusan responden yang telah
dirancang. Kawasan kajian yang padat dan sibuk akan menjejaskan data kajian kerana
responden berkemungkinan tidak bersedia untuk menjawap soalan kaji selidik dalam
keadaan sibuk dan data yang diperoleh menjadi kurang tepat.

Justeru itu, kajian dilakukan di kawasan unit yang kecil di mana kajian
melibatkan sebilangan pelajar yang terpilih sebagai responden kepada kajian yang
dilakukan. Maka dalam kawasan institusi pengajian awam iaitu Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia adalah kawasan kajian yang sesuai bagi kajian ini. Justeru itu,
sasaran dalam kajian ini adalah pelajar yang berada dalam keadaan tenang dan santai
bagi menjawap soalan kaji selidik yang disediakan. Dengan cara pemilihan responden
ini, data yang diperoleh akan lebih tepat dan jitu serta menepati objektif kajian. Maka
hasil kajian akan menghasilkan statistik yang lebih tepat dan boleh digunapakai oleh
pihak-pihak lain mahupun pihak universiti.

Anda mungkin juga menyukai