Anda di halaman 1dari 15

4.

PERJELASKAN KONSEP DAN AMALAN SISTEM KASTA DALAM KALANGAN


MASYARAKAT INDIA LADANG MALAYSIA.

PENGENALAN
Pada awal abad ke-19, penghijirahan orang India secara besar- besaran telah
berlaku disebabkan Revolusi Perindustrian di Benua Eropah. Hal ini menyebabkan
peningkatan permintaan terhadap bahan mentah terutamanya getah secara mendadak dan
seterusnya meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh. Pihak British berpendapat
bahawa Tanah Melayu merupakan kawasan sesuai untuk penanaman getah demi memenuhi
permintaan terhadap getah yang disebabkan oleh berlakunya Revolusi Perindustrian di
Eropah ketika itu. Oleh hal yang demikian, banyak ladang-ladang dibuka melalui pelaburan
yang dibuat oleh firma-firma British. Hal ini menyebabkan pihak British memerlukan ramai
buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah. Setelah berkembangnya industri berasaskan
getah, ramai pengusaha-pengusaha Eropah telah terlibat dalam industri ini dimana mereka
amat memerlukan bahan mentah iaitu getah untuk menghasilkan pengeluaran. Oleh itu,
penjajahan British telah mengambil ramai buruh-buruh dari India untuk bekerja di ladang
getah milik mereka di Tanah Melayu.
Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah Melayu adalah mereka yang berasal
dari selatan India di mana sebahagian besar daripadanya terdiri daripada orang Tamil. Selain
itu, terdapat juga kaum India yang datang dari Sri Lanka. Kaum India diimport seperti barang
dagangan oleh British untuk bekerja di ladang getah dan kemudiannya kaum ini akan
dieksport ke India semula jika permintaan ekonomi terhadap mereka semakin berkurangan. 1
Cara kemasukan kaum India ke Tanah Melayu ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh
1 T.H. Silcock dan Ungku Aziz , Nationalism In Malaya, Asian Nationalism and the West, William
L. Holland, ed. (New York 1953). Hlm. 274-275.
1

British sendiri. Sistem tersebut dikenali sebagai sistem kontrak (indented labour). Sistem ini
digunakan untuk menggalakkan dan menarik minat dan perhatian rakyat India untuk datang
ke Tanah Melayu. Sistem Kontrak ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 dimana pada
asalnya sistem ini digunakan untuk mengambil buruh bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi.
British amat memerlukan tenaga buruh yang besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah
Melayu. Dengan pertolongan ejen pekerja yang kebanyakannya di Madras dan Nagapatinam,
telah memudahkan usaha British untuk menambah jumlah buruh India untuk datang ke Tanah
Melayu. Perkerja India yang dibawa ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak
yang mengandungi beberapa perkara utama seperti tempoh kerja yang dipersetujui dan
sebagainya. Apabila kontrak telah termeterai, majikan akan menguruskan perjalanan mereka
ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji. Setelah kontrak tamat, pekerja ini akan dibenarkan
pulang k India atau diberi peluang untuk terus bekerja berada di Tanah Melayu.
Terdapat juga sistem buruh lain iaitu sistem kangani. 2 Melalui sistem ini, pengusaha ladang
atau majikan dikehendaki menghantar seorang kangani pulang ke India untuk menarik lebih
ramai buruh India bekerja di Tanah Melayu. Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah
pekerja yang dapat dicari. Dengan mengunakan bayaran tersebut, kangani akan
menggunakannya untuk membiayai tambang dan kos-kos yang lain untuk membawa masuk
buruh India. Apabila tiba di Tanah Melayu, buruh-buruh India ini akan berada dibawah
kawalan kangani yang membawa mereka. Kedatangan orang India sebagai buruh ke Tanah
Melayu telah memberikan perkembangan yang ketara terhadap ekonomi terutamanya semasa
era penjajahan British.
Masyarakat ladang India didefinisikan sebagai buruh tetap di kawasan perladangan di
mana telah dilengkapi dengan rumah dan kemudahan-kemudahan lain seperti pemberian air
dan beberapa elemen perkhidmatan yang lain dan upah yang diberi kedapa golongan ini
2 Kernial Singh Sandhu. Indians in Malaya Immigration and Settlement 1786-1957. United States of
America : Cambridge University. 1969. Hlm. 75.
2

adalah upah harian atau bayaran yang tidak mempunyai sebarang perjanjian yang amat
rendah. Bagi menarik minat masyarakat India untuk berhijrah, majikan ladang getah di Tanah
Melayu yang kebanyakan merupakan penjajah British pada abad itu telah menjalankan
konsep 3T.
KONSEP SISTEM KASTA
Sistem kasta di India merupakan satu sejarah yang paling utama dimana terdapat
perbezaan melalui kelas, agama, wilayah, kaum, jantina dan bahasa. Sistem kasta ini bahkan
dikatakan merupakan satu institusi yang begitu unik dalam tamadun India. Sistem kasta
didefinisikan sebagai pembahagian kelas sosial yang mempunyai heirarki yangtetap dimana
secara

semulajadi

masyarakat

hidup

dalam

keadaan

terkelas

atau

berperingkat.

Sistem kasta ini salah satu sistem yang tertutup dimana kehidupan seseorang dan kehidupan
sosialnya ditentukan oleh kasta ini. Ianya ditentukan sejak kelahiran seseorang itu dan sistem
kasta ini mempengaruhi interaksi dan tingkah laku seseorang itu. Selain itu, terdapat had
untuk berinteraksi antara satu kasta dengan kasta yang lain sebagai contoh, Kasta Brahmin
tidak boleh bergaul dengan kasta Sundra.
Pada zaman dahulu sistem kasta terdapat dalam semua masyarakat di sekitar dunia.
Kebanyakan sistem kasta bergantung kepada kekayaan dan pekerjaan kumpulan tersebut.
Dalam sistem kasta sekumpulan manusia dan pekerjaannya dianggap tinggi dan sekumpulan
manusia dan pekerjaannya pula di anggap rendah. Kebanyakan masyarakat di dunia ini telah
bebas dari susunan kasta kerana kemodenan, kebebasan kewangan, pekerjaan dan sistem
pendidikan bebas.
Dalam agama Hindu pula sistem kasta memainkan peranan yang sangat besar dalam
kehidupan harian mereka. Kasta juga digelar jati atau warna. Penganut agama Hindu hari ini
telah dipecahkan kepada beribu-ribu kasta dan darjat. Ini adalah sebuah kelemahan yang
sangat besar kepada penganut agama Hindu dan kejayaan yang sangat besar kepada kaum
3

Aryan. Mereka berjaya memecahkan penduduk asal India kepada beribu-ribu kaum supaya
mereka tidak bersatu dan membantah atau menentang ajaran kaum Aryan.
Agama Hindu yang sebenar tidak mengajar kasta, warna atau jati. Semua jenis
pecahan ini telah di sisip oleh kaum Aryan dengan sengaja. Kitab suci agama Hindu (Veda)
telah membahagikan manusia kepada empat kategori iaitu, Brahmin, Kshatriya,Vaishya, dan
Shudra. Empat pecahan ini bukanlah kasta, jati atau warna. Empat kategori ini ialah empat
jenis, empat golongan atau empat cara hidup manusia. Ajaran kitab suci agama Hindu (Veda)
mengatakan warna atau kategori manusia akan ditentukan dari cara hidupnya dan bukan dari
keturunan. Malangnya pada hari ini kasta ditentukan dari kelahiran dan keturunan. Berikut
merupakan sistem kasta yang diamalkan di India:

Rajah 1: Sistem Kasta di India


Sumber: https://www.google.com/search?q=sistem+kasta+india
4

AMALAN SISTEM KASTA DALAM KALANGAN MASYARAKAT INDIA LADANG


MALAYSIA.
1. KEDUDUKAN BRAHMIN
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu pada abad ke-19 adalah bertujuan
untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Kebanyakan orang India yang datang ke Tanah
Melayu adalah mereka yang berasal dari selatan India di mana sebahagian besar daripadanya
terdiri daripada orang Tamil. Selain itu, terdapat juga kaum India yang datang dari Sri Lanka.
Walaubagaimanapun, golongan wanita tidak dibawa bersama kerana dianggap berkedudukan
rendah dan perlu ditinggalkan untuk menjaga ahli keluarga yang lain.3 Hal yang sama juga
berlaku kepada golongan Brahmin yang tidak boleh dibawa untuk berlayar kerana Brahmin
adalah begitu penting dan perlu berada di dalam kasta untuk menjalankan segala upacara
keagamaan. Namun demikian, hanya pembantu Brahmin yang dibawa bersama iaitu
Pandaram. Pandaram ini mempunyai sedikit ilmu tentang hal ehwal keagamaan yang
kemudiannya di bawa ke Tanah Melayu. Mereka dibawa untuk menguruskan hal- hal
keagamaan yang mudah sahaja. Namun begitu, keadaan ini lama- kelamaan menjejaskan
kedudukan Brahmin dalam masyarakat ladang India di Tanah Melayu. Dalam sistem kasta
yang diamalkan di India, Brahmin merupakan golongan cendekiawan yang menguasai ajaran,
pengetahuan, adat, adab sehingga keagamaan. Golongan ini dikatakan memiliki kemampuan
bagi penguasaan ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan suci ataupun pengetahuan ilmiah
secara umum. Malah golongan ini merupakan golongan yang paling dihormati oleh kumpulan
kasta yang lain dan mempunyai status yang tertinggi dalam sistem kasta.
Pengaruh golongan Brahmin dilihat kian pudar dalam konsep masyarakat India ladang di
Tanah Melayu. Masalah mula timbul apabila golongan asal brahmin dari India tidak mahu

3 Mohan K. Pillay( 9 Disember 2013), Wacana Masyarakat Peranakan di Malaysia Sempena Bulan
Bahasa Kebangsaan 2013: Sejarah Kaum Chetti di Melaka, Melaka: Auditorium Hang Tuah, hlm 3.
5

untuk berhijrah atas faktor agama. Hal ini menyebabkan bilangan golongan Brahmin sangat
sedikit di Tanah Melayu pada ketika itu. Sewaktu berlakunya penghijrahan beramai-ramai
orang india ke Tanah Melayu, mereka diprogandakan oleh pihak British untuk membina kuil
sebagai tarikan kepada mereka. Ketiadaan golongan Brahmin disamping kebimbangan
mereka untuk merentasi laut menyebabkan golongan Pandaram di bawa masuk untuk
menguruskan kuil.
Keadaan yang berlaku ini jelas memberikan kesan terhadap pengamalan agama Hindu
di Tanah Melayu. Di India golongan Brahmin sememangnya menjadi ejen dalam
menyampaikan agama kepada masyarakat mereka. Kalau diperahatikan dari segi peranan
pula, golongan Brahmin ini turut berperanan dalam hal berkaitan pentadbiran dan politik.
Namun begitu keadaan sebaliknya berlaku di Tanah Melayu, peranan golonganBrahmin
hanya terhad kepada hal ehwal agama sahaja. Keadaan terus berubah apabila kebanyakan
masyarakat India seakan tidak lagi mementingkan aspek agama sebaliknya bekerja adalah
matlamat hidup mereka di Tanah Melayu.
Secara kesimpulanya, amalan kasta tidak lagi begitu kuat diamalkan di Tanah Melayu
kerana pengaruh Brahmin mulai merosot dalam konteks masyarakat. Kebanyakan mereka
yang berhijrah adalah daripada kasta bawahan yang sama sekali merasakan sistem tersebut
membebankan mereka dalam kehidupan mereka. Lantas hal tersebut telah membuka peluang
kepada mereka untuk melepaskan diri daripada kepompong tersebut. Oleh sebab golongan
Pandaram telah tiba ke Tanah Melayu pada peringkat awal, hal ini telah menyebabkan agama
Hindhu menjadi lebih ringkas dan bersifat mudah.

2. SEKTOR PEKERJAAN

Dari segi pekerjaan, sistem kasta yang diamalkan di India pada masa dahulu adalah
mengutamakan pengkhususan kerja. Pengamalan sistem kasta menyebabkan masyarakat
India dibahagi mengikut fungsi dan pekerjaan dan kesucian tugas digunakan untuk
menentukan kedudukan sesuatu kumpulan. Jika sesuatu kumpulan menjalankan tugas yang
suci akan dianggap sebagai golongan yang berkedudukan rendah. Oleh itu, setiap kumpulan
amat mementingkan pekerjaan yang dijalankan. Setiap kumpulan akan menjaga kepakaran
yang ada supaya tidak dipelajari dan ditiru oleh orang lain.
Selain itu, amalan kasta telah menyebabkan sektor pekerjaan juga dikelompokkan
berdasarkan kasta keluarga masing-masing. Di India, amalan kasta telah menjadikan sesuatu
pekerjaan itu bersifat persaudaraan semata mata. ( anak akan mewarisi pekerjaan ibu bapa
mereka).

Sebagai

contohnya,

golongan

Brahmin.

Hanya

mereka

sahaja

yang

bertanggungjawab dalam menyampaikan ajaran agama, adat resam, dan kekeluargaan. Tidak
wujud sebarang mobiliti sosial bagi keluarga dari kasta bawahan untuk memperbaiki hidup
mereka kesan daripada pengamalan kasta di India.
Keadaan nyata berubah di Tanah Melayu apabila amalan kasta telah merubah
pekerjaan masyarakat India. Mereka tidak lagi terikat dalam sistem kasta kerana pihak British
menawarkan pekerjaan kepada mereka tanpa mengira suku ataupun kasta. Keadaan ini telah
menyumbangkan kepada mobiliiti sosioekonomi dan perubahan dalam corak hidup , sikap dan
pemikiran masyarakat ladang India terhadap sistem kasta kerana pekerjaan yang ditawarkan oleh
pihak British tidak lagi mementingkan kecemaran atau kesucian kasta. Segala undang- undang
yang seragam yang ditetapkan oleh pihak British menimbulkan perasaan masyarakat ladang India
bahawa semua orang adalah setanding di depan undang- undang. Kebanyakan undang- undang
yang digubal oleh pihak British pada masa itu adalah menentang dengan asas sistem kasta.
Ladang- ladang dan kilang- kilang membenarkan pekerja- pekerja dari berbagai- bagai kasta
untuk bekerja bersama. Apa yang berbeza adalah buruh ladang dibahagi kepada pekerja ladang
7

dan pekerja kontrak. Buruh ladang atau buruh tetap diberi kemudahan-kemudahan seperti
rumah yang diberi bekalan air dan elektrik manakala buruh kontrak pula berada dibawah
pengawasan kontraktor dan dibawa masuk ke estet setiap hari.

Mobiliti sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat India menyebabkan mereka
mampu memperbaiki taraf kehidupan mreka meskipun mereka bukan berasal daripada kasta
yang tinggi. Hak untuk meningkatkan taraf hidup kini bukan terletak pada kasta semata mata
sebaliknya ia terpulang kepada individu tersebut untuk mendapatkannya.
3. PERKAHWINAN
Perkahwinan merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan
khususnya dalam masyarakat India tradisional yang mengamalkan sistem kasta. Dalam
masyarakat ini, kaum lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah. Khidmat
nasihat daripada orang tua akan diutamakan. Malah setiap pandangan dan keputusan orangorang tua atau ketua rumah mengenai hal berkaitan dengan keluarga diutamakan dan perlu
dipatuhi. Dalam situasi ini, golongan muda selalunya tidak mempunyai hak untuk
menentukan perkahwinan mereka Dalam sistem kasta, perkahwinan antara kasta yang
berlainan adalah tidak dibenarkan untuk mengelakkan pembocoran kemahiran pekerjaan.
Keadaan ini menyebabkan golongan muda kehilangan kebebasan untuk bercinta dan kadangkala akan memusnahkan kebahagian seseorang pemuda.
Dowri merupakan sesuatu yang amat dititikberatkan bagi masyarakat tradisional
India. Dowri akan disediakan oleh pihak pengantin perempuan dan dihantar kepada pihak
pengantin lelaki sebagai tanda penghargaan. Selain itu, perkahwinan semula balu adalah tidak
dibenarkan. Kedudukan wanita yang begitu rendah dan larangan terdapat dalam sistem kasta
melarang mereka yang kehilangan suami untuk berkahwin semula. Mereka bukan sahaja
tidak dibenarkan menghias diri dan hanya boleh memakai sari putih, tetapi juga dilarang
8

daripada balik ke rumah keluarga sendiri. Larangan ini menyebabkan banyak kaum wanita
yang kehilangan suami hidup kesengsaraan.

Walaubagaimanapun, sistem kasta mengalami banyak perubahan selepas masyarakat


India berhijrah ke Tanah Melayu. Di bawah penjajahan British, semua buruh ladang
dipandang sama rata. Penindasan terhadap kasta bawahan jarang lagi berlaku kerana kirakira 90% buruh yang datang dari India adalah golongan sudra yang mempunyai kedudukan
yang rendah dalam sistem kasta. Akibatnya, kebanyakan buruh ladang India terdiri daripada
kasta yang sama di mana kedudukannya adalah sama dan bekerja dalam sektor yang sama.
Keadaan ini mengelakkan penindasan terhadap kasta bawahan berlaku dan lama- kelamaan
perkahwinan campur antara kasta mula diizinkan dan lebih mudah diterima. Konsep sistem
kasta tidak begitu dititikberatkan.
Kesedaran sosial yang berlaku akibat proses urbanisasi menyebabkan pemikiran
masyarakat India juga mengalami perubahan. Salah satu faktor ialah kebanyakan buruh
ladang India yang berhijrah merupakan golongan muda. Golongan ini yang berhijrah ke
Tanah Melayu telah menjauhi diri daripada kawalan orang- orang tua di rumah. Keputusan
kadang- kala terpaksa dibuat oleh golongan muda diri sendiri kerana sukar untuk meminta
kebenaran daripada ketua keluarga yang tinggal jauh di India.
Di samping itu, peningkatan dalam kedudukan yang menempatkan golongan wanita
dan golongan lelaki bersama-sama seperti di tempat bekerja atau pusat pengajian
memungkinkan interaksi sosial di antara mereka. Dengan ini, perkahwinan berlainan kasta
atau etnik dan perkahwinan berasaskan cinta semakin meningkat. Golongan muda India
semakin bebas memilih pasangan yang dicintai dalam perkahwinannya dan bukan lagi
dipaksa oleh ketua keluarga. Kini, aspek kasta berlainan tidak lagi begitu diberi penekanan

tetapi aspek lain seperti jenis pekerjaan dan tahap pendidikan lebih diutamakan. Akibat kaum
wanita mula mendapat pendidikan dan diberikan hak yang sama dalam pelbagai segi,
kedudukan kaum wanita India semakin meningkat di dalam sesebuah keluarga. Kaum wanita
India mula berhak untuk membuat keputusan dalam segala hal keluarga dan kadang- kala
memainkan peranan yang sama penting dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, perkahwinan
semula balu semakin diterima oleh masyarakat ladang India dan tidak akan dipandang rendah
semata- matanya. Kaum wanita India dibenarkan untuk berkahwin lagi selepas suaminya
meninggal dunia atau selepas bercerai.
4. CORAK HIDUP
Dalam sistem masyarakat tradisional India, kasta bawahan iaitu terdiri daripada buruh
ladang menghadapi diskriminasi oleh kasta atasan. Diskriminasi terhadap kasta yang lebih
rendah adalah ilegal di India di bawah Pasal 15 dalam perlembagaan. Malah kasta bawahan
adalah tidak dibenarkan untuk bergaul dengan kasta atasan. Dari segi cara pemakanan pula,
kumpulan Brahmin hanya akan makan sayur- sayuran dan tidak akan makan daging lembu.
Keadaan ini menunjukkan golongan Brahmin itu mempunyai status sosial yang tertinggi
mengikut ajaran agama kerana dipercayai golongan yang makan daging lembu merupakan
golongan yang tidak menjaga nafsu dan mudah naik marah akibat sikap panas baran. Bagi
golongan yang makan daging lembu merupakan golongan Harijan iaitu kumpulan yang tidak
boleh disentuh, kumpulan yang dianggap mempunyai kedudukan yang paling rendah atau
kotor kerana bekerja untuk membersihkan najlis atau mayat. Golongan bawahan ini
dipercayai sukar untuk berkelakuan baik dengan golongan atasan.
Sebenarnya, amalan tidak makan daging lembu masih wujud dalam kalangan
masyarakat ladang India pada masa kini. Bagi keluarga yang beragama Hindu, makan daging
lembu merupakan suatu larangan dan kebanyakan masyarakat ladang India masih
mematuhinya kerana mereka mempercayai bahawa golongan yang makan daging lembu
10

merupakan golongan yang tidak menjaga. Namun begitu, bagi golongan India yang
memeluki agama Islam pula, makan daging lembu adalah dibenarkan.
Dalam kalangan masyarakat India tradisional di India, kasta bawahan menghadapi
diskriminasi yang begitu teruk oleh kasta atasan. Kasta bawahan tidak dibenarkan untuk
bergaul dengan kasta atasan kerana kedudukan mereka dipandang rendah. Keadaan ini masih
dikekalkan pada mulanya di Tanah Melayu semasa masyarakat India berhijrah dari India.
Masyarakat ladang India jarang bergaul dengan masyarakat bandar India yang bekerja
sebagai peniaga atau bekerja dalam sektor awan semasa penjajahan pihak British di Tanah
Melayu kerana masyarakat ladang India merupakan golongan sudra yang kekurangan
pendidikan manakala masyarakat bandar India merupakan golongan atasan yang menerima
pendidikan.
Situasi ini semakin berubah selepas kemerdekaan apabila kerajaan menyediakan
pendidikan secara percuma sehingga peringkat menengah kepada semua orang. Golongan
ladang India turut berpeluang untuk mendapat pendidikan percuma sehingga ada yang
berpeluang untuk belajar di universiti. Kedudukan masyarakat ini semakin meningkat kerana
diberi hak yang sama. Diskriminasi terhadap kasta bawahan jarang lagi berlaku dalam
kalangan masyarakat India di Malaysia pada masa kini. Pergaulan antara kasta digalakkan
demi perpaduan rakyat dan kepentingan ekonomi.
5. EKONOMI
Sistem kasta di India adalah sistem eksploitasi yang dilakukan oleh kelompokkelompok berdarjat tinggi. Sesiapa pun dilarang untuk memiliki tanah lebih besar daripada
batas yang dimandatkan. Larangan ini menyebabkan kebebasan masyarakat India terbatas
malah turut menyebabkan taraf hidup kasta bawahan menjadi lebih buruk. Oleh hal yang

11

demikian ramai kalangan mereka sanggup berhijrah ke Tanah Melayu untuk mengubah nasib
hidup dan memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Masyarakat ladang mendapat kemudahan yang baik dari segi tempat tinggal oleh
majikan dan diberikan upah yang lebih. Masyarakat ladang lebih mementingkan hasil
pengeluaran ladang berbanding dengan sistem kasta yang diamalkan selama ini. Upah
pekerjaan yang diberikan adalah lebih banyak berbanding dengan yang diberikan semasa
berada di India. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan
mereka. Masyarakat ladang yang dianggap golongan kasta bawahan tidak lagi mengalami
kemiskinan dan kebuluran semasa di Malaysia.

6. PENDIDIKAN
Buruh ladang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan pendidikan. Buruh
ladang tidak mementingkan pendidikan anak mereka kerana anak mereka akan mewarisi
pekerjaan mereka sebagai buruh ladang, mobiliti sosial jarang berlaku. Situasi menjadi lebih
teruk apabila ibu bapa kumpulan Sudra turut tidak mementingkan pendidikan anak- anak
mereka kerana anak mereka akan mewarisi pekerjaan mereka. Bukan kumpulan Sudra sahaja,
kumpulan lain juga menghadapi masalah bahawa mereka lebih mementingkan kepakaran
pekerjaan anak mereka berbanding dengan pendidikan. Situasi ini menyebabkan kebanyakan
masyarakat India adalah buta huruf dan hanya pakar dalam pekerjaan keluarga.
Selain itu, dalam sistem kasta, golongan wanita adalah berkedudukan rendah. Kaum
wanita didefinasikan sebagai golongan yang berperanan untuk menjaga keperluan ahli-ahli
keluarga yang lain terutamanya memenuhi keperluan golongan lelaki yang bertanggungjawab
untuk mencari pendapatan bagi menyara kehidupan sesebuah keluarga. Kedudukan rendah

12

bagi kaum wanita India telah melarang kaum wanita daripada mendapat peluang belajar atau
berpendidkan seperti kaum lelaki. Dalam sistem kasta, kaum wanita India dianggap sebagai
orang luar kerana akan dikahwinkan ke keluarga yang lain apabila dewasa. Atas alasan ini,
kaum wanita tidak akan diberi peluang untuk mendapat pendidikan, apa yang mereka perlu
belajar hanya bagaimana memasak, mengemaskan rumah, membuat kerja rumah dan
sebagainya. Peranan kaum wanita India selalunya dicirikan sebagai pelembut dan lemah dari
segi fizikal dan mental serta sering terperap dalam rumah.
Demi mengalakkan penghijrahan pekerja India pada abad ke-19 secara besar- besaran,
sekolah Tamil telah dibina oleh majikan pihak British di setiap ladang. Pendidikan formal
atau tidak formal diberi kepada anak pekerja ladang secara percuma sehingga peringkat
rendah. Bagi pendidikan formal, guru akan mengajar anak- anak pekerja ladang India ilmu
yang terasas iaitu membaca, menulis dan mengira. Buku yang diguna untuk mengajar anakanak pekerja ladang India adalah terus diimport dari India. Faktor ini telah menarik minat
banyak masyarakat India terutamanya golongan sudra untuk berhijrah ke Tanah Melayu.
Selepas kemerdekaan, semua orang diberi hak yang sama dan dilindungi oleh undangundang yang ditetapkan. Semua orang berpeluang untuk mendapat pendidikan formal secara
percuma sehingga ke peringkat menengah. Pendidikan telah menjadi satu saluran untuk
mencapai mobiliti sosial secara menegak di mana berperanan untuk mengubah cara manusia
berfikir, menguruskan diri serta alam sekelilingnya termasuk hal-hal berkaitan dengan
kehidupan berkeluarga. Pendidikan menyebabkan perubahan pemikiran orang di mana kaum
wanita India sedar akan kepentingannya untuk memelihara hak diri sendiri. Peranan golongan
wanita tidak lagi terhad dalam keluarga atau rumah. Kesan daripada pendedahan terhadap
pendidikan, golongan wanita mula memainkan peranan yang lebih berat sama ada dalam
sistem keluarga atau dalam sosial harian.

13

Kini, sistem pendidikan telah berubah dari sistem lama yang mempunyai seorang guru
yang mengajar pelajar 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kepada sistem baru yang
beberapa guru memberi pendidikan merangkumi pelbagai bidang termasuk sains, geografi,
sejarah, matematik, bahasa, seni, pendidikan jasmani dan sebagainya. Keadaan pembelajaran
telah banyak menambahbaik pada masa kini di kawasan ladang atau pedalaman. Peranan
wanita India yang sebelum ini dicirikan sebagai pelembut dan lemah dari segi fizikal dan
mental semakin berubah kerana peningkatan tahap pendidikan, peluang pekerjaan. Golongan
wanita India yang terperap dalam rumah mula keluar dari rumah serta lindungan kaum lelaki.
Mereka mula bekerja setanding dengan golongan lelaki demi meningkatkan pendapatan
keluarga bagi meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga masing-masing.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sistem kasta yang diamalkan mengalami sedikit perubahan
selepas penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu. Perubahan tersebut dilakukan dan
kemudiannya disesuaikan dengan keadaan mereka di Tanah Melayu. Jika dilihat dari
perubahan sistem kasta di Tanah Melayu ianya banyak dipengaruhi oleh sistem yang
dikendalikan oleh British. Pihak British dilihat begitu menentang sistem kasta ini. Ianya
diterima oleh masyarakat India di Tanah Melayu kerana kebanyakkan mereka berasal dari
kasta bawahan. Dengan adanya perubahan ini, ianya membantu meningkatkan lagi taraf
kehidupan mereka dan keluarga. Kesannya boleh dilihat sehinggalah ke hari ini.

14

RUJUKAN
1. Kernial Singh Sandhu. Indians in Malaya Immigration and Settlement 1786-1957. United
States of America : Cambridge University. 1969.
2. Mohan K. Pillay( 9 Disember 2013), Wacana Masyarakat Peranakan di Malaysia Sempena
Bulan Bahasa Kebangsaan 2013: Sejarah Kaum Chetti di Melaka, Melaka: Auditorium Hang
Tuah.
3. T.H. Silcock dan Ungku Aziz , Nationalism In Malaya, Asian Nationalism and the West,
William L. Holland, ed. (New York 1953).
4. https://www.google.com/search?q=sistem+kasta+india

15

Anda mungkin juga menyukai