Anda di halaman 1dari 2

Maksud Reformasi :

• Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, reformasi adalah sebuah perubahan atau
pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalnya dalam sistem sosial, politik,
dan ke¬budayaan sesebuah masyarakat.

• Secara umumnya, reformasi bermaksud gerakan agama yang mengambil tempat pada dekad kedua
dan ketiga abad ke-16.

• Menurut Brinton, Christopher dan Wolff dalam karya ‘A History of Civilization’ reformasi
merupakan suatu revolusi intelek, sosial dan ekonomi.

• Menurut Muhamad Kamlin dalam karya ‘Pengantar Pemikiran Politik Barat’ reformasi diertikan
sebagai suatu perkembangan dalam sejarah Eropah yang berjaya mencabar beberapa andaian dan
pegangan asas yang telah membentuk sikap gereja Katolik pada Zaman Pertengahan.

Kesan-kesan Reformasi :

Kesan Agama

1. Memusnahkan Perpaduan Agama Eropah Barat


- Selepas gerakan reformasi, berlakunya perubahan utama dalam Zaman Pertengahan dan
Zaman Moden
- Agama Kristian telah berpecah kepada 2 mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
- Keadaan ini telah melahirkan semangat nasionalisme yang menambahkan perbezaan
mengikut daerah bagi setiap agama yang diamalkan
- Kuasa pope telah dihadkan kepada agama sahaja

2. Kemunculan Agama-Agama Baru


- Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh 1 mazhab sahaja
- Eropah Timur tidak dipengaruhi oleh agama baru dan ia kekal dengan fahaman Ortodok (
Utara) serta agama Islam ( Selatan)
- Eropah Selatan kekal dengan agama Katolik
- Eropah Utara telah mengamalkan fahaman Protestan, Lutheran, Calvinist @ Anglican

3. Perang Agama
- Perbezaan mazhab menyebabkan tercetusnya perang dan pembunuhan yang memalukan
Kristian
- Antara tahun 1560-1600, ahli Calvinisme Belanda telah mendapat kemerdekaan daripada
Philip Sepanyol (bangsa Katolik)
- Dengan cara pembunuhan St. Bartholomew dan perjuangan ganas wakil-wakil Philip
Duke of Alva di Netherland

4. Kuasa Gereja Dicabar Secara Terbuka


- Kuasa monarki gereja berkurangan
- Disebabkan ingin membebaskan diri daripada pengusaan pope di Rom
- Raja-raja telah rampas kembali tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh pope

5. Tolenrasi Agama
- Pemerintah agama baru memperjuangkan peperangan untuk toleransi dan demokrasi
- Timbul kesedaran kebangsaan dalam diri masyarakat
- Masyarakat sama-sama menyebarkan ajaran mereka dan mempergiatkan pendidikan
agama masing-masing

Kesan Bukan Agama

1. Perang Tiga Puluh Tahun


- Di Jerman (1618-1648), perang tercetus apabila Maharaja Ferdinand II membuat usaha
habis-habisan untuk bersihkan calvinisme dan lutheranisme
- Ini menyebabkan kemerosotan dalam perdagangan, penduduk mula berpindah ke
kawasan baru, universiti ditutup dan perkembangan ilmu terbantut
- Di England telah berlakunya perang saudara (1642-1649) yang menamatkan
pemerintahan diraja

2. Mengukuhkan Kedudukan Negara Kebangsaan


- Reformasi membantu mengukuhkan kuasa negara-negara kebangsaan
- Kedudukan raja-raja telah dikembalikan serta dikukuhkan lagi dengan menjadi ketua
agama dan ketua negara
- England- Henry VIII telah menjadi ketua agama dan ketua negara melalui Akta
Keunggulan ( Act of Supremacy)

3. Perkembangan Kesusasteraan
- Untuk meningkatkan kesusteraan, usaha menterjemah dalam bahasa-bahasa vernakular
telah digiatkan
- Berlakunya pemujaan tuhan melalui nyanyian lagu (hym) Luther yang disebabkan oleh
pengaruh penullis di Jerman dan England

4. Perkembangan Kapitalisme
- Selepas reformasi golongan kapitalisme tumbuh pesat di negara Protestan yang aliran
agama calvinisme
- Setiap individu berusaha untuk mendapatkan banyak duit, keuntungan akan dilabur,
mereka menghabiskan banyak masa bekerja dan kurang mendapatkan hiburan
- Menurut fahaman calvinisme, cara hidup ini dapat mengelakkan masyarakat daripada
pengaruh syaitan dan perkara yang dikutuk Tuhan

KESIMPULAN

- Reformasi pada awalnya hanya bertujuan untuk memulihkan kembali era agama Katolik
namun akhirnya membawa kepada perkembangan beberapa aliran agama baru.
- Aliran agama baru ini meletakkan asas kemajuan yang berbeza mengikut kawasan iaitu di
Eropah Selatan dan Eropah Utara.
- Negara Eropah Utara ( England, Belanda, Switzerland dan Perancis) yang lebih maju
dalam bidang perindustrian berbanding Eropah Selatan (Sepanyol, Itali, Jerman Selatan).
- Negara-negara ini menjadi suatu perintis atau contoh paling ideal bagi kemajuan politik
dan ekonomi pada abad seterusnya.

Rujukan

Sivachandralingam Sundara Raja, 1996, Tamadun Eropah, Fajar Bakti Shah Alam

Norman J.Wilson, 2001, European Renaissance and Reformation 1350-1600, Detroit Mitch

Friedell, Egon, 2008, A Cultural History of the Modern Age : Renaissance and Reformation, New
Brunswick, N.J : Transaction Publishers

Elton, G.R, 1963, Renaissance and Reformation 1300-1648, New York : Macmillan

Anda mungkin juga menyukai