Anda di halaman 1dari 29

KURSUS I-CITAC:

TITAS
TAMADUN CHINA
DAN TAMADUN
INDIA

Nama Kumpulan: Iman Mutiara

NURULHANNA BINTI IBRAHIM (2015664174)


NORLINA BINTI ISMAIL (2015418772)
SITI SARAH BINTI FAHMY HAZIM (2015428954)
NADIAH BINTI RAUF (20154285554)
NURUL HASANAH BINTI ZAINUL ARIFFIN (2015418714)

BICARA TAMADUN:
TAMADUN INDIA
DAN TAMADUN
CHINA

BICARA TAMADUN INDIA:


o ASPEK-ASPEK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN TAMADUN INDIA DAN
ISLAM
o BINCANGKAN SUMBANGAN MAHATMA GHANDI DAN MAHMUD
GHAZNI
o HURAIKAN DOKTRIN KEPERCAYAAN INDIA DAN BANDINGKAN
DENGAN CARA HIDUP DAN KEPERCAYAAN ISLAM

BICARA TAMADUN CHINA:


o PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM NILAI MASYARAKAT DALAM
TAMADUN CHINA KEMUDIAN BANDIN BEZA DENGAN TAMADUN
ISLAM
o TERANGKAN KONFUSIANISME, DAOISME, MAOISME DAN LEGALISME
o AJARAN ISLAM SERTA PENGARUH ISLAM TERHADAP TAMADUN CHINA

BICARA TAMADUN INDIA


PERSAMAAN BUDAYA TAMADUN INDIA DAN TAMADUN ISLAM
-SISTEM PEMERINTAHAN DAN SOSIALSistem pemerintahan tamadun india ialah sistem kasta. Sistem ini sangat rigid dan penentuan kasta diwarisi turun
temurun dari nenek moyang. Kedudukan yang paling tinggi dalam sistem kasta ialah Brahmin. Brahmin
merupakan pendidik dan pendeta. brahmin juga menghasilkan guru-guru agama. Seterusnya ialah golongan
kesatria yang menggalas tanggungjawab sebagai pemerintah dan pertahanan negara. Diikuti dengan Vaisha dan
sundra . Vaisha merupakan golongan ekonomi manakala sundra adalah hamba untuk berkhidmat kepada tuannya.
Dalam tamadun islam pemerintah tertinggi adalah khalifah, pembesar, rakyat dan hamba. Kedua-dua pemerintah
tertinggi iaitu Brahmin dan Khaifah bertanggungjawab untuk menjaga kesucian agama. Seterusnya, pembesar dan
kestria pula bertugas untuk mentadbir negara untuk memastikan keadaan negara stabil dan harmoni. Rakyat dan
vaisha pula bekerja sebagai petani, penternak, artisan dan sebagainya. Pekerjaan mereka ini sekali gus
menyumbang kepada pendapatan negara. Seperti sumber makaanan. Kemudian hamba dan sundra ditugaskan
untuk berkhidmat kepada tuannya. Mereka adalah golongan terendah dalam sistem sosial. Namun, dalam ajaran
Islam semua manusia adalah setaraf di sis Allah taala melainkan takwa. Dalam sistem kasta, seorang lelaki tidak
boleh berkahwin dengan perempuan yang berbeza kasta dengan mereka. Manakala, dalam tamadun islam
peraturan begitu tidak wujud. Selain itu, setiap kasta juga tidak boleh bergaul dengan kasta lain dan pemilihan
golongan kasta juga berdasarkan warna kulit. Sebagai contoh, Brahmin berkulit putih, kstria berkulit merah,
Vaisha berkulit coklat dan sundra berkulit hitam. Hal tersebut tidak wujud dalam pemerintahan tamadun Islam
kerana pembesar dilantik berdasarkan kebolehan untuk mentadbir negara. Melainkan pemilihan khalifah adalah
berdasarkan sistem warisan sama seperti sistem kasta.

-SISTEM KEKELURGAANSistem kekeluargaan bermula selepas berkahwin. Melalui perkahwinan akan lahirnya generasi baru. Dalam tamadun india
,tujuan berkeluarga adalah untuk mendapat teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta mendapat zuriat ataupun
keturunan. Mengamalkan sistem keluarga bersama yang mana keanggotaan berdasarkan lelaki yang seketurunan, isteri serta
anak yang belum berkahwin. Sistem keluarga tamadun India turut disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta
dikongsi bersama. Selain itu, Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu Ashrama Dharma dan
Purusartha. Ashrama dharma menjelaskan empat tahap yang akan dilalui oleh manusia iaitu Brahmacharya, Grihasta,
Vanaprasta dan sannyassa. Tahap pertama ialah Bramacharya. Brahmacharya adalah proses mempelajari ilmu dan proses
ini bermula sejak lahir sehingga berumur 24 tahun. Seterusnya tahap kedua ialah Grihasta. Grihasta bermula pada umur 24
tahun sehingga 48 tahun. Grihasta ialah kehidupan rumah tangga dan bekerja serta mendidik anak-anak. Tahap ketiga ialah
Vanaprasta bermula pada umur 48 sehingga 72 tahun. Pada waktu ini, mereka akan Bertapa dan bebaskan diri dari duniawi.
Tahap keempat ialah sannyassa bermula pada umur 72 tahun sehingga meninggal dunia. Pada waktu ini, mereka akan
menolak duniawi, tidak mengutamakan hawa nafsu, lebih cenderung kepada kehidupan suci dan kesempurnaan sejati.
Purussatha menjelaskan empat objektif mulia dalam kehidupan yang harus diamalkan oleh manusia iaitu Kepatuhan
kepada moral dan etika, Bekerja untuk kekayaan yang halal, cinta atau kasih sayang dan kepuasan menikmati harta
benda serta kesempurnaan rohani hasil bebas diri dari duniawi. Dalam tamadun Islam, ilmu agama telah diterapkan
dalam diri sejak kanak-kanak. Kemudian dihantar untuk menuntut ilmu dan proses menuntut ilmu tidak berhenti pada umur
tertentu kerana proses menuntut ilmu adalah sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak formal. Berbeza dengan
agama dunia lain sistem kekeluargaan islam lebih kepada mentauhidkan , mengesakan dan mencari keredhaaan Allah Taala.
Kebanyakan agama hanya fokus kepada keharmonian rumah tangga dan masyarakat.namun setiap agama setuju sistem
kekeluargaan adalah untuk menghasilkan generasi yang berkualiti sebagai pewaris muka bumi.
-KEAGAMAANTamadun india mengamalkan politheisme iaitu kepercayaan kepada lebih satu tuhan manakala tamadun Islam berikrar
dengan kalimah syahadah iaitu tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad saw pesuruh Allah. Daripada kehidupan
kepatuhan beragama lahir masyarakat yang bertamadun kerana semua agama mengajarkan penganutnya untuk berbuat baik
dan mengharmonikan dunia.

SUMBANGAN MAHATMA GANDHI KEPADA MASYARAKAT INDIA


Nama Sebenar: Mohammad Karamchand Ghandhi
Gelaran : Mahatma (Jiwa yang besar)
Tarikh lahir dan tempat lahir: 2 Oktober 1869 di Ponbandar, India
Prinsip : Satyagraha iaitu perjuangan berdasarkan kebenaran dengan tidak menggunakan kekerasan.
Mahatma Ghandi merupakan tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan India.

Antara sumbangan Mahatma Ghandi kepada masyarakat India ialah beliau menentang sistem kasta di
India kerana menindas golongan Sundra. Selain itu, beliau juga mengamalkan konsep kebebasan
pendidikan. Menurut pandangan kasta, agama Hindu tidak membenarkan penduduk India keluar dari
India kerana risau akan orang India membelakankan agama. Mahatma telah keluar dari India pergi ke
London semata-mata ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang selain ingin mempelajari
bahasa Inggeris dan bahasa Perancis. Bagi beliau, kebebasan pendidkan merupakan satu cabaran yang
paling penting dalam membangkitkan pemikiran masyarakat India. Disamping itu, Mahatma juga
menubuhkan pelbagai gerakan seperti Home rule. Home Rule ialah gerakan untuk memperjuangkan hak
orang kulit hitam. Kemudian home rule merupakan salah satu usaha Mahatma agar British memberikan
kemerdekaan kepada India. Beliau juga banyak menetang cukai-cukai yang telah dikenakan kepada
rakyat oleh pemerintah. Mahatma memperjuangkan isu cukai kepala yang dikenakan terhadap orang
india sebanyak tiga pound sterling bersamaan enam bulan gaji mereka. Mahatma juga menentang
undang-undang garam yang dimonopoli golongan pemerintah. Gandhi mengajak rakyat ke laut membuat
garam sendiri. Tindakan ini bertujuan memalukan kerajaan bahawa pemerintah tidak sepatutnya
mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.
Seterusnya , Ghandi melaksanakan gerakan swadesi. Swadesi bermaksud desa sendiri. Ghandi
mendesak rakyat India untuk menghasilkan produk sendiri bagi memenuhi keperluan hidup tanpa
kebergantungan kepada barangan British. Hasilnya, masyarakat Indiia amat menghargai hasil karya dan
hasil kerja mereka sendiri dan tidak membeli langsung produk British sebagai tindakan memboikot
barangan British. Akhir sekali, Ghandi juga menolak konsep komunilisme kerana beliau percaya bahawa
semua Indian tidak kira mesti memperjuang kemerdekaan India tanpa mengira hindu atau pun Islam.
Ghandhi sering berdoa agar masyarakat Hindu dan Islam bersatu. Kesimpulannya, sumbangan Mahatma
Ghandhi sangat besar kepada masyarakat India.

SUMBANGAN MAHMUD GHAZNAWI KEPADA MASYARAKAT INDIA

Nama sebenar beliau ialah Mahmud


Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan
Ghazna
Berketurunan sultan Alabtakin
Juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk meyebarkan
kekuasaan Islam di India
Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua
Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna.
Semasa perluasan kuasa, beliau serta ulama dari kerajaan Ghazna berdakwah kepada raja-raja hindu yang
tewas.
Raja-raja hindu yang tewas memeluk islam selepas mendapati islam bukan agama yang zalim dan
mengutamakan pembunuhan tetapi Islam adalah agama yang menyelamatkan manusiaa demi kebahagiaan
di dunia dan akhirat.
Rakyat mengikut jejak pemimpin mereka dengan memeluk Islam.
Selain itu, Mahmud Ghaznawi juga memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam
Ilmu pengetahuan seperti falsafah, perubatan, sejarah, dan lain-lain lagi telah berkembang.
Kota Ghazna bukan sahaja menjadi kota pertahanan tetapi menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu,
ulama-ulama Islam, ahli fekah, dan bahasa dan tasauf serta falsafah
Sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna. Professor professor dibayar
gaji, para sarjana juga dibayar pencen.

Perbandingan doktrin kepercayaan india dan cara hidup serta kepercayaan Islam
Doktrin berpaksikan idea dharma (tanggungjawab. Karma merupakan doktrin asas dalam agama Hindu
mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep reinkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap
usaha dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk. Konsep reinkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya
dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama
Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang
kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulang-ulang dan terus
menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi
dengan mencapai tahap mokhsa. Cara untuk mencapai pembebasan mutlak dari lingkaran Samsara terdapat
pada doktrin Aryasatyani yang disebut sebagai Empat Kebenaran Utama iaitu:

Hidup adalah penderitaan.


Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia.
Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak.
Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.

Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada Trimurti iaitu
menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman Abdullah, 1989:25) iaitu:

Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan.


Vishnu - Dewa pemelihara.
Siva - Dewa pemusnah

Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma penyembahan
terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat dipertahankan kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan
dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada
yang berpendapat konsep ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme

Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza dengan manoteisme
dalam agama Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada
kepercayaan Tauhid dan ditolak oleh Islam. Dalam tamadun Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara
seperti tercatat dalam Perlembagaan Madinah. Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui firman-Nya
yang bermaksud:
Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan
tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding dengan-Nya. (al-Ikhlas: 1-3)
Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat.
Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang bermaksud:
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang
siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.(al-Zalzalah: 78)
Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan syurga.
Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka.
Allah berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam.
Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga
Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap
mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepad
Tuhannya. (al-Bayyinah: 6 - 8).
Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat kepada Allah
SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu

B I C A R A

I L M U

- PAN D A N G A N
C H I N A -

T AM A D U N

S E M E S TA

C H I N A

D A N

S I S T E M

N I L A I

M A S YAR A K AT

D A L A M

TAM A D U N

M A YAR A K AT C I N A M E M U J A N E N E K M O YAN G D A N T I A N ( L A N G I T ) . M E R E K A J U G A
M E N G A M A L K A N A N I M I S M E I A I T U P E M U J A A N B I N ATAN G , TAN A M A N ATAU A L A M
S E M U L A J A D I . M A S YAR A K AT C I N A L E B I H M E M E N T I N G K A N A S P E K K E P E R C AYAA A N
YAN G B O L E H M E M B E R I K A N K E S E J A H T E R A A A N , K E M A K M U R A N , K E B A H A G I A A N
D A N K E K AYAA N . K E B A N YAK A N D A R I PAD A M E R E K A C E N D E R U N G K E PAD A K O N S E P
K E B A I K A N D A R I S E G I M O R A L D A N A K H L A K M A N U S I A . T U M P U A N T E R H A D A P
P E M A H A M A N M E N G E N A I D I R I M A N U S I A S E N D I R I L E B I H D I U TAM A K A N D A L A M
K E P E R C AYAA N M E R E K A B E R B A N D I N G K O N S E P K E T U H A N A N . M E R E K A B E B A S
M E N G A M A L K A N B E B E R A PA A G A M A D A N K E P E R C AYAA N YAN G D I R A S A K A N B O L E H
M E M B E R I K A N K E S E J A H T E R A A N D A N K E B A H A G I A A N H I D U P S E L A G I I A N YA T I D A K
B E R C A N G G A H D E N G A N A D AT D A N B U D AYA M E R E K A . M A S YAR A K AT C I N A
M E N G G A M B A R K A N K E W U J U D A N T U H A N M E R E K A D A L A M B E N T U K D E W A - D E W I .
D E W A - D E W I M E M P U N YAI P E R W ATAK A N M A N U S I A YAN G M E N C E R M I N K A N
K E P E R C AYAA N M E R E K A I A I T U M E M E N T I N G K A N M A N U S I A B E R H U B U N G D E N G A N
K E B A I K A N D U N I A D A N A K H I R AT. K E B A N YAK A N M A S YA R A K AT C I N A T I D A K
M E M P U N YAI K O N S E P YAN G J E L A S T E N TAN G K E W U J U D A N T U H A N YAN G S ATU
S E P E R T I D A L A M A J A R A N I S L A M D A N K R I S T I A N .

M A S YAR A K AT C I N A J U G A M E M P E R C AYAI L A N G I T ATAU ( T I A N ) S E B A G A I M A K H L U K


U N G G U L YAN G M E N G U A S A I N A S I B S E S E O R A N G . I A N YA J U G A M E M B AW A M A K S U D
P R I N S I P T E R T I N G G I D A L A M A L A M S E M E S TA. A J A R A N S E P E R T I A G A M A B U D D H A ,
TAO I S M E D A N K O N F U S I A N I S M E M E N E K A N A S P E K E T I K A D A N M O R A L . K O N S E P
Y I N G D A N YAN G J U G A M E M P E N G A R U H I P E M I K I R A N M A S YAR A K AT C I N A . K E D U A D U A T E R S E B U T P E N T I N G U N T U K M E N C A PAI K E S E I M B A N G A N D I A N TAR A L A N G I T
D A N B U M I . M A S YAR A K A T C I N A M E M E N T I N G K A N N I L A I - N I L A I M U M I YAN G
M E M B E N T U K M A S YAR A K AT A G A R H I D U P S A L I N G B A N T U - M E M B A N T U D A N
B E K E R J A S A M A TAN PA M E N G I R A B A N G S A . D A L A M A J A R A N B U D D H I S M E P U L A
M E M E N T I N G K A N K E S E D E R H A N A A N D I M A N A A S A S P E N G A J A R A N N YA I A L A H
P E N D E R I TAA N A D A L A H B E R P U N C A D A R I PAD A H A W A N A F S U . H A W A N A F S U YAN G
M E R U PAK A N A K A R K E PAD A P E L B A G A I M A S A L A H M A N U S I A . I A N YA D A PAT
D I H I N D A R K A N M E N G I K U T I L A P AN J A L A N YAN G B E T U L ATAU J A L A N
P E R T E N G A H A N . A S A S S I S T E M K E L U A R G A YAN G M E M U S ATK A N K U A S A B A PA
T E TAP B E R K E K A L A N D A N B E R L A N J U TAN S E H I N G G A K E H A R I I N I

PERBEZAAN PANDANGAN SEMESTA DAN SISTEM MASYARAKAT TAMADUN CHINA DENGAN TAMADUN ISLAM

Dalam tamadun Islam sumber ajaran yang utama ialah Al-Quran dan As-sunnah. Akal, pengalaman hidup dan
intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber
utamanya. Al-Quran dan As-sunnah akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau
buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.
Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha. Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah
memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya untu membangunkan
tamadun di atas muka bumi ini.

Konsep Tuhan dalam Islam berbeza dari semua agama budaya. Rukun iman itu jugalah merupakan world view
setiap muslim. Amalan riba yang meskipun mendatangkan sedikit keuntungan kebendaan tetapi telah nyata
ditegah oleh wahyu Tuhan lantaran lebih banyak menimbulkan penindasan dan melebarkan jurang sosial
masyarakat. Pandangan tamadun Islam melihat kemajuan dan kebahagiaan dunia sebagai alat dan matlamat
mencari keredaan Allah serta kesenangan hari akhirat.

KONFUSIANISME

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang terdapat
dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).

Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius
pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan
(ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).

Oleh yang demikian, manusia dikatakan untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu Perikemanusiaan (ren), Kewajaran (yi),
Kesusilaan (li) dan Kearifan (zhi).

Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih kurang sama pada peringkat permulaan hayat.

Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.


Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu raja dengan menteri,
ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

DAOISME

Diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina : Lao Zi ( 604 SM ) dan Zhuang Zi ( 369 286 SM
Terbahagi kepada dua cabang utama :
-Pemikiran falsafah Dao
-Aliran keagamaan Dao

Dao bermaksud jalan atau lorong.


Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk
-Menunjukkan satu jalan
-Cara kelakuan
-Tabiat ( Baik atau buruk )

Konsep Dao menurut Konfusius, merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau sesuatu set
peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi
terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.

MAOISME

Diasaskan oleh Mo Zi ( 479 SM 381 SM ).

Konsep penting termasuk :I. Kasih sayang sejagat ( jianai)


II. Menyerah kepada nasib ( feiming )
III. Mengecam sikap suka berperang ( feigong )
IV. Mengutamakan golongan cerdik pandai ( shangxian )

Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang
dikemukakan aliran Konfusianisme.

LEGALISME

Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin.

Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran Legalis iaitu:
Kuasa (Shi).
Cara (Shu).
Perundangan (Fa).

Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya.
Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika seperti yang
disarankan aliran Konfusianisme.
Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

AJARAN ISLAM SERTA PENGARUH ISLAM KEPADA AJARAN TAMADUN CHINA

Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan, pertama, melalui peranan pedagang Islam
Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou
kedua, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan
Antara Tokoh Islam Cina ialah Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi ,Ma Dexin ,Zheng He

Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, tetapi juga pakar dalam klasik Cina.

Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti
Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa
karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam. Mereka bukan sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam
tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme.

Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi
membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian
seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam.
Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan
menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba
mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk
menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usahausaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn,
agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan
terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan
beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.

Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui:-reka bentuk masjid
-dewan membaca Al-Quran
-tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China

REFLEKSI :

REFLEKSI TAMADUN INDIA :


Berdasarkan video yang telah kami tonton, pengaruh islam dilihat dalam seni bina tamadun india adalah seni ukir di
bangunan- bangunan masjid yang mempunyai unsur tumbuhan dan geometri.simbol ini melambangkan antara hubungan
manusia dengan alam semulajadi seperti yang digalakkan oleh islam iaitu dengan menghargai ciptaan Allah. Selain itu,
ayat-ayat al-quran dan ukiran khat juga banyak di ukir di dinding yang membuktikan pengaruh tamadun islam dalam
tamadun india. Ciri-ciri ini dapat dilahat dalam binaan teragung india iaitu Taj Mahal.
Perbezaan seni bina setiap zaman di India:
1. Zaman Maharaja Asoka
-pintu gerbang dipengaruhi agama Buddha.
2. Zaman Gupta
-Pembinaan kuil sebagai satu tempat dan kawasan penyebaran agama
- agama Buddha menggunakan simbol bulat manakala Agama Hindu mementingkan simbol 4 segi
struktur penting:
- shikara-bentuk kereta kuda orang aryan
- vimana-kuil bentuk piramid bertingkat
- gopuram-tanda pintu masuk utama ke kompleks kuil
- ratha-batu tunggak diukir menjadi bntuk binatang
3. Zaman Maurya
-Tiang Asoka lambang zaman ini

4. Zaman Chola
-Kuil Brigathiswarar di Thanjavur mempunyai corak seni bina yang unik

5. Zaman Vedik
-Bangunan keagamaan diubahsuai orang agama Buddha semasa Asoka.

REFLEKSI TAMADUN CHINA

REFLEKSI 1

Pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China

Berdasarkan video yang ditonton, refleksi mengenai pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China dapat dilihat dari aspek muzik
klasik, seni lukis, kaligrafi, seni bina, kesusasteraan, sains dan teknologi. Tamadun China telah menghasilkan muzik yang paling
lama dan paling berkembang . Contoh alatan yang telah dihasilkan ialah alat meniup ( DiZi ), alat genderang ( MuYu ), alat memetik
( PiPa ) dan alat menggesek ( ErHu ).
Seni lukis mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan puisi . Pada zaman Dinasti Song , lahirnya ahli sarjana , pakar
kaligrafi dan pelukis iaitu Su Dong Po . Selain itu , orang Cina tidak menerima lukisan yang berbentuk cantik tetapi temanya tidak
memberikan manfaat dari segi keamanan dan akhlak . Hal ini membuktikan setiap lukisan juga melambangkan sesuatu yang berkait
dengan agama .
Di tamadun China , seni kaligrafinya adalah yang tertua dan budaya ini masih diamalkan sehingga kini. Selain itu , seni kaligrafi China
memiliki gaya yang unik . Contohnya : Gaya Cap, Gaya Resmi, Gaya Balok, Gaya Kursif.
Tamadun China telah membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China . Tembok ini
telah menjadi salah satu kewujudan dunia dan hakikatnya pembinaan ini melibatkan banyak tenaga dan perancangan yang sistematik
untuk menghasilkan tembok batu yang kukuh . Pembinaan tembok ini memperlihat kemajuan China dalam pembinaan tembok
menggunakan batu bata dan tanah liat . Tambahan pula, ciri binaan Cina adalah keinginan membuat binaan yang berharmoni dengan
alam semesta.
Dari segi kesusasteraan, terhasilnya puisi Cina yang terawal yang bertajuk Shijing iaitu sebuah klasik puisi . Puisi ini penuh dengan
pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan memberi inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi
kemudian . Hal ini membuktikan tamadun China mempunyai sifat bijak dalam bersastera dan mahir mengolah idea . Prosa Tamadun
China seperti puisi purba juga mempunyai fungsi sosial dan politik. Prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika.
Tamadun China banyak mencapai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi. Buktinya ialah dalam bidang Kejuruteraan. Teknologi
kejuruteraan hidraulik telah berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . Seterusnya, bidang Astronomi. Pada zaman
Dinasti Chou, orang Cina mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentangg gerhana bulan. Dalam bidang
Matematik pula, penggunaan sempoa ( abacus ) dalam bidang ini . Jiuzang Suanshu ( sembilan bab matematik ) juga dapat
dihasilkan . Manakala sumbangan China dalam aspek bidang Perubatan ialah Akupunktur, Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina,
Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin).Terdapat empat penciptaan agung seperti kertas, cetakan , kompas dans serbuk
letupan.

Perbandingan pencapaian Tamadun China dengan Tamadun India dan Tamadun Islam

Perbandingan antara pencapaian tamadun China, Islam dan India dapat dilihat melalui kepercayaan . Tamadun China
menghasilkan sesuatu kebanyakannya berasaskan konsep Yin dan Yang, falsafah Konfusianisme, ajaran agama
Buddha dan Konsep Feng Shui, manakala tamadun Islam menghasilkan sesuatu berasaskan agama Islam dan
mengikut al Quran dan Sunnah dan Tamadun India menumpukan konsep agama Buddha dalam setiap penciptaannya.
Selain itu, perbandingan antara tamadun juga dapat dilihat melalui seni bina. Dalam tamadun China, terdapat empat
ciri bangunan yang menunjukkan identity seni bina China iaitu Dagoba, Pagoda, Pavilion dan Stupa. Dalam tamadun
Islam, seni binanya dapat dilihat melalui pembinaan masjid. Pembinaan masjid dicatatkan sebagai perkara yang
terawal yang Rasullulah s.a.w. lakukan setelah Baginda tiba di Madinah. Masjid dalam Islam mempunyai beberapa
bahagian yang tersendiri, antaranya ialah menara, kubah, mihrab, mimbar dan tempat berwuduk. Manakala tamadun
India pula, seni binanya banyak mengabungkan ciri India( Hindu) dengan Parsi (Islam) sebelum zaman Mughal,
termasuklah Masjid Quwwat-al-Islam (Delhi).

REFLEKSI 2

Kedatangan Islam dan pengaruhnya di China .

Kedatangan Islam ke China berlaku pada abad ke-7 Masihi dalam zaman Khalifah Uthman Ibn Affan di tanah Arab dan
zaman Dinasti Tang di China. Alam Melayu pada abad itu masih dibawah pengaruh Hindu-Buddha, sebagaimana
menurut catatan I Cing, pendeta Buddha China yang datang ke ibu kota Sriwijaya di Palembang dan bermukim selama
enam bulan di situ pada abad tersebut.

Kedatangan Islam ke China melalui dua Jalan Sutera, iaitu Jalan Sutera Laut dan Jalan Sutera Darat. Jalan Sutera Laut
dari Semenanjung Arab ke Guanzhou dan Guangzhou di tenggara China, sementara Jalan Sutera Darat pula dari
Semenanjung Arab melalui Asia Tengah dan Xinjiang hingga ke Xian, ibu kota provinsi Shanxi.
Seorang daripada empat orang sahabat yang dihantar ke China melalui Jalan Sutera Laut ialah Saad Abi Waqas (tiba di
Guangzhou dari Teluk Parsi pada tahun 627 Masihi. Selaras dengan Sunnah Nabi, beliau terus mendirikan masjid yang
dikenal oleh orang China sebagai Masjid Huaisheng, iaitu masjid tertua di China. Makam Saad Abi Waqas dipercayai
terdapat di Guangzhou, walaupun ada riwayat lain yang mengatakan beliau dimakamkan di bumi Arab.
Melalui Jalan Sutera Darat, Islam sampai di Xian dan sebuah masjid tua (Masjid Agung Xian) telah dibina pada tahun
742 M. dalam zaman pemerintahan Dinasti Tang. Kota Xian, ibu negeri Shanxi menjadi pangkalan Jalan Sutera Darat.
Orang Islam di China sering disebut orang Hui, kerana itulah etnik Islam yang terbesar, tetapi sebenarnya terdapat 10
kumpulan etnik. Orang Hui merupakan keturunan bangsa China yang mula-mula menerima risalah Islam dan
perkahwinan campur antara pendakwah Islam dengan masyarakat setempat itulah yang kemudian digelar orang Hui.
Selain orang Hui, orang Islam di China terdiri daripada kaum Uygur, Kazak, Kirgiz, Uzbek, Tatar, Tajik, Dongxiang, Sala
dan Baoan.

Pengaruh Islam di China dapat dilihat dengan banyak masjid dibina berbeza mengikut dinasti seperti Masjid di
Canton,masjid Qin Jing di Guang Zhou,Masjid Phoenix dan di China terdapat 40,000 masjid yang dibina. seni ukiran
pada masjid pula banyak menggunakan ayat Al-Quran pada dinding,pintu masuk masjid begitu juga dengan seni flora
yang diambil daripada Parsi dan Iran.

Zaman kegemilangan Islam di China dan sumbangannya.

Zaman kegemilangan Islam di Negara China terbahagi kepada empat zaman seperti Zaman Tang berakhir 618970M, Zaman Sung 960-1271M, Zaman Yuan 1271-1368M dan Zaman Ming 1368-1644M. Pada empat zaman ini ,
jumlah penduduk Islam semakin bertambah dan maju dari segi pendidikan , ekonomi , politik dan sosial . Islam
telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika
pemerintahan Dinasti Yuan dan Dinasti Ming .

Sumbangan Islam terhadap peradaban Tamadun China ialah pembinaan makmal kaji bintang semasa
pemerintahan Dinasti Yuan. Tokoh utama dalam ilmu astronomi ialah Tcha Ma Lou Tin ( Jamaludin). Jamaludin
telah mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (Takwim Man Nien Li). Ia dijadikan sebagai
takwim rasmi kerajaan mulai Tahun 1265 hingga 1281 M. Selain itu, kaedah perubatan Arab dibawa masuk dan
digabungkan dengan ilmu perubatan China. Ilmu perubatan Ibnu Sina telah dibawa masuk pada zaman Dinasti
Tang dan Dinasti Sung serta dipelajari oleh tabib-tabib Cina.

GENERAL
BOARD
ACTIVITY :

NILAI KETAMADUNAN
antara nilai ketamadunan yang kami dapat pelajari sepanjang kursus titas ini adalah nilai menghargai ilmu pengetahuan. kite
hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik.
contohnya dalam tamadun islam, begitu ramai tokoh-tokoh islam yang lahir seperti ibn sina yang menyumbangkan karya
qitabnya iaitu al-qanun fit tib, alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah dan ramai lagi.dalam tamadun melayu pula,
sistem pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi msyarakat. pendidikan melayu
juga dilakukan secara holistik di mana pendidikan formal diadakan bagi rakat memelajrai ilmu-ilmu seperti tauhid fikah,
sejarah islam dan akhlak. ilmu-ilmu lain juga diberi dalam bentuk pendidikan tidak formal berasasan pendidikan yang
berlangsung dalam kehidupan masyarakat. ia merangkumi pendidikn kemahiran berfikir, berusaha, berbudi peerti, bijak
membuat tindakan, penghasilan teknologi dan banyak lagi. seterusny, bagi tamadun india, ajaran agama budha
dititikberatkan. ajaran ii merupakan ajaranyang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. atara
tahap nya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. dalam tamadun china pula,
ajaran-ajaran disampaikan melalui falsafah-falsafah yang dikenalkan. antara falsafahnya adalah konfucianism,
legalisme,taoisme dan maoisme.
nilai kedua yang dapat saya pelajari adalah nilai keterbukaan. semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan.
sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh peosok dunia dan menjadi agama terbesar. sikap keterbukaan
mereka termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka
dan banyak lagi
ahir sekali, nilai yang kami dapat pelajari ialah, kekuatan agama dan kepercayaan mereka. setiap tamadun begitu
mengahyati agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.

KEFAHAMAN BELAJAR ONLINE


sepanjang kursus ini, kefahaman kami terhdap tamadun bertambah kerana kami dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan
tenatng bagaimana tamadun boleh gemilang dan bagaiman sesebuah tamadun itu boleh jatuh. video yang kami bentangkan
kebanyakkan bersigat ketuhanan kerana sepanjang kami belajar tamadun ini kami banyak didedahkan dengan kekuasaan
tuhan

REFLEKSI PEMBENTANGAN I-CITAC


a) Apa yang anda peroleh menerusi pembelajaran bab 1-5
bab 1
pada kuliah pertama kami dengan ustazah Mahfuzah, kami dapat tahu tentang perjanjian antara roh dan Allah
sebelum jasad disatukan dengan roh. Rupanya kita semua ini sudah bersumpah dan berjanji dengan Allah bahawa
kita tidak akan menyekutukan Allah. kami juga belajar tentang tamadun- tamadun awal seperti tamadun mesopotamia,
tamadun mesir, tamadun hwang ho dan lain-lain. Lokasi tamadun- tamadun awal selalunya di kawasan yang strategik
misalnya sungai. Di sini, kami dapat belajar bahawa manusia sangat bergantung pada alam.selain itu, kami juga dapat
mempelajari bahawa sesebuah tamadun itu mesti mempunyai faktor kemunculan dan faktor kejatuhan yang boleh
kami ambil pengajaran untuk kehidupan kami sekarang. kami juga tahu bahawa sesuatu tamadun itu perlu berinteraksi
dengan tamadun lain untuk berjaya.

bab 2
kami belajar bahawa sifat-sifat tamadun islam itu ialah bersifat ketuhanan, keagamaan, bersesuaian dengan fitrah
manusia, bersifat sepanjang zaman dan sebagainya. selain itu, kita sebagai umat islam perlulah merujuk kepada alquran dan as-sunnah sebagai sumber rujukan utama seterusnya merujuk kepada ijtihad. kami juga belajar tentang
faktor-faktor kecemerlangan tamadun islam tetapi yang paling penting ialah keyakinan umat terhadap ajaran islam
yakni, yakin kepada Allah dalam semua perkara dan sentiasa memdalami dan memperbayakkan ilmu pengetahuan
disamping diamalkan ilmunya. kami juga belajar tentang faktor-faktor kemerosotan tamadun islam yang seharusnya
dijadikan iktibar untuk kehidupan kita. seterusnya, dalam bab ini juga kami tahu betapa banyaknya sumbangan
tamadun islam, contohnya aktiviti penterjemahan, ilmu-ilmu perubatan, penemuan saintifik dan sebagainya.

bab 3
dalam bab tamadun melayu ini, kami banyak menerokai sejarah tamadun ini yang sangat berkait rapat dengan diri
kami. kami sedar yang kami sepatutnya bersyukur dengan kedatangan islam ke tamadun melayu. kami tidak dapat
bayangkan sekiranya kami tidak dilahirkan dalam islam, dapat atau tidak kami tahu bahawa agama islam inilah agama
yang benar dan rasa nikmat ketenangan yang dirasai oleh umat islam. kerana sememangnya agama Islam itu agama
yang diredai oleh Allah SWT seperti dalam Surah Al Imran ayat 19, " Sesungguhnyaagama (yang diredai)di sisi Allah
hanyalah Islam. Tiada berselisih orang yang telah diberi al-Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada
merekakerana kedengkian(yang ada) antara mereka. Barang siapa yang kufur terhadap ayat-ayat Allah, maka
sesungguhnya Allah sangat cepat perhitunganNya". selain itu, banyak sumbangan tamadun islam seperti sastera,
kesenian dan undang-undang yang dapat kami pelajari. akhirnya, kami juga sedar bahawa kami mestilah mengamalkan
nilai-nilai orang melayu bukan nya terpengaruh dengan barat dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan dan lain-lain.

bab 4
dalam tamadun india, kami perasan bahawa mereka sangatlah berpegang pada ajaran agama.tamadun india
menitikberatkan ajaran agama budha. ajaran ini merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang
berkaitan dengan kehidupan. antara tahapnya adalah sila, samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali
adalah nirvana. seterusnya, salah satu seni bina yang terkenal dalam tamadun India ialah Taj Mahal. Reka bentuk Taj
Mahal dibina dengan menggabungkan unsur-unsur seni bina dari Parsi, Turki dan Arab yang mana merupakan
Tamadun Islam. Pintu masuk Taj Mahal berbentuk lengkung yang menyerupai sebuah masjid. Selain itu, Taj Mahal juga
dihiasi dengan corak-corak berunsurkan bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan
tanda-tanda keagungan Tuhan. Selain corak bunga dan geometri yang menunjukkan simbolik antara alam sekitar dan
tanda-tanda keagungan Tuhan. Taj Mahal juga dihiasi dengan potongan ayat-ayat al-Quran dan ukiran khat Islam yang
menjadi seni huruf utama Taj Mahal. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam begitu kuat dalam seni bina Taj Mahal
yang merupakan antara seni bina terkenal di India. Antara faktor perkembangan islam di India ialah jemaah tabligh yang
bermula di Mewat, Delhi dan madrasah Darul Uloom Deoband yang merupakan madrasah tertua diseluruh dunia.

bab 5
dalam bab ini, kami dapat tahu mengenai asal-usul tamadun china. selain itu, pencapaian yang diperoleh dalam Tamadun China
dapat kami lihat dari aspek muzik klasik, seni lukis, kaligrafi, seni bina, kesusasteraan, sains dan teknologi. Tamadun China telah
membuktikan pencapaiannya dalam bidang seni bina dengan pembinaan Tembok Besar China.Tamadun China banyak mencapai
kejayaan dalam bidang sains dan teknologi. Buktinya ialah dalam bidang Kejuruteraan, iaitu teknologi kejuruteraan hidraulik telah
berjaya dicipta untuk mengawal banjir Sungai Kuning . Seterusnya, bidang Astronomi. Pada zaman Dinasti Chou, orang Cina
mampu menyediakan katalog bintang , mencatat rekod tepat tentang gerhana bulan. Dalam bidang Matematik pula, penggunaan
sempoa ( abacus ) dalam bidang ini. Manakala sumbangan China dalam aspek bidang Perubatan ialah Akupunktur,
Akurikuloterapi, Terapi Makanan Cina, Perubatah Herba Cina, Bekam Cina ( Bekam Angin).Terdapat empat penciptaan agung
seperti kertas, cetakan , kompas dans serbuk letupan. sumbangan tamadun china ini, banyak menyumbang kepada kemajuan
tamadun sekarang.

b) Apa nilai ketamadunan yang anda perolehi


antara nilai ketamadunan yang kami dapat pelajari sepanjang kursus titas ini adalah nilai menghargai ilmu pengetahuan. kita
hendaklah bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu ilmu itu sehingga kita boleh menguasainya dengan sehabis baik.
contohnya dalam tamadun islam, begitu ramai tokoh-tokoh islam yang lahir seperti ibn sina yang menyumbangkan karya
qitabnya iaitu al-qanun fit tib, alzahrawi yang menciptakan peralatan bedah dan ramai lagi. dalam tamadun melayu pula, sistem
pendidikan sentiasa dinaik taraf bagi memberikan sistem pendidikan yang terbaik bagi msyarakat. pendidikan melayu juga
dilakukan secara holistik di mana pendidikan formal diadakan bagi rakyat mempelajarai ilmu-ilmu seperti tauhid, fikah, sejarah
islam dan akhlak. ilmu-ilmu lain juga diberi dalam bentuk pendidikan tidak formal berasasan pendidikan yang berlangsung dalam
kehidupan masyarakat. ia merangkumi pendidikan kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan,
penghasilan teknologi dan banyak lagi. seterusnya, bagi tamadun india, ajaran agama budha dititikberatkan. ajaran ini
merupakan ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan. antara tahapnya adalah sila,
samadgi, prajna, sambodhi dan tahap paling tinggi sekali adalah nirvana. dalam tamadun china pula, ajaran-ajaran disampaikan
melalui falsafah-falsafah yang dikenalkan. antara falsafahnya adalah konfucianism, legalisme,taoisme dan maoisme.
nilai kedua yang dapat saya pelajari adalah nilai keterbukaan. semua tamadun yang dipelajari mempunyai sikap keterbukaan.
sikap ini menyebabkan islam mudah tersebar di seluruh peosok dunia dan menjadi agama terbesar. sikap keterbukaan mereka
termasuklah berdagang di negara lain, menerima kaum selain kaum mereka untuk berkahwin dengan putera mereka dan banyak
lagi.
akhir sekali, nilai yang kami dapat pelajari ialah, kekuatan agama dan kepercayaan mereka. setiap tamadun begitu menghayati
agama yang mereka anuti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mentaati tuhan mereka.

EKSPLORASI
TAMADUN CHINA

1)ciri ciri unik yang ada pada tamadun china yang mendorong kepada pertumbuhan tamadun china di asia:
-Sg kuning yang subur untuk pertanian dan penanaman
-sistem peperiksaan awam yan mempunyai tiga tahap
-kepercayaan dan falsafah confucius, taoisme,maoisme dan legalisme
-sistem tulisan daripada tulang oracle
2) Lima dinasti yang terunggul dalam sejarah tamadun china:
-Dinasti Shang
-Dinasti Chou
-Dinasti Chin dan Han
-Dinasti Sui
-Dinasti Tang
3)bentuk agama dan falsafah tamadun china:
Masyarakat zaman shang mengamalkan pemujaan alam semulajadi.penembahan bulan, sungai dan binatang
dilakukan pada zaman Chou. Agama buddha berlaku pada zaman pemerintahan Dinasti Han. Antara pemikiran
falsafah tamadun china ialah konfucianisme, taoisme, maoisme dan legalisme.
4)empat kelas utama:
-golongan bijak pandai
-golongan petani
-golongan artisan dan tukang
-golongan pedagang

5)lima kesan pengaruh barat:


-merugikan china kerana terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British
-berlaku krisis ekonomi kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk peperangan dan bayaran
ganti rugi
-China terpaksa menerima konsep persamaan taraf dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa barat
- perjanjian-perjanjian yang menguntungkan Barat dimeterai
-sistem monopoli cohong ditamatkan
6)soalan objektif
1-A- Xia
2-C-Ming
3-C-I,III,IV
4-C-Hui
5-C-Zaman Dinasti Tang

Anda mungkin juga menyukai