Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN Tamadun India merupakan antara tamadun terawal yang terus mempunyai kesinambungan yang jelas hingga ke hari ini dengan pelbagai perubahan kesan dari perubahan zaman. Berbanding dengan tamadun awal yang lain seperti Greek, Mesapotamia dan Mesir yang telah terputus, amalan-amalan silam yang sebahagiannya telah bermula sebelum masihi boleh ditemui dalam masyarakat India hari ini. Keadaan ini menjelaskan Tamadun India bersifat dinamik dan mampu berubah dan mengadaptasi perkembangan zaman. Tamadun India merupakan sebuah tamadun yang berpengaruh dalam sejarah manusia. Ia mempunyai pelbagai aspek yang penting dan begitu luas untuk dibicarakan dan diketahui seterusnya dijadikan iktibar. Tamadun India telah mempengaruhi perkembangan pemerintahan, sosial dan budaya masyarakat terutamanya di Asia Tenggara dan kesannya boleh dilihat sehingga hari ini. Tamadun India telah mencapai kegemilangan yang sangat tinggi. Kegemilangan ini menjadi warisan yang tidak ternilai kepada perkembangan tamadun manusia secara keseluruhannya. Perjalanan tamadun yang panjang telah memaparkan satu bentuk sistem kehidupan dan pengalaman yang dilalui sepanjang kelangsungan tamadun ini boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada generasi hari ini dan akan datang. Nilai-nilai yang dibawa bersama oleh Tamadun India ini sangat halus kerana ia telah melalui satu proses kehidupan yang sangat panjang. Sifat dinamiknya yang mampu berkembang dan menyesuaikan dengan peredaran zaman seharusnya dipelajari dan dijadikan contoh kepada kehidupan hari ini. Jelasnya, latar masyarakat yang hampir sama dengan masyarakat di negara kita, seharusnya kita mempelajari dan mengambil iktibar dari apa yang telah dilalui oleh tamadun ini. 2.0 MASYARAKAT DAN BUDAYA Masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya Dravidia menetap di kawasan selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masingmasing. Pertembungan antara kedua-dua golongan dan budaya yang berbeza sejak Dravidia. Dari segi demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang

beberapa kurun sebelum masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah dianggap sebagai tamadun India. 2.1 Sistem Keluarga Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat. Sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mereka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Sesuatu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek hidup iaitu pertama, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia dan kedua, purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama. 2.2 Ashrama Dharma Tahap pertama, Brahmacharya iaitu seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga usia 24 tahun; dan ini merupakan zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yang serius (formal). Tahap kedua, Grihasta iaitu apabila tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga. Dalam konteks perkahwinan ini, tamadun India mengesyorkan usia 21 hingga 30 tahun sebagai usia perkahwinan bagi kaum lelaki manakala usia 18 hingga 25 tahun sebagai usia perkahwinan kaum wanita Tahap ketiga, Vanapmstya iaitu golongan berumahtangga yang berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan

dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi. Tahap keempat, Sannyasa iaitu seseorang akan memasuki tahap ini apabila berusia kira-kira 72 tahun. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. 2.3 Purusartha Purusartha bermaksud empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia. Objektif pertama mulia, Aramdharma iaitu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Objektif kedua mulia, Porulartha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Objektif ketiga mulia, Inbamkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki. Objektif keempat mulia, Vidumoksha bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian, iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran serta kematian.

3.0 LATAR MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik ini mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masyarakat majmuk.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.
Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan

Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. 4.0 NILAI-NILAI TAMADUN INDIA Kamus Dewan Edisi Ke-3 (2002), mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Daripada maksud mengikut kamus dewan jelas mengambarkan nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada individu. Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, dan Perpaduan. 4.1 Dharma Konsep Dharma merupakan tradisi Hindu untuk menandakan sifat benar individu

dan masyarakat. Dharma berfungsi sebagai konsep semula jadi atau deskriptif iaitu sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku. Dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan dan oleh siapa ia dilakukan. Semua fungsi dalam masyarakat adalah penting bagi sesuatu aturan. Amalan mempertingkatkan fungsi adalah percubaan untuk mengedarkan sumber kuasa iaitu yang mempunyai status tertinggi tidak mempunyai kuasa politik atau ekonomi, mereka yang mempunyai kuasa politik tidak menguasai sumber kekayaan dan mereka yang menguasai kekayaan tidak mempunyai kuasa politik atau kedudukan tertinggi. Dalam susunan seperti ini fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Aturan seperti ini mengesahkan kewujudan sistem Varna dalam masyarakat. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna. Misalnya, seseorang Brahmin yang berada dalam peringkat brahmacarya diwajibkan menumpukan perhatian kepada pelajaran dan seorang Kshatriya dalam peringkat kedua atau grhastya dikehendaki menceburkan diri dalam pemerintahan atau ketenteraan. Visesa Dharma merujuk kepada Dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma(vama), jatidharma(jan), Rajadharma(raja-raja) dan stridharma(isteri). Rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial. Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan Rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya. Sadharna Dharma menekankan sifat-sifat am seperti kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman,

kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia. Oleh itu, Dharma yang dikaitkan dengan tugas tanggungiawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dalam kehidupan keseluruhan. Manusia tidak mempunyai pilihan bahkan tugas-tugas spesitik dan jaminan bahawa perlakuannya memberi kesan kosruk dan akhirnya akan membantu dalam usaha untuk melepaskan diri daripada kehidupan duniawi. 4.2 Kepercayaan kepada Tuhan Orang-orang Hindu berpegang kukuh kepada asas sistem pemikiran agama kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia. Konsep ketuhanan itu penting dengan merujuk kepada tradisi falsafah sejak Zaman Vedik. Konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dalam karya-karya Upanishad dan dikenali sebagai Brahman. Brahman dibahagikan kepada dua aspek iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek). Dalam aspek Saguna, Brahman adalah ketua bagi semua, mengetahui segala-galanya dan pemerintah bagi pemikiran dalaman. Dialah yang menyebabkan semua, daripadanya segalagalanya berhasil dan kepadanya sahaja segala-galanya bersatu. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta, memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta. Aspek nirguna pula menjelaskan Dia tiada sifat-sifatnya. Kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya juga mutlak tetapi kesemua ini tidak merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan nirguna Brahman hanya dapat diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya. Pemikir-pemikir Vedik menyatakan Brahman adalah roh individu sitau Atman.

Atman dilihat sebagai entiti yang bersemadi dalam badan manusia tetapi pada dasarnya adalah sama dengan Brahman. Roh individu digunakan untuk menerangkan Brahman yang juga dikenali sebagai Paratman (roh duniawi). Atman yang sebenarnya berasal dari Brahman menjadi berbeza kerana diselubungi oleh badan dengan sifat keindividuan. Atman tidak dapat melepaskan diri dari duniawi dan bersatu dengan Brahman. Atman haruslah menyingkirkan segala karma atau hasil perbuatan untuk mencapal Brahman. Upanishad-upanishad telah menggunakan beberapa tamsil dan ibarat seperti garam yang dicampurkan dengan air setiap titik air itu bergaram, bunga api dan api, besi dan gunting, tanah liat dan periuk belanga, emas dan rantai dan lain-lain untuk menerangkan sifat-sifat persamaan antara Brahman dan Atman. Pemikiran agama dan falsafah yang muncul kemudiannya masih berasaskan kepada ajaran Upanishad. Dalam usaha untuk menerangkan hubungan Atman dan Brahman pendapat mereka berbeza iaitu ada aliran pemikiran yang menekankan sifat perbezaan antara roh individu dan roh duniawi, ada yang membincangkan hubungan bersyarat, ada yang menekankan bahawa tidak ada keduaan dan lain-lain tetapi semua aliran-aliran ini menerima konsep ketuhanan. Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. Ini menjadi faktor utama untuk menyatupadukan umat manusia di dunia ini. la memecahkan segala bentuk perbezaan yang membelenggui kita dan meningkatkan umat manusia kepada status yang sebenar sebagai anak-anak kekal abadi. la merupakan penjelasan kepada persoalan mengapa kita harus buat baik kepada orang lain? Kita harus berbuat baik kepada orang lain kerana kita kesemuanya ini adalah satu dan dengan menolong orang lain bermakna kita menolong diri kita sendiri. Sebaliknya, dengan menyakiti orang lain kita tidak mencederakan sesiapa tetapi sebenarnya mencederakan diri kita sendiri. 4.3 Karma Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula. Perbuatan yang baik membantu seseorang individu

mengumpulkan punya karma dan perbuatan sebaliknya menyebabkan pengumpulan pava karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak pava karma akan lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan meyakinkannya supaya tidak membuat sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju ke punya karma. Agama-agama Budhisme dan Jainisme yang dianggap heterodoks kerana tidak menerima Veda sebagai autoriti dan tidak mementingkan konsep ketuhanan dalam ajaran-ajaran mereka telah menerima prinsip karma dengan makna yang sama. Prinsip ini menjadi asas pengajaran kepada kedua-dua agama ini, misalnya Buddha yang melihat sifat keinginan sebagai sumber penderitaan manusia mencadangkan lapan cara yang mulia seperti perbuatan yang baik, pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, renungan yang baik, ucapan yang baik dan sebagainya dan semua ini merangkumi prinsip karma. Ajaran Bhagavadgita menekankan nishkama karma atau membuat kerja tanpa menginginkan hasil dari kerja itu. Mengesyorkan karma yoga sebagai salah satu cara untuk mencapai pelepasan dari kehidupan duniawi, seorang penganut haruslah menjalankan kerja dengan sempurna sebagai instrumen Tuhan tanpa mengharapkan apa jua pun balasan. Agama Sikhisme yang merupakan agama yang menggabungkan unsur-unsur Hinduisme dan Islam juga menerima prinsip karma dalam ajarannya.Jadi karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks. 4.4 Ahimsa Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, merupakan satu lagi prinsip asas yang dtekankan oleh ajaran Upanishad, Buddhisme dan Jainisme. Ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa orang yang mencari kebenaran mesti

mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan, beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba. Agama Buddhisme menganggap ahimsa sebagai prinsip terpenting dalam ajarannya. Di dalam semua benda yang bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan pava karma yang menjauh individu dari mencapai nirvana atau pelepasan. Bagi Mahatma Gandhi, kuasa ahimsa merupakan instrumen untuk mengubah individu-individu supaya menentang ketidakadilan sosial, berjuang untuk kebebasan politik dan mengekalkan undang-undang dan peraturan. Menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Pada hakikatnya, ianya kalah dalam perlawanan kerana perkembangan rohani terhenti dan pencarian kebenaran menjadi sukar. Sebenarnya, pihak lawan merupakan kuasa-kuasa kekejaman yang wujud dalam diri manusia. Menurut Mahatma Gandhi, beliau mengesyorkan melayan musuh luar dengan kasih sayang dan simpati kerana mereka merupakan mangsa kuasa- kuasa jahat. Seseorang haruslah melawan dan menguasai musuh dalaman seperti hawa nafsu dan emosiemosi supaya dapat mencapai ketenangan dan jelas untuk memahami kebenaran. Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, betas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain. 4.5 Satya Undang-undang kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah, mentadbir duniawi dan terdapat dalam sifat semulajadi manusia ialah kebenaran atau satya. Dipercayai bahawa wujudnya suatu kuasa di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, dan dianggap sebagai kuasa kebaikan iaitu satya. Jadi satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Satya juga digunakan bagi cara dan tujuan kerana kedua-dua ini dianggap sama. Tuhan merupakan objek pencarian dan seseorang yang mengamalkan ucapan, pemikiran dan tindakan yang benar akan mencapainya. Kesucian merupakan cara yang amat penting dalam mencapai sesuatu tujuan. Ini kerana tujuan merupakan tahap akhir dalam siri tindakan, dan setiap tindakan yang diambil terhadap tujuan adalah merupakan pencapaian separuh tujuan itu. Ini bermakna tujuan dan cara mempunyai sifat semulajadi yang sama. Doktrin karma yoga iaitu bertindak tanpa mengharapkan hasil daripadanya merupakan salah satu ajaran penting dalam falsafah India dan adalah sama dengan satya. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar. Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik. Di samping mengumumkan tindakan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British beliau juga sanggup mengorbankan diri demi mencapai tujuan perjuangan. Beliau menyeksa dirinya dengan mengamalkan tindakan berpuasa sehingga malam dengan harapan penderitaannya akan menyentuh perasaan dalaman pihak pemerintah dan juga pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip satya. 4.6 Perpaduan Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya. Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko-Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawaipegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama mereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat Hindu. Alauddin Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan Bengal bukan sahaja kerana melantik orang Hindu dalam

kerajaan tetapi juga kerana naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan Hindu. Atas arahan baginda, kitab Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa Sanskrit ke bahasa Bengali. Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim. Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan penaung kepada keseniaan dan kesusasteraan Hindu. Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang harus dilakukan oleh sesuatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama. Maka itu, baginda bertindak mengasingkan diri dari tradisi yang menerima sistem Khalifah Arab sebagai kuasa atau ketua kerajaan Muslim. Akbar menekankan konsep kerajaan sekular dan tanpa unsur perkauman. Sebaik sahaja Akbar menerajui takhta kerajaan baginda membatalkan cukai jizayah yang dikenakan ke atas rakyat bukan beragama Islam. Antara tindakan-tindakan lain yang menunjukkan kejujurannya menyatupadukan rakyatnya dan mengakui kebebasan individu ialah mengharamkan institusi perhambaan serta menggalakkan sifat persamaan rakyat di sisi undang-undang tidak kira kedudukan kelas, kasta atau agama. Semua perkhidmatan kerajaan, sivil dan ketenteraan, dibuka untuk Hindu dan Muslim. Kahwin campur antara ahli-ahli keluarga diraja Mughal dan putera-puteri Rajput digalakkan sebagai cara mewujudkan semangat persaudaraan antara Hindu dengan Muslim. Melaluinya juga, sumbangan dan bantuan diberikan kepada masyarakat Hindu, sadhu-sadhu dan pundit-pundit Hindu dan disokong oleh kerajaan seperti ulama-ulama Muslim. Geran-geran kewangan diberikan kepada mandir sebagaimana peruntukan diberi kepada institusi masjid. Tindakan juga diambil terhadap sati, iaitu suatu tradisi si balu (wanita) akan membakar dirinya bersama mayat mendiang suaminya, walaupun ia melibatkan adat Hindu atas alasan ia tindakan tidak berperikemanusiaan. Akbar sedar kepentingan untuk mewujudkan suatu budaya am dan dalam hal ini, baginda cuba menggalakkan penggunaan satu bahasa am. Bahasa Urdu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Muslim dan bahasa Hindi oleh orang-orang Hindi, tetapi asas kedua-dua bahasa ini ialah bahasa Persia. Maka itu

keutamaan diberikan kepada bahasa Persia bukan sahaja sebagai bahasa rasmi tetapi juga sebagai bahasa pertuturan. Arahan diberi oleh kerajaan supaya semua akaun rasmi disimpan dalam bahasa ini dan semua komunikasi haruslah dijalankan melalui bahasa Persia. Buat kali pertamanya di India, kerajaan membina banyak sekolah dengan pelajar-pelajar Muslim dan Hindu diajar melalui bahasa Persia. Tindakan ini boleh disamakan dengan usaha Maharaja Cina Shih Huang Ti dalam kurun sebelum masehi yang memperkenalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa am. Idea satu budaya am menggalakkannya memperkenalkan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah sekular. Sukatan pelajaran am mengandungi kesusasteraan Persia, etika, matematik, pertanian, geometri, astrologi, ekonomi, senipolitik, perubatan, logik, fizik, sejarah, ilmu menyimpan akaun dan kerja pejabat. Dasar menekankan sukatan pelajaran sekular adalah untuk mewujudkan suasana yang menggalakkan perpaduan nasional. Dasar pendidikan ini menggalakkan persefahaman budaya sehingga terdapat masyarakat Islam dan Hindu yang mula menulis dan menterjemahkan Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Misalnya, Mulla Abdu Qadir Badaoni bekerjasama dengan seorang pundit Hindu menterjemahkan kitab Atharva Veda dan Ramayana ke dalam bahasa Persia. Penyair terkenal Faizi menterjemahkan Lilavati, karya klasik matematik, ke dalam bahasa Persia. Dara Shikoh, putera ShahJahan yang berminat dalam bidang falsafah dan mistikisme Hindu bukan sahaja menterjemahkan Upanishad, Bhagavadgita dan Yoga Vashistha ke dalam bahasa Persia, malah beliau menulis Majma-ul-Bahrai (tempat pertemuan dua lawatan) yang merupakan kajian perbandingan falsafah mistik Hindu dan Islam. Terdapat penyair-penyair Hindu seperti Chandran Bhan. Brahman telah mengubah syair-syair Persia yang bertaraf tinggi, sama seperti Abdul Rahim Khan Khanam dan Ras Khan yang mencipta syair-syair Hindi. Dalam bidang seni bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stail Mughal seperti yang digambarkan dalam Jama Masjid di Fatehpur Sikri. Seni lukisan juga mengalami perubahan besar selepas Akbar menubuhkan akademi lukisan dan pelukis-pelukis Muslim dan Hindu diberikan tugas untuk mencipta lukisan yang menggabungkan unsur- unsur Muslim dan Hindu. Akbar bukan sahaja mempunyai kepimpinan yang cekap tetapi dapat menyatupadukan rakyatnya melalui dasar-dasar yang adil dan saksama. Baginda

dapat mengekalkan perpaduan politik, ekonomi, sosial, dan budaya dalam empayarnya yang mengandungi pelbagai tamadun, terutama Islam, Hindu dan Buddha. Pemerintahan Akbar bertentangan dengan pemerintahan Aurangzeb. Aurangzeb bukan sahaja menjadikan Islam sebagai agama rasmi kerajaan, baginda juga mengamalkan sikap tidak bertoleransi terhadap penganut agama-agama lain, lalu menghancurkan struktur harmoni, sosial dan keagamaan yang dibina oleh Akbar. Penekanan yang diberikan kepada agama Islam begitu kuat sehingga nyanyian, tarian, lukisan dan sajak tidak dibenarkan di balai istana. Bagi menguatkuasakan kod etika Islam untuk semua orang Muslim, baginda melantik pegawai-pegawai di setiap bandar untuk mendenda orang-orang Muslim yang tidak mencapai taraf moraliti yang ditetapkan. Kemudian baginda melancarkan serangan terhadap Hinduisme, mengharamkan pesta-pesta dan perayaan Hindu pada tahun 1668, menggunakan askar-askarnya untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan institusi pendidikan Hindu. Sejak Mohamad Ghazni, inilah kali pertama India menyaksikan begitu besar bilangan kuil-kuil Hindu di India Utara yang dimusnahkan dan digantikan dengan masjid-masjid. Dalam bidang pentadbiran, pegawai-pegawai beragama Hindu dalam kerajaan termasuk menteri-menteri yang meninggal dunia digantikan dengan pegawai-pegawai Muslim. Baginda cuba mentadbir empayar tanpa melibatkan orang Hindu tetapi akhirnya menyedari bahawa ia tidak mungkin dapat dilakukan lalu terpaksa mengambil balik kerani-kerani yang dibuang daripada perkhidmatan kerajaan. Dengan tujuan mematuhi undang-undang Sunni, baginda bertindak membatalkan semua cukai ke atas orang-orang Muslim dan kemudian memperkenalkan semula cukai jizayah ke atas orang-orang Hindu. Dasar Aurangzeb menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat bukan Muslim dan kesannya, pemberontakan mula tercetus di seluruh empayarnya. Masyarakat Hindu di Mathura menentang pencabulan kuil-kuil Hindu pada tahun 1669; petani-petani Punjab memberontak pada tahun 1672; orang-orang Sikh melawan kerajaan selepas guru kesembilan komuniti mereka, Tegh Bahadur, dipenggal kepalanya kerana tidak ingin memeluk agama Islam. Anak Tegh Bahadur, Guru Gobind Singh bersumpah akan membalas dendam demi bapanya dan agamanya lalu mengubah kaum Sikh menjadi tentera 'singa' yang mendedikasikan diri untuk memusnahkan kuasa Mughal. Orang-orang Rajput yang

begitu setia kepada Akbar memberontak pada tahun 1679 dan orang-orang Maratha di bawah Shivaji Maharaj berjuang menentang kuasa Mughal untuk mencapai kemerdekaan kawasan mereka. Kebangkitan penentangan dan pemberontakan terhadap kuasa Mughal di seluruh empayar secara beransur-ansur menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan kerajaan Islam ini. Berdasarkan perbandingan kepada kedua-dua pemerintahan, kita dapat lihat keperluan dan kepentingan dasar yang adil bagi sesuatu negara yang mempunyai pelbagai tamadun yang mengandungi pelbagai kaum, budaya, agama dan bahasa. Melalui dasar yang rasional menurut penganut Hindu, Akbar dapat menarik perhatian semua rakyatnya terutama di kalangan bukan Muslim untuk diperakui sebagai pemerintah teragung dan memberikan taat setia kepadanya. Manakala pemerintahan Aurangzeb, dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Kestabilan politik terancam dan kerajaannya sentiasa terpaksa menghadapi kebangkitan penentangan dan pemberontakan dalam empayar. 5.0 IKTIBAR KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA 5.1 Dharma Dalam pembentukan masyarakat, nilai Dharma jelas cuba membentuk satu masyakat yang seimbang dan harmoni tanpa wujud monopoli oleh satu-satu golongan sama ada oleh mereka yang mempunyai status tertinggi, politik atau ekonomi. Kegagalan sesebuah pemerintahan atau sesuatu negara banyak berkait rapat dengan kuasa politik. Kuasa politik sering dijadikan sebagai alat untuk memperolehi status yang tinggi bahkan untuk mengaut kekayaan ekonomi. Contohnya, kuasa politik yang dimiliki oleh Thaksin di Thailand dieksploitasi sepenuhnya untuk membolehkan beliau menguasai sumber kekayaan dan akibatnya berlaku ketidakstabilan dalam masyarakat dan akibatnya rakyat bangun menentang pemerintah. Di Malaysia, keadaan ini masih terkawal, namun sejak akhir-akhir ini wujud fenomena yang tidak sihat seperti politik wang. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kuasa politik agar langkah seterusnya dapat menguasi ekonomi dan kekayaan. Walaupun masih diperingkat awal, dan tidak banyak kes yang dilaporkan

namun ia perlu dibendung agar tidak menjadi barah yang merosakkan struktur dan keharmonian masyarakat. Nilai Dharma menekan fungsi agama, pengajaran, usaha untuk kesucian moral dan kerohanian diberi nilai tinggi dalam masyarakat, diikuti pula oleh fungsi politik dan ketenteraan, kemudian fungsi ekonomi dan kerja buruh. Nilai ini jika diamalkan mampu membentuk satu masyarakat yang mampan dengan agama menjadi teras disamping kesucian moral dan kerohanian yang menjadi benteng atau panduan kepada fungsi politik, ekonomi dan sebagainya. Dharma individu pula menekankan kepada konsep tugas individu dalam kehidupan. Setiap individu itu perlu mengetahui tugasnya dan melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab walaupun tidak sempurna. Kebenaran, kesabaran, memaafkan, kawalan minda, tidak mencuri, kebersihan, tidak melakukan kekejaman, kawalan deria, pengetahuan, ikhlas dan tidak marah, yang perlu ada bagi semua manusia yang diamalkan dalam teras Sadharna Dharma boleh diaplikasikan dalam masyarakat moden Malaysia untuk mewujudkan rakyat yang tahu akan tugasnya dan mantap sahsiahnya. 5.2 Kepercayaan kepada Tuhan Masyarakat Hindu berpegang kukuh kepada asas sistem pemikiran agama kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batasan pemikiran dan kesedaran manusia. Konsep ketuhanan mereka merujuk kepada tradisi falsafah sejak Zaman Vedik. Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas kesempurnaan hidup manusia. Manusia dapat hidup dalam suasana yang tenang, aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama mahupun status sosial kerana semua agama mendidik dan menunjukkan manusia ke arah kebaikan.Apabila manusia percaya dan melaksanakan tuntutan agama masing-masing, kedamaian akan wujud walaupun manusia itu hidup bersama dalam satu kelompok tetapi berbeza warna kulit dan kepercayaan. Di Malaysia, nilai kepercayaan kepada tuhan ini telah dijadikan teras utama pembinaan bangsa Malaysia seperti yang terkandung dalam Rukunnegara. Pemikiran falsafah India menyarankan setiap orang menyedari warisan kedewaan

mereka dan menerusi ini, mereka akan menyedari tentang tiadanya pembatasan dari segi geografi, bangsa dan agama. 5.3 Karma Karma adalah prinsip asas bagi semua aliran pemikiran falsafah dan agama di India biar yang berpandangan ortodoks mahupun yang memilih pandangan hetorodoks. Karma menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Intipati kepada konsep ini adalah seruan ke arah kebaikan supaya hidup selesa di kehidupan yang seterusnya. Majoriti penduduk di Malaysia adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka juga menggalakkan setiap manusia berbuat kebaikan. Oleh itu, adalah sesuatu yang releven nilai karma menjadi iktibar kepada pembentukan masyarakat Malaysia kerana tiada percanggahan antara agama yang menjadi anutan kaum-kaum utama di Malaysia. 5.4 Ahimsa Ahimsa bermaksud tidak melakukan kekejaman. Bagi Mahatma Gandhi,

menggunakan kekejaman untuk mengatasi lawannya hanyalah sekadar mencapai kemenangan pada zahir sahaja. Jadi dalam prinsip ahimsa terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Sifat- sifat ini haruslah diperkukuh supaya mengelakkan diri daripada melakukan kekejaman atau melukakan hati orang lain terutama dalam menjaga sensitiviti antara kaum yang hidup dalam satu kelompok. Konsep Ahimsa ini dapat dimengertikan sebagai satu usaha untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang. Iktibar dari nilai ini sangat besar kerana ia memberi impak kepada sistem masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. Cabaran ketujuh Wawasan 2020 adalah melahirkan masyarakat penyayang (caring society) dan budaya penyayang. Pengwujudan masyarakat penyayang ialah untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil kerana asas kestabilan sesebuah negara ialah terletak pada kestabilan masyarakatnya. Kestabilan masyarakat penting untuk

kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Rakyat yang stabil dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental serta peka pada tanggungjawab bersama akan melahirkan negara yang aman dan harmoni. Kekuatan ini akan dapat mengelakkan negara menjadi mangsa pencerobohan kuasa-kuasa asing. Ini penting kerana penjajahan dalam zaman yang serba canggih ini bukan dilakukan melalui kekuatan tentera tetapi melalui kecanggihan sistem teknologi maklumat yang mereka miliki. 5.5 Satya Tuhan adalah tujuan kepada pencarian. Kesucian pula adalah cara untuk mencapai tujuan. Tindakan yang benar/baik dianggap sebagai pencapaian separuh kebenaran (yang merupakan tujuan dasar manusia), tidak memerlukan kita bimbang terhadap hasil tindakan. la bersabit dengan seseorang yang mempunyai tujuan yang mulia dan cara bertindak yang dianggap benar. Mahatma Gandhi telah menggunakan satya sebagai senjata sosial dan politik ke atas pihak yang saling bermusuhan iaitu Hindu dan Muslim. Kesemuanya ini dilakukan demi untuk mengekalkan prinsip satya. Kejayaan Mahatma Gandhi dalam mendamaikan pihak Hindu dan Muslim ke arah kemerdekaan India memberi kita kesedaran tanpa kekerasan atau peperangan, dengan tindakan yang benar dapat menghasilkan sesuatu yang positif. Tuhan, iaitu tujuan kepada pencarian dilihat neutral dan berjaya membawa kejayaan kepada perjuangan Mahatma Gandhi. Keadaan ini berlaku kerana, penganut Hindu dan Muslim mempunyai pegangan yang kukuh kepada kepercayaan kepada tuhan.

5.6 Perpaduan Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim dan pemerintah-pemerintah yang melakukan sebaliknya Perbezaan dalam dasar-dasar pemerintahan Akbar dan Aurangzeb menjadi pengajaran (teladan) tentang dasar yang harus diamalkan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia supaya dapat mewujudkan perpaduan dan kestabilan politik.

Pemerintahan Akbar memberikan gambaran dan teladan mengenai apa yang harus dilakukan oleh sesuatu kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Baginda sedar kepentingan kerajaan sebagai asas kehidupan berkolektif dan bukannya kepentingan agama. Akbar berjaya memberi gambaran kepada kita, perpaduan boleh dibina melalui bahasa, budaya dan sistem pendidikan. Bahasa Persia, budaya am dan sistem pembelajaran yang sama untuk semua berhasil menyatupadukan masyarakat pada ketika itu. Sebaliknya, pemerintahan Aurangzeb dianggap telah mengganggu keharmonian dan perpaduan rakyatnya kerana dasarnya yang dianggap berat sebelah dan tidak adil. Baginda mengamalkan sikap tidak bertoleransi terhadap penganut agama-agama lain. Baginda melancarkan serangan terhadap Hinduisme, mengharamkan pesta-pesta dan perayaan Hindu pada tahun 1668, menggunakan askar-askarnya untuk merobohkan kuil-kuil Hindu dan institusi pendidikan Hindu.Sikap tidak bertoleransi inilah yang telah membangkitkan penentangan dan akhirnya membawa kemusnahan bukan sahaja kepada perpaduan antara kaum malahan keruntuhan kerajaan itu sendiri. 6.0 RUMUSAN Enam nilai tamadun India yang telah dibincangkan seharusnya menjadi iktibar kepada masyarakat Malaysia yang semakin diasak oleh nilai-nilai barat melalui dunia tanpa sempadan. Dalam suasana Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya, keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormatmenghormatI antara satu sama lain amat kritikal bagi menghalang sebarang ancaman kepada kehormanian yang dinikmati. Sebarang perasaan tidak puas hati, gelisah dan kebencian harus segera dipadamkan kerana ia boleh memercikkan gelombang kemarahan yang menyeluruh untuk dikongsi oleh sesuatu kaum yang merasakan ketidakadilan itu. Tamadun India yang berlangsung dalam satu jangkamasa yang begitu lama boleh dijadikan sebagai panduan. Keupayaan kita untuk menyerap dan mengolah nilai-nilai tamadun India sesuai dengan realiti masyarakat pastinya akan menjadi faktor pembina kepada kekuatan bangsa. Lantaran itu usaha yang bersungguh-sungguh amat penting dalam memahami realiti budaya pelbagai kaum di Malaysia untuk menjana atau membina negara yang lebih selamat dan kuat.

Kepintaran untuk mengadunkan kepelbagaian kepada satu adunan yang terbaik akan membina kekuatan kepada negara ini. Ini kerana, Malaysia diwakili beberapa bangsa yang terbesar di dunia iaitu bangsa Melayu, China dan India dan ketiga-tiga bangsa ini memiliki sejarah ketamadunan yang terawal, gemilang dan hebat dalam sejarah pencapaian ketamadunannya.

BIBILIOGRAFI Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Shah Alam. Oxford Fajar. Azhar Hj. Mad Aros, Azarudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abd. Rahman (2006). TITAS. Shah Alam. Fajar Bakti. Mohd Nor Jusoh (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kuala Lumpur. Sarjana Media. Zawiah Mat, Mashitah Sulaiman (n.d) Jurnal Pengajian Umum :Interaksi Budaya India & Cina ke atas Pengukuhan Bahasa dalam Tamadun Melayu . Dari http://pkukmweb.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20%20zawiyah%20-%20115-140.pdf
http://faizalmulia.blogspot.com/2009/09/titas-2-tamadun-india.html http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html

Anda mungkin juga menyukai