Anda di halaman 1dari 6

Strategi Membangunkan Peradaban Malaysia: Perspektif Nilai-nilai Spiritual Tamadun India-Hindu

Kanthasamy, N., (2008) Strategi Membangunkan Peradaban Malaysia: Perspektif Nilai-nilai Spiritual Tamadun India-Hindu. Jurnal Peradaban, 1 . pp. 67-73. ISSN 1985-6296 PDF - Requires a PDF viewer such as GSview, Xpdf or Adobe Acrobat Reader 285Kb

Preview Official URL: http://ccd.um.edu.my

Abstract
Peradaban perlu secara progresif mendedahkan kapasiti jiwa ke arah matlamat akhir iaitu menyedari diri sendiri. Jiwa individu melalui evolusi memperkembangkan kuasa pancaindera, emosi, minda dan intelek sehingga ke tahap menemui alam semulajadi sebagai Kesedaran Suci. Oleh itu, perkembangan peradaban merupakan peradaban kesedaran. Peradaban manusia memang ada peranan khas. Ia perlu bersifat aspirasi spiritual di mana kita berusaha menggabungkan kesedaran universal dengan pengwujudan. Ini bukanlah kepercayaan agama ataupun sains materialistik. Peradaban sebenarnya bermula dengan kehidupan spiritual dan lazimnya berdasarkan ajaran yang disampaikan oleh insan-insan yang disanjung tinggi terutamanya para cendekiawan yang telah merealisasi kebenaran.Setiap tamadun di dunia telah membekalkan manusia dengan pelbagai pengetahuan yang menjadi panduan dan teladan bagi kehidupan yang sentiasa berubah dan membangun. Walaupun bidang sains yang bersifat informatif, berguna dan praktikal penting dalam tamadun India, nilai-nilai spiritualnya telah memudahkan dunia memahami sifat manusia dan alam semulajadi, perhubungan manusia dan undang-undang karma universal atau keadilan kosmik. Tamadun India juga memperkayakan dunia dengan agama, falsafah, kesusasteraan, seni bina, seni ukir, seni lukis, muzik dan sebagainya yang membawa kepada budaya universal berasaskan kepercayaan dalam perpaduan, kewujudan realiti immanent dan transendental, kesucian segala jenis kehidupan toleran terhadap fahaman lain, harmoni emosi melalui intelek dan mengatasi kesusahan melalui pengetahuan benar. Item Type: Journal

Keywords: Peradaban malaysia, Tamadun india, Hindu spiritual, Agama, Etika pendidikan, Sosial politik, Kehidupan kitab Subjects: D History other than America B Philosophy. Psychology. Religion ID Code: 5602

Tamadun India merupakan antara tamadun yang terbesar dalam sejarah dunia. India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawasan India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya telah menjadi sempadan yang memisahkan antara dua kawasan ini. Masyarakat India Utara dikenali sebagai Indo-Arya manakala masyarakat India Selatan pula dikenali sebagai Dravida. Masyarakat Indo-Arya menggunakan Bahasa Sanskrit manakala masyarakat Dravida menggunakan bahasa Tamil untuk berkomunikasi. Walaupun masyarakat India telah mengamalkan ajaran Hindu sejak berkurun lamanya namun pada zaman awalnya agama Buddha turut mempengaruhi corak kehidupan mereka. Agama Hindu dicatatkan sebagai tidak mempunyai pengasas dan bersifat semulajadi (namun anda boleh rujuk dalam http://pekembar.blogspot.com mengenai asal usul agama Hindu). Tamadun India pada zaman dahulu tidak mempunyai institusi agama yang berpusat, namun kepercayaan serta ajarannya telah diwarisi sejak turun-temurun. Terdapat 4 peringkat dalam tamadun masyarakat Indo-Arya iaitu Politeisme, Henoteisme, Monoteisme dan Monisme. Perkataan Hindu dikatakan berasal dari nama Sungai Sindhu iaitu Indus yang juga dikenali sebagai Sanata Dharma iaitu "peraturan kerohanian yang kekal abadi". Agama Hindu mempunyai Tuhan Tiga Fungsi iaitu Mencipta (Brahman), Memelihara (Vishnu) dan Membinasa (Siva). Ajaran Hindu turut terbahagi kepada 6 aliran iaitu Saivisme, Vaishavisme, Sakhtam, Ganapathym, Kaumaram dan Saura. Aliran ini telah didominasi oleh golongan Brahmin yang juga digelar 'agamawan' sejak bermulanya Empayar Maurya. Masyarakat Hindu percaya kepada hukum karma (yang pastinya bersamaan tajuk lagu kumpulan Wings), iaitu mengenai peri pentingnya kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kepercayaan kepada kelahiran semula adalah bergantung kepada karma serta tujuan hidup bagi memeperolehi ' moksya' yang bermaksud mereka tidak akan lahir lagi sekiranya telah mencapai tahap kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan. Agama Hindu mencapai tahap kegemilangannya semasa Zaman Gupta (320-520 Masihi). Wujud juga ajaran agama Vedik pada zaman itu yang mementingkan lima konsep yang saling berkaitan iaitu; Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksya di dalam tamadun ini.

Tamadun India turut merekodkan dua kerajaan pada peringkat awal ketamadunnya iaitu kerajaan kecil dan besar (600-320 SM). Kerajaan kecil tidak mempunyai raja dan saling hidup berpuak, manakala kerajaan besar pula memiliki serta diketuai oleh seorang Raja seperti Kerajaan Kashi, Kosala dan Maghada. Raja bagi kerajaan besar mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya yang turut diperkukuhkan melalui upacara ritual. Raja bagi masyarakat Hindu bersifat suci dan harus dihormati walau apa jua cara oleh rakyat jelata . Brahmin dan golongan Kesatria dilantik untuk menjadi penasihat kepada Raja. Sistem kasta dicatatkan bermula pada zaman pemerintahan Raja. Gelaran Raja pula telah bertukar kepada Maharaja apabila Maurya disatukan menjadi empayar (321-185 SM). Empayar ini mencapai zaman gemilangnya pada 273-232 sebelum masihi sehinggalah tamatnya perang saudara pada ketika itu. Keamanan dan kedamaian telah menjadi teras kepada pemerintahan dan birokrasi berdasarkan kasta dalam pentadbiran telah diperkenalkan serta diamalkan kemudiannya. Apa yang ingin saya tekankan disini ialah mengenai masyarakat Hindu di Malaysia terutamanya kumpulan pelampau Hindraf yang telah melupakan ajaran agama mereka sendiri. Kumpulan ini bukan saja menderhaka, bahkan lebih mengagungkan Queen of England berbanding Raja mereka sendiri di Malaysia ini. Banyak poster-poster Ratu England telah dipamerkan oleh para penyokong Hindraf dalam siri demonstrasi mereka sebelum ini. Tindakan mereka jelas sangat bertentangan dengan prinsip Rukunegara yang ke-2 iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Jika benar seperti ajaran Hindu bahawa

Raja itu bersifat suci dan perlu dihormati oleh kaum India walau apa jua caranya, maka tindakan yang dibuat oleh puak pelampau Hindraf jelas membelakangkan ajaran agama mereka. Ajaran Hindu yang seharusnya mementingkan keamanan dan kedamaian telah dicabul oleh sebahagian kaum India di Malaysia apabila mereka kerap mencetuskan huru-hara dan konflik terhadap Raja dan orang-orang Melayu. Konflik yang dicetuskan bukan sahaja oleh golongan Hindraf malahan oleh kaum India dalam Majlis Peguam, para pemimpin India dalam parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, serta segelintir kaum India yang extreme terhadap orang Melayu. Mereka tidak lagi peduli tentang keamanan dan kedamaian tetapi lebih suka berkonfrantasi untuk mencapai keinginan peribadi.

Di kota Delhi yang terletak di bahagian utara India, terdapat sebuah kota yang telah dibina oleh lima saudara Pendawa iaitu pahlawan dalam epik Mahabrata kerana ketika Benteng Lama iaitu Purana Qila atau Old Fort dibersihkan pada tahun 1911, salah seorang pekerja telah menemuai sebuah desa yang di kenali sebagai Intrapat yang terletak di dalam kota Purana Qila itu.

Purana Qila yang hingga sekarang keruntuhannya masih dapat dilihat dan mula dibangunkan ketika , iaitu sang penguasa dari (salah satu kerajaan Islam besar abad pertengahan) yang menduduki tahkta Delhi pada tahun 1530.
Humayun Dinasti Mughal

memiliki bentuk bangunan yang unik, di mana terdapat pelbagai macam monomen dari marmar hitam serta pahatan kaligrafi huruf arab. Selain itu, bangunan ini berdiri di atas batu pasir merah dan Sultan Sher Shah

Di kawasan kompleks ini terdapat tiga gerbang utama dan juga Masjid yang didirikan oleh juga membuat bangunan berbentuk oktagon dua tingkat yang dikenali sebagai di dalam .
Qala-i-Kuhna Mandal Purana Qila

Sultan Sher Shah pada tahun 1539. Masjid ini

Sher

Selain batu pasir merah dan putih, marmar dan mozaik marmar yang merupakan bahagian utama bangunan kesultanan India abad ke-14 juga dilihat cukup dominan menghiasi bangunan berkubah tersebut. Ada sebuah pusara lama dengan dipadankan dengan taman yang berbentuk simetri. Lokasi bersejarah ini juga dijadikan lokasi tapak warisan dunia yang paling popular di kota Delhi dan ditetapkan oleh UNESCO sebagai warisan sejarah Dunia.

Anda mungkin juga menyukai