Anda di halaman 1dari 16

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 2
1.1 Objektif Kajian 2
1.2 Kajian Literatur 3
2.0 KONSEP PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN: 4
2.1 konsep penghayatan etika dan peradaban Islam 4
2.2 konsep penghayatan etika dan peradaban Barat 5
2.2.1 Utilitarianisme 5
2.2.2 Teori Wajiban 6
2.2.3 Naturalisme 6
2.2.4 Hedonisme 6
3.0 CABARAN PENGAPLIKASIAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM ISLAM DAN
BARAT MASYARAKAT: 7
3.1 Agama 7
3.2 Budaya & Adat 7
3.3 Ekonomi 8
4.0 IMPLIKASI PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MASYARAKAT ISLAM
DAN BARAT 9
4.1 Kebaikan penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat 9
4.1.1 Individu 9
4.1.2 Masyarakat 10
4.1.3 Negara 11
4.2 Keburukan penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat 12
4.2.1 Individu 12
4.2.2 Masyarakat 13
4.2.3 Negara 14
5.0 CADANGAN 15
6.0 KESIMPULAN 16
7.0 RUJUKAN 17

1
1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini, etika dan peradaban banyak mempengaruhi sesuatu kaum dari segi
ekonomi, adab, pendidikan, agama, dan politik. Menurut kamus dewan dan pustaka, etika
didefinisikan sebagai prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang
individu atau sesuatu kumpulan manusia. Manakala peradaban pula didefinisikan sebagai sistem
dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa; kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Etika di bentuk oleh manusia melalui proses pendidikan, pengamatan terhadap alam sekeliling
atau pengalaman seseorang, malah ia turut bersandar kan panduan wahyu ketuhanan. Peradaban
pula dibangunkan oleh manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling selain
berusaha membentuk diri menjadi golongan yang bertamadun dalam kehidupan.

Namun, apakah pengaruh etika dan peradaban daripada masyarakat islam dan barat yang
mempengaruhi pembentukan peradaban masa kini ? . Oleh itu, kajian ini akan mengetengahkan
perbincangan berkenaan konsep peradaban dan etika dari dua perspektif, iaitu Barat dan Islam.
Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif, iaitu menggunakan metod kajian daripada artikel
jurnal dan sumber sumber yang dipercayai dari internet. Tiga objektif utama akan dikemukakan
dalam kertas kerja ini iaitu mengetahui konsep etika dan peradaban dalam perspektif islam dan
barat, mengkaji cabaran penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat, dan
menganalisis implikasi penghayatan etika dan peradaban masyarakat islam dan barat.

1.1 Objektif Kajian

1. Mengetahui konsep etika dan peradaban dalam perspektif islam dan barat

2. Mengkaji cabaran penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat

3. Menganalisis implikasi penghayatan etika dan peradaban masyarakat islam dan


barat

2
1.2 Kajian literatur

Untuk melaksanakan kajian lapangan yang telah diberikan ini, kami telah mengambil
beberapa artikel yang berkaitan untuk dijadikan rujukan. Antara artikel tersebut ialah Hubungan
Budaya dan Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam (Noornajihan, J, 2014) dan Hubungan Budaya
dan Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam (Yassin, Khairiah Mohd,2014) Hubungan Budaya dan
Ilmu dari Perspektif Barat dan Islam oleh Khairiah Mohd Yassin. Artikel tersebut menghuraikan
tentang perbezaan etika dan peradaban antara masyarakat islam dan barat. Terdapat banyak
perbezaan etika dan peradaban antara masyarakat islam dan barat antaranya ialah dari segi struktur
pendidikan yang berbeza untuk mencapai matlamat yang berbeza , agama dan cara beribadat dan
adat antara masyarakat. Perbezaan ini telah mempengaruhi pelbagai jenis peradaban dan
masyarakat yang wujud pada masa kini daripada Asia , eropah dan timur tengah.

Seterusnya, Di malaysia negara kita depegaruhi oleh kedua dua pengaruh etika dan
peradaban daripada barat dan islam.sebagai contoh malaysia mengamalkan sistem ekonomi
kapitalis dengan menjadikan riba sebagai asas keuntungan sebagai contoh penghutang dikenakan
peratusan faedah tertentu mengikut jumlah yang di pinjam.dalam sistem pemerintahan pula
malaysia dipengaruhi oleh kedua-dua barat dan islam dengan mengabungkan sistem demokrasi
dan sistem diraja mewujudkan sistem demokrasi berpalimen di mana merupakan lambang struktur
demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen
Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga
komponen utama iaitu Yang Di-Pertuan Agong, Dewan Negara, dan Dewan Rakyat. Adat dan
istiadat pula banyak dipengaruhi daripada peradaban islam sebagai contoh seseorang perlu
memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak
mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan
minum, bacaan Bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum. Dalam perkahwinan pula ,
Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong,
bekerjasama dan perpaduan. Selain itu kesenian di malaysia banyak mengikut pengaruh peradaban
barat sebagai contoh seni bina rumah tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat malaysia
sekarang dan rumah dibina dengan reka bentuk yang dianggap moden oleh orang ramai.Akhir
sekali, agama di malaysia dipengaruhi oleh peradaban islam kerana agama islam dijadikan sebagai
agama rasmi di malaysia.

3
2.0 Konsep penghayatan etika dan peradaban

2.1 Konsep penghayatan etika dan peradaban menurut Perspektif Islam

Menurut perspektif Islam, etika dan peradaban dapat dikaitkan dengan akhlak atau
budi pekerti seseorang yang mempamerkan kelakuan yang baik dan mulia. Kelakuan ini
adalah berdasarkan tuntutan agama di mana Islam menyeru penganutnya supaya
melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran seperti yang dijelaskan di dalam al-
Quran.

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikianlah ialah orang-orang yang berjaya”
(Ali Imran 3:104)

Dalam Islam, perbuatan baik dan buruk amatlah jelas ditafsirkan. Hal ini kerana
perbuatan yang baik sangat dituntut dalam Islam bagi mendapat keredaan Allah SWT. Bagi
mengelakkan kemurkaan Allah SWT, umat Islam ditegah untuk melakukan perbuatan yang
jahat dan keji seperti menganiaya orang, menipu, maksiat dan perbuatan-perbuatan yang
mendorong kepada kemurkaan Allah SWT seterusnya menambahkan dosa dalam amalan
harian.

Terdapat lima prinsip asas yang menjadi teras dalam etika Islam (Rafik,1998).
Antaranya, kesatuan, kesamaan, keinginan, tanggungjawab dan kemurahan hati. Kesatuan
merujuk kepada konsep tauhid diaplikasikan dalam aspek-aspek kehidupan seperti politik,
ekonomi dan bermasyarakat. Kesamaan pula merujuk kepada kesamaan dalam mencapai
permuafakatan dalam bermasyarakat di mana Islam meletakkan setiap umatnya adalah
sama rata dengan tidak memandang status harta sebagai jurang dalam bermasyarakat.
Ketiga ialah keinginan yang menjelaskan tentang kebolehan manusia untuk melakukan
sesuatu tanpa paksaan tetapi masih mengikut hukum syarak. Tanggungjawab pula
memperincikan tentang betanggungjawab atas segala perkara yang dilakukan sama ada
baik atau buruk. Akhir sekali ialah kemurahan hati. Prinsip ini menjelaskan bahawa setiap

4
individu perlu wujud ihsan dalam diri bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan
harmoni.

Di Malaysia, etika dan peradaban Islam diterapkan selepas kedatangan Islam ke


Tanah Melayu pada awal abad ke-7 di mana pedagang-pedangang dari Arab telah
menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat Alam Melayu. Akan tetapi, etika dan
peradaban masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh peradaban tamadun India, China
dan Barat.

2.2 Konsep penghayatan etika dan peradaban dari Perspektif Barat

Bagi pandangan Barat pula, etika dan peradaban dapat ditakrifkan sebagai nilai
ataupun tatacara yang baik dan positif hasil daripada keperibadian yang mulia. Hal ini
dapat disokong dengan perkembangan falsafah tradisi Greek (Nurul Hudani, 2018).
Sesetengah ahli falsafah Barat memberi tanggapan bahawa etika dan dan peradaban tidak
mempunyai sebarang perkaitan dengan agama. Kebanyakan daripada ahli falsafah Barat
mengemukakan teori-teori yang berkaitan dengan unsur kemanusiaan yang tiada perkaitan
langsung dengan unsur keagamaan. Mereka meragui akan kepentingan agama dalam
kehidupan dan menyatakan agama adalah penghalang bagi manusia untuk hidup secara
bebas. Antara tokoh Barat yang menolak agama dalam kehidupan ialah Karl Marx. Beliau
merupakan tokoh yang memperkenalkan teori Humanisme. Humanisme diperkenalkan
bagi menafikan kewujudan dan kekuasaan Tuhan seterusnya memisahkan manusia
daripada agama.

Selain daripada Karl Marx, banyak tokoh Barat yang lain memperkenalkan teori
dan ideologi yang berkaitan dengan etika dan peradaban. Antara teori yang diperkenalkan
ialah

5
2.2.1 Utilitarianisme

Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perbuatan adalah betul jika seseorang
melakukannya dengan hajat yang membawa kepada kebaikan. Teori ini
menekankan kepada perbuatan individu dan bukannya peraturan umum. Hal ini
dijelaskan lagi apabila seseorang menetapkan syarat akan tetapi syarat tersebut
boleh dilanggar jika perbuatan tersebut mendatangkan akibat yang baik.

2.2.2 Teori Wajiban

Teori ini menjelaskan tentang tanggungjawab yang perlu diambil hasil


daripada perbuatan yang dilakukan. Teori ini juga menjelakan bahawa seseorang
itu itu perlu menentukan sama ada perbuatan yang dilakukan mendatangkan
kebaikan atau keburukan.

2.2.3 Naturalisme

Teori ini mentafsir bahawa tingkah laku seseorang sama ada baik atau buruk
ditentukan oleh fitrah seseorang itu mengikut zahir dan batinnya. Ia juga dapat
difahami dengan kebaikan dan keburukan etika seseorang itu ditentukan oleh akal
fikirannya sendiri.

2.2.4 Hedonisme

Teori ini berkenaan dengan kenikmatan dan kelazatan yang dikecapi hasil
daripada perbuatan baik dan jahat. Kepuasan dapat dirasai selepas melaksanakan
sesuatu perkara tanpa memikirkan perbuatan itu baik atau buruk.

Di Malaysia turut dipengaruhi dengan etika dan nilai peradaban dari Barat. Hal ini
kerana semasa zaman penjajahan Barat, banyak nilai yang diperkenalkan seterusnya
diterapkan kepada masyakat Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pudarnya tradisi
persuratan Melayu Islam kerana ditenggelami dengan karya-karya Melayu moden yang
mempunyai unsur-unsur Barat.

6
3.0 cabaran pengaplikasian etika dan peradaban dalam masyarakat Islam dan Barat.

3.1 Agama

Penerimaan sesetengah masyarakat Barat terhadap etika dan peradaban adalah agak
sukar disebabkan persepsi Barat yang menganggap Islam sebagai ancaman kepada
kewujudan tamadun Barat (John L. esposito, 1992: 13-15) serta agama Yahudi juga
menganggap penganut agama lain adalah musuh yang perlu dimusuhi dan diperangi (al-
Faruqi, 1998). Hal ini telah mengakibatkan masyarakat Barat memandang remeh terhadap
etika dan peradaban dari luar dan tidak menerimanya dengan mudah. Namun, masyarakat
Islam pula agak berlainan dimana ia tidak memusuhi Barat walaupun berbeza agama malah
Islam amat menghormati perbezaan agama, ini disebabkan Islam adalah agama untuk
semua umat manusia. Hal ini telah membuatkan masyarakat Islam agak mudah menerima
etika dan peradaban luar. Namun Islam tetap tidak menerima aspek sekularisme yang
kebanyakan peradaban luar telah menggunakannya, ini menjadikan masyarakat Islam
berhati-hati terhadap dalam penerimaan etika dan peradaban luar.

3.2 Budaya & Adat

Adalah menjadi cabaran bagi Barat terutama bangsa Yahudi untuk


mengaplikasikan etika dan peradaban kerana Yahudi menggunakan pemahaman sya’bul-
Lah al-mukhtar (bangsa pilihan Tuhan), yang cenderung kepada membanggakan kaum,
bangsa dan kelompok sendiri. Islam amat berhati-hati dalam penerimaan etika dan
peradaban terutama daripada Barat yang membawa budaya sekularisme iaitu cara hidup
dan berfikir berdasarkan materialisme, hedonisme, dualisme, humanisme dan rasionalisme.
Hal ini kerana, Islam berusaha melindungi agama Islam daripada salah faham yang
menyempitkan skop Islam hanya kepada hal-hal bersifat ritual dan amalan individu sahaja.
Keaslian dan kesyumulan agama Islam akan hilang sekiranya ia difahami mengikut
worldview Barat yang meletakkan agama dalam konteks sempit sebagai amalan bersifat
kerohanian semata-mata (Al-Attas, 1978).

7
3.3 Ekonomi

Penerimaan etika dan peradaban sesebuah masyarakat turut berkait dengan isu
ekonomi, Barat yang dikenali sebagai negara pertama dalam kuasa ekonomi terhasil
daripada masyarakatnya yang meletakkan sifat materialisme dan harta bendaan sebagai
keutamaan. Ini telah menjadikan masyarakat Barat kurang menerima etika serta peradaban
yang tidak memberikan mana-mana keuntungan fizikal pada mereka. Berbeza bagi
masyarakat Islam yang menjuruskan kepada agama Islam itu sendiri, sifat terbuka terhadap
sesuatu perkara adalah menjadi keutamaan namun masyarakat Islam tetap bersifat berhati-
hati dalam penerimaan mana-mana etika dan peradaban kerana kebanyakannya telah
dipengaruhi dengan pemikiran yang mampu merosakkan asa utama peradaban Islam iaitu
agama Islam itu sendiri.

8
4.0 Implikasi penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat

4.1 Kebaikan penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat

4.1.1 Individu

Implikasi penghayatan etika dan peradaban dalam masyarakat Barat daripada segi
individu ialah nilai lahir lebih awal apabila seseorang berkeyakinan tentang kepentingan
ketentuan atau batas yang menentukan kebaikan dan keburukan. Jika seseorang itu dari
awalnya beranggapan bahawa ketentuan batas kebaikan dan keburukan dalam tingkah laku
itu tidak diperlukan, maka dengan sendirinya ia tidak mementingkan etika. Selain itu, nilai-
nilai moral setiap individu dapat dipertahankan kerana mereka dilindungi oleh standard
nilai-nilai etika yang tinggi dan memastikan bahawa ianya kekal sebagai nilai yang
teragung. Pendekatan ini bertujuan untuk memerangi masalah moral dan sosial yang
melanda setiap individu yang semakin hari semakin membimbangkan.

Implikasi terhadap masyarakat Islam pula dengan gabungan kemantapan akidah,


syariah, akhlak, moral dan nilai murni dapat melahirkan individu yang berkualiti. Dengan
adanya keimanan dan ketakwaan maka kita berada dalam landasan yang benar kerana
keimanan dan ketakwaan yang benar selalunya dibuktikan oleh seorang mukmin dalam
bentuk melaksanakan perintah dan suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah SAW sebagai teras utama di mana Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sebagai
teras rujukan dan pegangannya. Selain itu, kesannya juga dapat dilihat dimna pendekatan
Islam yang memberi kemuliaan dan hak kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama
ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti dan hak-hak mereka dijamin oleh undang-
undang negara. Kesan daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan
wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Islam
amat menitikberatkan persoalan wanita dan keluarga kerana kelahiran agama Islam
menjadikan wanita sebagai penggerak dalam menuju keagungan Islam dengan melahirkan
manusia-manusia gagah untuk mempertahankan kebenaran dan membasmi kemungkaran.

9
4.1.2 Masyarakat

Implikasi penghayatan etika dan peradaban dalam masyarakat Islam dan Barat dari
segi masyarakat pula ialah membolehkan generasi muda pada masa akan datang lebih
bertamadun dan berketrampilan. Nilai etika masih lagi menjadi asas dan prinsip bagi
menjamin rasa keterikatan manusia kepada kelakuan, sikap, persepsi, motivasi dan
personaliti yang baik bagi memastikan kehidupan terus unggul dalam keadaan yang
terjamin dan sejahtera. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding
sebelumnya dan seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat kehidupan yang lebih stabil
merupakan salah satu daripada ciri-ciri asas peradaban. Kehidupan masyarakat yang
berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asas
seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan dan
kehidupan yang aman. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti
kehidupan tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam semua aspek
tersebut. Kerajaan juga telah menekankan dan menyarankan semua masyarakat supaya
dapat mengamalkan kembali budaya ilmu dalam kehidupan. Kesan penghayatan etika dan
budaya juga telah mempengaruhi kepentingan ilmu kerana dalam peradaban Islam telah
munculnya ramai sarjana Islam yang telah menceburi pelbagai bidang ilmu pengetahuan
di mana kesarjanaan mereka ini bukan sahaja diiktiraf oleh Islam tetapi juga oleh Barat
sendiri. Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat bagi
kejayaan, kekuatan dan kebahagiaan sesuatu bangsa dan peradaban.

10
4.1.3 Negara

Implikasi penghayatan etika dan peradaban dalam masyarakat Islam dan Barat dari
segi negara ialah peradaban akan maju dan berkembang dengan adanya sistem kerajaan
yang memerintah dengan adil dan amanah. Ekonomi yang komprehensif dan seimbang
dapat mengatasi kemiskinan dan penghinaan dan penindasan dalam masyarakat dapat
dielakkan. Kesan pembangunan ekonomi yang seimbang dapat memantapkan amalan
ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara
berkesan. Usaha-usaha pembangunan yang seimbang itu dirasakan berupaya untuk
membasmi kemiskinan di samping memperkukuhkan ekonomi negara demi kesejahteraan
rakyat. Kepimpinan yang adil dan amanah sangat ditekankan kerana ia merupakan faktor
yang mempengaruhi ke arah peningkatan atau keruntuhan sebuah peradaban. Terdapat dua
faktor yang boleh menyebabkan peradaban itu merosot dan musnah iaitu pertama apabila
berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara
golongan kaya dengan miskin dan kedua ialah berleluasanya penindasan dan kezaliman
sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan telah diketepikan. Kesimpulannya, negara yang
mempunyai kerajaan yang adil dan beramanah berupaya menunaikan segala
tanggungjawab dan kewajipan terhadap masyarakat serta dapat menjamin kelangsungan
peradaban manusia.

11
4.2 Keburukan penghayatan etika dan peradaban masyarakat Islam dan Barat

4.2.1 Individu

Isu penolakan penghayatan etika pada individu dapat memberikan impak


yang buruk kepada diri dan kehidupan individu. Penghayatan etika sangat penting
sebagai pemberi panduan hidup tambahan pula pada peredaran zaman moden kini.
Pada zaman moden kini dapat dilihat kecelaruan etika dan peradaban yang
dipegang individu. Pembawaan etika dan peradaban masyarakat Barat seolah
menguasai zaman moden kini. Tidak dapat dinafikan individu kini ada yang
mengamalkan percampuran etika dan peradaban Islam dan Barat dalam kehidupan
mereka.

Antara kesan buruk penghayatan etika pada individu menjadikan individu


tersebut mengamalkan percampuran etika. Misalnya individu tersebut beragama
Islam tetapi dalam masa yang sama menerapkan budaya-budaya Barat dalam
kehidupannya. Hal ini menjadikan penghayatan etika-etika yang dipegang telah
melanggar batasan agama. Percampuran budaya-budaya luar dapat merosakkan
aqidah individu serta juga menjadikan individu terpesong dari landasan dan ajaran
agama. Impak ini akan memberikan ruang yang besar terhadap perjajahan agama,
terbukanya kepada perkara-perkara yang dilarang agama misalnya kecampuran
budaya-budaya Barat dapat membuka penerimaan pemikiran biseksual dan
transgender. Penghayatan etika yang terlampau dapat menjadikan individu
menghalalkan perkara-perkara yang dilarang. Individu tersebut akan
menyalahgunakan hukum-hukum daripada berlainan budaya untuk membolehkan
perkara tersebut. Sebagai contoh menganggap pertukaran gender dibolehkan.

Penghayatan etika-etika luar yang terlampau membawa kepada kehilangan identiti


individu tersebut. Akibat dari percampuran etika dan peradaban mahupun
terlampau menghayati menjadikan individu tersebut bercelaru dan impak akhirnya

12
menjadikan individu tersebut hilang kepercayaan yang asal. Kehilangan identiti
disini merujuk kepada kehilangan moral, bangsa dan agama.

4.2.2 Masyarakat

Kesan keburukan daripada etika dan peradaban masyarakat islam dan barat ialah
wujudnya masyarakat perbezaan pemikiran dan mazhab. Ini menyebabkan masyarakat
sukar untuk bersatu dan bekerjasama untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu
dalam melakukan pelbagai perkara dari segi ekonomi , dan pembangunan masyarakat.
Selain itu, perbezaan pemikiran menyebabkan berlakunya pergaduhan dan peperangan
antara masyarakat kerana terdapat masyarakat yang tidak boleh menerima idea dan
pemikiran daripada pihak lain. Malah, berlakunya Keruntuhan nilai moral disebabkan oleh
pengaruh barat banyak dibawa masuk menerusi aktiviti hiburan, kesenian dan berbagai
budaya kuning yang melalaikan yang dianggap sebagai kemajuan oleh generasi muda dan
remaja. Keruntuhan ini diikuti dengan sikap umat Islam yang tidak menyahut persaingan
dunia dalam pembangunan ilmu.malah ia juga menyebabkan berlakunya perbezaan dari
segi pendidikan sebagai contoh peradaban barat mengfocuskan pendidikan sistem sekular
yang cenderung kepada pemikiran saintifik, kuantitatif dan logik. Mereka ini sangat
mementingkan nasib dan kedudukan dunia berbanding dengan isu-isu yang berkaitan
dengan alam akhirat. Mereka juga biasanya mengukur kejayaan dari segi kedudukan
pendidikan sekular, jawatan yang disandang dan harta benda Ini menyebabkan lahirnya
individu yang selalu mempersoalkan sistem-sistem Islam yang mana bertentangan dengan
fahamannya (Barat). Mereka menganggap nasionalisme, patriotisme dan demokrasi
kapitalisme sebagai pemikiran yang benar sehingga tidak kelihatan lagi pemikiran lain di
dalamnya, apatah lagi pemikiran Islam. Malah ada yang menganggap bahawa kembali
kepada Islam itu memberi makna kembali ke zaman silam yang mundur. Tidak kurang juga
yang melihat Islam sebagai pemikiran yang tidak lengkap sehingga perlu diselaraskan,
atau diubah, sekiranya perlu, agar selaras dengan perkembangan geo-politik dan sosio-
ekonomi dunia. Inilah realiti pemikiran kaum Muslimin hari ini akibat dari penerapan

13
ideologi sekularisme yang merosakkan pemikiran mereka. Pendidikan islam pula bertujuan
untuk mewujudkan perkembangan seimbang di dalam diri individu dengan nilai nilai
keislaman, melahirkan individu yang beriman, berpengatahuan dan berakhlak tinggi dan
melengkapkan setiap individu dengan pengetahuan islam supaya dapat hidup dengan
beriman dan berakhlak tinggi. Perbezaan yang telah dihuraikan di atas meyebabkan
berlakunya pergaduhan dan perpecahan antara masyarakat disebabkan oleh perbezaan
pemikiran

4.2.3 Negara

Etika merupakan aspek yang amat penting dalam peradaban sesebuah negara.
Penghayatan etika dan peradaban islam dan barat boleh memberi impak yang negatif
kepada sesebuah negara. Melihat kepada permasalahan semasa, negara kita kini seperti
dijajah dengan etika dan peradaban barat. Penerimaan etika dan peradaban tanpa kawalan
boleh membuat negara lari dari identiti sendiri. Melihat daripada dasar pendidikan dan
pelajaran Malaysia, bahasa melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar
utama. Namun setelah penghayatan etika dan peradaban daripada negara barat, bahasa
English kini pula menjadi bahasa utama yang digunakan dalam sektor pendidikan dan
pekerjaan. Penghayatan ini sedikit sebanyak telah menggugat identiti warganegara
Malaysia. Penggunaan bahasa melayu kini dianggap kolot di dalam sektor pekerjaan,
pendidikan dan persidangan.

Melihat kepada dasar kebudayaan dan sosial, penghayatan etika dan peradaban
membawa pengaruh besar pada sesebuah negara. Penghayatan etika dan peradaban
terhadap negara luar misalnya negara barat yang terlampau membawa kepada penjajahan
negara. Dasar kebudayaan negara ini merangkumi agama, kepercayaan dan adat. Negara
Malaysia dilambangkan sebagai negara yang penuh dengan adat resam tradisi dan warisan
Melayu, Cina dan India dan agama Islam sebagai agama rasmi. Kepelbagaian budaya dan
agama di Malaysia masih menjadikan negara Malaysia sebagai negara makmur dan
beradab. Namun harini negara kita seperti dijajah dengan budaya dan kepercayaan barat
akibat dari penghayatan peradaban mereka. Budaya-budaya barat yang bebas telah

14
mencorak anak-anak Malaysia pada hari ini misalnya etika pemakaian barat, pemikiran
yang terbuka seperti sekularisme, budaya kebebasan, nilai kerja dan sebagainya adalah
ikutan peradaban Barat. Perjajahan barat pada Malaysia bukanlah peperangan malah
perjajahan ini menukarkan kelambangan dan kedaulatan negara kita.

5.0 Cadangan

Pembentukan etika seseorang individu sangat berkait rapat dengan keadaan sekelilingnya.
Keadaan sekeliling yang dimaksudkan di sini adalah keluarga, rakan-rakan dan juga situasi yang
berlaku dalam hidupnya. Hal ini disebabkan oleh fikiran mereka yang mudah untuk dipengaruhi
dengan keadaan sekeliling. Ibu bapa merupakan contoh utama setiap yang akan memberi tunjuk
ajar dan juga membimbing mereka untuk membezakan etika yang baik dan buruk . Ibu bapa juga
perlu bersedia untuk mendengar setiap luahan pemasalahan anak-anak supaya mereka tidak berasa
keseorangan. Ia akan membantu dalam membentuk etika yang baik dalam diri seseorang individu
sekaligus membolehkan seseorang itu lebih bersedia untuk menghadapi perubahan etika dan
peradaban yang semakin lama semakin maju.

Selain itu, di Malaysia, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai
agama persekutuan, kita perlu berbalik kepada prinsip yang telah digariskan dalam agama untuk
mewujudkan etika yang baharu. Agama merupakan asas utama yang membentuk isi kandungan
sekaligus membentuk moral seseorang. Tanpa asas yang kukuh, kandungan dan moral akan
menjadi kabur. Masyarakat Islam perlulah cakna akan dengan perubahan dan kemajuan yang
berlaku dalam sesebuah peradaban. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak pada pemimpin
sesebuah negara tetapi memerlukan kerjasama daripada rakyatnya untuk mengekalkan etika dalam
peradaban kita adalah selari dengan kehendak agama. Hal ini kerana ajaran agama mengandungi
kelebihan dan manfaat dalam kehidupan manusia sejak zaman berzaman lagi.

Mengamalkan konsep insan bersepadu juga adalah salah satu cadangan untuk
meningkatkan penghayatan kepada etika dan peradaban. Jurang antara kaum akan menyebabkan
cadangan ini gagal untuk dilaksanakan. Hal ini kerana, setiap individu serta lapisan masyarakat

15
yang akan memberikan kerjasama untuk mencapai matlamat ini. Pada masa yang sama, ia juga
turut mengambil manfaat dari kekuatan norma masyarakat yang berbilang kaum dan budaya.
Untuk mencipta sebuah ketamadunan yang hebat, kita tidak perlu terlalu mengikut kerangka etika
ataupun kemodenan bangsa lain walaupun kita mungkin memerlukannya mengikut kesesuaian
etika dan peradaban negara kita. Bangsa yang tidak mempunyai etika dan jati diri yang tidak kukuh
akan menyebabkan kita tertindas oleh bangsa-bengsa lain yang sentiasa mengintai peluang untuk
menyebarkan etika-etika mereka.

6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, etika dan peradaban adalah sesuatu perkara yang sangat penting
dalam kehidupan sesebuah masyarakat, namun begitu tahap penghayatan seseorang insan adalah
berbeza dan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti sejarah, struktur sosial dan biografi sesebuah
masyarakat berkenaan. Perubahan etika dan peradaban di Malaysia dapat kita lihat berdasarkan
evolusi sejarah iaitu, Pra-Kolonial, Kolonial dan akhir sekali Pasca-Kolonial. Selepas kedatangan
penjajah Eropah, sifat dan kefahaman mengenai etika bercirikan model telah diperkenal dan
dilaksanakan. Pada era Pra-Kolonial. Masyarakat di tanah Melayu adab dan adat merupakan etika
yang dipegang oleh mereka.

Etika dan peradaban saling berhubung kait antara satu sama lain. Hubungan tersebut dapat
kita lihat melalui cara kedua dua istilah ini saling bergantung. Perubahan sesuatu peradaban akan
membawa kepada perubahan etika sesuatu kaum. Ia juga merupakan identiti sesuatu peradaban
dan juga bangsa. Namun begitu, dalam membentuk sesuatu etika dalam satu peradaban adalah
sangat penting untuk kita mengambil kira pelbagai aspek yang telah dibincangkan di dalam kertas
kerja ini. Hal ini adalah atas alasan untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan sesebuah
negara.

16

Anda mungkin juga menyukai