Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY


(UniKL MITEC)

TITLE: ASSIGNMENT (LAPORAN PROJECT)


MPU 3333
ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA
SEMESTER JANUARI 2015 (BQE)
TAJUK:
PENSYARAH: FAHRUL IRFAN B. ISHAK

NAMA
OTHMAN
IC NUMBER
STUDENT ID
LECTURER
ISHAK
PROGRAM
DUE DATE
H/P

: NORFADZYLAH BINTI
: 940303065400
: 57274113576
: USTAZ FAHRUL IRFAN B.
: BQE 13/2
: 29 APRIL 2015
: 0139967973

KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Objektif

Gambar Kumpulan dan Individu

Perancangan dan Perlaksanaan Montaj Video

4-5

Permasalahan dan Penyelesaian

Kesimpulan

Rujukan

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi
subjek Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia dengan jayanya. Sepanjang menjalankan
kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun
manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah
saya, Ustaz Fahru Irfan b. Ishak kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya yang
memberi saya dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa dan menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
jayanya.
Seterusnya, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua,
tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF

1. Mengenal pasti kriteria pemilihan jodoh dalam Islam.


2. Membentuk keluarga yang bahagia dan kekal sepanjang hayat berlandaskan syariat
Islam.
3. Memperbetulkan niat sesesorang untuk berkahwin bukan hanya kerana nafsu.

GAMBAR KUMPULAN DAN INDIVIDU

PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN MONTAJ VIDEO

Perancangan dan perlaksanaan video ini, bermula seminggu selepas pemberian


tugasan oleh ustaz Fahrul Irfan. Perbincangan diadakan bagi mendapat pendapat daripada
semua ahli kumpulan untuk pemilihan tajuk, lokasi penggambaran dan watak-watak dalam
video. Setelah persetujuan dibuat, kami menangguhkan pertemuan kami dengan menentukan
tarikh untuk pertemuan seterusnya.
Pengambaran dilakukan di Apartment Seri Mutiara, Seri Alam pada 5 April 2015.
Pengambaran bermula setelah zuhur dan selesai sebelum asar. Berkat kerjasama dan
komitmen daripada setiap ahli kumpulan, pengambaran video berjalan dengan lancer. Lokasi
pengambaran tersebut dipilih bertujuan untuk mendapatkan suasana sebenar sebuah keluarga
di rumah. Terdapat tiga watak utama iaitu ibu, ayah dan abang. Manakala, selebihnya
menjadi watak pembantu iaitu adik, kakak, model dan gadis-gadis (calon isteri).
Definisi pelakon adalah mereka yang melakonkan sesuatu watak di dalam sesuatu
pementasan seperti bangsawan, teater, Mak Yong, Menora, atau penerbitan seperti filem,
drama, lakonan, dan yang sepertinya. Biasanya seseorang pelakon akan melakonkan watak
khayalan. Untuk kisah benar, pelakon tersebut mungkin melakonkan watak orang sebenar.
Kadangkala, pelakon juga muncul sebagai diri mereka sendiri.

Dalam pembikinan video ini, saya telah diamanahkan untuk memegang watak ibu
kepada 3 orang anak iaitu adik, kakak dan abang. Di dalam pembikinan video pendek ini, ibu
adalah seorang yang lemah lembut namun tegas dalam menentukan pemilihan jodoh abang.
Antara skrip ibu adalah:
Waalaikumussalam, masuk la (menjawab salam suaminya yang pulang ke rumah)
Sat, sat
Rajinnya anak mak (memuji adik yang membuat ulangkaji)
Sama sama la bapaknya (menjawab suaminya)
Balik dah abang. Ermmm.. Masuklah pintu tak berkunci (ketika loceng dibunyikan
kerana abang pulang ke rumah)
Meh duk sini meh, baru nak balik (ketika sedang mempelawa abang untuk duduk di
antara ibu dan ayah)
ermmm.. kalau macam tu esok bolehlah mak carikan calon
Aish! Tak berkenan lah mak kalau macam ni (menidakkan permintaan abang kerana
calon yang dikemukakan tidak memenuhi kriteria yang seorang ibu inginkan)

PERMASALAHAN DAN PENYELESAIAN

Tiada permasalahan yang berlaku sepanjang perlaksanaan video ini.


Penggambaran dilakukan dalam masa satu hari berkat usaha dan kerjasama yang baik oleh
setiap ahli kumpulan. Pada mulanya, kamera yang digunakan untuk mengambil video telah
kehabisan bateri gara-gara tidak diperiksa terlebih dahulu oleh pihak yang sepatutnya namun
masalah itu berjaya diatasi dengan menangguhkan seketika kira-kira satu jam setengah bagi
menunggu bateri tersebut pada tahap setengah penuh untuk meneruskan penggambaran.
Terdapat beberapa adegan yang terpaksa diulang untuk beberapa kali kerana ini
adalah pengalaman pertama untuk berlakon dan mendalami watak dan memahami situasi.
Namun hal ini dapat diatasi dengan membuat latihan terlebih dahulu sebelum adegan itu
dilakukan. Seterusnya, permasalahan yang melibatkan pencahayaan dan sudut
penggambaran. Masalah ini dapat diatasi dengan bantuan daripada semua ahli kumpulan.

KESIMPULAN

Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya
dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Dalam
perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewjipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa
kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhi.
Islam telah menggariskan kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memilih calon
isteri dan suami. Antara kriterianya adalah mempunyai persamaan agama, berakhlak mulia,
berharta dan rupa paras yang cantik. Dengan mengikuti segala panduan yang telah digariskan
oleh Islam dalam kriteria pemilihan jodoh, maka perkahwinan yang terbina akan menjadi
harmoni dan lebih diberkati. Sesungguhnya Islam itu agama yang mudah
Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh
dan betul mengikut Islam yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syariat Islam. Dengan
terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk membina sebuah istana
keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah S.W.T.
Semua pihak akan dapat menikmati kabahagiaan dan kerukunan rumahtangga.

RUJUKAN

1. http://www.academia.edu/7872797/Konsep_kafaah_menurut_pandangan_Islam_and_
pandangan_fuqaha
2. http://islamdiaries.tumblr.com/post/31911406977/memilih-pasangan-idamanmenurut-sunnah-rasulullah

Anda mungkin juga menyukai