Anda di halaman 1dari 37

1.

Pengenalan Pada PISMP Semester 3 kali ini, kami ditugaskan untuk mengkaji tentang konsep-

konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Kami telah mendapat suku kaum Melanau di Sarawak. Selain itu, tugasan ini juga memfokuskan toleransi dan kerjasama pelbagai pihak telah Berjaya melahirkan Malaysia yang merdeka. Selain itu, kami juga turut

membincangkan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut kemerdekaan.

2.0 2.1

Bahagian A (Kaum Melanau) Asal-Usul Mengikut Archer (1964:11), terdapat beberapa teori yang cuba menerangkan

tentang asal-usul bangsa Melanau ini. Walau bagaimanapun, asal-usul mereka seperti juga kelompok-kelompok etnik Bumiputera Sarawak yang lain masih kabur (Lee Yong Peng, 1970:70). Clayre (1971:120) mengatakan bahawa orang Melanau mungkin merupakan penduduk tertua di Sarawak dan mungkin juga penduduk asal negeri Sarawak. Aikman (1959:86) mengaitkan orang Melanau dengan golongan Sekapan yang terdapat di kawasan berhampiran dengan Belaga, Kanowit dan Tanjung. Beliau menerangkan bahawa tidak menjadi masalah bagi orang Melanau, terutamanya yang datang dari Oya, untuk berbualbual serta memahami percakapan orang-orang yang terdapat di rumah panjang Sekapan. Clayre, seorang pakar bahasa yang mengkaji bahasa Melanau, telah

mengemukakan satu teori mengenai asal-usul orang Melanau. Beliau mengemukakan satu teori yang berdasarkan bahasa yang dituturkan oleh orang Melanau. Beliau mempunyai kecenderungan untuk mengaitkan dialek Melanau-Bintulu dan Sekapan. Berdasarkan bahasa serta cultural-test tentulah sulit untuk memperakui tentang adanya kaitan antara Sekapan dengan Melanau (Clayre, 1971:120). Walaupun kelompok Sekapan ini mengakui bahawa mereka lebih dekat kepada orang Matu, namun terdapat aspek-aspek tertentu dalam bahasa mereka yang mempunyai kaitan dengan bahasa yang dituturkan oleh orang Melanau-Bintulu. Tim G. Babock (1974:191-202) mengatakan tentang asal orang Melanau ini adalah ranting kelompok yang terdapat di Ulu Rejang. Mereka telah dipisahkan oleh kelompokkelompok orang Iban dan Kayan yang terdapat di pesisiran. Jadi, tidak terdapat kepastian tentang asal orang-orang Melanau ini. Manakala orang Melanau yang telah memeluk agama Islam mempunyai persamaan cara hidup dengan orang Melayu Sarawak. 2.2 Ejaan Melanau Berbagai ejaan telah digunakan untuk perkataan Melanau. Keppel (1846:196) dan Low (1968:338) kedua-duanya menggunakan ejaan Milanowes. Ejaan -ejaan seperti itu terdapat pada peta-peta rantau ini yang dimiliki oleh orang-orang Eropah sejak tahun 1595 lagi (Morris, 1953:2). Orang-orang Melanau ini juga dikenali sebagai Liko yang membawa pengertian Orang Sungai. Selepas Orang Sungai itu pula diikuti dengan nama sungai di tempat mere ka tinggal, contohnya Orang Sungai Oya dan sebagainya. Clayre (1971:54) mengatakan bahawa memanggil seseorang itu Liko Melanau merupakan satu penghinaan kepada mereka kerana ini seolah-olah samalah seperti memanggil mereka orang liar. 2

Selain dari itu e jaan Melano yang kerap digunakan, ejaan 'Melanau pula digunakan. Orang-orang Melanau amat gemar memanjangkan sebutan akhiran satu-satu patah perkataan, contohnya, bagi Sibu mereka menyebut Sibaw. Jadi, kalau mengikut Clayre, Melanau sepatutnya dieja Melanaw. Ada juga orang -orang Melanau yang memanggil mereka sendiri sebagai Lemano. Orang Melayu Sarawak memanggil orang Melanau Melano. Manakala orang Melayu Brunei memanggil Malanau. Dalam kalangan orang Melanau sendiri ada cerita bagaimana mereka mendapat gelaran Melanau itu. Mengikut cerita Tajuddin A.J. (1961:18) kira-kira dua setengah abad yang lalu semasa daerah Bintulu masih dalam pemerintahan Sultan Brunei, kerap kali wakilwakil baginda datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah itu serta memungut hasil penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba terjumpa beberapa buah perahu di kuala itu. Nakhodanya pun bertanyalah kepada salah seorang kelasinya tentang perahu orang memanau. Jadi, dari hari ke sehari perkataan memanau itu digunakan dan akhirnya bertukar menjadi Melanau. Dari cerita itu mereka mendapat gelaran Melanau yang berpunca daripada pekerjaan mereka menangkap ikan secara memanau. 2.3 Penempatan Sebahagian besar daripada perkampungan mereka terletak di kawasan-kawasan paya antara Bintulu dan Rejang. Kebanyakan mereka adalah nelayan, terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pantai. Di samping itu, terdapat juga kumpulan komuniti yang menanam getah dan padi. Penempatan utama ialah di kuala-kuala sungai besar berdekatan dengan kawasan pantai seperti Bintulu, Mukah, Oya. Matu, Daga dan Igan (Lee Yong Peng, 1970:152). Kawasan- kawasan itu merupakan kawasan yang subur. Namun begitu terdapat kelompok-kelompok perkampungan lain yang lebih kecil di sepanjang sungai-sungai besar dan anak-anak sungai. Lebih kurang seratus tahun dahulu orang Melanau tinggal di rumah-rumah panjang. Setelah mereka memeluk agama Islam mereka tidak lagi tinggal di rumah panjang. Mereka tinggal di rumah kayu yang berasingan di tebing-tebing sungai. Pada keseluruhannya kampung mereka menyerupai perkampungan orang Melayu. Mereka mendirikan rumah di tepi-tepi sungai kerana kegiatan mengeluarkan sagu memerlukan bekalan yang cukup. Pembinaan rumah di tebing-tebing sungai memudahkan mereka mendapat bekalan air. Saiz sesebuah kampung itu tidak tetap. Ada kampung yang mempunyai kurang daripada 300 orang penduduk, contohnya Kampung Baru, dan ada juga kampung yang mempunyai penduduk lebih daripada 1,000 orang seperti Kampung Jepak. Kedua-dua buah kampung ini terletak di daerah Bintulu. Jarak antara sebuah kampung dengan 3

sebuah kampung yang lain juga tidak tetap.

Rumah panjang orang Melanau 2.4 Penduduk Secara umumnya, kaum Melanau merupakan penduduk majoriti di Daerah Matu di samping kaum-kaum lain seperti Melayu, Iban, Cina dan lain-lain. Pecahan bilangan penduduk Daerah Matu mengikut kaum adalah seperti berikut: Keturunan Melanau Melayu Iban Cina Jumlah Bilangan 15,408 430 4860 458 21,156 Peratus 73% 2% 23% 2% 100%

2.5

Komuniti Menurut banci tahun 1970, Sarawak mempunyai penduduk seramai 975,918 orang.

Daripada jumlah itu seramai 53,234 orang iaitu 5.4 peratus adalah orang Melanau. Pada tahun 1960, bilangan orang Melanau ialah seramai 44,661 orang (Jones, 1960:50). Jadi, dalam jangka masa 10 tahun, bilangan orang Melanau bertambah seramai 8,573 orang. Mengikut banci tahun 1939, terdapat 36,772 orang Melanau, manakala banci tahun 1947 menunjukkan bilangan orang Melanau seramai 35,560 orang (Jones, 1960:50). Bilangan orang Melanau yang semakin berkurangan antara tahun 1939 dan 1947 mungkin timbul dari kekeliruan untuk membezakan orang Melayu dari orang Melanau yang beragama Islam dalam masa bancian (Jackson, 1976:34). Walaupun terdapat beberapa kumpulan kecil di ulu-ulu sungai, tetapi orang Melanau ini lebih ramai tinggal di kawasan pantai yang rendah di Bahagian Ketiga dan Keempat.

Mengikut banci tahun 1970 itu, didapati kawasan yang menjadi tumpuan orang Melanau ialah Bahagian Ketiga dan Bahagian Keempat. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan mereka ialah kawasan-kawasan hilir sungai Igan, Oya, Mukah, Balingian, Tatau dan Kamena. Pada hari ini ramai orang Melanau itu tinggal di daerah-daerah Sarikei, Sibu, Binatang dan Mukah. Bilangan mereka yang paling ramai dalam dua daerah yang terakhir itu. Berpandukan bancian tahun 1960, terdapat seramai 44,661 orang Melanau. Daripada jumlah itu seramai 31,770 orang beragama Islam, 2050 orang beragama Kristian dan seramai 10,841 orang yang masih tidak beragama pagan (Lee Yong Peng, 1970:70). 2.6 Suku Kaum Di seluruh negeri Sarawak terdapat tiga kaum Melanau. Ketiga-tiga kaum itu terdapat dalam perkampungan yang sama. Pembahagian itu dibuat berdasarkan kepada agama yang mereka anuti. Golongan pertama dikenali sebagai Liko, iaitu yang masih mengamalkan kepercayaan animisme ataupun pagan. Kumpulan kedua ialah yang beragama Kristian dan golongan yang ketiga ialah yang beragama Islam. Walaupun mereka ini berlainan agama tetapi mereka hidup dalam keadaan harmoni. Leigh M. (1975:143) membahagikan suku bangsa Melanau kepada beberapa suku yang lebih kecil berdasarkan pada kawasan, iaitu suku Matu, suku Melanau-Bintulu, suku Rejang. suku Seduran dan suku Tanjung. Leach (1950:53) meletakkan suku bangsa ini di dalam kategori Para-Malay yang dipecahkan kepada dua iaitu orang-orang Segan (Melanau-Bintulu) dan Liko (Melanau Mukah-Oya). Orang-orang Segan dipercayai berasal dari orang-orang Penan dan Kajang yang telah menetap, manakala Liko pula merupakan cabang daripada kumpulan Kanowit.

Orang Melanau

2.7

Bahasa Bahasa pertuturan anggota kaum Melanau sehari-hari ialah bahasa Melanau.

Bahasa Melanau ini walaupun berbeza dari bahasa Melayu, terdapat juga persamaan dari segi setengah-setengah perkataan. Bahasa Melanau mempunyai dialek-dialeknya tersendiri. Clayre (1970:330-352) berpendapat bahawa bahasa Melanau terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan-kumpulan itu dikenali sebagai kumpulan Tengah yang terdapat di persekitaran Sungai Igan, Oya, dan Mukah. Kumpulan kedua kumpulan Selatan iaitu yang tersebar dari persekitaran Sungai Rejang iaitu dari Rejang dan Matu hingga ke daratan Kanowit. Kumpulan ketiga pula dikenali sebagai kumpulan Utara yang tersebar dari Balingian hingga ke Bintulu dan mungkin juga mencakupi Sekapan di Belaga. Bagi kumpulan Tengah dan Selatan, penggunanya tidak ada masalah untuk berhubung dengan menggunakan dialek masing-masing. Kesulitan timbul bila kumpulan Utara dan Tengah cuba berhubung dengan dialek masing-masing. Aikman (1959:86) berpendapat bahawa bahasa Melanau mempunyai persamaan dengan bahasa Bidayuh. Lebih kurang 40 peratus daripada perkataan-perkataan dalam bahasa Melanau mempunyai persamaan dengan bahasa Bidayuh. Contoh perkataan dalam bahasa Melanau:

pagi = Song, Badik ,suab Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Nya'am, Anum Siapa = Sai, Yai Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin Apa = Inou, Nau Khabar = Dengah Bagus = Da'au,Dao, diak Bila = Pidan ,Paya Siapa = Yai, sai Kenapa = Inauhal,Wakno, minew kamu = mo, kan ,ka'au tidur = tudui,Tudoy,Tudoi kentut = petut,pangai jalan = sibal,Makau 6

Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)


Bangun = Pitah Hantar = Tuloi Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Anum Siapa = Sai Awak = Mo Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebuk Apa = Waknou,wakno Khabar = Britah Jalan = Makau Mandi = Temuk Duduk = Munguk berdiri = Tiger baring = Beleg kencing = Besinik berak = Betae tandas = Jamben/Jelatong/Jungah Bodoh = Badik tak tahu = Mey Tao tahu = Tao tidak = Mey tunggu = Lo menuggu = Lulo besok = Song nah hari = law itu = idun,idu buku = bub main = pelik,plik kahwin = nikah tumbuk = bukut miang = keranau 7

tua = lakey,lakei awan = aub rindu = beraie buah pisang = balaq buah nanas = pisang sepupu = jipo mati = matai hantu = pengamo, to perkakas = kereben gaduh = pedalo

2.8

Sistem Kekerabatan Sistem kekerabatan orang Melanau tidak memberatkan mana-mana pihak, sama

ada sebelah bapa atau sebelah ibu dalam menggalurkan keturunan, yang biasanya dikenali sebagai bilateral. Sistem bilateral ini mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya yang ketara ialah monogami. Poligami ada juga jga diamalkan tetapi tidaklah lama. Dari segi penempatan tempat tinggal selepas berkahwin adalah berbentuk matrilocal. Terdapat juga penempatan berbentuk neolocal. Dalam komuniti Melanau tidak ada beza-membeza antara kerabat sebelah ibu dan kerabat sebelah bapa. Juga, tidak ada terminologi kekerabatan yang khusus untuk kerabat sebelah bapa atau sebelah ibu. Terminologi yang sama digunakan untuk kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, kamena tina (emak saudara) digunakan meluas sekali dan boleh merangkumi kakak dan juga adik perempuan sebelah ibu atau adik perempuan sebelah bapa. Keadaan yang sama wujud dengan terminologi parai jieng uling (sepupu). Perlu ditanya lebih lanjut sama ada sepupu sebelah ibu atau bapa. Pada dasarnya dalam menggalurkan keturunan, prinsip inclusion dan exclusion seperti yang terdapat dalam sistem unilineal tidak diamalkan oleh komuniti Melanau. Dalam menentukan kerabat, di samping secara hubungan darah dan perkahwinan, mereka membahagikan kerabat seseorang berdasarkan dua prinsip iaitu secara generasi dan secara collateral-remoteness (Morris, 1953:65). Hubungan kerabat secara generasi dilihat dari segi hubungan ego dengan bapa, datuk, moyang, cucu, cicit dan seterusnya. Manakala secara collateral-remoteness ini ialah sejauh mana kedudukan seorang individu dari ego. Tiga pupu dan empat pupu masih dikira dekat sekiranya mereka tinggal dalam kelompok atau dalam kawasan yang sama. Mereka membezakan antara saudara jauh dengan saudara dekat berasaskan

kepada jurai keturunan ego. Saudara jauh dikenali sebagai parai jau. Saudara dekat dikenali sebagai parai jani. Yang tergolong dalam parai jani ialah ketu- runan ego sendiri, anak-anak dan cucu. Antara mereka yang tergolong dalam parai jau ialah pupu seperti pupu ketiga, keempat dan seterusnya. Mereka yang tergolong sebagai sera dai (orang lain) dikira sebagai orang luar kepada kelompok perkerabatan mereka. Terminologi kekerabatan yang mereka gunakan berbentuk classificatory yang bermakna bahawa satu-satu terminologi itu digunakan untuk lebih dari seorang, seperti bapa saudara. Bagi terminologi bapa saudara dan emak saudara" boleh merangkumi saudara sebelah ibu dan juga sebelah bapa. Terminologi perkerabatan orang Melanau boleh dibahagikan kepada dua, iaitu consanguinous kin dan affinal kin. Consanguinous kin berkisar di sekitar keluarga asas dan affinal kin tergolong sebagai hasil daripada perkahwinan. Jadual I menunjukkan terminologi yang digunakan bagi keluarga asas. Dari Jadual I dapat dilihat bahawa terminologi akak itu digunakan untuk abang dan kakak. Jadi tidak terdapat perbezaan dari segi terminologi sebutan dan terminologi panggilan untuk abang dan kakak. Babaddau ialah terminologi yang digunakan bagi perempuan yang dimadu. Madu yang lebih muda memanggil yang lebih tua akak dan madu yang lebih tua akan memanggil madu yang muda adik sebelum nama. Panggilan seperti adik dan kakak ini juga digunakan pada orang luar dari keluarga. Individu yang diberikan gelaran adik ataupun "akak itu terpaksa mempunyai ciri-ciri sesuai dengan gelaran ataupun panggilan yang diberikan kepadanya. Anak sulung dalam keluarga dipanggil sulung atau ringkasnya long. Apabila anak sulung telah berumah tangga dan mendapat anak ia dikenali sebagai wa. Anak kedua dalam famili dikenali sebagai anjang, yang ketiga sebagai ngah bererti tengah dan yang keempat sebagai udak yang (bererti yang muda). Manakala anak yang bongsu dikenali sebagai usu. Imuk merupakan panggilan kepada anak-anak yang disayangi tanpa mengira anak laki-laki ataupun perempuan. Manakala du ialah panggilan bagi anak-anak yang dimanjakan terutamanya anak-anak perempuan.

Anggota Keluarga Asas Emak

Terminologi Sebutan Inak

Terminologi Panggilan Inak, emak (selalunya mak digunakan) Apak, pak (selalunya pak digunakan)

Bapa

apak, tama

Anak Abang

anak akak

Nak

ataupun

panggilan

nama akak, akak + nama

seperti akak Rahman Kakak Adik akak tari Jadual I Akak, akak + nama Biasanya panggil nama

Masih terdapat terminologi lain yang digunakan untuk membezakan antara dua anak keturunan. Anak yang dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi berlainan bapa dikenali sebagai parai asou (saudara manjing). Terminologi ini tidak digemari kerana sebutan itu tidak enak didengar. Bagai consanguinous kin yang terkeluar dari keluarga asas, penggunaan terminologi itu tidak juga membezakan antara kerabat sebelah ibu dan sebelah bapa. (Lihat Jadual II).

Anggota Keluarga Datuk, nenek

Terminologi Sebutan Tepou azam

Terminologi Panggilan Tepou azam atau dipanggil tepou; kerap juga dipanggil nek atau atuk

Cucu

Azam

Imok;

dipanggil

nama

timangan atau nama sahaja Cicit Moyang Bapa saudara Emak saudara Anak saudara Sepupu Dua pupu Tiga pupu Abang sepupu Icit Tepou mayang Kamama tama Kamena tina Anak menakan Parai jien uling Parai bau uling Parai lauling Teka parai Jieng uling Emak saudara sepupu Anak saudara sepupu Kamena parai jieng uling Manai parai jieng uling Jadual 2 abuk nama nama Tepou azam tuu Bapa, apak, pak Inak, mak nama nama nama nama akak

2.9

Ekonomi Orang Melanau terkenal sebagai ahli pelayaran dan pembuat perahu (Archer,

1964:9). Di samping itu, mereka juga terkenal sebagai pengeluar sagu dan pengeksport sagu sejak tahun 1840-an lagi (Jackson, 1976:43). Tetapi perusahaan sagu ini telah 10

merosot dan sejak itu menimbulkan.perubahan corak ekonomi orang Melanau. Mengikut Lee Yong Peng (1970:73), 86 peratus daripada orang Melanau melibatkan diri dalam kegiatan pengeluaran peringkat pertama yang dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu menanam padi (30.2 oeratus), menoreh getah (27.3 peratus), pengeluaran sagu (24.3 peratus), membalak (9.0 peratus) dan menangkap ikan (8.4 peratus). Di Bintulu, sebahagian besar daripada orang Melanau menjadi nelayan. Nelayannelayan di Bintulu terkenal dengan kerajinan mereka. Di tempat-tempat lain seperti Mukah, Oya dan Dalat, orang-orang Melanau menanam padi, menoreh getah, membalak dan menangkap ikan. Kegiatan inilah yang menampung kehidupan mereka. Panau merupakan teknik tradisi menangkap ikan yang masih diamalkan oleh orang Melanau hingga ke hari ini. Tujuan utama memanau ialah menangkap ikan duih (bawal). Dengan cara panau ikan jenis lain juga ditangkap. Memanau ini amat rumit. Mereka menggunakan sejenis pukat yang dikenali sebagai idus. Berbagai upacara magis dilakukan dan nelayan-nelayan yang ikut serta dikenakan berbagai pantang-larang (Jamuh, 1973: 29-30). Kebanyakan upacara dan pantang-Iarang itu telah diketepikan. Hari ini lebih banyak barung (perahu) yang digunakan itu telah menggunakan jentera. Barung dibuat sebegitu rupa supaya ianya boleh menghadapi gelora laut. Panjangnya lebih kurang 9.1 meter dan lebarnya 2.4 meter. Layar masih digunakan, terutamanya untuk kegunaan semasa kecemasan. Panau orang Melanau ini dipercayai digunakan oleh mereka sejak tahun 1870 ataupun lebih awal dari itu. Pukat yang mereka gunakan itu mengikut Ellistone, . . . may have derived from description of demonstrations of Malay lift-nets by visitors from Trengganu. (1967:16). Unjang daun nipah diperlukan untuk menangkap ikan secara panau. Unjang daun nipah menjadi daya penarik untuk mengumpulkan ikan bawal pada satu tempat. Dengan cara ini memudahkan usaha memerangkap ikan. Untuk mempastikan daun nipah itu berlabuh pada tempat yang sama, pada bahagian hujungnya diikat dengan batu. Pelampung yang diperbuat daripada buluh dipasang pada bahagian atas tiap-tiap rotan pengikat umpan itu. Umpan itu dicampak ke dalam laut di kawasan 24 kilometer pantai dan ditenggelamkan sedalam tiga hingga enam depa daripada paras permukaan air. Setelah umpan dicampak ke dalam laut, dibiarkan di situ beberapa hari untuk memberi peluang kepada ikan-ikan berkumpul dan menikmati umpan itu. Selang beberapa hari umpan itu diangkat secara bergilir-gilir. Tiba sahaja di tempat umpan itu, salah seorang daripada awak-awak menarik naik umpan itu ke permukaan air. Bila beliau dapati banyak ikan berkumpul pada umpan itu maka pukat dilabuhkan. Bila ikan itu berada dalam lingkungan, pukat berbentuk tiga segi itu segera diangkat naik oleh awak-awak yang berada di atas bot. Dalam satu hari mereka beroleh tangkapan antara 60 hingga 900 kilogram, terutamanya pada musim banyak ikan bawal. Walaupun begitu pada masa-masa tertentu 11

mereka sukar untuk mendapatkan 90 kilogram. Hasil tangkapan dibahagikan antara awak-awak dan tuan punya bot. Cara pembahagian itu dilakukan seperti berikut, satu bahagian untuk bot, satu bahagian untuk pukat, dua bahagian untuk enjin, dua bahagian untuk jeragan dan satu ba- nagian untuk tiap-tiap seorang awak. Pembahagian itu dilakukan secara bagi ikan. Tiap-tiap bahagian seharusnya mempunyai jumlah ikan yang sama banyak. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai pilihan cara lain untuk membahagikan hasil tangkapan. Mereka jual kesemua ikan itu dan membahagi-bahagikan jumlah wang yang diperolehi hasil dari jualan tangkapan itu. Terdapat dua tempat di mana seorang nelayan itu boleh menjualkan hasil tangkapannya. Pertama, beliau boleh menjual kepada pemilik modal sendiri, iaitu tuan punya bot dan peralatan menangkap ikan yang terdiri daripada taukeh-taukeh Cina. Kedua, beliau boleh menjualkan hasil tangkapan kepada Persatuan Nelayan. Sering kedengaran keluhan nelayan yang menjualkan ikan kepada orang tengah bahawa mereka sentiasa tertipu. Pemerasan berlaku dalam dua keadaan, pertama, orang-orang tengah membeli ikan dengan harga yang murah dan kedua, kadangkala berlaku perbuatan curi mata dacing oleh pemborong-pemborong ikan. Ini menjejaskan pendapatan nelayan yang turut mengakibatkan nelayan sentiasa miskin. Di samping terkenal sebagai nelayan yang gigih, orang Melanau juga terkenal sebagai pengeluar sagu yang handal. Sagu yang mereka proses bermutu tinggi dan mendapat harga yang tinggi di pasaran. Pokok-pokok rumbia tumbuh dengan banyaknya di kawasan-kawasan paya berhampiran dengan sungai. Pokok-pokok itu ditebang untuk mendapatkan sagunya. Biasanya menebang pokok sagu adalah menjadi tanggung jawab ataupun tugas orang laki-laki. Mereka menebang pokok rumbia dengan menggunakan parang (parang tabo). Mula- mula mereka mencari pokok rumbia yang besar yang dijangka akan mendatangkan hasil yang banyak. Setelah ditemui meraka menebang dahan-dahan kecil. Dahan-dahan kecil itu diletak melintang pada tempat yang mereka jangkakan pokok rumbia yang mereka tebang itu akan tumbang. Ini perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada pokok rumbia yang tumbang itu terbenam dalam tanah paya. Setelah tumbang, mereka melicinkan pula kulit batang rumbia itu untuk memudahkan mereka menggolekkannya ke sungai dan mengelakkan daripada tangan mereka luka terkena batang rumbia itu. Batang-batang rumbia itu dipotong tiap satu panjangnya 1.2 meter. Batang-batang rumbia yang telah mereka golekkan ke dalam sungai itu diikat rapat-rapat seperti rakit. Kemudian dihanyutkan ke tempat hendak memprosesnya. Sesampai di kampung, batang rumbia itu dinaikkan ke darat dan kulitnya dikupas. Mereka kemudian memotong lagi batang-batang rumbia itu hingga menjadi pendek dan kecil. Kemudiannya batang-batang rumbia yang telah dipotong pendek itu dihantar ke 12

kilang untuk diparut. Kemudian mereka membawa balik sagu itu untuk diinjak-injak. Menginjak ini lazimnya adalah tugas orang perempuan. Menginjak ini dilakukan atas pelantar khas yang dipanggil jagan. Jagan ini mereka dirikan di tepi sungai. Menginjak sagu memerlukan air yang banyak. Oleh kerana itu jagan itu didirikan di tepi sungai. Sebidang tikar dihamparkan di atasnya Mereka menginjak atas tikar itu. Pada satu sudut tikar itu (yang berbentuk seperti saluran) diletakkan sebuah baldi untuk menadah air bercampur sagu. Proses menginjak ini mereka lakukan berkali-kali sehingga air yang mengalir ke dalam baldi itu menjadi jernih. Hampas sagu itu dibuang ke dalam sungai. Setelah air bercampur sagu ini terkumpul pati sagu yang dikenali sebagai lemantak mendap dalam baldi. Lemantak itu kemudiannya dikeringkan. Bila sudah dikeringkan lemantak itu boleh dijual. Biasanya ia dijual kepada peniaga-peniaga Cina.

2.10

Perayaan Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April

setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan. Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

13

Perayaan Kaul di Mukah 2.11 Perkahwinan Perkahwinan itu penting dalam kegiatan pembiakan manusia dan merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan antara dua keluarga yang tidak mempunyai hubungan kekerabatan. Mereka yang belum kahwin dan belum mampu, pasti mempunyai cita-cita untuk mendirikan rumah tangga. Cuma masa dan keadaan yang akan menentukannya. Perbuatan bersekedudukan boleh dikatakan tidak berlaku dalam kalangan orang Melanau kerana ini bertentangan dengan kehendak agama dan adat resam mereka. Lagipun masyarakat memandang perbuatan bersekedudukan itu sebagai perbuatan keji yang menjadi buah mulut orang kampung. Mereka berharap setiap perkahwinan akan berterusan dan berpanjangan sehingga akhir hayat. Sungguhpun penceraian senang berlaku tetapi tidak bermakna suami boleh menceraikan isteri sesuka hati. Seseorang yang pemah bercerai menghadapi kesulitan untuk berkahwin semula, terutamanya dalam kampungnya sendiri, kerana ibu bapa gadis keberatan untuk melepaskan anak perempuan yang telah anda untuk mendapatkan suami baru. Janda juga sulit untuk mendapatkan suami baru, kerana ia dianggap sebagai perempuan yang tidak tahu mengambil hati suami. Pada keseluruhannya, orang Melanau kahwin dalam peringkat umur yang muda. Peringkat umur yang ideal bagi mereka ialah dalam lingkungan umur 20 tahun. Anak dara yang lambat kahwin dikatakan tidak laku. Manakala laki-laki pula ke- lakuannya mungkin har dan anggapan komuniti bahawa laki-laki itu lemah tenaga batin. Bagi ibu bapa pula mereka ingin cepat menimang cucu. Perkahwinan merupakan satu upacara penting bagi seseorang individu. Melalui perkahwinan seseorang individu mengalami perubahan dari segi kedudukan sosial. Individu yang telah berkahwin dianggap telah dewasa. Persiapan untuk menjayakan satu-satu 14

upacara perkahwinan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Peringkat-peringkat yang mesti dilalui ialah merisik iaitu mencari pasangan yang sesuai, upacara pertunangan dan akhir sekali upacara perkahwinan (akad nikah dan bersanding). Upacara akad nikah dan bersanding ini diadakan secara besar-besaran. Kenduri besar-besaran diadakan. Sanaksaudara, jiran-jiran dan sahabat handai dijemput menghadiri majlis itu. Biasanya upacara baca nikah dan akad nikah diadakan pada malam sebelum hari persandingan. Ada juga mereka yang mengadakan upacara akad nikah pada hari persandingan. Upacara akad nikah ini dilakukan di hadapan Imam di rumah pihak perempuan. Upacara ini kadangkadang memakan masa yang lama, terutamanya bila laki-laki sukar menjawab dengan jelas bacaan nikah. Selesai upacara ini, diadakan pembacaan doa selamat untuk meminta restu Allah. Keesokan harinya diadakan upacara persandingan ataupun berbandin.

Persandingan biasanya dilangsungkan waktu petang, antara pukul empat hingga lima petang. Rombongan laki-laki akan berarak mengelilingi kampung terlebih dahulu sebelum ke rumah pengantin perempuan. Berbandin itu dilangsungkan lebih kurang sepuluh hingga dua puluh minit. Serentak dengan itu diadakan upacara menepung tawar dan merenjis air mawar oleh para jemputan. Pada sebelah malamnya pula diadakan jamuan nasi temuan. Semasa jamuan ini diadakan upacara suap-menyuap antara kedua pengantin. Pada malam yang sama juga diadakan upacara bergendang. Ini merupakan pesta tari-menari. Gendang dipukul oleh orang perempuan yang berkumpul di belakang tabir yang jarang. Hadirin dijemput menari tetapi yang selalu menari ialah laki-laki berpasangan sesama laki-laki. Upacara bergendang ini berlarutan hingga tengah malam. Selepas selesai upacara-upacara tadi, pasangan pengantin baru perlu tinggal bersama keluarga perempuan selama tiga hari. Kemudian diadakan upacara bertandang ke rumah laki- laki. Pengantin perempuan bermalam di rumah keluarga suaminya sekurangkurangnya satu malam. Ini memberi peluang kepada keluarga laki-laki untuk mengenal dan bermesra dengan pengantin perempuan. Pada keesokannya (kalau ia bermalam semalam) pengantin perempuan bersama suaminya berangkat balik ke rumah ibu bapanya. Selepas tujuh hari persandingan diadakan pula upacara membuang pantang di tepi laut dengan harapan laut akan membawa jauh segala malapetaka yang menyelubungi pasangan suami isteri baru itu. Mereka beramai-ramai bersuka-sukaan serta mandi-manda di tepi laut. Bukan semua upacara perkahwinan disambut secara besar- besaran. Ini bergantung kepada jenis perkahwinan. Upacara perkahwinan yang dikenali sebagai peramas, iaitu perkahwinan pasangan hasil daripada ditangkap basah diadakan secara kecil-kecilan. Persandingan 15

boleh diadakan jika mahu, tetapi hanya setelah pengantin laki-laki selesai membayar segala denda yang dikenakan kepada keluarga laki-laki. Antara denda itu ialah berian sebanyak $60.00 belanja hangus $60.00 sebuah kelambu dan katil.

Perkahwinan kaum Melanau 2.12 Makanan Makanan kaum Melanau di Sarawak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran dan bentuk muka buminya yang membekalkan pelbagai sumber pencarian makanan. Antara makanan umum Melanau ialah: Beras huma: nasi daripada padi huma. Ayam pansuh: ayam dimasak dengan serai dalam batang buluh. Sagu: dibuat tepung untuk asas hidangan lain seperti: Tabaloi/Tebalai: biskut daripada sagu dan kelapa parut. Linut

Umai: ikan mentah dengan jus limau nipis, bawang merah dan cili. Lazim dimakan dengan sagu.

16

Sagu 2.13 Kepercayaan Dalam kalangan orang Melanau ada yang beragama Islam, ada yang beragama Kristian dan ada yang pagan. Walau apa pun agama yang mereka anuti, mereka tetap juga percayakan kepada kuasa-kuasa ghaib ataupun kuasa luar biasa. Kepercayaan mereka kepada kuasa ghaib telah menjadi satu ciri kaum tersebut. Dipercayai juga bahawa kebanyakan daripada kepercayaan serta amalan ilmu ghaib yang terdapat dalam kalangan orang Melanau ini dipelajari daripada orang Melayu (Sarawak) (Roth, 1968:123). Mengikut kepercayaan orang Melanau, manusia merupakan gabungan daripada empat unsur iaitu badan, roh (soul), perasaan dan nyawa. Untuk membolehkan seorang itu hidup dan sihat, keempat-empat unsur hendaklah bersatu tanpa gangguan. Manusia tidak terlepas daripada mengalami kemalangan dan penyakit. Mereka percaya bahawa satu-satu kejadian kemalangan atau mengidap sesuatu penyakit itu berpunca daripada tindakan mereka yang melanggar adat, diserang oleh hantu ataupun dibuat oleh ahli sihir. Kalau seorang itu diserang penyakit, mula-mula perasaannya terganggu dan rohnya tidak lagi tenteram. Roh tadi akan meninggalkan badan dan berjalan menuju ke alam baka. Semua orang Melanau mempercayai wujudnya kuasa halus (spirits). Klasifikasi umum makhluk halus dibuat berdasarkan tempat tinggal mereka. Mereka dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hantu Air, Hantu Hutan dan Hantu yang tinggal di udara. Orang Melanau juga mempercayai bahawa makhluk halus itu ada yang jantan dan ada yang betina. Mereka mempercayai bahawa hantu-hantu itu tidak mengganggui manusia sekiranya mereka dapat hidup dengan selesa dan tenteram. Tetapi, kalau makhluk halus itu hidup susah dan tidak cukup makan mereka menjadi bahaya dan mengganggu manusia. Makhluk-makhluk ini boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Mereka juga takut kepada hantu-hantu yang terdapat pada dakan. Dakan ialah patung yang dibuat khas untuk mengubat pesakit yang dirasuk hantu. Dakan merupakan 17

patung manusia yang dibuat daripada kayu atau batang sagu. Jadi. bila dijampi serapah, hantu yang menyerang pesakit itu akan lari masuk ke dalam dakan itu. Hantu yang terdapat pada dakan itu adalah hantu yang ganas dan yang membawa bencana kepada manusia. Namun begitu terdapat juga hantu yang baik dan boleh menolong manusia, seperti gembaran. Gembaran ini boleh digunakan untuk melindungi pemeliharanya daripada teraniaya oleh musuh. Orang Melanau juga mempercayai bahawa pernah terjadi manusia berkahwin dengan makhluk halus. Makhluk halus yang dimaksudkan ialah Kibanaran yang menyerupai orang bunian dalam kepercayaan orang Melayu. Bezanya Kibanaran dengan manusia ialah tulang selbi Kibanaran lebih panjang berbanding dengan tulang selbi manusia. Dalam hubungan mereka dengan kuasa luar biasa, orang Melanau cuba berbaikbaik di samping mencuba menguasai kuasa luar biasa. Tujuan menguasai kuasa luar biasa ialah untuk kegunaan dan kepentingan komuniti. Mereka mempercayai bahawa kuasa luar biasa boleh mendatangkan penyakit dan kuasa luar biasa juga membantu mengubati penyakit. Hantu dan juga kuasa ghaib lain boleh secara ghaib, memberi kesan atau mempengaruhi semangat seseorang. Menurut ahli ilmu ghaib, hantu itu berada di meratarata tempat. Jika seorang itu secara tidak sengaja menceroboh tempat tinggal hantu, maka ini membangkitkan kemarahan hantu. Akibat daripada pencerobohan itu seorang itu akan dihukum oleh hantu dengan cara mendatangkan penyakit atau lebih teruk lagi mungkin hantu itu merasuki orang itu. Bukan semua orang tahu dan mahir dalam kegiatan ilmu ghaib. Terdapat beberapa orang tertentu yang bergiat dalam lapangan ilmu ghaib. Oleh sebab rintangan inilah, maka pengamal ilmu ghaib dapat diupah menggunakan hantu peliharaannya untuk

mencederakan musuh. Timbulnya kegiatan mengkhianati orang lain secara ilmu ghaib ini berpunca dari perasaan dengki atau membalas dendam terhadap musuh. Suasana seperti ini mencetuskan perselisihan dan syak wasangka antara satu sama lain, khususnya bagi mereka yang percayakan ilmu ghaib. Pengamal ilmu ghaib yang selalu melakukan kegiatan ilmu ghaib kerana kebolehan dan keahlian dalam lapangan itu membolehkan mereka berhubung dengan kuasa luar biasa. Jadi, mereka dapat dianggap sebagai penghubung dengan kuasa luar biasa. Sebagai orang perantaraan dengan alam ghaib mereka memujuk, merayu, serta menghalau makhluk halus yang jahat untuk kepentingan komuniti. Juga, dalam keadaan yang begini masyarakat takut kepada pengamal ilmu ghaib.

18

Patung Dakan 2.14 Pantang-Larang Berhubung dengan memanau ini ada beberapa pantang-larangnya. Antaranya ialah: Mereka tidak boleh membawa pisau atau parang yang terendam dalam air kerana mereka mempercayai bahawa ini akan melemahkan pandangan awak-awak dan mengakibatkan mereka sukar untuk menemui tempat yang terdapat banyak ikan. Mereka tidak boleh membawa bersama-sama buah baun. Mereka mempercayai bahawa umpan yang mereka campakkan ke dalam laut menjadi masam dan menyebabkan ikan menjauhkan diri dari berkumpul pada umpan tadi. Ikan yang ditangkap secara panau tidak boleh dibakar di tepi blanga untuk membuat sagu. Perbuatan seperti itu menyebabkan mata jeragan menjadi kelabu dan beliau mengalami kesulitan untuk menentukan kawasan-kawasan yang mempunyai banyak ikan. Lantaran itu terdapat berbagai pantang-larang dalam kalangan orang Melanau. Pantang-larang ini terdapat dalam segenap segi hidup seperti sewaktu menangkap ikan,

19

ketika mengandung, memerangkap binatang, waktu belayar, menggali kubur serta kematian dan bermacam-macam jenis pantang-larang lagi. Anggota komuniti menjangka semua pantang-larang itu hendaklah dipatuhi. Sekiranya mereka gagal mematuhinya ini dipercayai akan mendatangkan kesan yang tidak baik seperti sakit dan sebagainya. Tetapi sekiranya diteliti semua pantang-larang dalam kalangan orang Melanau, didapati amat sukar untuk mereka membuat sesuatu. Dalam membuat sesuatu itu sekiranya mereka terlupa mematuhi sesuatu larangan itu mereka terpaksa menangguhkan kerja itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa banyak pantang-larang itu tidak dipatuhi lagi oleh orang Melanau. Seperti masyarakat etnik yang lain, masyarakat Melanau juga mempunyai pantang larang dan amalan tertentu dalam aspek kelahiran. Ini merangkumi peringkat sewaktu mengandung, semasa bersalin dan selepas lahir. Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan oleh wanita hamil di kalangan masyarakat Melanau, namun begitu mereka juga terikat daripada mengamalkan pantang larang. Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak bergantung kepada faktor pemakanan seperti: Tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam dan petai kerana badan akan menjadi busuk. Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam. Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan. Larangan ini juga tidak terhad kepada wanita hamil tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendaki menjauhi beberapa perkara: Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

20

Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya.

21

3,0

BAHAGIAN B Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun

menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni. Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara. Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Zaba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya Melayu. Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk 22 dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja

Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undangundang dan naturalisasi secara permohonan. Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya. Salah satu pemimpin tempatan iaitu Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu", Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih. Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan

23

penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah. Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921. Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya. Selain itu, Dol Said atau nama sebenar Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, 24

Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832. Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch). Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri. Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal. Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di 25

kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman. Punca utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang, terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British ke atas kawasannya. Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford (Pemangku Residen British Pahang ketika itu) mengetahui hal tersebut, beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan telah mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan. Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling 26

sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap. Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime" yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besarbesaran sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861. Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri 27

Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat India Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikutpengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Syarikat India Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Syarikat India Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa. Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya pada 31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah 28

berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutpengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau. Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guruguru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College. Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Zaba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut. 29

Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun.

Pada 1 Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka mengangkat sumpah jawatan pada 9 Ogos 1955.

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.

Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan menggugat keselamatan dan ekonomi negara.

Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil RajaRaja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan 30

di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.

Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah.

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.

31

4.0

Kesimpulan Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabishabisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.

Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun padapertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum cina dan india secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan. Kaum utama di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik yang lain.

32

5.0

Refleksi

Muhammad Hasbi bin Bidi Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik ini dengan kerjasama yang jitu daripada rakan sepasukan saya iaitu Haritharan a/l Chandran. Kerja kursus Hubungan Etnik pada kali ini bagi saya amat menarik kerana saya dapat belajar pelbagai perkara mengenai kaum yang belum pernah saya dengar sebelum ini dan saya juga dapat mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh yang banyak berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara dan jerit perih masyarakat zaman dahulu untuk menuntut kemerdekaan negara pada tahun 1957 yang lalu. Dalam melaksanakan tugas pertama, kami telah dibahagikan mengikut kaum masing-masing. Kami telah mendapat tajuk mengenai etnik Melanau. Setelah menjalankan tugasan ini, saya dapat menimba ilmu yang berharga mengenai etnik yang banyak terdapat Sarawak. Fakta menarik mengenai kaum Melanau yang dapat saya timba adalah, mengenai keunikan adat dan budaya perkahwinan mereka. Budaya ini tidak saya temui di negeri saya iaitu Terengganu. Tetapi tidaklah pula dapat saya kaji simbolik di sebalik budaya yang diamalkan tersebut. Perkara kedua yang dapat saya tahu dan kenali mengenai kaum Melanau adalah mengenai kepercayaan yang menebal dalam masyarakatnya. Ada dalam kalangan masyarakat Melanau hari ini yang masih mengamalkan ilmu kebatinan yang berbahaya. Antara ilmu yang paling digeruni adalah ilmu yang menggunakan patung dakan. Hal ini mungkin berkait rapat dengan perasaan dendam dan rasa tidak puas hati terhadap seseorang. Namun begitu, hanya segelintir sahaja yang masih mengamalkannya dan pegangan agama yang kuat telah menyekat masyarakat ini daripada terus melakukannya. Fakta ini mengajar saya bahawa setiap etnik itu mempunyai ilmu dan kebolehan yang tersendiri yang patut kita tahu sebagai untuk menambah ilmu pengetahuan sedia ada. Namun begitu, saya tidak seharusnya memandang serong masyarakat Melanau, hanya kerana mereka mengamalkan kepercayaan yang dikira melampau ini. Mungkin alasan disebalik perlakuan tersebut adalah berlainan dengan apa yang difikirkan oleh masyarakat umum seperti saya dan setiap individu seharusnya menghormati budaya etnik lain. Semasa menyiapkan tugasan ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh kami sekumpulan iaitu kami kekurangan idea untuk mengarang peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut kemerdakaan. Hal ini sangat mendebarkan kami kerana bimbang jika kami tidak mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

33

Namun begitu, kami telah mengumpul sebanyak fakta yang mungkin dan memilih satu dengan kata sepakat. Kelemahan seterusnya ialah fakta berkenaan kaum Melanau sangat susah dijumpai di perpustakaan. Setakat yang dijumpai hanya dua atau tiga buku sahaja. Hal ini sangat membimbangkan kami kerana maklumat tentang kaum ini sangat sedikit. Walau bagaimanapun, saya cuba mencarinya di laman sesawang dan menjumpai pelbagai sumber yang boleh dipercayai. Antaranya blogspot dan sebagainya. Akhirnya, saya dapat mengumpul maklumat yang banyak, padat dan isi-isi penting. Kesimpulannya, setiap ilmu yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini harus saya guna dan aplikasikan dalam kehidupan saya terutamanya nilai menghormati budaya setiap etnik, amalan memberi dan menerima dan sikap perpaduan dalam hidup bermasyarakat. Untuk bergelar seorang pendidik yang cemerlang, saya harus mengamalkan sikap-sikap terpuji ini dan diharap sikap tersebut dapat dijadikan contoh terbaik kepada murid-murid saya kelak.

34

Haritharan a/l Chandran Kami telah diberikan tugasan projek yang perlu disiapkan secara berpasangan. Ia melibatkan subjek Hubungan Etnik yang berkod WAJ3106. Projek ini memerlukan kami untuk mencari maklumat mengenai sesuatu suku kaum yang dipilih dan juga menyediakan satu penulisan ilmiah mengenai peranan pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut kemerdekaan. Setelah diberikan penerangan serba sedikit mengenai tugasan ini oleh pensyarah, kami telah mengagih-agihkan tugas yang perlu dibuat. Saya mendapat bahagian menyediakan satu penulisan ilmiah mengenai peranan pelbagai pihak di Malaysia dalam menuntut kemerdekaan. Walaupun tugasan telah diagihkan kami tetap tolong antara satu sama lain bagi memastikan tugasan tidak keluar daripada tajuk yang diberikan dan juga membolehkan pancarian maklumat menjadi senang. Kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama ini adalah sesuatu yang penting untuk menyiapkan projek secara berkumpulan. ini telah memberi implikasi kepada saya iaitu saya harus bekerjasama dengan guru lain di mana jua saya berada bagi memastikan sesuatu kerja berjalan dengan lancar dan boleh disempurnakan. Selain itu kita haruslah ada persefahaman dengan ahli kumpulan yang lain agar kita dapat mencapai kata sepakat untuk menyiapkan kerja. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan saya mempunyai persefahaman yang baik dan semua kerja berjalan dengan lancar. Bagaimanapun sikap-sikap ini tidak dapat ditunjukkan setiap masa dalam menyiapkan projek ini kerana kami telah diberi kerja kursus subjek lain pada masa yang sama. saya tidak dapat mengagihkan masa kerana kerja kursus ini terlalu banyak dan saya tidak dapat menentukan mana satu yang saya harus fokus dan menyiapkan dahulu. Sesungguhnya sepanjang menyiapkan projek ini banyak penemuan baru dapat saya alami dan ketahui. Semester ini ilmu tentang Hubungan Etnik menjadi sesuatu baru yang dipelajari oleh saya. Walaupun ini sesuatu baru saya tetap berusaha untuk mengenali segala resos yang dinyatakan dalam subjek ini. Sebagai seorang guru pelatih ataupun menjadi guru kelak kita haruslah bersedia mengahadapi segala cabaran yang dihadapi walaupun dalam akademik atau kehidupan seharian. Selain itu, ada masa saya berasa menyediakan satu penulisan ilmiah ini menyakitkan kepala kerana pencarian maklumat mengenai sejarah merdeka haruslah betul dan sah. Saya terpaksa menyemak semula buku-buku berkaitan sejarah Malaysia dan buku

35

rujukan lian untuk memastikan maklumat yang dicari adalah sah. Semua ini melatih saya untuk lebih bersabar dan membuat kerja dengan cermat. Apabila kita tidak menemui apa yang kita cari kita tidak harus merasa berputus asa dan berusaha mencarinya. Perkara yang tidak dapat diterima adalah masalah laman sesawang yang lembab. Semasa membuat tugasan ini, satu kelebihan yang ada pada kami adalah penggunaan laman sesawang. Ini kerana, sesuatu perkara yang tidak ketahui dapat diakses terus pada masa itu dan mendapat jawapan kepada persoalan yang timbul. Sekiranya, pengaksesan laman sesawang ini lembab maka kerja kami menjadi lambat dan juga masa juga dibazirkan dalam menunggu dalam sesuatu laman sesawang diproses sepenuhnya. Ini menjadi satu kekangan dalam menyiapkan tugasan projek ini. Cadangan saya adalah tugasan kerja kursus atau sesuatu projek haruslah diberi pada minggu yang tidak bertindih dengan tugasan subjek lain kerana ini boleh meningkatkan ketekanan pelajar. Ini kerana mereka tidak menentukan mana satu yang hendak dihabiskan. Mereka akan sentiasa berfikir tentang tugasan lain pada masa mereka tengah membuat sesuatu tugasan dan ini akan berakhir dengan tugasan yang tidak berkualiti dan juga boleh juga mengesan banyak kesalahan dalam tugasan tersebut. Sekiranya hal ini tidak mahu berlaku maka setiap tugasan haruslah diberi pada suatu masa dan diikuti dengan tugasan lain selepas tarikh hantar tugasan sebelumnya. Saya juga mencadangkan pihak institut boleh memasang perkhidmatan jalur lebar yang sentiasa memberi kelajuan pengaksesan laman sesawang yang stabil dan laju. Perkara ini boleh meningkatkan efisiensi pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka dan juga dapat menjimatkan masa mereka daripada menbazirnya menunggu sesuatu laman sesawang itu diproses sepenuhnya. Saya berharap pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini amat berharga dan berfaedah bagi diri saya sendiri dan rakanrakan saya. Apa yang saya pelajari dari guru pemerhati yang begitu berpengalaman adalah sesuatu yang harus diambil berat dan harus dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

36

6.0

Bibliografi

Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1983), Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau (Diakses pada 23 Mac 2013) http://www.nainetphotomania.com/blog/pesta-kaul-masyarakat-melanau-mukah/ (Diakses pada 24 Mac 2013) http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negara (Diakses pada 6 Mac 2013)

http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-kemerdekaan-tanah-melayu.html (Diakses pada 7 Mac 2013)

www.pmr.penerangan.gov.my/...malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html (Diakses pada 7 Mac 2013)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia (Diakses pada 8 Mac 2013) http://ms.wikipedia.org/wiki/Makanan_umum_Melanau (Diakses pada 25 Mac 2013)

37

Anda mungkin juga menyukai