Anda di halaman 1dari 5

Setiap tahun pada 31 Ogos, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan.

Salah satu acara yang diadakan ialah perbarisan yang biasanya diadakan di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur. Ketika itu pelbagai pasukan unit beruniform, badan bukan
kerajaan dan kementerian menyertainya. Mereka menunjukkan kecekapan berbaris di
hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan para menteri. Orang ramai dan para pelancong
tidak melepaskan peluang untuk menyaksikannya.
Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat
Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang
mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan
negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu
sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni.
Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan sejak zaman residen Inggeris di tanah
Melayu seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Dato' Maharaja Lela sehinggalah ke zaman
tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya
diharap dapat mememberi kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar tentang pahit
getir para pejuang kemerdekaan yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu dengan
keringat dan darah. Tokoh-tokoh sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu
seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk
memerdekakan negara kita.
Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk
mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Dengan kemunculan
Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk
Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula
membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir
sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31
Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan
penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia
dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang
dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Beliau berusaha menyatu padukan rakyat yang berbilang kaum dalam usaha
menentang British dan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga berusaha
meningkatkan status ekonomi rakyat dan negara. Beliau turut dikenali sebagai Bapa
Keamanan dan Perpaduan. Ketegasannya dalam membantah pengiktirafan Parti
Komunis Malaya (PKM) sebagai parti sah sewaktu rundingan Baling membolehkan
negara kita bebas daripada ancaman atau pengaruh komunis. Kegigihan, keberanian
dan ketegsan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah.
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri
Malaysiadan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha
Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24
Januari 1971 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan
jawatan Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai
penggantinya.
Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu
untuk memilih Yag di-pertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British.
Perlantikan itu perlu sebagai menandakan ketua Negara di sandang oleh pemerintah
tempatan. Semua raja telah menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang
diwakili Tengku Mahkota , Tunku Ismail.
Pada 5 Ogos 1957, bertempat di King House, Kuala Lumpur, Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani diantara wakil Ratu England dan
Wales, Donald MacGillivaray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dengan
Raja-raja Melayu, Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan dan Dato-Dato Undang
Luak Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan Perjanjian
Persekutuan 1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang mengandungi negeri
yang tersebut di dalamnya sebagai asas Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan
merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Satu jawatankuasa
sambutan besar-besaran telah diatur yang dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin
Hussien. Selain upacara pembarisan ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam
di Kuala Lumpur , tetamu-tetamu kehormat dari luar Negara juga telah dijemput untuk
menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31 Ogos. Dalam hal ini, kesemua
perancangan dirujuk pada kerajaan British di pejabat Tanah Jajahan untuk diluluskan.
Perikatan Pemuda UMNO telah diberi tugas untuk menurunkan bendera
Umion Jack. Tepat pukul 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan
mengikut gema bunyi jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan. Serentak
dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran merah putih dan kotak
biru dengan bulan bintang di tengahnya mendaki gagah menuju ke kemuncaknya.
Sorak sorai dan pekikan Merdeka bergema dan berkumandang di udsrs memecsh
kesunyian malam kota yang dihiasi lampu neon yang bergemelapan di sepanjang jalan
utama . Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan sahut menyahut menandakan
berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu.
Upacara gilang gemilang telah diadakan pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur .
Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang emas dan
bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca pemasyuran Kemerdekaan
dalam bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap paling layak oleh Tunku Abdul Rahman,
wira kemerdekaan negara, untuk nenyatakan kebebasan dan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa
Melayu, bahasa kebangsaan hanya di baca oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di
belakang pentas. Begitulah juga lebih kurang caranya Tunku menghdapi cabaran
peristiwa 13 Mei 1969.
Pada hari kemerdekaan Tunku mengarahjan supaya diadakan perarakan tentera
melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh. Inilah juga
jalan yang diikuti oleh perarakan jenazah anasir komunis yang ditembak mati beberapa
hari sebelum pilihanraya bulan Mei itu. Disinilah juga pertumpahan darah berlaku ketika
rusuhan 13 Mei. Walau bagaimanapun, kehendak Tunku itu tidak mendapat sokongan
sangat daripada orang-orang tertentu yang tidak berapa bersetuju dengan cadangan
tersebut.
Mereka yang membantah memberi alasan bahawa perarakan seperti itu mungkin
akan memprovoke komunis lagi untuk bergiat aktif. Tunku mengatakan bahawa itulah
sebenarnya yang beliau cuba tunjukkan kepada komunis kekuatan sebenar orang
Melayu. Jika menunjukkan kepada mereka kekuatan ketenteraan kita mereka pasti
akan berasa takut. Sebaliknya jika kita lemah, komunis akan mengambil kesempatan
untuk menganggu-gugat kestabilan politik negara.
Kesimpulannya, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk
mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. Generasi muda juga
diharap akan sentiasa berusaha memelihara keamanan dan kemakmuran negara agar
berkekalan. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan melangkah sederap
untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan sambutan hari
kemerdekaan negara. Sambutan hari kemerdekaan diharapkan mampu menjadi
wahana yang penting dalam memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat
tanpa mengira keturunan, bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan
oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan
kaum. Bersyukurlah dan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan negara dan
pemimpin kita yang berjaya menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara
maju, aman dan makmur.




http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/09/sejarah-penubuhan-malaysia-sejarah-hari.html
http://cikguchom.blogspot.com/2013/08/kebaikan-sambutan-hari-kemerdekaan-di.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html
http://ms.shvoong.com/humanities/history/1742509-kemerdekaan-tanah-melayu/#ixzz3AkcYNf2m
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/sentuhan-merdeka/
http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/09/sejarah-penubuhan-malaysia-sejarah-hari.html
http://aydalovemerdeka.blogspot.com/2010/08/perdana-menteri-malaysia-kelima.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
http://hasnulhadiahmad.com/sejarah-kemerdekaan-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai