Anda di halaman 1dari 13

PERSIDANGAN

MALAYA MERDEKA
18 Januari 1956 – Satu persidangan yang dinamakan

Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut

kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di

Lancaster House, London. Persidangan Meja Bulat ini

dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan Perikatan dan wakil-

wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat

Tanah Jajahan British.


PERSIDANGAN
yang berlangsung pada 18 Januari
.
hingga 6 Februari 1956

mengambil masa selama 3 minggu

membincangkan masalah-masalah

seperti :-

Malaya akan
Hal ehwal kewangan,
Penubuhan Jawatankuasa

Bebas Kemerdekaan

merdeka dalam
pentadbiran, keselamatan

dalam negeri, pertahanan


untuk mengkaji dan

lingkungan
dan hal ehwal luar negeri
menyarankan perubahan

dalam perlembagaan

‘British
akan dipegang oleh

menteri-menteri
dengan tidak mengubah

Komanwel Persekutuan Tanah

kedudukan istimewa

Raja-Raja Melayu.
Melayu,
WAKIL PERSIDANGAN
Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh Y.T.M.

Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri

dari :

Dato’ Abdul Razak bin Hussein,


Dr, Ismail Abdul Rahman,
Kolonel H.S.Lee,
Tuan T.H. Tan,
Bahaman Shamsudin.

Wakil-wakil dari Raja-Raja Melayu pula terdiri dari :


Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul

Aziz (wakil Sultan Perak),


Dato’ Nik Ahmad Kamil (wakil Sultan Kelantan),
Encik Abdul Aziz Majid (wakil Sultan Selangor),
Dato’ Mohd. Seth Mohd. Said (wakil Sultan Johor).
P E R J A N J I A N

LONDON
Hasil daripada Persidangan Malaya Merdeka tersebut,

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang juga

dikenali sebagai Perjanjian London telah ditandatangani pada

8 Februari 1956 di Lancaster House, London. Perjanjian ini

ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra,

Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd,

Setiausaha Negara Tanah jajahan British bagi pihak Kerajaan

British.
WAKIL BRITISH
Selain daripada perwakilan daripada Kerajaan

Persekutuan Tanah Melayu, perwakilan daripada

Kerajaan British yang turut serta pada


upacara ini ialah :

Mr. John Hore, Menteri Negara;


Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi British bagi

Persekutuan Tanah Melayu;


Mr. David Watherston, Ketua Setiausaha Persekutuan

Tanah Melayu;
Mr. Oscar Spencer, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Persekutuan Tanah Melayu.


Satu perjanjian dengan

British akan

Tarikh

ditandatangani bagi

menjaga keselamatan
kemerdekaan

Tanah Melayu dan juga


Persekutuan

menjaga kepentingan
Tanah Melayu

ekonomi British di Tanah


ditetapkan pada
Melayu.
31 Ogos 1957.
Parti Perikatan tidak

akan mengambil alih


butiran Institusi raja

perniagaan British
rundingan berpelembagaan

atau kepentingan
dikekalkan.
Barat di Tanah

Melayu.
Pembahagian

Pelantikan sebuah
kuasa antara

suruhanjaya bebas
kerajaan pusat

untuk menggubal
dengan kerajaan

perlembagaan
negeri diteruskan.
merdeka.
Pengistiharan
TARIKH KEMERDEKAAN

Pada 20 Februari 1956, Rombongan Merdeka telah

selamat kembali ke Tanah Melayu. Kepulangan

mereka telah disambut dengan meriah dalam satu

perhimpunan besar-besaran yang telah diadakan

Padang Merdeka, Banda Hilir di Melaka. Tunku

Abdul Rahman Putra kemudiannya telah

mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan

Tanah Melayu.
SURUHANJAYA REID

Susulan daripada itu juga pada 21 Mac 1956,

sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai

Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk mengkaji

dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu sebagai persediaan mencapai


kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Padang Banda Hilir,
MELAKA
Sebelum Stadium Merdeka, Padang Banda Hilir di Melaka menjadi

saksi pertama langkah-langkah awal Tanah Melayu menuju

kemerdekaan.
Menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8

Februari 1956, Almarhum Tunku Abdul Rahman mengumumkan

Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan

rasminya pada 31 Ogos 1957.Padang Banda Hilir dibanjiri 100,000

orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu

dan laungan ‘Merdeka’ bergema sebaik sahaja pengumuman itu

disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai