Anda di halaman 1dari 1

CADANGAN JAWAPAN TEMA UMUM :PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE

ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pada awal tahun 1956, satu delegasi yang terdiri daripada empat wakil Raja, Ketua Menteri
Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri persekutuan serta PesuruhjayaTinggi British di Tanah
Melayu dan penasihatnya mengadakan rundingan di London.Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari
hingga 6 Februari 1956. Selain menentukantarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perundingan tersebut
juga bersetuju untukmenubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan untuk mengatur pertahanan Tanah
Melayu danlebih penting lagi menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM)yang
merdeka.
Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh Lord Reid, dan ahlinya termasukIvor Jennings (British), Sir William
McKell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim AbdulHamid (Pakistan).Suruhanjaya Reid mengadakan
mesyuarat di Tanah Melayu antara bulan Mei danOktober, 1956. Sepanjang mesyuarat diadakan, sebanyak
131 buah pertubuhan dan individumenghantar memorandum kepada Suruhanjaya tersebut. Namun, pendapat
Perikatanmerupakan yang paling penting memandangkan pada peranan yang akan dimainkan
sebagaikerajaan di masa hadapan. Laporan yang panjang dan terperinci disiapkan pada Februari 1957.
Pada masa yang sama, British telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja yang mengandungiempat orang
wakil Raja-raja Melayu, empat orang wakil Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi,Setiausaha Persekutuan dan
Peguam Negara sebagai wakil kerajaan British untuk mengkajiCadangan Suruhanjaya Reid tanpa mengambil
kira bantahan atau pandangan luar.Jawatankuasa ini menyiapkan kerja pada Mac 1957 dan seterusnya
membincangkanbeberapa perkara teknikal dan tambahan yang ingin dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja
dengan Suruhanjaya Reid. Laporan Reid dan tambahan dari pihak Jawatankuasa Kerja
melahirkanlahPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) atau Merdeka Constitution Perjanjian
PTMditandatangani oleh Donald MacGillivray dan Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 di King’sHouse, Kuala
Lumpur dengan menurunkan tandatangan dan cop mohor.

ISI – ISI PENTING PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Terdapat tiga ciri utama dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang bolehdibincangkan dalam
kertas kerja ini. Antaranya:

Ciri 1: Konsep Raja Perlembagaan Diperkenalkan


Semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan, perlembagaan ini telah memulihkan
kedudukan Raja-raja Melayu kepada status quo mereka. ApabilaSemenanjung mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, beberapa pemindahan dilakukan ataskuasa Raja agar selaras dengan konsep demokrasi
berparlimen dan kemerdekaan. SelepasPerjanjian PTM ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, Raja-Raja pun
setuju dengankemerdekaan negara dan menyerahkan kuasa mereka kepada rakyat. Walau
bagaimanapun,kedudukan dan keistimewaan mereka terjamin. Fungsi
mereka telah ditakrifkan olehPerlembagaan. Malah peranan tambahan telah diberikan kepada mereka dalam
peruntukkanPerlembagaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai