Anda di halaman 1dari 12

SUDUT MAKLUMAT

MEMPERINGATI DETIK
pemasyhuran KEMERDEKAAN MALAYSIA

Hasil nukilan:
T.VHEYNTHAN
TAHUN 1(2016)
SJKT GOPENG.

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihanraya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Partiparti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar,
Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan
sebagainya bertanding dalam pilihanraya umum tersebut.Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan
kemenangan dalam pilihanraya, cabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku
Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan
ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai
kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London.
Perjanjian London 1956 ditandatanganipada 8 Februari 1956 yang
menyatakan persetujuan member kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Se kembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956 suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel
ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid
yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakarpakar undang dari Negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh


Majlis Undangan Persekutuan.
Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12
malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di
Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari
pengisytiharan kemerdekaan.
PengistiharanKemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah
JabatanKerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan
dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri
lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan
stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan
lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu
gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar
Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak
adalahTimbalanPengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan
dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menelefonTunku dan
melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan
Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan PesuruhjayaTinggi dilewatkan
satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan
hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar
dengan kadarsegera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju
Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading
dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk
bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of


Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British

berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika


Duke of Gloucester yang merupakanpakcik Queen Elizabeth II masuk
dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh PesuruhjayaTinggi
British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh Sembilan paying kuning,


Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinyaTunku
dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana
merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan
kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada Negara baru ini dan
seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negerinegeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang
antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah
Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan
Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Oleh rakyat sebuah Negara baru yang lahir dari
suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata,
menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi.
Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka
dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang dating dari setiap pelusuk negeri.
Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu
peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat
disanubari sampai mati. Merdeka telah kita milik
'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

31 Ogos merupakan detik yang amat penting buat Negara kita. Pada
tahun 1957, tanggal tersebut merupakan tarikh kemerdekaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) seperti yang dijanjikan oleh
kerajaan British dalam Perjanjian London pada tahun 1956. Setelah
Suruhanjaya Reid selesai digubal dan seterusnya di kuatkuasakan,
Malaysia sudah cukup sedia untuk mula berkerajaan sendiri. Maka,
pada tarikh 31 Ogos 1957, Negara kita secara rasminya diisytiharkan
bebas daripada kuasa asing.

Satu pemasyhuran kemerdekaan dibuat khas untuk detik bersejarah itu


bagi menunjukkan rasa bangga dan semangat patriotis pada tanah air
yang dicintai. Pemasyhuran ini menandakan Persekutuan Tanah Melayu
telah pun dibebaskan daripada penjajahan British untuk selamalamanya.

RentetanPerisitwaPemasyhuranKemerdekaan.

30 Ogos 1957.

Pada malam 30 Ogos 1957, ramai orang berkumpul di hadapan Padang


Kelab Selangor, Kuala Lumpur untuk menantikan detik 12.00 tengah
malam yang menandakan kemerdekaan negara. Apabila jam
menunjukkan waktu 12.00 tengah malam, bendera Union Jack yang
berkibar di padang tersebut diturunkan oleh beberapa orang pemuda
UMNO. Kemudiannya, mereka menaikkan pula bendera Persekutuan
Tanah Melayu untuk menggantikan bendera British itu.

Peristiwa tersebut disaksikan oleh ribuan rakyat Negara dan mereka


bersorak penuh kegembiraan sebaiksahaja bendera tersebut mencecah
bumi. Mereka juga melaungkan MERDEKA untuk menandakan
kemenangan rakyat yang terlepas daripada belenggu penjajah. Malam
itu, sebilangan besar rakyat Tanah Melayu berada di Padang Kelab
Selangor untuk menyaksikan bendera Persekutuan Tanah Melayu
berkibar megah di puncak tiang.

1) Bendera Union Jack diturunkan

2)Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

31 Ogos 1957.

Pemasyhuran kemerdekaan telah dilaksanakan dengan penuh gilang


gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Uniknya, stadium
tersebut hanya siap dibina sehari sebelum pemasyhuran kemerdekaan
diadakan. Bangunan ini dibina khas untuk upacara pengisytiharan

kemerdekaan dan ia telah melahirkan identity kebangsaan kepada


negara yang merdeka.

Ribuan rakyat dating membanjiri stadium tersebut. Setiap tempat duduk


dipenuhi oleh mereka yang sanggup dating jauh demi menyaksikan
pemasyhuranini. Di pentas khas, raja-raja Melayu yang segak dengan
pakaian rasmi songket serta dipayungi dengan paying diraja, duduk
bersemayam bagi menyaksikan pemasyhuran bersamarak rakyat jelata.
Duke of Wellington yang mewakili Ratu Elizabeth turut hadir dan
bersedia dengan dokumen penyerahan kuasa. Beliau telah memulakan
upacara pada hari itu dengan menyampaikan ucapan Ratu England.
Setelah itu, beliau menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan
kepada Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman ibni
AlmarhumTuanku Muhammad, ketua negara Persekutuan Tanah
Melayu. Peristiwa ini menandakan pemulangan semula kuasa politik
Negara kepada pemerintah tempatan setelah diperintah berates tahun
lamanya oleh penjajah.

Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Parti Perikatan


(bakal PerdanaMenteri yang pertama) tampil kehadapan bagi membaca
pengisytiharan kemerdekaan itu dengan lantang sekali. Setelah selesai,
Tunku kemudiannya melaungkan seruan MERDEKA! Sebanyak tujuh
kali. Para penonton yang hadir menyahut seruan Tunku dengan
melaungkan kembali seruan MERDEKA!. Semanga cintaakan Negara
membakar diri mereka ditonjolkan melalui suara lantang mereka
menyambut seruanTunku.

Di sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...

1) Akhba Berita Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah

Melayu

2) Akhbar Utusan Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran


Kemerdekaan

3) AkhbarThe Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan


di muka depannya.

3)Tunku Abdul Rahman memimpin rakyat melaungkan 'MERDEKA'


sebanyak tujuh kali.

Begitulah suasana di Stadium Merdeka pada pemasyhuran


kemerdekaan 1957. Sesungguhnya, kemerdekaan Negara ini adalah
hasil perjuangan keramat setiap rakyat yang berusaha mendapatkan
kemerdekaan untuk negara yang mereka cintai. Kita haruslah
menghargai jasa mereka dengan mengekalkan kemerdekaan Negara
serta memajukan dan menyokong pembangunan negara yang

berlangsung.

SambutanKemerdeka
an Negara Kita..
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai