Anda di halaman 1dari 7

Teks maklumat kemerdekaan

1. Pilihan raya Persekutuan Pertama diadakan pada 27 Julai 1955. UMNO, MCA, MIC,
Parti Negara, PAS dan Parti Buruh bertanding merebut 52 kerusi dipertandingkan.

2. Siti Rahmah rakyat pertama menyerahkan gelang emas (hadiah pernikahan dari
ayahnya) kepada Tunku Abdul Rahman untuk biaya ke London dalam rangka
menuntut kemerdekaan Malaysia dari Inggeris. Dia kemudian dikenal sebagai “Tokoh
Gelang Kemerdekaan”.

Mengimbau peristiwa ucapan Tunku Abdul Rahman pada Persidangan UMNO di


Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka pada 1955.

“Saya ni nak pi (pergi) London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya
jual istana… ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau,
saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.

3. Perjalanan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan ke London


menggunakan kapal. Tempoh belayar digunakan untuk merangka dan menyusun
segala hujah dan membidas segala pertanyaan dan kekeliruan yang akan diajukan
pihak British. Selain memupuk semangat kebersamaan di kalangan delegasi
merdeka. Delegasi pulang menggunakan kapal terbang kerana mereka ingin
menyegerakan berita gembira kepada rakyat tanah air.

Pada 1 Januari 1956, Tunku dan rombongan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan
kapal laut MV Asia dari Singapura. Antaranya, Bahasa Melayu diiktiraf sebagai
bahasa kebangsaan. selain itu bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi
lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan
berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu.

Kemudian bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu


kebangsaan Negaraku,Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu dibuat pada 31
Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO, Tun
Sardon Jubir dan timbalannya, Ahmad Badawi (ayah Perdana Menteri Malaysia ke-5)
di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim
(ayah Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Seterusnya Perdana Menteri India dan Raja Thailand hadir ketika Hari Pengisytihran
Merdeka. Lebih 20 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka ketika jam tepat 12
tengah malam pada 31 Ogos 1957.

Di samping negarawan kita sendiri, seperti Perdana Menteri yang pertama, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, upacara itu juga disaksikan oleh wakil-wakil dari negara-
negara lain seperti kehadiran Perdana Menteri India, Raja dan Permaisuri Thailand
serta wakil Ratu England, Duke of Gloucester seleas itu Tunku Abdul Rahman
melaungkan pengisytiharan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat di Stadium
Merdeka

4. Selama 28 tahun, rakyat menyambut Hari Kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala


Lumpur. Namun, pada tahun 1985, Tun Dr. Mahathir (pada ketika itu Perdana Menteri
Malaysia ke-4) memutuskan untuk memindahkan acara sambutan ke bandar raya
Melaka.

Sejak itu, acara sambutan Hari Kebangsaan diadakan di serata Malaysia; terutama
Dataran Merdeka dan Putrajaya menjadi lokasi utama sambutan itu.

5. Terdapat jugak festival bola sepak untuk meraikan Hari Kemerdekaan. Ketika itu,
Malaya (sebelum penubuhan Malaysia) menjadi tuan rumah untuk festival bola sepak
Merdeka yang dikenali sebagai Pesta Bola Merdeka.Pesta Bola Merdeka merupakan
sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan
ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia
merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para
peserta menghantar pemain skuad utama mereka. Hong Kong memenangi kejohanan
pertama pada tahun 1957.
6. FAKTA JALUR GEMILANG

SEJARAH JALUR GEMILANG

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini
dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.
Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu
telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan


dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan
rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan
mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih
dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29
November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk
ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah.

7. bunga kebangsaan

Pada tahun 1960 Perdana Menteri Malaysia ketika itu YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah mengisytiharkan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinesis telah diiktiraf sebagai
Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu semasa pameran MAHA di Selangor.

Sejarah pemilihan Bunga Raya bermula pada tahun 1958, yang mana tujuh jenis
bunga telah dicadangkan oleh Kementerian Pertanian.

Tujuh jenis bunga iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai,
Bunga Mawar, Bunga Cempaka, dan Bunga Tanjung.

Bunga Raya dipilih berdasarkan beberapa pertimbangan seperti memiliki kelopak


yang besar, lebar dan melentur. Bunga Raya juga telah dikenali dahulu kala dengan
satu nama sahaja.
Bunga Raya terus menjadi simbol yang terdapat pada Jata Negara, Logo, Lencana,
Bendera, Sulaman, Setem Wang Kertas, dan Wang Syiling.

Selain itu, lima kelopak Bunga Raya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara dan
Bunga Raya telah didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek
Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana telah termaktub dalam Akta Warisan
Kebangsaan 2005.

8. Lagu “Negaraku” asalnya merupakan lagu rasmi negeri Perak

Sewaktu Kemederkaan, negara tidak mempunyai lagu kebangsaan. Oleh itu, Tunku
Abdul Rahman – yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri – telah
menganjurkan pertandingan untuk mencari lagu kebangsaan yang sesuai.

Mereka telah menerima sejumlah 512 penyertaan, namun tiada yang sesuai. Akhirnya
Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengadaptasi lagu rasmi negeri
Perak berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan” , sebagai lagu kebangsaan. Bersama-
sama dengan panel juri, Tunku menulis lirik baru lagu “Negaraku”.

9. Tarikh dan Lokasi Sebenar Tunku Abdul Rahman mengumumkan


Kemerdekaan

Kita sudah terbiasa mendengar sejarah Merdeka dan laungan “Merdeka” sebanyak 7
kali pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman di Dataran Merdeka.

Tapi tahukah anda bila kah tarikh sebenar pengumuman kemerdekaan oleh Tunku?
Tarikh sebenarnya adalah pada 20 Februari 1956 di Padang Bandar Hilir in Melaka!

Ini kerana Melaka merupakan negeri di mana pencerobohan penjajah bermula


(Pencerobohan Portugis pada 1511 dan Belanda pada 1641) sebelum seluruh
Semenanjung Malaysia dijajah oleh British, yang mendorong Tunku untuk menjadikan
Melaka untuk mengumumkan tarikh kemerdekaan.

Dengan keris pukal berusia 100 tahun di tangan kanannya dan laungan Merdeka
sebanyak beberapa kali, Tunku mengumumkan 31 Ogos 1958 sebagai tarikh rasmi
Kemerdekaan di hadapan 100,000 rakyat jelata yang bersorak gembira.
10. jata Negara

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah
diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka
bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam
warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan
kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan
Persekutuan.

Bintang bersama-sama anak bulan pula sebagai lambang Agama Islam yang diangkat
sebagai agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris pula sebagai lambang Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Bahagian sebelah kiri perisai yang berimej pokok pinang menandakan negeri Pulau
Pinang dan bahagian sebelah kanan yang berimej dengan pokok Melaka mewakili
negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri tersebut adalah sebahagian daripada Negeri-
negeri Selat suatu ketika dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya di bahagian
tengah yang berwarna merah, hitam, putih dan kuning itu, warna-warna hitam dan
putih mewakili warna Pahang; merah dan kuning mewakili warna Selangor; hitam,
putih dan kuning mewakili warna Perak; dan merah, hitam dan kuning mewakili warna
Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
asal. Dua ekor harimau juga merupakan simbol keberanian, kegagahan dan kekuatan.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan negeri

Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah


bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia. Cogan “Bersekutu
Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah
kanan. Warna kuning pada awan-awan adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja.

Anda mungkin juga menyukai