Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH LAGU NEGARAKU

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama "Negaraku"
dipetik dari irama lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal dari
lagu Terang Bulan yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan
Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. Negaraku menekankan taat
setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk
membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.
Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap sedia untuk
menanti hari kemerdekaan. Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara
pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Lantaran itu, pada
bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun
empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas
Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak
sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia. Cadangan itu telah
dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain.
Skor lagu Negaraku telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio
Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah
Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio
Malaya). Seni kata lagu Kebangsaan Negaraku telah disediakan oleh satu Jawatankuasa
Khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan SultanSultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan Negaraku diperdengarkan buat pertama kalinya pada 31 Ogos 1957,
di Padang Kelab Selangor. Pada malam tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan
digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan
Negaraku. Bermula dari detik inilah, lagu Negaraku terus kekal menjadi lagu rasmi
negara.

CARA-CARA MENGHORMATI NYANYIAN LAGU NEGARAKU

1. Jangan letak bendera di atas tanah .


2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika menurunkannya .
3. Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu sepenuh tiang,
kemudian barulah turunkannya semula.
4. Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda kecuali sebagai
tanda penghormatan.contohnya , untuk menutup keranda
5. Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa dan pastikan teguh serta tidak mudah putus.
6. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor.
7. Menggantungkan bendera di rumah-rumah dan kedai-kedai pada hari kebangsaan.
8. Jangan bercakap-cakap dengan kawan semasa bendara dinaikkan dan lagu negaraku
dinyanyikan.
9. Melambai-lambaikan bendera apabila pertandingan badminton kebangsaan diadakan.
10.Melibatkan bendera dengan cara yang baik dan betul selepas menggunakannya.
11.Menampalkan bendera di papan kenyataan dan sudut-sudut bacaan semasa bulan
kebangsaan.
12.Memakai pakaian yang dibuat daripada kain Jalur Gemilang juga merupakan satu cara
untuk menghormati bendera kita.

Prinsip-prinsip Rukun Negara:


1)Kepercayaan kepada Tuhan Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan
menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
2)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja
Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
3)Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut
supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya.
4)Kedaulatan Undang-Undang Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat
akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab
memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
5)Kesopanan Dan Kesusilaan
Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan
keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan
saling menghormati.

Logo dan maksud Jata Negara Malaysia

Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang terbaru.


Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13
buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,
manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi
Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu
(Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan
bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua
buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur
yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah
warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak;
merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negerinegeri Melayu Bersekutu yang asal.
Jata Negara Malaysia yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah
Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Rajara

Anda mungkin juga menyukai