Anda di halaman 1dari 14

KERJA PROJEK SEJARAH TAHUN 2017

TAJUK : IDENTITI NEGARA KITA

NAMA AHLI : 1. NUR ALIA BINTI NAZRI


2. NUR ELISYA DAYANA BINTI ESMAEL SHAH
3. SYASYA WARDINA BINTI ABDUL LATIFF
4. WAN YASMIN AFRINA BINTI WAN ZAHIDI

KELAS : 5 DINAMIK

NAMA GURU SEJARAH : PUAN ANA RUHAIZA BT MUSTAPA


ISI KANDUNGAN

PERKARA
MUKASURAT

1. PENGHARGAAN 1

2. OBJEKTIF KAJIAN 2

3. KAEDAH KAJIAN 3

4. BUNGA KEBANGSAAN BUNGA RAYA 4

5. JATA 5

6. BENDERA MALAYSIA-JALUR GEMILANG 6

7. RUKUNEGARA 7

8. LAGU NEGARAKU 8

9. BAHASA KEBANGSAAN BAHASA MELAYU 10


IDENTITI
NEGARA
KITA
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu kumpulan kami ingin merakamkan ucapan penghargaan

kepada guru sejarah kami , P n . A n a R u h a i z a B t M u s t a p a k e r a n a t e l a h s u d i

m e m b e r i k a n b i m b i n g a n d a n t u n j u k a j a r d a l a m menjalankan Kerja Kursus

Sejarah .

Kami a m a t t e r h u t a n g b u d i k e p a d a k e d u a - d u a ibu-

bapa k a m i y a n g t e l a h m e m b e r i k a n dorongan dan semangat sepanjang kajian

ini dibuat.

Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada semua rakan-rakan yang telah

memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada kumpulan kami. Akhir

kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini

1
OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kami membuat kajian ini adalah :

Tujuan kajian adalah untuk ini menjelaskan lambang-lambang kenegaraan seperti jata

negara, bendera kebangsaan, lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan dan bunga bagi

mengukuhkan pemahaman dan pemupukan semangat patriotik dalam kalangan murid..

Pemahaman dan penghayatan unsur tersebut amat penting bagi

1.Membentuk jati diri dan rasa bangga murid terhadap negara.

2.Memupuk patriotisme dan jati diri dalam kalangan murid.

3.Mengukuhkan pengetahuan dan menghormati lambang-lambang kenegaraan.

4.Mempertahankan kedaulatan negara.

2
KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang telah kami gunakan adalah:

1 .Melalui teknologi dan maklumat

2. Melalui perpustakaan

3. Melalui ibu bapa dan penjaga

3
1. BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA BUNGA RAYA

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus
rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus
yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan
Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertaniantelah diarah untuk
mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh
jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu
Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai,Bunga Mawar, Bunga
Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya
telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila
Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan
separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar,
varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada
kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan
berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India

4
2. LAMBANG/JATA NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14


menandakan 13 buah yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan
Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam -
agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada
Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah
kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan
pokok Melaka itu Negeri Melaka.

Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam
dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan
kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah
negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan
Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan - Bersekutu
Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah
kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha
Mulia Raja-raja.

5
3. BENDERA MALAYSIA-JALUR GEMILANG

KETERANGAN LAMBANG-LAMBANG PADA BENDERA MALAYSIA


Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama
lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor,
Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah,
Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan. Bahagian yang berwarna
biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima
melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.

Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang
pecah 14 tandanya Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning
pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-
Raja Melayu Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera
hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk
semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera
mereka.

Bendera Malaysia dan bendera-bendera negeri hanya boleh dikibarkan pada


upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong,
Ulang Tahun Hari Kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negeri-negeri,
lawatan-lawatan rasmi, di kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri serta upacara-
upacara rasmi negara (seperti Majlis Tilawah, SukanNegara). Malah bendera Malaysia
berkibar bersama-sama dengan bendera negara-negara lain di hadapan bangunan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York.

6
4. RUKUNEGARA MALAYSIA

Sejarah Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos
1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969
yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

IKRAR

 Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan
 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan Dan Kesusilaan.

7
5. LAGU NEGARAKU

Sejarah Lagu Negaraku


Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang
merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua
Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar
sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar
diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah
lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514
lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu
kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama
untuk menciptanya.Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa
beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas
lagu kebangsaan ini.

Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri
daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk
permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir
Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.

8
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu
negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran
negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar
kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk
dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis
bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal
dunia pada tahun 1857. Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari
Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat
lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun
lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis
sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak
sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan ama Negaraku.

Lagu Kebangsaan negara kita dinyanyikan semasa:

 upacara-upacara rasmi kerajaan.

 perhimpunan sekolah

 upacara menghormati kemenangan peserta negara kita dalam sukan


antarabangsa.

9
6. BAHASA KEBANGSAAN

Dalam perlembagaan negara kita Bahasa Melayu telah diwartakan sebagai bahasa
kebangsaan namun bahasa bahasa lain juga boleh digunakan di luar urusan rasmi.

Peranan Bahasa Melayu

Bahasa pentadbiran.
Bahasa Ekonomi
Bahasa Perhubungan
Bahasa undang undang
Bahasa Ilmu
Bahasa Pendidikan

10

Anda mungkin juga menyukai