Anda di halaman 1dari 1

Kenapa Bunga Raya dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan ?

Hari ini kalam ini ingin berkongsi dengan pengunjung sekalian berkaitan dengan bunga raya (bunga
kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ?
Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih
bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenakhe he he

Sempena bulan kemerdekaan ini kalam ini ingin berkongsi info dengan pengunjung budiman
berkaitan bunga kebangsaan, ini kerana sepanjang pengamatan penulis, bunga raya tidak lagi
popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri dihalaman-halaman rumah jiran
anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan dengan bunga-bunga lain.
Pernah penulis bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya
tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. YaMinat dan citarasa
memang berbeza.

Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali
bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil
serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang datang tidak mengenali sama sekali apa itu
bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah
maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?

Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh
Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut
adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan
politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip
Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai Queen Tropical Flowers ini adalah bunga yang
tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai
bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula
bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang
pelbagai bangsa.

Anda mungkin juga menyukai