Anda di halaman 1dari 2

KEMERDEKAAN TONGGAK KETAMADUNAN BANGSA

Bismillahirrahmanirrahim, Cetusan barakah buat peneraju acara, saf kehakiman intelektual


berkarisma, seterusnya sidang hadirin warga dewan berwibawa. Assalamualaikum w.b.t dan
salam sejahtera.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pernah mengingatkan bahawa
tanpa semangat patriotik, kita tidak boleh yakin bahawa kita dapat bertahan dan mengekalkan
ketamadunan kita, kemungkinannya ialah Malaysia akan tinggal nama dalam sejarah cuma.
Sidang hadirin,
Sehingga detik ini, bangsa malaysia terus memacu ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi
ekonomi yang mantap telah direncana semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Empat
tonggak transformasi ekonomi telah dirangka, khas untuk pembangunan negara yang tercinta.
Koridor pertumbuhan ekonomi telah dibina, tidak lain tidak bukan untuk menjadi pemangkin
kepada ekonomi negara. Sedarkah anda, sejak dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
pelbagai inisiatif telah dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru ekonomi,program
transformasi ekonomi dan berbagai-bagai lagi inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha
menaikkan taraf ekonomi rakyat. Kita telah berusaha untuk menaikkan gaji bangsa sejagat.
Masalah ekonomi negara kita ubat. Masalah korupsi, cuba kita sekat.
Kupasan kedua saya, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Tun Dr mahathir Mohamad pernah
berkata, Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia.
Demikianlah kesannya perpaduan. Pada setiap hari, kita tidak akan pernah lekang daripada
disemai bibit-bibit perpaduan dalam lubuk hati kita. Kini, sekalian rakyat mempunyai satu
haluan, satu tujuan. Perpaduan telah disemai subur sejak dahulu lagi melalui sistem pendidikan
kebangsaan yang telah diusulkan dalam Laporan Razak. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa
penghantar utama dalam pembelajaran. Kerajaan sedar, untuk menyemai perpaduan, kita perlu
menyemai dari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak cukup
dengan itu, dari aspek politik,parti-parti politik yang dahulunya memperjuangkan semangat
perkauman sahaja telah bergabung untuk menjadi satu parti gabungan yang memperjuangkan
semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah sebenarnya perpaduan yang ingin kita bentuk
agar bangsa malaysia akan terus perkasa dan disegani dunia.
Warga dewan intektual,
Hari ini, Bangsa malaysia telah melahirkan ramai insan-insan hebat yang telah mengharumkan
mana Malaysia di persada jaya. Dari ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad memimpin
negara, kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa sehinggalah kemampuan Dato
Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong untuk meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah
ketandusan nama-nama terbilang. Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan keinginan
untuk mengangkat nama Malaysia di persada dunia. Usaha yang bukan sedikit dari mereka ,
perlu dijadikan panduan dan tauladan. Kemmapuan Bangsa Malaysia dalam berdiri sama
tinggi, duduk nampak sama rendah bersama bangsa-bangsa lain di dunia harus kita banggakan.
55 tahun bangsa kita terus hebat.
Sidang saksi bermisi, saudara dan saudari,
Pada penghujung bicara,jelas tertera, tatkala kita jadikan patriotisme sebagai budaya dan
pegangan, maka impaknya bangsa yang dulu tertiarap dimamah, kini kembali tegak bermaruah.
502 tahun lalu kita dijajah selama 446 tahun. Seandainya saat ini, kemerdekaan yang ada tidak
kita hargai dengan patriotisme, ingatlah, bahawa taktala ayam direban disambar helang, padi
di tangan menjadi lalang, sejarah mungkin akan berulang. Kemerdekaan tonggak ketamadunan
bangsa.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai