Anda di halaman 1dari 13

BMP6014:

FALSAFAH DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN BAHASA


MELAYU

TUGASAN 1A

Tajuk Tugasan:
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BAHASA PADA
ZAMAN AWAL, ZAMAN PERTENGAHAN,AWAL
ZAMAN MODEN DAN PERBEZAANNYA

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SITI SANIAH BINTI ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID PROGRAM

ZALIYATUNNUR BINTI AWANG M20161000135 SARJANA PENDIDIKAN


KECHIK (BAHASA MELAYU)
ISI KANDUNGAN

1.0 DEFINISI FALSAFAH

2.0 FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BAHASA PADA


ZAMAN AWAL
2.1 Tahap Awal Falsafah Bahasa
2.2 Tahap Pengasasan Kajian Falsafah Bahasa

3.0 FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BAHASA PADA


ZAMAN PERTENGAHAN

4.0 FALSAFAH DAN PEMIKIRAN BAHASA PADA


AWAL ZAMAN MODEN

5.0 PENUTUP
5.1 Perbandingan Falsafah dan Pemikiran Ketiga-
Tiga Zaman
1.0 Definisi Falsafah

Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu
philo dan sophia. Philo bermaksud ‘cinta dan suka’ manakala sophia pula bermaksud ‘hikma h’
(wisdom). Justeru, gabungan kedua-dua perkataan ini iaitu falsafah membawa maksud hikmah
atau cintakan hikmah. Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula
bermaksud 'orang yang menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguha n,
kedalaman perasaan, sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang
bersungguh terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang
berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan nilai.
Falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang sukakan hikmah yang mengand ungi
pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan kefahaman diri dengan makna yang jelas.

Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada
makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di lihat
dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari kalangan failasuf Islam
mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna yang sepakat dari kalangan ahli falsafa h
tentang makna falsafah itu sendiri, makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman
dan waktu bagi para ahli falsafah.

Sementara itu. Socrates (470-399SM) pula memberi maksud falsafah itu satu ilmu
untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu.Melalui istilah Socrates inilah yang
menjadi begitu popular sehingga diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga
munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama. Socrates
berpendapat bahawa falsafah adalah aspek yang menyentuh kehidupan secara praktikal.
Menurutnya lagi, falsafah adalah usaha memperbaiki manusia melalui prinsip moral yang
boleh diperolehi daripada kebersihan fikiran. Beliau juga menyatakan bahawa untuk
memperbaiki moral, ia memerlukan kepada kebersihan fikiran. Selain itu, falsafah bukan
sahaja merupakan renungan secara rasional, tetapi ketaatan yang tidak berbelah bahagi
terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam falsafah. Falsafah merupakan sebahagian
daripada teori-teori yang membentuk dan menguruskan kehidupan yang praktikal. Pada zaman
beliau, munculnya suatu kumpulan ahli falsafah yang digelar Sophists. Golongan ini
menyatakan bahawa manusia adalah pengukur kepada semua perkara.
2.0 Falsafah dan Pemikiran Bahasa Pada Zaman Awal

Secara ringkasnya, Albert Borgmann (1974) menghuraikan sejarah pertumbuhan dan


perkembangan falsafah Bahasa dalam tamadun Barat berdasarkan lima tahap utama berikut:
i. Tahap bermulanya falsafah Bahasa pada zaman pra-Socrates (600 sebelum masihi).
Tokoh utamanya ialah Heraclitus.
ii. Tahap pengasasan falsafah Bahasa sebagai suatu disiplin kajian dengan Plato sebagai
pelopornya. Sementara Aristotle dan kumpulan Stoik sebagai pengembangnya.
iii. Tahap penerokaan Bahasa lebih meluas pada zaman pertengahan. John Buridan,
Thomas Erfurt dan Thomas Aquinas dikatakan sebagai tokoh utama.
iv. Tahap kebangkitan era moden dengan mengangkat Descrates, Vico dan Humboldt
sebagai tokohnya.
v. Tahap perkembangan semasa (abad ke-20) dengan Wittgenstein, Russell, Austin,
Saussure dan Chomsky sebagai tokoh falsafah Bahasa yang utama.

2.1 Tahap Awal Falsafah Bahasa


Bermula dengan kebudayaan Yunani kerana Yunani yang banyak menwariskan keseluruha n
bidang ilmu yang mana sehingga kini menjadi tonggak kebudayaan Barat. Permulaan dan
perkembangan falsafah Bahasa bermula dengan orang Yunani yang berkeinginan yang tidak
pernah puas untuk mengetahui cara hidup manusia dan mahu mengetahui dunia sekelilingnya.

Albert Borgmann (1974:3) menyatakan falsafah Bahasa bermula pada zaman pra-
Socrates pada abad ke-6 sebelum masihi. Borgmann juga menyatakan bahawa Heraclitus
sebagai wakil zaman berkenaan atas dasar pemikirannya terarah dengan jelas kepada masalah
bahasa dan dunia. Heraclitus menunjukkan asal usul falsafah Bahasa dalam petikan karya-
karyanya. Homonimi dan etimologi sebagai sebagai cerminan falsafah Bahasa Heraclitus.
Selain homonimi dan etimologi, persoalan kepadaan nama juga disentuh Heraclitus. Menurut
Heraclitus, bahasa menyatu dengan dunia, alam, kuasa, undang-undang dan akal manusia.
Pandangan ini diperteguh oleh golongan Sofis yang menegaskan bahawa tiada garis pemisah
antara bahasa dan realiti. Golongan Sofis menjadikan latihan dan pengajaran retorik sebagai
kegiatan penting mereka.
2.2 Tahap Pengasasan Kajian Falsafah Bahasa
Plato adalah ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik Bahasa sebagai suatu
masalah atau persoalan falsafah. Plato dalam karya Cratylus mengkaji asal usul bahasa dengan
merujuk dua aspek iaitu permulaan dan sifat atau zatnya. Dialog Cratylus mencetuska n
kontroversi yang berlangsung berabad-abad lamanya iaitu kumpulan analogis yang percaya
bahawa bahasa itu bersifat alamiah.

Plato menggunakan hujah etimologi untuk menjelaskan masalah kata yang mempunya i
pertalian dengan sesuatu. Gaya hujah tersebut diistilahkan Borgmann sebagai playful
etymologies atau nonsense etymologies. Kaedah lain yang digunakan oleh Plato ialah etimolo gi
rakyat dengan contoh Bahasa Inggeris perkataan hamburger dikaitkan dengan Humburg.
Kaedah ketiga ialah kata-kata yang terbentuk secara alamiah adalah pelambangan bunyi.

Socrates menegaskan bahawa pelambangan bunyi tidak sama dengan peniruan bunyi
alamiah iaitu onomatopia. Socrates mempercayai bahawa ada sejumlah bunyi atau gabungan
bunyi yang mendukung makna tertentu sehingga bentuk-bentuk terbitan yang menggunaka n
unsur bunyi atau suku kata memperlihatkan makna asas yang sama.

Plato dalam karyanya Theaetetus menegaskan bahawa konvensyen bukan suatu daya
atau rumus bahasa, bahkan unsur itu tidak juga dianggap sebagai peristiwa dalam realiti yang
biasa kerana tidak dapat dijelaskan. Plato juga menegaskan bahawa bahasa sebenarnya terpisah
daripada realiti dengan memberi contoh berbeza daripada benda, jika tidak berlaku pertindana n
yang tidak perlu benda dan kata mestilah berkait dengan benda atau mewakili benda.

Manakala Heraclitus berpandangan bahawa kata ialah pewujudan benda iaitu sesuai
dengan konsep kesatuan antara bahasa dengan realiti. Dalam pada itu, Plato dan Socrates
menyatakan bahawa kata atau nama hanya lambing yang tidak sempurna bagi benda. Hal ini
bermaksud kewujudan yang sebenanrnya ialah benda atau kejadian itu sendiri, sedang kata atau
nama sekadar lambangnya sahaja. Hal ini seperti ditegaskan dalam Cratylus iaitu bermaksud
mengetahui nama sesuatu benda tidak semestinya mengetahui benda itu sendiri.

Aristotle kemudiannya memperkembangkan dan mendalami falsafah yang diasaka n


Plato, meskipun dalam hal asal usul bahasa Aristotle berbeza daripada Plato kerana berpegang
pada konvensyen bukannya tabii.
Gagasan Aristotle tentang empat lapisan realiti itulah yang menjadi asas timbulnya
disiplin pragmatic, semantik dan fonetik dalam bidang linguistik. Gagasan tersebut ialah :
i. Lapisan yang paling asas yang meliputi benda-benda atau kejadian di dunia nyata.
ii. Lapisan banyangan ruh atau makna bagi benda zahir itu.
iii. Lapisan isyarat luaran iaitu bunyi Bahasa yang terpancar daripada bayangan tadi.
iv. Lapisan yang merupakan pelambangan bunyi menjadi huruf.

Ahli-ahli bahasa Yunani dan Romawi serta Eropah menumpukan perhatian kepada
tatabahasa sebagai bidang utama kajian bahasa yang dikenali sebagai tatabahasa tradisiona l.
Aritotle yang mulanya membezakan huruf, suku kata dan kata. Beliau juga yang memberi
takrifan kata sebagai unit bahasa terkecil yang mempunyai makna. Aristotle juga menyatakan
perbezaan yang bersifat metafizik iaitu bentuk luaran bahasa (tatabahasa) dan rujukannya
(semantik) dengan objek atau kejadian di dunia (pragmatik). Kesimpulannya, Bahasa merujuk
kepada realiti, bukan kesatuan reality atau bermaksud bunyi bahasa sebenarnya mewakili
sesuatu.

Antara gagasan lain yang dikembangkan Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat
terutamanya untuk retorik dan puisi. Bahasa tidak lagi dilihat sebagai tanda kewujudan dunia.
Gagasan Heraclitus dalam zaman Pra-Socrates pula bahasa dianggap sebagai suatu juzuk
dunia, tetap dan diperoleh dalam tulisan, maka ia menjadi subjek tatabahasa serta suatu cara
menunjukkan dan mewakili apa-apa saja yang ada di dunia dan oleh itu menjadi subjek logika.
Tatabahasa berkait dengan bentuk alat itu (bahasa), sementara logika berkait dengan fungs i-
fungsi yang mungkin bagi alat itu (bahasa).

Aristotle menakrifkan gaya daripada sudut tatabahasa dan juga logika. Dalam sudut
tatabahasa, gaya ialah penyusunan meter dan unsur-unsur bahasa yang betul sebagaimana yang
dihuraikan dalam tatabahasa manakala daripada sudut logika pula, gaya ialah persembahan
melalui kata-kata dan pengetahuan tentang bagaimana seseorang patut mengungkapka n
sesuatu.

Seterusnya, perkembangan falsafah bahasa Yunani berkembang kumpulan Stoik Zeno


(336-264 S.M.) dengan memperluaskan kajian Aristotle dan menambah penemuan yang
baharu. Stoik menjelaskan falsafah bahasa dengan membezakan perkaittan realiti dengan kata.
Asas kajian Stoik tentang bahasa diperincikan berdasarkan 3 penyataan iaitu:
i. Mula-mula timbul kesan, kemudian akal, dengan menggunakan pertuturan,
mengungkapkan pengalaman yang terhasil daripada kesan dalam bentuk kata-
kata.
ii. Semua benda dapat dijelaskan melalui kajian dialektik.
iii. Kajian dialektik bermula dengan pertuturan.

Walaupun Plato dan Aristotle membincangkan berkaitan aspek tatabahasa, namun


sarjana berpendapat kumpulan Stoik menbuat garapan yang lebih mendalam dan sistematis
sehingga menjadi asas penguraian tatabahasa oleh ahli-ahli bahasa Yunani. Sarjana mengakui
kumpulan Stoik sebagai pengasasan tatabahasa.

Kumpulan sarjana Yunani Alexandria (Iskandariah, Mesir Purba) yang mengkaji


bahasa sebagai sebahagian daripada kajian kesusasteraan. Asas falsafah bahasa dan kajian
bahasa ahli falsafah Yunani dilanjutkan oleh ahli falsafah Rumawi. Robins (1993) menyatakan
linguistik Rumawi adalah penerapan pemikiran Yunani, kontroversi Yunani dan kategori
Yunani dalam bahasa Latin.

3.0 Falsafah dan Pemikiran Bahasa Pada Zaman Pertengahan

Zaman Pertengahan ialah tempoh sejarah Eropah antara detik kejatuhan Empayar Rumawi
dengan munculnya Zaman Kebangkitan (Renasissance). Pada zaman ini kajian Bahasa lebih
bertumpu kepada tatabahasa Latin. Tatabahasa yang disusun bersifat praktis dan normatif
dengan Donutus sebagai tokohnya dan kemudiannya diikuti Priscian pada akhir abad ke-6
Masihi. Tujuh cabang ilmu linguistik pada Zaman Pertengahan ini dikelompokkan menjadi dua
iaitu trivium (tatabahasa,retorik dan logika) dan quadrivium (aritmetik,geometri,astronomi dan
muzik). Trivium ialah sains bahasa yang mengajar seseorang bercakap dengan betul
(tatabahasa), bergaya dan berkesan (retorik) serta benar (logika).

Antara isu yang menandai perkembangan falsafah Bahasa pada Zaman Pertengahan
ialah istilah dan benda, antagonism Bahasa dan realiti, tatabahasa spekulatif,
kesalingberhubungan antara kewujudan pemahaman dan penyataan, kedalaman dan jangkauan
kuasa penandaan pada Bahasa, teologi dan bahasa, analogi, metafora, serta bahasa dan teologi
rasional.
Dalam konteks ini, sesuatu istilah dianggap merujuk kepada sesuatu objek secara
individu bukan kepada sesuatu konsep sejagat benda tersebut. Fahaman ini berlawanan dengan
fahaman Realisme yang berpendapat bahawa konsep-konsep sejagat memiliki reality yang
nyata sekalipun tidak berbentuk material.

Golongan yang mempertalikan istilah dengan benda secara individu dan yang menolak
realiti konsep sejagat dikenali sebagai Nominalis yang mana fahamannya disebut
Nominalisme. Tokohnya yang terkenal ialah John Buridan.

Seterusnya, isu yang terjadi pada Zaman Pertengahan ini ialah tatabahasa spekulatif.
Pada zaman ini, tatabahasa menjadi mercu tanda kesarjanaan linguistik. Tatabahasa yang
berasaskan huraian tatabahasawan klasik iaitu Donatus dan Priscian tertumpu kepada analis is
bentuk terutamanya morfologi.

Menjelang akhir Zaman Pertengahan (khususnya abad ke-12), menurut sarjana, di


samping tatabahasa morfoligis dan empiris, tatabahasa falsafah atau spekulatif juga diperlukan.
Tatabahasa tersebut merupakan paduan antara tatabahasa Priscian dengan pendekatan
epistemologi dan ontologi mengikut falsafah Skolastik.

William Conches (abad ke-12), mempersoalkan tentang kewujudan golongan kata yang
dihuraikannya. Petrus Hisparius (abad ke-13) pula membezakan makna kata dengan bentuk
kata dengan memberi penekanan bahawa makna kata mendahului kewujudan bentuk kata.

Thomas Erfurt menyimpulkan dua perkara iaitu betapa bingungnya hubungan antara
bahasa dengan reality dan berbezanya kuasa bahasa daripada alam kognitif dan ontologi.
Thomas Erfurt juga membezakantiga sfera realiti iaitu kewujudan, pemahaman dan penyataan.
Pemahaman dan penyataan pula merupakan operasi intelek dan kata-kata.

Thomas Aquinas menimbulkan isu teologi dan bahasa, analogi, metafora serta bahasa
dan teologi rasional yang menajdi tongak tahap kedua falsafah Skolastik setelah St. Agustin.
4.0 Falsafah dan Pemikiran Bahasa Pada Awal Zaman Moden

Rene Descrates (1596-1650) tidak menumpukan perhatian kepada falsafah Bahasa atau bidang
linguistik. Menurutnya lagi, bahasa manusia dapat berfungsi dengan meluas dalam pelbagai
situasi dan meragui kebenaran kesan pancaindera sebagai asas bahasa. Descrates turut
menyatakan bahawa bahasa bukan penyataan realiti yang khusus dan asas sebaliknya hanya
sebagai alat komunikasi. Bahasa manusia bermula pada diri penutur dan mempunyai fungs i
yang unik dan bahasa manusia tidak tertakluk kepada fakta atau peraturan alam. Ilmu tidak
bergantung kehebatan, kegunaan dan kelamaannya.

Noam A.Chomsky telah mencetuskan kebangkitan bahasa yang revolusioner. Teori


bahasanya dikenali sebagai Transformasi Generatif yang dihubungkan dengan falsafa h
Decrates. Salah satu karya Chomsky Cartesian Linguistic menggariskan yang bahasa manusia
bebas, memiliki dua aspek serta pengolahan rumus tidak tertakluk data emperis dan
menampilkan sekaligus menggabungkan idea.

Giambatista Vico (1668-1744) pula menganggap cereka,historiografi,retorik dan


filologi sebagai makna dan gambaran ‘kuasa’. Vico juga menyarankan teori alam kemungk ina n
dengan menjelaskan realiti berkaitan hal dalam fikiran manusia dan memperkenalkan Sains
Baharu bertujuan mengkaji kebenaran dan ketentuan. Vico juga terkenal dengan gagasan
Kamus Akal. Tahap perkembangan bahasa menurut Vico:
1. Percaya tahap Bahasa yang wujud primordialnya bersama Tuhan.
2. Makna disampaikan melaui isyarat yang menjadi asas bentuk bahasa.
3. Permulaan Bahasa ucapan yang berasaskan onomatopia dan seruan.

Jean Jacques Rosseau (1712-1778) menyatakan permulaan bahasa sebagai gerak isyarat
deiktek dan peniruan semula jadi. Namun, oleh sebab kurang cekapnya mekanisme itu sebagai
alat perhubungan,unsur fonis kemudian menjadi dominan dalam bahasa manusia.

Sementara Johann Gottfried Herder (1744-1803) pula berpendapat bahasa berpunca


daripada manusia sendiri,bukan pemberian Tuhan yang bermaksud banyak unsur bahasa tidak
selaras dengan logika. Menurutnya, kecerdasan manusialah yang menimbulkan bahasa. Beliau
juga menyangkal pendapat mengatakan bahasa manusia bermula dengan teriakan emosi.
James Harris yang mendasari falsafah Aristotle telah menekankan perbezaan lahir ia h
pelbagai bahasa. Menurutnya, kemampuan manusia merangka idea umum sejagat
dilambangkan melalui kata-kata adalah kurniaan Tuhan. Beliau menumpukan perkembangan
sejarah bermula tahap primitif sebelum abstrak kosa kata yang lengkap susunan tatabahasanya.
Hal ini telah disokong James Burnet atau Lord Monboddo. Gagasan Monboddo yang penting
ialah biarpun tahap primitif,idea sejagat sesuatu telah ada sebelum kata benda itu dicipta.

Wihelm Von Humboldt (1767-1835) menegaskan bahawa kemampuan berbahasa yang


kreatif merupakan suatu fitrah dalam akal manusia (Hipotesis nurani & LAD) yang
berpaksikan kepada sifat kekreatifan bahasa. Menurur beliau, dikotomi bahasa dalam bentuk
struktur semantik dan bentuk lahirnya bahasa ialah melibatkan keupayaan penutur dan
pendengar. Chomsky memperkukuhkannya melalui idea struktur dalaman dan luaran.
R.H.Robins memberi penghargaan kepada Humboldt sebagai ahli fikir paling teliti tentang
soal-soal linguistik am dalam abad ke 19.

A.Borgmann (1974:84) juga mengungkapkan bahawa pemikiran orang barat tentang


Bahasa yang dimulakan oleh Heraclitus pada zaman pra Socrates memuncak dan mempero le h
fokusnya dengan penelitian bahasa oleh Wilhelm Von Humboldt pada abad ke-19.

5.0 Penutup

Tugasan ini telah membincangkan perihal falsafah dan pemikiran bahasa pada zaman awal,
zaman pertengahan dan awal zaman moden. Ketiga-tiga zaman yang menampilkan pendapat
tokoh-tokoh tersohor yang mana pada zaman awal lenih menjurus kepada etimologi bahasa,
zaman pertengahan berfokuskan kepada unsur tatabahasa manakala awal zaman moden
mengetengahkan pendapat berkaitan pemerolehan bahasa.

Setiap zaman mempunyai kelemahan dan kekuatan masing- masing yang diketengahka n
oleh tokoh dengan kajian mereka. Dalam konteks ini, didapati bahawa Descrates telah memberi
pengaruh kepada Chomsky. Selain itu, dilihat juga Aristotle dan Plato mempunyai dua
pemikiran yang berbeza seperti yang telah dirumuskan mengikut zaman tersebut.
5.1 Perbandingan Falsafah dan Pemikiran Ketiga-Tiga Zaman

Di bawah turut disimpulkan perbandingan ketiga-tiga zaman mengikut pendapat tokoh-tokoh.

Zaman Awal Zaman Pertengahan Awal Zaman Moden


Albert Borgmann Donatus & Priscian Albert Borgmann
Bermula falsafah bahasa dengan Sains bahasa fokus kepada Mengungkapkan bahawa
beberapa tahap yang tatabahasa yang betul. pemikiran orang barat tentang
dikemukakan Bahasa yang dimulakan oleh
Heraclitus pada zaman pra
Socrates memuncak dan
memperoleh fokusnya dengan
penelitian Bahasa oleh Wilhe lm
Von Humboldt pada abad ke-
19.
Heraclitus John Buridan Rene Descrates
Unsur falsafah medium penting Ada sesuatu yang tidak dapat Bahasa bukan penyataan realiti
dalam karya mereka pada zaman dinyatakan secara logik melalui yang khusus dan asas
ini. bahasa dalam karya mereka. sebaliknya hanya sebagai alat
komunikasi
Plato Thomas Erfurt Noam A.Chomsky
Hujah etimologi : menjelaska n Epistemologi dan ontologi Mencetuskan kebangkitan
kata mempunyai pertalian falsafah Skolastik ialah falsafa h Bahasa yang revolusioner.
dengan sesuatu benda. integrase aliran Aristotle.
Aristotle Golongan Modistae Giambatista Vico
Bahasa dalam susunan ontologi Kesejagatan bahasa berpusat Menganggap
benda pada hubungan antara cereka,historiografi,retorik dan
penggunaan bahasa. filologi sebagai makna dan
gambaran ‘kuasa’.

Pada zaman awal, orang Yunani lebih mementingkan falsafah, maka mereka lebih suka
mengkaji apa yang kita anggap sebagai etimologi iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-
kata itu terbentuk. Secara keseluruhannya, pada zaman awal, Plato merupakan ahli falsafa h
pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan
melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dalam zaman awal juga, menunjukka n
gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsibahasa sebagai alat, khususnya
untuk retorik dan puisi.
Bagi zaman pertengahan pula sintaksis bahasa Latin diketengahkan berdasarkan kerja-
kerja yang telah dilakukan oleh Donatus. Selain itu, semasa zaman ini juga bahasa-bahasa
vernakular telah banyak digunakan secara meluas dan tatabahasa semakin bertambah. Walau
bagaimanapun, ahli-ahli bahasa hingga abad ke-18 ini masih stereotaip. Mereka menekankan
istilah bahasa itu dari segi istilah- istilah dan pengertian falsafah dan langsung tidak
mengindahkan perbezaan-perbezaan struktur.

Pada awal zaman moden pula lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek
kajiannya. Hal ini telah menyebabkan wujudnya linguistik deskriptif. Oleh sebab bahasa
mempunyai struktur, maka kaedah penganalisisan struktur perlu ditentukan. Antara kaedahnya
ialah pemenggalan bentuk yang ada. Pada zaman ini, Chomsky menyatakan bahasa diertikan
sebagai mengandungi ayat-ayat yang diterbitkan. Pada hakikatnya ayat dapat dipanjangka n
seberapa yang mungkin ialah ayat ini dibentuk daripada unsur-unsur yang terhad bilangannya.
Justeru, dengan ini kita menganggap bahawa terdapat beberapa proses operasi dalam
membentuk ayat-ayat tersebut dengan menggunakan rumus-rumus tertentu. Lebih terarah
kepada pemerolehan bahasa.

Kesimpulannya, dalam proses berbahasa atau berkomunikasi, manusia digelar sebagai


komunikator yang mempunyai akal, pancaindera dan sistem biologi yang canggih telah
dibincangkan dalam ketiga-tiga zaman mengikut arus semasa tokah dalam zaman tersebut.

Anda mungkin juga menyukai