Anda di halaman 1dari 16

PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE-21

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Masyuniza Binti Yunos
ieza_1327@yahoo.com
Zamri Mahamod
Syahida Nadia Binti Zakaria
Noor Syazwani Roni
Hjh Vivi Norhaffizah Binti Muhamad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keupayaan pelajar dalam kemahirankemahiran abad ke-21 dan pengaruh sikap dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.. Domain
kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran
literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan
penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Selain itu, kajian ini juga
melihat perbezaan tahap kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina dan lokasi
sekolah. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang
pelajar Tingkatan 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis
data yang digunakan adalah SPSS 17 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan
inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar, dan tahap kemahirankemahiran abad ke-21 adalah sederhana tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kemahiran tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhannya, hubungan sikap
dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 adalah kuat dan tinggi (r=0.711, 0.673). Oleh itu,
berdasarkan kajian dan dapatan yang diperoleh mendapati pembinaan kemahiran baru dapat
membantu pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga
masa akan datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain.
Kata kunci:- Sikap, Bahasa Melayu, kemahiran-kemahiran abad ke-21.

Abstract: This study aimed to evaluate the skills of the 21st century students in Malay
Language. Domain 21st century skills being studied consists of five major components which
is digital age literacy, inventive thinking skills, effective communication skills and high
productivity production and norm and spiritual value. The first four components were
adapted from enGauge 21st century skills while another additional component, norms and
spiritual values are adjusted with Malaysian education. In addition, this study also looked
the different levels of the 21st century skills of students based on gender and school location.
The questionnaires were used as the instrument to collect data. 280 students from Form 4 in
Segamat district were chosen as respondents. SPSS 17 was used to analyze descriptive and
inferential data. The results showed that students' attitudes and the level of skills of the 21st
century is moderately high and there are significant differences in the skills based on the
location of the school. Overall, the correlation between attitude and perception of the
students and the skills of the 21st century are high (r = 0,711, 0,673). Therefore, based on the
findings of the study revealed that the application of the skills acquired in the existing study
as well as new skills development can help student to face challenge in the future and also
build a positive competitive environment among them.

Key Words : attitude,. skills of the 21st century, Malay Language.


LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam
abad ke-21. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan
teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan
seharian (Juriah, Khalid, Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi, Zamri & Zarin
2001). Pada dasarnya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan
bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, Bahasa Melayu
yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan
penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Walaubagaimanapun, tidak
bererti Bahasa Melayu tidak lagi mempunyai peranan dalam abad ini.
Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan.
Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang
besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi
telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Jonassen (1996) bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 masih tetap
berpusatkan guru tetapi guru memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan pelajar
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi rakyat Malaysia perlu
dilengkapi dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai
kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Penekanan
dalam menguasai kemahiran kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan
pembelajaran haruslah bermula dengan menerapkan kemahiran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh yang demikian kurikulum pendidikan haruslah
sentiasa mengikut peredaran zaman bagi memastikan pelajar yang dikeluarkan bukan sahaja
mempunyai ilmu pengetahuan malah menguasai kemahiran abad ke-21 bagi menghadapi era
globalisasi pada masa kini.

Kajian berkaitan penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 di dalam bidang


pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji, namun kajian berkaitan
penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu belum pernah dijalankan. Lantaran itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu
pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan
datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain. Hal ini kerana,
betapa pentingan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam dunia globalisasi hari ini.

TUJUAN KAJIAN
Secara amnya, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan di beberapa buah sekolah di
daerah Segamat, Johor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian ini adalah;
i)
ii)
iii)
iv)

Mengenalpasti tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 antara jantina.
Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah.
METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Pendekatan ini
melibatkan pengumpulan data yang menggunakan borang soal selidik untuk meninjau dan
mengenal pasti kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang diterapkan kepada murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil daripada borang soal selidik ini
kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk analisis statistik. Kaedah tinjauan dipilih kerana
didapati sesuai untuk ditadbir ke atas sampel yang besar dalam masa yang terhad.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat di daerah Segamat, Johor.
Sampel kajian adalah seramai 280 orang pelajar. Dalam kajian ini hanya empat buah sekolah
sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamalrul Ariffin, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim Labis,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bentara Dalam Segamat dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Segamat. Kesemua sekolah ini dipilih berdasarkan tujuan kajian yang
ingin melihat perbezaan sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang
dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A yang berkaitan
dengan demografi responden. Bahagian kedua pula iaitu Bahagian B berkaitan dengan sikap
pelajar terhadap P&P Bahasa Melayu dan Bahagian C adalah konstruk kemahiran-kemahiran
abad ke-21. Data daripada soal selidik akan dianalisa menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0. . Penentuan julat tanda aras skor min
berpandukan kepada skala yang digunakan di dalam instrumen kajian (skala lima likert) dan
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah.
Penentuan tahap dan julat tanda aras skor min

Sangat tidak

Tidak

setuju

Kurang

setuju

1.99

Setuju

Sangat

setuju
2.99

setuju
3.99

1-99

1-2.99

3-3.99

4-5

Lemah

Rendah

Sederhana

Tinggi

Sumber: Adaptasi dan modifikasi daripada (Roslina Radzali, 2007)


DAPATAN KAJIAN

Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar


Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian bagi meninjau tahap kemahiran abad ke-21 dalam
kalangan pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian adalah dilihat daripada kemahiran abad-21
iaitu dimensi kemahiran literasi digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, penghasilan
produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
Jadual 1: Min dan sisihan piawai kemahiran abad ke-21 secara keseluruhan
Kemahiran abad ke-21
Literasi Era Digital

Min
3.85

Sisihan Piawai
0.672

Tahap
Sederhana

Pemikiran Inventif

4.07

0.680

Tinggi

Komunikasi Berkesan

3.69

0.576

Sederhana

Penghasilan Produktiviti Tinggi

3.79

0.686

Sederhana

Norma Dan Kerohanian


Keseluruhan

4.21
3.92

0.705
0.557

Tinggi
Sederhana

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan maklum balas yang diperoleh daripada soal


selidik. Didapati tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 bagi setiap
dimensi adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Dapatan menunjukkan dimensi pemikiran
inventif serta norma dan nilai kerohanian adalah pada tahap tinggi. Manakala dimensi
kemahiran literasi digital, komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi adalah
pada tahap sederhana. Keputusan tersebut dapat dilihat menerusi pencapaian nilai skor min
iaitu antara 3.68 (tahap sederhana)

hingga 4.21 (tahap tinggi). Secara keseluruhannya,

kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap sederhana iaitu pada nilai skor min 3.92.
Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
Jadual 2 menunjukkan terdapat 10 pernyataan berkaitan sikap pelajar terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kedua kajian iaitu
Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?.Berdasarkan pernyataan
dalam jadual tersebut, dapatan menunjukkan nilai skor min bagi setiap pernyataan adalah di
antara 3.57 (nilai min terendah) hingga 4.63 (nilai min tertinggi). Ini menunjukkan tahap
sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana dan tinggi.

Jadual 2: Min dan sisihan piawai bagi sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
No

Sikap Pelajar Terhadap Bahasa

Melayu
Saya rasa BM perlu dipelajari

oleh setiap pelajar


Ilmu BM berguna kepada saya

Saya seronok belajar BM.

Topik dalam mata pelajaran BM

berkaitan dengan kehidupan saya.


Ilmu
BM
berguna
dalam

pembangunan negara.
Saya
suka
mengikuti
perkembangan

10

menggalakkan

pelajar

berfikir secara kritis dan kreatif.


BM mengandungi aktiviti yang
dapat

dalam

karya kesuasateraan Melayu.


BM mengandungi aktiviti yang
dapat

terbaru

menggalakkan

pelajar

meneroka dan menyelidik.


BM menyediakan saya untuk
menghadapi

cabaran teknologi

abad ke-21.
Guru BM

sentiasa

memberi

maklumat tentang kerjaya dalam

STS

Frekuensi, Peratusan
TS
TP
S

Min

Tahap

SS

5
(1.8%)

4
(1.4%)

7
(2.5%)

57
(20.4%)

207
(73.9%)

4.63

Tinggi

1
(0.4%)
5
(1.8%)
2
(0.7%)

3
(1.1%)
4
(1.4%)
20
(7.1%)

10
(3.6%)
31
(11.1%)
66
(23.6%)

94
(33.6%)
133
(47.5%)
120
(42.9%)

172
(61.4%)
107
(38.2%)
72
(25.7%)

4.54

Tinggi

4.19

Tinggi

3.86

Sederhana

2
(0.7%)

7
(2.5%)

37
(13.2%)

100
(35.7%)

134
(47.9%)

4.27

Tinggi

11
(3.9%)

26
(9.3%)

87
(31.1%)

102
(36.4%)

54
(19.3%)

3.57

Sederhana

3
(1.1%)

14
(5.0%)

47
(15.8%)

125
(44.5%)

91
(32.5%)

4.02

Tinggi

2
(0.7%)

16
(5.7%)

69
(24.6%)

127
(45.4%)

66
(23.6%)

3.85

Sederhana

8
(2.9%)

16
(5.7%)

70
(25.0%)

113
(40.4%)

73
(26.1%)

3.81

Sederhana

15
(5.4%)

12
(4.3%)

56
(20.0%)

106
(37.9%)

91
(32.5%)

3.88

Sederhana

4.06

Tinggi

bidang BM.
Keseluruhan

Penyataan ini meliputi (1) saya rasa Bahasa Melayu perlu dipelajari oleh setiap
pelajar (min=4.63), (2) ilmu Bahasa Melayu berguna kepada saya (min=4.54), (3) saya
seronok belajar Bahasa Melayu (min=4.19), (4) topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
berkaitan dengan kehidupan saya (min=3.86), (5) ilmu Bahasa Melayu

berguna dalam

pembangunan negara (min=4.27) dan penyataan (6) saya suka mengikuti perkembangan
terbaru dalam karya BM (min=3.57).
Selain itu, penyataan ini juga meliputi (7) Bahasa Melayu mengandungi aktiviti yang
dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (min=4.02), (8) Bahasa Melayu
mengandungi aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar meneroka dan menyelidik
(min=3.85), (9) Bahasa Melayu menyediakan saya untuk menghadapi cabaran teknologi
abad ke-21 (min=3.81) dan pernyataan (10) Guru Bahasa Melayu
maklumat tentang kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu

sentiasa memberi
(min=3.88). Secara

keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi iaitu pada nilai min=4.06.
Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran abad ke-21 berdasarkan
jantina
Jadual 3: Analisis ujian Mann-Whitney U kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina
Jantina
Kemahiran Lelaki
Perempuan
abad ke-21

Mean

136
144

Rank
133.58
147.03

8851.500

-1.389

0.08

0.165

p>0.05
Jadual 3 menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar perempuan
(147.03) adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (133.58). Namun, ujian Mann-Whitney U
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan
jantina pelajar (U=8851.500, z=-1.389, r=0.08, p>0.05). Hal ini bermakna kemahiran abad
ke-21 antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza. Dapatan ini dibuktikan
dengan nilai saiz kesan yang sangat kecil (r=0.08). Oleh itu, hipotesis nol adalah diterima.
Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi
sekolah
Jadual 4: Analisis Ujian Mann-Whitney u kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah
Lokasi
Sekolah
Bandar
Kemahiran
Luar
abad ke-21
Bandar
**p<0.05

Mean

140
140

Rank
154.62
126.38

7823.500

-2.918

0.17

0.004**

Jadual 4 menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar bandar (154.62)
adalah lebih tinggi daripada pelajar luar bandar (126.38). Ujian Mann-Whitney U mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan lokasi sekolah
(U=7823.500, z=-2.918, r=0.17, p<0.05). Hal ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara
pelajar bandar dan pelajar luar bandar adalah berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai
saiz kesan yang kecil (r=0.17). Oleh itu, hipotesis nol adalah ditolak.
PERBINCANGAN
Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar
i.

Literasi era digital

Berdasarkan Jadual 1, ttahap penguasaan pelajar bagi literasi era digital adalah sederhana.
Hal ini disokong oleh Normala, Zaliha, dan Mohamad (2005) mendapati tahap literasi
komputer pelajar sekolah menengah di negeri Kedah adalah sederhana tinggi iaitu 66.67
peratus sahaja. Fenomena ini membimbangkan kerana jika min tahap literasi komputer
berada kurang daripada 50 peratus maka pelajar menghadapi tahap buta komputer. Kumpulan
penyelidik juga menjelaskan bahawa tidak terdapat perhubungan di antara sikap dengan
kemahiran literasi komputer. Punca bagi tahap literasi komputer yang rendah dijelaskan
dalam Robiah et al. (2001) yang melaporkan pelajar berpendapat bahawa guru jarang
mengaplikasikan komputer dan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan
terkini oleh Zaitun & Doriyah (2011) pula mendapati kekerapan guru menggunakan perisian
pendidikan yang disediakan Kementerian Pelajaran Malaysia berada pada tahap rendah.
Seharusnya perkara ini tidak berlaku dalam acuan pendidikan di Malaysia. Hal ini berikutan
pengajaran dan pembelajaran dengan literasi era digital memberikan manfaat yang baik
kepada para pelajar. Boaler (1997) dalam Thomas (2000) subjek kajian seramai tiga ratus
orang mendapati bahawa dalam peperiksaan awam, lebih ramai pelajar di sekolah yang
menggunakan kemahiran yang terkandung dalam kemahiran Abad 21 lulus dengan
cemerlang. Bernt et al. (2005) dalam kajiannya mendapati keberkesanan Kemahiran Abad 21
dalam pengajaran memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, memupuk rasa
tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi
pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif
dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.

ii.

Pemikiran inventif

Berdasarkan Jadual 1, pemikiran inventif pelajar Tingkatan 4 berada pada tahap yang tinggi.
Dapat dilihat dalam jadual tersebut bahawa daripada sepuluh penyataan berkaitan pemikiran
inventif tersebut hanya dua penyataan sahaja yang berada pada tahap sederhana iaitu
penyataan ketiga Saya selalu berfikir pelbagai kaedah dalam menyelesaikan isu-isu
mengenai BM dan penyataan kelima Saya merancang strategi belajar dalam pembelajaran
BM. Berdasarkan daripada kenyataan tersebut, dapat dikenal pasti bahawa pelajar tidak
menggunakan pemikiran inventif atau berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembelajaran
Bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh guru dan pelajar itu sendiri. Peranan yang
dimainkan oleh guru dalam menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah begitu penting. (Faezah & Saemah 2011)
menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tanpa unsur-unsur
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjadi tidak efektif. Namun begitu pelajarpelajar mempunyai gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan yang berbeza. Oleh itu
penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan strategi yang berkesan
untuk melayan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan pelajar
iii)

Komunikasi berkesan

Pada keseluruhannya, tahap kemahiran komunikasi berkesan pelajar berada pada tahap
sederhana tinggi .Hanya penyataan lima dan lapan sahaja yang mempunyai nilai min yang
tinggi iaitu saya selalu mendengar dan menerima pandangan daripada ahli kumpulan, dan
saya yakin bahawa kerja berkumpulan adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Manakala kemahiran komunikasi pelajar antara satu sama lain adalah sederhana.
Kemahiran berkomunikasi merupakan kriteria penting. Kajian yang dijalankan oleh Adam et
al. (2008) iaitu berkaitan dengan kemahiran komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Kajian ini membincangkan cara atau teknik komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan antaranya ialah cara penggunaan ayat, penggunaan nada dan
juga suasana audiens. Berdasarkan kajian Adam (2008) ini, beliau juga turut membincangkan
tentang

tujuan

komunikasi

iaitu

saling

faham

memahami,

menjalin

hubungan,

mempengaruhi, membantu dan berseronok. Antara faedah berkomunikasi yang dibincangkan


oleh pengkaji ialah seperti dapat menyampaikan mesej atau maklumat dengan berkesan,

dapat mengenali sikap seseorang individu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara
individu, dapat menyelesaikan masalah yang rumit, mendidik diri berakhlak mulia, dapat
membina jaringan hubugan dengan masyarakat luar, berfikir sebelum bertindak dan
membentuk satu komuniti yang baik.
Penghasilan produktiviti tinggi
Tahap penghasilan produktiviti dalam kajian ini adalah berada pada tahap sederhana tinggi
seperti yang terdapat dalam Jadual. Daripada aspek perancangan dan pengurusan hasil
tugasan, pelajar tidak menyusun tugasan mengikut keutamaan, tugasan yang diberikan tidak
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, tidak menggunakan multimedia di dalam kelas
serta tidak menghasilkan karya yang bermutu. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 antara lain
bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan segala kecanggihan ICT,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar yang berdaya saing dan mempunyai sahsiah
diri dan interpersonal yang tinggi. Hal ini bermakna dalam pendidikan Bahasa Melayu,
keupayaan dan pencapaian guru bukan sahaja diukur berdasarkan peratusan cemerlang
(kuantiti) dalam peperiksaan, tetapi juga berdasarkan kualiti pelajar yang dihasilkan itu. Jika
pelajar yang dihasilkannya itu berjaya menguasai pelbagai kemahiran dan pada masa yang
sama mempunyai kelulusan dalam peperiksaan, maka guru berkenaan sudah berjaya
menghasilkan produk yang bermutu tinggi, terutamanya dalam menghadapi cabaran kerjaya
pada masa kini. Menurut Kellner (2000), pelajar yang kurang atau tidak memperoleh
kemahiran-kemahiran abad ke-21, mereka akan menghadapi banyak saingan dalam
kehidupan, terutamanya cabaran dalam dunia kerja. Oleh itu, penghasilan produktiviti tinggi
dalam pendidikan Bahasa Melayu juga harus diberi perhatian oleh setiap guru dan juga
pelajar jika mahu berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Norma dan kerohanian
Berdasarkan Jadual 1, secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa tahap norma dan
kerohanian adalah pada tahap yang tinggi. Pelajar sudah tahu dan menghayati nilai-nilai
murni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan nilai dan norma kerohanian dalam diri
pelajar telah berjaya. Pelajar yakin dan bersetuju bahawa norma dan kerohanian dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memberikan impak yang positif dalam diri

mereka. Zamri (2011) menyatakan kemahiran abad ke-21 berkaitan dengan normal, nilai
murni dan kerohanian ini bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu menerapkan elemenelemen ini ketika mengajar Bahasa Melayu. Penerapan dan penyebatian norma, nilai murni
dan kerohanian ini tidak hanya diserapkan secara tersurat dalam kandungan kurikulum, tetapi
juga secara tersirat. Menerapkan nilai rasa bersyukur mempelajari Bahasa Melayu, mencintai
bahasa ibunda serta menyedari akan kepentingan ilmu bahasa dalam kehidupan serta
menyepadukan ilmu bahasa dengan pelbagai ilmu atau merentas ilmu serta mengaitkan ilmu
bahasa dengan ilmu dunia dan akhirat adalah penting dalam melahirkan pelajar yang
memiliki kemahiran abad ke-21 yang seimbang dalam aspek norma, nilai murni dan
kerohanian.
Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Secara keseluruhannya, dapatan kajian sikap pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah pada tahap yang tinggi. Merujuk Jadual 2, analisis persetujuan setiap
item menunjukkan hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa Bahasa Melayu berjaya
menarik minat mereka untuk mempelajarinya. Hal ini disokong kajian oleh Jerie dan Zamri
( 2011), Abdul Rasid (2010), Abdullah (2004), Chithra (2003) dan Zarina (2001). Kajian yang
dijalankan ini pada keseluruhannya menunjukkan sikap pelajar yang positif terhadap
pembelajaran bahasa dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa. (Chithra 2003)
pula mendapati murid India menunjukkan keputusan yang sama, iaitu murid India
mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian
mendapati, murid India mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Bertitik-tolak daripada pernyataan tersebut pengkaji berpendapat bahawa persepsi
yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk agar pelajar
tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan di Malaysia.
Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina
Secara keseluruhannya, analisis perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina Dapatan ini
dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang sangat kecil (r=0.08). Dapatan ini bertentangan
dengan kajian yang dilakukan oleh Amiruddin et al. (2006). Berdasarkan kajian tersebut,

didapati bahawa pelajar perempuan mempunyai min (M=4.28, Sp=1.71) tahap kemahiran
yang tinggi berbanding dengan min (M=3.78, 1.32) tahap kemahiran pelajar lelaki. Kajian
Tuan Mastura (2011) juga mendapati analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan skor min yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan
jantina murid tingkatan empat dari segi literasi era digital dan komunikasi berkesan.
Rumusannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 berdasarkan
jantina dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu walaupun terdapat dapatan
kajian lain yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina pelajar
terhadap kemahiran abad ke-21.
Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah
Secara keseluruhannya, analisis perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi
sekolah menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar bandar (154.62) adalah
lebih tinggi daripada pelajar luar bandar (126.38). Ujian Mann-Whitney U mendapati
terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan lokasi sekolah. Hal
ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar adalah
berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang kecil (r=0.17). Walaupun tiada
dapatan atau kajian khusus berkenaan kaitan lokasi sekolah dengan kemahiran abad ke-21
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, namun dapat dipastikan bahawa
daripada dapatan Tuan Mastura (2011) dari segi sekolah terdapat perbezaan skor min yang
signifikan dari segi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian. Daripada kajian
yang dijalankan menunjukkan bahawa lokasi sekolah dan jantina pelajar turut memainkan
peranan dalam pembinaan kemahiran abad ke-21 pelajar.
CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan dan dapatan yang diperolehi, berikut diusulkan
beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian sebagai rujukan untuk penyelidikan dan
penambahbaikan pada masa hadapan. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:i.

Kajian ini hanya melibatkan pelajar dari sekolah menengah kebangsaan di daerah
Segamat Johor, sahaja. Adalah diharapkan pada masa akan datang kajian lanjutan

yang dijalankan dapat melibatkan semua jenis sekolah menengah di setiap negeri
dalam Malaysia dan bukan hanya tertumpu dalam satu daerah sahaja mahupun satu
negeri sahaja. Hal ini membolehkan perbandingan kemahiran abad ke-21 pelajar
tingkatan empat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dikenal pasti. Selain itu
sekiranya kajian lanjutan dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia, dapatan yang
diperolehi akan dapat memberikan gambaran sebenar.
ii.

Oleh kerana kajian kemahiran abad ke-21 masih merupakan satu bidang penyelidikan
pendidikan yang agak baru di Malaysia, maka diharapkan pada masa akan datang
kajian lanjutan yang dijalankan dapat memperincikan lagi instrumen kajian dari segi
komponen setiap kemahiran yang digunakan. Hal ini dapat memberi kesahan dan
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

iii.

Kajian yang serupa boleh dijalankan dengan memfokuskan masalah-masalah


pembelajaran Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pelajar. Hal ini bertujuan meninjau
secara mendalam dan mendapatkan gambaran sebenar dalam mempertingkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

iv.

Kajian boleh dilanjutkan juga melalui penghasilan model pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu yang dapat memupuk kemahiran abad ke-21 pelajar.
Hal ini bermaksud kaedah penyelidikan tinjauan boleh ditukar kepada kaedah
eksperimental dengan menggunakan modul dan kajian ini boleh dilakukan secara
kualitatif seperti temubual dan penyeliaan terhadap guru dan pelajar yang terlibat
untuk memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh.

v.

Kajian lanjutan pada masa akan datang diharapkan dapat dilakukan kepada guru-guru
Bahasa melayu bagi mengenal pasti tahap kemahiran abad ke-21 mereka dan
seterusnya dapat mengenalpasti hubungan kemahiran tersebut dengan pencapaian dan
perolehan kemahiran ke atas pelajar.

KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran seharusnya berupaya membina pelajar yang mampu berfikir
berasaskan ilmu pengetahuan dan mampu menyatukan ilmu tersebut dengan pengalaman.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana pengintegrasian kemahiran abad ke-21

dalam kalangan pelajar Tingkatan empat terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Dengan meninjau kemahiran-kemahiran abad ke-21, pendidik, pelajar dan organisasi
pendidikan dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan terhadap keperluan dalam
kalangan pelajar. Selain itu, dapatan kajian ini dapat membantu guru memberikan kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif serta bercirikan
kemahiran-kemahiran abad ke-21 kepada pelajar. Selaras dengan itu, hal ini dapat mencapai
objektif pengajaran yang telah ditetapkan di dalam kurikulum sekolah. Penekanan juga harus
diberikan terhadap pelaksanaan serta pendekatan pengajaran guru sama ada di dalam atau di
luar kelas bagi memastikan pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap mata
pelajaran Bahasa Melayu. Pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran perlu diaplikasikan
bagi memastikan para pelajar berminat dan bermotivasi untuk mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu dan sekaligus akan turut membentuk kemahiran abad ke-21 pelajar. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai
aktivti yang lebih berpusatkan kepada pelajar agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran
tersebut dan seterusnya dapat menghadapi persaingan dalam dunia yang semakin mencabar.

RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di
kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International
Malaysia Educational Technology Convention.
Abdul Rasid Jamian. 2010. Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Adam@Karim Abdul Malek. (2003). Hubungan komponen sastera dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu terhadap pemilihan jurusan pelajar Tingkatan Empat di daerah
Seremban. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Azalya Bt. Ayob (2003). Kepentingan Kemahiran Generik Di kalangan Pekerja Di Industri
Elektrik Dan Elektronik Di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Chithra a/p Raju. (2003). Sikap dan motivasi pelajar India dalam pembelajaranBahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
dalam kalangan murid Cina. Jurnal Malaysian Education Deans Council. Volume 6,
Disember. USM
Djohan Abdul Rahman, Eity Norhyezah Asyurah & Mohamad Ali Hanifiah Abdullah. (2011).
Pembelajaran berasaskan projek mandiri menerobos melampaui jidar tembok tradisi:
pengalaman tiga peringkat. Seminar Bahasa Melayu 2011, 233-252.
Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall.
Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti Fatimah Mohd Yassin, Nik
Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Zarin Ismail. 2001. Pendidikan dan
latihan guru bahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab abad ke-21. Laporan Akhir
Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Kamsiah Abdullah.(2000). Sikap, penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu di Singapura.
Angkatan Sasterawan 50, Singapura.
Kellner, D. 2000. New technologies/new literacies: Reconstructing education for the new
millennium. Taeching Education, 11(3) 245-265.
Normala Ismail, Zaliha Hj. Hussin & Mohamad Kamil Ariff Khalid. Komputer Pelajar.
(2005). Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah. Jurnal
Pendidikan (30) 129 139.
Robiah Sidin & et.al. 2001. Pembudayaan sains dan teknologi: kesan pendidikan dan latihan
di kalangan belia di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 27: 35-45.
Rose Amnah Abdul Rauf, Abd Rashid Johar, Lilia Halim & Siti Rahayah Ariffin. (2004).
Pemupukan Kemahiran Proses Sains di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua i Sekolah
Bestari. Jurnal Teknologi, 40(e) jun. 2004: 1932
Tuan Mastura Tuan Soh, Nurazidawati Mohamad Arsad & Kamisah Osman. (2011). Peranan
Lokasi Sekolah dan Jantina Murid dalam mempengaruhi Kemahiran Abad ke-21
Pelajar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.
Zaitun Hj. Sidin & Doriyah Endut. (2011). Penggunaan Perisian Kursus Yang Dibekalkan
Kementerian Pelajaran Malaysia oleh Guru-Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran
di Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah Rendah Zon Benut, Pontian. Jurnal Pendidikan.
1-9
Zamri Mahamod & Zarina Othman. 2001. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran.
Zamri Mahamod. 2011. Seminar Bahasa Melayu. Bangi. Fakulti Pendidikan, UKM
Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Ala-Uddin Othman.
(2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Di SMKA Di Malaysia.
GEMA Online Journal of Language StudiesVolume 11(2) May 2011.

Anda mungkin juga menyukai