Anda di halaman 1dari 11

Dato Onn Jaafar - Yang Dipertua UMNO yang pertama

 Tidak dinafikan, kelantangan Presiden Pertama UMNO itu turut menyumbang ke arah
kebangkitan semangat nasiolisme rakyat Tanah Melayu dalam menuntut kemerdekaan
selepas tertubuhnya parti pembela bangsa Melayu itu pada tahun 1946. Bagi Onn, orang
putih yang terbabit secara langsung dengan tertubuhnya Malayan Union harus ditentang
kerana mereka mengganggu gugat kedudukan istimewa orang Melayu serta sultan-sultan
Melayu.
 Pensyarah Sejarah, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nazarudin Zainun berkata, dalam hal
ikon sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ ia harus melihat kepada definisi.
“Di mana-mana pun yang akan digelar atau diiktiraf sebagai bapa kemerdekaan bukanlah
daripada pengkritik tetapi pelaku. Berapa ramai yang telah mengkritik Presiden Pertama
Republik Indonesia, Sukarno, baik sesama sehaluan aliran politiknya mahupun lawan
politiknya.
“Akhirnya Sukarno tetap dijulang sebagai Bapa Kemerdekaan Indonesia. Begitu juga yang
berlaku di Filipina.
"Di dalam kes Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia, kedudukan dan peranan
yang telah dimainkan oleh Tunku Abdul Rahman menepati definisinya sebagai seorang tokoh
dan Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu. Kalau kita lihat di Filipina misalnya, Manuel Luis
Quezon yang diiktiraf sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Filipina’ turut menerima nasib yang sama
apabila beliau dikritik hebat oleh lawan politiknya.

"Begitu ramai individu yang tampil memberikan sumbangan mereka ke arah kemerdekaan
Filipina tetapi Quezon juga menjadi pilihan rakyat Filipina. Jadi, oleh kerana gelaran sebagai
‘Bapa Kemerdekaan’ hanya wujud satu sahaja maka pada akhirnya siapa yang paling banyak
sumbangannya akan diiktiraf.

"Apa yang paling penting, siapa yang menjadi pemenang berhak mendakwa diri mereka
sebagai hero negara,” ujarnya sewaktu dihubungi Malaysian Digest.

Namun, apakah faktor pemilihan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama
sekaligus dikenang sehingga kini sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ kita?

Tunku Abdul Rahman merupakan individu yang menerima kepercayaan majoriti rakyat ketika itu.
Menariknya, sebelum Tanah Melayu merdeka lagi, saya tidak nafikan sikap diplomasi beliau
merupakan salah satu faktor yang diberikan rakyat terhadapnya,” jelasnya.

Di sebalik pemahaman itu, ramai pula menganggap Republik Indonesia sanggup ‘bertumpah darah’
demi kemerdekaan negara sehingga tercetusnya revolusi kebangkitan rakyat pembebasan daripada
Belanda tetapi hal ini bertujuan demi melindungi kemerdekaan yang mereka perolehi selepas
berjuang berhabis-habisan.
Perkara ini telah memperlihatkan ramai orang memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang
mendapat kemerdekaan dengan ‘mudah’ dan tidak perlu melangkah kehadapan, bergadai nyawa
demi negara tercinta.

Persoalan, Onn menentang secara lantang tetapi tidak dilakukan Tunku Abdul Rahman. Jadi, adilkah
tokoh yang berani ke hadapan tidak dihargai?

“Bila berceita tentang sejarah negara, apa yang sering kali berlaku kecenderungan untuk menjadikan
Malaysia sebagai contoh yang sangat tinggi Mereka silap dengan menganggap sejarah Tanah Melayu
itu ‘kontot’ sahaja. Biasanya sejarah mengenai tanah air kita ini akan bermula daripada zaman
Melaka yang beerti pada tahun 1,400 atau kurun ke-15.

“Umum mengetahui bahawa sejarah bertulis mengenai Tanah Melayu ialah daripada catatan China
yang telah wujud sejak kurun ketiga sebelum masihi lagi. Dalam konteks ini, kita boleh melihat jika
hanya mengambil kira sejak zaman kejatuhan Melaka sehingga merdeka, berapa banyak nyawa
rakyat yang tergadai?

"Lihat sendiri sewaktu penjajahan Jepun dan Bintang Tiga. Berapa ramai orang kita yang mati?

“Bukankah sebahagian daripada mereka itu terkorban kerana cuba untuk mempertahankan negara,
agama dan banga? Mengapa pula mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang juga?

"Apakah hanya kerana cuma mempertahankan kemerdekaan melalui Revolusi Indonesia maka
barulah layak diiktiraf sebagai pejuang? Sedangkan kejayaan diplomasi juga sebenarnya hanya
terjadi setelah banyak pengorbanan dilakukan? Baik dalam bentuk harta benda mahupun nyawa
mereka sendiri,” tegas Dr Nazarudin.

Mengenai sumbangan antara Onn dengan Tunku Abdul Rahman, mereka sama-sama mempunyai
peranan masing-masing di dalam landasan yang mereka gemari dan kuasai. Isu sejarah dipandang
mudah bukan ketika hendak mendapatkan kemerdekaan tetapi bagaimana sejarah itu disajikan
kepada pembaca.
Ini kerana sejarah itu ditulis dalam keadaan yang mempunyai tujuan tersendiri. Ada yang bertujuan
untuk merekonstruksi masa lalu berdasarkan sumber dan fakta yang ada dan ada juga yang menulis
sejarah untuk tujuan propaganda serta cuba hendak menjadi ‘hero’.

Ada golongan yang menulis sejarah untuk melegitimasi kekuasaan seseorang atau sesebuah dinasti.

“Bagi mencari siapa yang patut menjadi hero kemerdekaan bergantung kepada apakah definisi hero
yang digunapakai.

Sebab masih ada lagi 'unsung' hero yang tidak terkira ramainya. Apakah tahap pencapaian atau
tindakan oleh seseorang sehingga boleh dianggap sebagai hero? Tentunya soalan ini sukar dijawab
jika diambil kira dari aspek kuantiti.

“Tentunya jika definisi hero agak longgar, maka lebih ramai yang akan dijulang sebagai hero. Soal
hero dan ‘Bapa Kemerdekaan’ adalah berbeza. Bapa Kemerdekaan’ hanya seorang sahaja tetapi hero
boleh menjadi ramai. Fahami sejarah bangsa anda sendiri,” katanya.
Perjanjian London. Tarikh kemerdekaan ditetapkan 31 Ogos 1957.

ii. Suruhanjaya bebas gubal Perlembagaan

iii. Parti Perikatan tidak akan ambil alih perniagaan British atau kepentingan Barat diTM

iv. Perjanjian pertahanan dgn British akan ditandatangani bagi menjaga keselamatan dan
kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.

v. Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

vi. Kuasa pusat dibahagikan dgn kuasa negeri diteruskan.

c) Kembalinya Rombongan
SEJARAH KEMERDEKAAN-PART 1
PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA(1955).

1. Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu


diadakan pada 27 Julai 1955.
2. UMNO, MCA, dan MIC telah bergabung menjadi Parti Perikatan bagi
mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu dalam menghadapi pilihan raya
ini.
3. Matlamat utama Parti Perikatan dalam pilihan raya ini adalah untuk
mencapai kemerdekaan Tanah Mulayu.
4. Parti-parti lain yang turut bertanding ialah:
(a) Parti Buruh
(b) Parti Negara
(c) Parti Progresif Rakyat
(d) Parti Islam Se-Malaya (PAS).
5. Didapati lebih daripada 80% pengundi memberi sokongan kepada Parti
Perikatan.
6. Berdasarkan sokongan ini, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan.
7. Kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut menunjukkan
penduduk Tanah Melayu boleh bersatu.
8. Berikutan kemenangan itu, kerajaan British mengiktiraf Parti Perikatan
sebagai kerajaan yang mewakili rakyat Tanah Melayu.
9. Sistem Ahli ditukar kepada Sistem Menteri.
10. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah melayu yang
pertama.
11. Pesuruhjaya Tinggi British masih:
(a)Ketua Persekutuan.
(b)Mempunyai kuasa pembatal untuk membatalkan sebarang undang-
undang yang digubal oleh Majis Undangan persekutuan.
ROMBONGAN KE LONDON(1956)

1. Seperti yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya umum 1955, wakil Parti
Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah
Melayu setelah memenangi pilihan raya umum 1955.
2. Rombongan tersebut berlepas ke London pada Januari 1956 dan diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman.
3. Rombongan ini terdiri daripada:

1. 4 orang wakil kerajaan Perikatan


(a) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(b) Dato’ Abdul RazakHussein
(c) Dr. Ismail Abdul Rahman
(d) Kol. H. S. Lee

2. 4 orang wakil Raja-raja Melayu


(a) Datuk Panglima Bukit Gantang
(b) Dato’ Mohd Seth
(c) Dato’ Nik Ahmad Kamil
(d) Abdul Aziz Majid

3. Wakil-wakil British di Tanah Melayu.


4. Hasil daripada rundingan ini, Perjanjian London di tandatangani pada 8
Februari 1956.
5. Antara isi kandungan Perjanjian London 1956:
(a) Kerajaan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada tanah
melayu pada 31 Ogos 1957.
(b)Kerajaan British berjanji memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu dengan syarat sebuah Suruhan Jaya Perlembagaan baru bagi
Tanah Melayu yang merdeka.
(c) Parti Perikatan berjanji tidak akan memiliki atau mengambil alih harta
benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.
(d) Rakyat British bebas Menjalankan aktiviti ekonomi mereka.
(e) Pangkalan tentera British di Tanah Melayu akan dikekalkan supaya
British dapat melindungi Negara dan menjaga kepentingan mereka.
6. Setelah kembali ke tanah air, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh
kemerdekaan di Padang Bandar Hilir, Melaka.

Antara yang menyertai rombongan


Biografi Ringkas
Allahyarham Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(1903-1990)

Tunku Abdul Rahman Putra : Bapa Kemerdekaan Malaysia

PENGENALAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,
dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970.
Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran
sebagai ”Bapa Kemerdekaan” dan ”Bapa Malaysia”.

Kehidupan Peribadi

Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor
Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku Merupakan anak
lelaki yang ke tujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menjalara, adalah seorang isteri Sultan
Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, iaitu anak perempuan Lung Naraborirak
(Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

Kronologi Perkhidmatan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1931 Berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Kedah


1938 Pegawai daerah Sungai Petani dan kemudiannya di Kulim Kedah
1940 Timbalan Pengarah Pertahanan Awam di Kedah Selatan
1949 Pengerusi UMNO Kedah
1951 Dilantik sebagai Presiden UMNO
1954 Presiden Parti Perikatan
1955 Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
1955 Ketua Menteri Tanah Melayu dan memegang portfolio Menteri Dalam Negeri
1955 Mengetuai delegasi kemerdekaan ke London
1956 Memegang portfolio tambahan sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamatan
Dalam Negeri
1957 Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga Menteri Hubungan Luar
1959 Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah
1959 Ketua Menteri Tanah Melayu (selepas pilihanraya)
1963 Perdana Menteri Malaysia
1964 Selain dari tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku juga merupakan
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan .
Permulaan Sebagai Tokoh Negara

Sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra dalam penyatuan kaum dalam dilihat melalui
cara diplomasi yang digunakan oleh beliau sehingga tidak menyinggung perasaan
antara kaum. Sehubungan itu, melalui Parti Perikatan beliau telah berjaya membawa
kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan seterusnya menjadi Malaysia yang berjaya.
Seperti yang kita semua tahu, penyatuan merupakan asas penubuhan Malaysia
sehingga ke hari ini. Tunku Abdul Rahman telah bekerja keras untuk membebaskan
Negara dari cengkaman penjajah. Bagi mencapai matlamat tersebut, beli au telah
mendapatkan keyakinan pihak British dengan melantik beberapa orang tokoh di
kalangan masyarakat Cina dan India untuk turut sama mentadbir Negara.

Sebagai ketua, Tunku Abdul Rahman perlu menjaga kebajikan semua rakyat. Beliau
perlu memastikan ketuanan masyarakat Melayu terjamin, disamping memastikan
masyarakat Cina dan India menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka.

Pada tahun 1951, UMNO telah mengorak langkah dengan memasuki era baru apabila
Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik sebagai Presiden UMNO yang baru
menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Setelah perlantikan tersebut, Tunku telah berjanji
akan berusaha untuk memastikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1955, Perikatan telah menyuarakan kehendaknya pada Kolonial British
untuk mengadakan satu pilihanraya umum untuk membuktikan bahawa Malaya ketika
itu sudah bersedia untuk Merdeka. Usaha mereka membuahkan hasil di mana
Perikatan telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yg dipertandingkan. Setelah
itu, sebuah jemaah menteri atau kabinet telah ditubuhkan. Tunku juga terlibat dengan
Rundingan Baling yang melibatkn Tunku sendiri bagi pihak kerajaan dan Chin Peng
bagi pihak Parti Komunis Malaya (PKM). Pada 1963, Tunku juga memainkan peranan
penting dalam pembentukan MALAYSIA iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. Beliau juga menyarankan supaya sebuah pertubuhan
yang dipanggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia) diwujudkan bagi
membincangkan kerjasama antara tiga buah negara.

SUMBANGAN:
Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai misi ke London untuk berbincang dengan
pihak kerajaan British berkenaan kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan merdeka
tersebut telah sampai ke London pada 14 Januari 1956. Tunku telah bekerja keras
dengan mendapatkan sokongan dari semua kaum bagi memberi keyakinan kepada
pihak British. Usaha beliau tersebut telah menampakkan hasil apabila beliau telah
menandatangani perjanjian kemerdekaan di Lancaster House, London pada 8 Februari
1956. Rentetan dari peristiwa itu, Tanah Melayu telah berjaya mendapatkan
kemerdekaan dari pihak British. Pengisytiharan kemerdekaan telah dilaungkan di
hadapan dua puluh ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja -raja serta
perwakilan dari tiga puluh negara Komanwel dan negara-negara asing yang lain pada
tarikh keramat 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Perpaduan
Di bawah kepimpinan Tunku, beliau telah menjelajah seluruh pelusuk Negara untuk
bertemu dengan rakyat bagi membangkitkan kesedaran dan semangat perpaduan.
Melalui usaha tersebut, beliau telah mendapat sokongan dan kerjasama dari semua
kaum. Ianya dapat dilihat dengan wujudnya sebuah Parti Perikatan yang
menggabungkan UMNO dan MCA pada 1952. Perikatan telah memenangi pilihan raya
Majlis Bandaran Kuala Lumpur.

Keamanan Negara

Dalam usaha Tunku Abdul Rahman Putra untuk mencapai kemerdekaan, beliau sedar
bahawa kemerdekaan Tanah Melayu hanya dapat dicapai sekiranya darurat
ditamatkan. Justeru itu, Tunku telah melantik dirinya sendiri sebagai menteri
Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Perkara utama yang menjadi tumpuan
beliau pada masa itu adalah ingin menamatkan tempoh darurat. Ini kerana beliau
melihat hanya melalui kemerdekaan sahaja yang dapat merealisasikannya.

Pada 24 Disember 1955, satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak PKM di
Baling, Kedah. Perjumpaan tersebut diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra sendiri
dan juga disertai oleh Tun Tan Cheng Lock selaku Presiden MCA dan David Marshall
selaku Ketua Menteri Singapura. Manakala pihak PKM diwakili Chin Peng sebagai
ketua perwakilan, Rashid Maidin dan Chen Tian. Tiga siri perjumpaan telah diadakan
dalam masa dua hari itu.

Semasa rundingan tersebut, satu gencatan senjata telah diisytiharkan dan penarikan
balik pasukan keselamatan yang mengawal telah mengurangkan perasaan bimbang
pihak komunis. Tunku Abdul Rahman Putra menyatakan kesanggupan beliau
bekerjasama sekiranya PKM menerima syarat-syarat penyerahan diri dan turut serta
dalam pergerakan politik dengan cara perlembagaan. Tunku telah mencadangkan
kepada Chin Peng supaya meletak senjata. Rundingan telah ditamatkan pada 29
Disember 1955. Dalam rundingan itu, Chin Peng bersetuju apabila sebuah kerajaan
persekutuan dipilih sebagai menerajui Tanah Melayu, PKM akan meletak senjata dan
membubarkan PKM. Pada 8 Februari 1956, Tunku telah mengumumkan penarikan
balik tawaran pengampunan. Pada 31 Julai 1960, Sultan Izzuddin Shah, iaitu Yang di -
Pertuan Agong mengisytiharkan tamatnya zaman darurat di Tanah Melayu.

Perhubungan Antarabangsa

Dasar luar negara adalah penting dalam usaha menjalinkan persahabatan dan
kerjasama serantau dan negara-negara luar.

Tunku Abdul Rahman Putra telah memberi sumbangan yang baik kepada negara.
Beliau telah mula mengamalkan piagam Bangsa-bangsa Bersatu bagi memelihara
keamanan dunia secara bersama. Kerjasama antarabangsa amat penting untuk
perkembangan ekonomi, pelancongan dan kebudayaan. Beliau juga telah meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang berkecuali.

Antara kerjasama Malaysia dalam pertubuhan serantau adalah seperti Persa tuan Asia
Tenggara (ASA), MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia), Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN). Malaysia juga termasuk dalam negara -negara
Komanwel, Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara
Islam dan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali.
Persatuan Asia Tenggara (ASA) merupakan idea Tunku Abdul Rahman Putra. Idea
tersebut telah dikemukakan kepada Presiden Filipina yg pada masa itu iaitu Carlos P.
Garcia dan akhirnya telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan J ulai 1961 di
Bangkok, Thailand. Objektif penubuhan adalah untuk menjalin kerjasama dalam
bidang perdagangan, pelajaran, pertanian dan perusahaan.

Penyatuan Tanah Melayu, Sabah, sarawak, Brunei dan Singapura untuk membentuk
Malaysia telah mendapat tentangan daripada Indonesia.bagi meredakan keadaan,
Tunku telah mengadakan satu mesyuarat di Manila, Filipina. Dengan itu, maka
tertubuhnya sebuah pertubuhan yang di panggil MAPHILINDO (Malaysia, Filipina
dan Indonesia).

ASEAN pula telah ditubuhkan secara rasmi pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.
Antara negara-negara yang menyertai ASEAN pada ketika itu adalah Malaysia,
Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Ianya bermatlamatkan pengembangan
ekonomi, sosial dan kebudayaan serantau. Malaysia juga menjadi an ggota Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 17 September 1957 dan merupakan anggota WHO
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia), ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa), UNESCO
(Pertubuhan Pelajaran, Sains & Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu), FAO
(Pertubuhan Makanan dan Pertanian) dan WB (Bank Dunia). Beliau juga telah
mencadangkan penubuhan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan telah dilantik
sebagai Setiausaha Agung yang pertama bagi Pertubuhan tersebut.

Saat-Saat Akhir

Pada usia 87 tahun, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal dunia di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh
orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, sebelum
diterbangkan ke Alor Setar. Setibanya di Kedah, jenazah Allahyarham Tunku Abdul
Rahman diberi penghormatan terakhir oleh Sultan dan Sultanah Kedah di Balai Besar,
sebelum dikebumikan di Makam Diraja, Alor Setar. Pemergiannya merupakan suatu
kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa dikenang oleh rakyat Malaysia.

AL –FATIHAH

Anda mungkin juga menyukai