Anda di halaman 1dari 2

Dalam sejarah perkembangan bangsa dan negara

Malaysia, kita pernah dijajah oleh Imperialis Barat


seperti Portugis, Belanda, British dan negara Jepun.

Dasar penjajahan yang menindas rakyat dan


mengeksploitasi hasil bumi menyebabkan rakyat kita
bangkit menentang penjajah. Tokoh-tokoh seperti
Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut, Haji
Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Rentap,
Syarif Masahor dan Mat Salleh merupakan mereka
yang berani menentang penjajah walaupun kejayaan
tidak menyebelahi mereka.

Perjuangan menentang penjajah diteruskan lagi pada


era 1950-an. Asas perjuangan ini adalah untuk
mencapai kemerdekaan setelah sekian lama dijajah.
Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada
pelbagai kaum telah menjadikan kesepakatan dan
kebersamaan untuk mencapai kemerdekaan. Maka
lahirlah tokoh-tokoh pejuang seperti Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun H.S. Lee dan Tun V.T.
Sambanthan yang telah berjaya membawa
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Harapan saya agar kita semua tidak melupakan jasa


dan perjuangan mereka yang begitu besar. Sekian
terima kasih.
Pada minggu lepas, saya telah menyentuh tentang
tokoh-tokoh pejuang yang berjuang untuk
memerdekakan negara kita. Hari ini saya akan
menyentuh tentang Perdana Menrteri Malaysia yang
telah banyak berjasa dan membawa kemajuan kepada
Malaysia setanding dengan negara-negara Asia yang
lain.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj bin Sultan Abdul
Hamid Shah yang turut digelar Bapa Kemerdekaan.
Perdana Menteri yang kedua Tun Haji Abdul Razak
bin Dato Haji Hussein pula terkenal dengan
panggilan Bapa Pembangunan.
Seterusnya, Perdana Menteri ketiga Tun Hussein bin
Dato Onn yang mendapat julukan Bapa Perpaduan.
Manakala Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir
bin Mohamad yang berjaya membawa perubahan
besar dalam lanskap kemajuan negara sehingga digelar
Bapa Pemodenanan.
Selain itu, Perdana Menteri kelima iaitu Tun Abdullah
bin Haji Ahmad Badawi pula terkenal dengan
panggilan Bapa Pembangunan Modal Insan.
Akhir sekali, Perdana Menteri Keenam iaitu Dato Seri
Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang
telah diberi gelaran Bapa Transformasi Malaysia.
Sebagai rakyat malaysia, kita semestinya menghargai
segala jasa dan sumbangan yang telah mereka
curahkan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai