Anda di halaman 1dari 7

TUN SIR HENRY H.

S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan
kaum dan kemerdekaan
negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan
peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan
UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara
semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik
sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan
pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

Serba-sedikit tentang beliau...


Sepanjang hayatnya, Tun H.S.Lee menyimpan setiap cebisan kecil kertas dengan
teratur.

Seperti yang diperkatakan anak sulung mendiang, Douglas: "Bapa kami ialah seorang
penyorok. Dia tidak pernah membuang apa-apa dan melihat semua benda berharga
waima resit letak kereta bernilai 20 sen.

Tun Lee, salah seorang pengasas MCA dan Parti Perikatan, hidup pada waktu yang
penting. Apa yang mengejutkan ialah dia tidak menulis autobiografinya.

Seorang anak lelaki, Thomas menambah: "Kami menawarkan untuk mendapatkan


khidmat penulis selain merakamkan perbualan serta memori. Dia tidak memberikan
sebarang sebab tetapi dia tidak akan berbuat demikian".

Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua maklumat hilang begitu sahaja. Sekarang,
22 tahun selepas kematiannya, 180,000 kertas persendirian berkaitan Tun Lee boleh
diperolehi untuk tatapan umum.

Anak-anaknya, Datuk Douglas Lee, 87, dan Datuk Thomas Lee, 72, menyerahkan
kertas tersebut pada Institut Kajian Asia Tenggara (Iseas) di Singapura pada 5 Mei.
Anak ketiga, George, tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

Berikutan pendermaan tersebut, Douglas berkata, satu bebanan dapat diasingkan dari
bahu mereka kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan koleksi besar
bapa mereka.

Koleksi tersebut disimpan dalam lebih 140 kotak di bilik stor rumahnya di Kuala
Lumpur.Satu perjumpaan pada 2003 menggerakkan satu siri peristiwa sehingga kertas
itu disimpan di Iseas.

Ahli sejarah, Dr Lee Kam Hing masih ingat bagaimana dia mengingatkan Douglas
jangan sesekali membuang dokumen yang kurang penting seperti bil dan resit.
Tun H.S. Lee (kiri) bersama Tun Tan Siew Sin yang menggantikannya sebagai Menteri
Kewangan pada 1959.

"Saya memberitahu ahli keluarga bahawa setiap cebisan maklumat resit dan bil adalah
penting.

"Ini kerana resit dan bil dapat memberitahu kita berapakah kos kehidupan dan
bagaimana kehidupan sosial ketika itu." ujarnya.

Dr Lee membantu Douglas berkomunikasi dengan pustakawan Iseas, Ch'ng Kim See
yang terbang ke Malaysia untuk menasihatkan keluarga itu tentang pengindeksan
dokumen.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Iseas, Prof Wang Gungwu memberitahu


kemurahan keluarga Lee telah membantu pihaknya memahami satu tempoh masa
yang kritikal dalam sejarah negara, dari 1945 hingga 1960.

"Kehidupan Tun H.S.Lee belum diceritakan sepenuhnya."

Satu persidangan antarabangsa tentang Lee telah dirancang diadakan pada tahun
depan di Iseas.

Daripada Timah Ke Politik


Henry Lee Hau Sik dilahirkan di Hong Kong pada 1901 dan belajar di Cambridge,
Britain. Di situlah beliau mengenali bakal King George VI.

Lee datang ke Malaya pada 1924 untuk mencari peluang perniagaan terutamanya
perlombongan.

Masanya di Malaya adalah penuh dengan peristiwa. Beliau terlibat dalam politik
Kuomintang dan aktiviti anti-Jepun. Semasa Perang Dunia Kedua, Lee melarikan diri
ke India bersama keluarganya kerana pihak Jepun ingin membunuhnya.

Beliau mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera
Cina yang kemudian ditempatkan di Burma.

Beliau turut dilantik sebagai kolonel dalam pasukan tentera Britian di India semasa
zaman peperangan. Beliau menjadi pengantara antara dua Pihak Berikat itu.

Lee memainkan peranan penting dalam membentuk satu pakatan pilihan raya dengan
Umno pada 1952, yang kemudiannya menjadi Parti Perikatan (sekarang Barisan
Nasional).

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan Perikatan yang diketuai Tunku
Abdul Rahman yang terlibat dalam perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan di
London pada 1956.

Beliau adalah satu-satunya penandatanganan Cina untuk perjanjian kemerdekaan


Malaya.

Lee ialah Menteri Pengangkutan dari 1953 hingga 1956 dan dilantik sebagai Menteri
Kewangan pertama untuk Persekutuan Malaya pada 1957. Dua tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan ekoran kesihatannya merosot.

Selain itu, beliau turut berperanan menubuhkan Malayan (kemudian Malaysian)


Chinese Association pada 1949, dengan bantuan kumpulan perniagaan Cina dan ahli
pendidikan.

Menurut Thomas, Lee juga dikenali sebagai seorang pemimpin terkenal di kalangan
komuniti Guangdong dan Gaozhou.

"Saya terkejut apabila seseorang menghampiri saya dan memperkenalkan dirinya


berasal dari Guangdong. Dia berkata keluarganya berasal dari Raub yang didiami
banyak orang Gaozhou. Dia beritahu saya sehingga hari ini, penduduk di situ masih
mengenali Lee Hau Shik."

Lee mengasaskan atau terlibat secara aktif dalam pelbagai institusi dan organisasi
termasuk Bank Negara Malaysia, Hospital The Lady Templer, China Press, Majlis
Olimpik Malaysia dan Persatuan Golf Malaysia.

Selepas bersara pada 1959, Lee menubuhkan Bank Pembangunan dan Komersial yang
sekarang dikenali sebagai bank RHB.

Beliau meninggal dunia pada 1988 di Kuala Lumpur. Jalan Bandar yang pada mulanya
dikenali High Street kemudian dinamakan semula sebagai Jalan Tun H.S. Lee untuk
mengiktirafnya.( http://tokoh1malaysia.blogspot.com/2011/07/tun-henry-hs-lee.html)
KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.
Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi,
pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos
1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum
amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada
Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap
menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela
membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan
menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan
pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira
kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh,
bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk
semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan
fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara
Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya
perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak
sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di
sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar
tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah
berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni,
para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian
kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun
Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan
hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang
dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada
menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia
kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi
walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat
dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar
yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti
peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah
perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik
lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini
tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di
negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan
rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk
di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum.
Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian
kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum
lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini
sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama
yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum
Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan
konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti
demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan
kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat
bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak
berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya
telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara
menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan
dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang
dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa
perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan
semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh
kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum
ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan
agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran
optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati
sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya
menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik
negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam
mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan
daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan
kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang?
Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan
peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada
tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik
tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita
bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi
negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan
tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk
membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat
jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza.
Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur
dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah
bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya
membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Anda mungkin juga menyukai