Anda di halaman 1dari 4

1.

Perlis

A. Bendera negeri Perlis

Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua buah


warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan
pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di
Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-
raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol
pemerintahan beraja yang terdapat di Perlis, manakala jalur
berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata.
Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja
dengan Rakyat".

Paduan warna bendera negeri Perlis bertentangan dengan


paduan warna bendera negara Ukraine kerana jalur atas pada
bendera Ukraine berwarna biru muda.
B. Jata negeri Perlis

Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud


pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula
melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu
kerana kekayaan hasil padinya.

C. Lagu Kebangsaan negeri Perlis - Amin amin ya Rabaljalil

Amin amin ya Rabaljalil


Doa hamba yang sangat zalil
Tinggikan daulat serta adil
Kekal perintah Jamalullail

Lagu ini digubah oleh Syed Hamzah ibni al-Marhum Syed Safi
Jamalullail (1895-1958).

D. Keistimewaan negeri Perlis

Sajian ikan bakar mungkin dianggap biasa di sesetengah tempat. Namun


bagi Kuala Perlis, sajian berkenaan dianggap suatu yang unik apatah lagi
ia menjadi imej serta tarikan utama pelancong ke kawasan terbabit
sejak sekian lama. Malah, kunjungan ke Perlis dianggap tidak lengkap
jika tidak merasai sendiri keenakan menu makanan laut Kuala Perlis,
terutama ikan bakar di kawasan medan selera yang dibina khas di
pesisir pantai Kuala Perlis, dikenali sebagai Laman Brasmana.Pendek
kata, anda pasti teruja menikmati sajian hasil laut segar yang
disediakan, sambil ditemani tiupan angin laut serta deruan ombak yang
menenangkan. Tambahan pula, harga bagi setiap hidangan juga
berpatutan. Bagi mereka yang mementingkan kesempurnaan dan
suasana romantis, waktu petang sebelum senja dianggap paling sesuai
kerana anda berpeluang menikmati keindahan panorama pantai Kuala
Perlis yang berlatarbelakangkan pemandangan matahari
terbenam.Tambahan pula, Laman Brasmana ketika ini sedikit lengang
dan tidak begitu sesak kerana pengunjung kebiasaannya lebih tertumpu
pada waktu malam, terutama bagi mereka yang bercuti bersama
keluarga. Namun, suasana malam tidak kurang hebatnya, kerana tiupan
bayu yang dingin akan membangkitkan lagi aroma ikan bakar serta menu
sajian lain. Selain itu, gabungan kedinginan malam serta kehangatan
sajian laut, pasti meninggalkan kenangan manis pada diri
anda.Bagaimanapun, anda tidak perlu risau dengan jumlah pengunjung
yang ramai kerana Laman Brasmana menyediakan pilihan yang
mencukupi dengan deretan 20 gerai yang menyediakan pelbagai menu
masakan laut dengan cita rasa yang berbeza.Bagi mereka yang inginkan
kelainan, menu sampingan turut disediakan di semua 20 gerai terbabit
untuk memenuhi permintaan selera pelanggan. Ini termasuk laksa Kuala
Perlis yang tidak kurang enaknya, pasembur, mee udang serta masakan
panas lain dengan harga berpatutan. Laman Brasmana terletak betul-
betul di hadapan Hotel Putra Brasmana atau kira-kira 50 meter
daripada Terminal Feri Kuala Perlis. Ia bukan saja menyediakan pilihan
gerai makanan laut, malah turut menempatkan kedai cenderahati serta
taman permainan kanak-kanak. Ruang pejalan kaki turut disediakan di
pinggir pantai yang ditambak dan sering menjadi tumpuan kaki pancing.
Malah, ia turut menarik minat pelancong untuk menyaksikan panorama
indah ketika nelayan keluar mencari siput gayam dan siput kretek di
benteng pasir terutama pada waktu pagi dan petang. Selain sajian
makanan laut terutama menu ikan bakar, Kuala Perlis juga terkenal
dengan imej perkampungan nelayan, apatah lagi kegiatan berkenaan
menjadi antara sumber pendapatan paling utama penduduk kawasan
berkenaan. Ia secara tidak langsung memberikan peluang kepada
pelancong untuk bersiar-siar sambil melihat perkampungan nelayan di
pinggir pantai, selain melawat Pusat Rekreasi Bukit Kubu yang terkenal
di negeri ini.Malah, kewujudan Terminal Feri sejak 1995 lalu, turut
meningkatkan lagi populariti Kuala Perlis, sehinggakan pekan terbabit
dianggap sebagai transit paling utama bagi pelancong untuk ke
Langkawi. Ini kerana Kuala Perlis mempunyai kelebihan jarak yang lebih
dekat iaitu hanya mengambil masa 45 minit untuk ke Langkawi,
berbanding satu jam 15 minit melalui Terminal Feri Kuala Kedah. Selain
itu, kedudukan laluannya juga lebih selamat daripada angin kencang dan
ombak besar berbanding dari Kuala Kedah, kerana terlindung di sebalik
beberapa pulau termasuk Pulau Brasmana, Pulau Panjang dan Pulau
Karat di wilayah Thailand.

Peta ini menunjukkan kedudukan negeri Perlis di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai