Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN PULAU LANGKAWI

Pulau Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut
Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau
utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pulau yang dikurniakan
dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan misteri dari cerita burung besar dan garuda,
pahlawan gagah perkasa dan puteri kayangan serta peperangan dan percintaan. Sebagai salah sebuah
pulau yang tercantik didunia, pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semulajadi
stalagmit dan stalaktit. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari
sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini
memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta keindahan kehidupan marin.
LAGENDA LANGKAWI

MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN


Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta
penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari
hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu
terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang
membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata. Disaat-saat akhir
kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama
tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam
dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda atau
terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan
dalam kepayahan.
LAGENDA PULAU DAYANG BUNTING
Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai
dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita
rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.

LAGENDA PUTRI DAYANG SARI

Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari
kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak
dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun
dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja
cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya.
Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat
nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata
puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan
kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi
yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah
merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari
yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.

Top

MISTERI TELAGA TUJUH


Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir
dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat
suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan
cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini
juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

Top

LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA


Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau
Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk
mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya
bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat
Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang

dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua
keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan
nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin
pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan
memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu
dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan
Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi
majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali
sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi
menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah
kepada dua gunung ini.

Top

PERJALANAN KE LANGKAWI

Melalui jalan raya


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam manakala 8
jam dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri, tempat letak
kereta untuk pelancong disediakan di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Selepas itu bolehlah mengambil feri
ekspres ke Langkawi dan apabila tiba disini, pengangkutan seperti bas, teksi dan kereta sewa tersedia di
Jeti Kuah.

Melalui Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat terletak 20 kilometer dari Pekan Kuah
dan 14 kilometer dari rumah peranginan tepi pantai di Pantai Cenang. MAS dan Pelangi Air menjalankan
perkhidmatan harian dari Kuala Lumpur ke Langkawi secara terus atau melalui Pulau Pinang.

Untuk tempahan, sila hubungi :


MAS, Tel: (603)-7463000
Pelangi Air, Tel: (603)-7465524/7703405

Melalui Keretapi
Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan yang selesa serta murah dari Kuala
Lumpur ke Alor Setar, Kedah dan Arau, Perlis. Dari Alor Setar atau Arau mereka bolehlah mengambil bas
atau teksi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis dan dari situ perkhidmatan feri ke Langkawi telah disediakan.

Untuk tempahan sila hubungi :


KTMB, Tel: (603)-2747435

Melalui Feri
Perkhidmatan feri berjadual dari Tanah Besar (Kuala Kedah dan Kuala Perlis) ke
Jeti Kuah di Langkawi ada disediakan.
Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau
Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula
jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi
perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di
mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa
Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang

bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan
seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah
kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala
putih. [1]

Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu,
Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di
Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas
Batu Kawi.

"Kawi" dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia.
Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan "Helangkawi" yang kemudian
menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber


sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan
itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku
oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut
menggabungkan dua perkataan Sanskrit"Langka" (keindahan) dan "Wi" (tidak terkira).

Geografi[sunting | sunting sumber]


Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara
Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama
gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di
kawasan tengah-barat pulau utama.[2][3]

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu
persegi).

Anda mungkin juga menyukai