Anda di halaman 1dari 29

ASAL USUL NAMA NEGERI BENDERA, JATA SEBAGAI LAMBANG NEGERI

DAN LAGU NEGERI DI MALAYSIA

1. PERLIS

 Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan nama


Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap
mempunyai keramat, iaitu “Tok Perlis”.
 Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan
ianya berasal dari perkataan siam “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa
hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang
siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah.
 Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh masyarakat tempatan
akhirnya menjadi “Perleh”.
 

 Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan nama

Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap

mempunyai keramat, iaitu “Tok Perlis”.

 Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan

ianya berasal dari perkataan siam “Phrau Loi” yang bermaksud kelapa

hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang

siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah.

 Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh masyarakat tempatan

akhirnya menjadi “Perleh”.

1
JATA

LAGU

2
2. KEDAH

 Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di

Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang

kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto.

 Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah “Kilah”,

“Kalah” atau “Qalha”.

3
 Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai “Kataha” atau

“Kadara”, sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai

“Kadaram” atau “Kalaram”.

 Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan

“Kheddah” yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang

mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa

arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang

menjual gelas berkaki pada masa itu.

JATA

LAGU

4
5
3. PULAU PINANG

 Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan

masyarakat asal melayu di kawasan pantai.

 Pulau Pinang pernah diberi nama “Prince of Wales” oleh Francis Light

pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya

wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir

penduduk tempatan.

6
JATA

LAGU

7
4. PERAK

 Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang

tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara

ialah di Beruas.

 Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena

dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja

Merong Mahapodisat Kedah.

 Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk

dijadikan sebuah negeri.

8
JATA

LAGU

9
5. SELANGOR

 Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis

serangga yang digelar ‘langau’.

 Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas

oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing

sungai.

 Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan

dijadikan penempatan  yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya

menjadi Selangor.

 Kononya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang

banyak terdapat di kawasan pinggir sungai.

 Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara

pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai

Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan

akhirnya menjadi Kuala Selangor.

10
 Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari

perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’.

 Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka

dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati.

 Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.

JATA

LAGU

11
6. NEGERI SEMBILAN

 Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah

gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;

1) Sungai 4) Jelebu 8) Ulu Pahang

Ujong 5) Johol 9) Segamat

2) Naning 6) Klang

3) Rembau 7) Jelai

 Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor,

Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor.

Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut

sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai 4) Johol 8) Terachi

Ujong 5) Ulu Muar 9) Jempol

2) Rembau 6) Inas

3) Jelebu 7) Gunung Pasir

12
JATA

LAGU

13
7. MELAKA

 Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk 

menendang anjing hingga jatuh ke sungai  dan Pokok Melaka tempat

beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka

mendapat namanya.

 Dalam naskah lama “Sejarah Melayu” memang sudah disebut nama

Melaka, ia mugkin dari istilah “Malakat” atau “Mulagah” yang

digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud “pusat / tempat

perdagangan “.

 Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai “Malayakolam”

atau “Malayaka” yang membawa erti “negeri orang melayu”.

14
JATA

LAGU

15
8. JOHOR

 Nama silam Johor adalah “Ujung Tanah”, sementara R.O Winstead

dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama

“Wurawari”, ianya adalah istilah jawa yang bermaksud “Air Jernih”.

 Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, “Hujung

Medini”(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama

Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat

dipercayai berasal dari  perkataan arab iaitu “Jauhar” yang membawa

maksud “Permata”.

16
JATA

LAGU

17
9. TERENGGANU

 Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk

Kelantan, lalu mereka berkata “terangnya genu”  atau maksud lainnya

“terang sampai ke sana”.

 Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari

kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek

kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh

penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai “Taring anu”,

sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai

Taring Anu”.

18
JATA

LAGU

19
10. PAHANG

 Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada

sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua.

 Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun

dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud “timah” yang mungkin juga

ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.

20
JATA

LAGU

21
11. KELANTAN

 Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai

Kalantan.

 Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya

berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama

Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan “Thana”

yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah “Kolithana” yang kemudiannya

disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai “Kolamtanah” atau

“Kolamtam” yang akhirnya menjadi Kelantan.

 Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini

sebagai “Ko-lo”. Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama

sepertu “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”. Sementara dalam peta

De’eredia, wujud nama “Calantan Rio”, sementara peta selainnya

disebut “Calantan”, “Calantam” dan “Calantao”.

 Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena

dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai

negeri Kelantan pada ketika itu.

22
JATA

LAGU

23
12. SABAH

 Pernah

dikenali

dengan

nama

“Api- api”,

Sabah mendapat namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis

pisang.

 Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka

di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

24
JATA

LAGU

25
13. SARAWAK

 Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana

Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama

Sungai Sarawak.

 Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan

nama Sarawak  berasal dari ungkapan ” serah pada awak”, iaitu

apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu

kepada James Brooke pada tahun 1841.

26
JATA

LAGU

27
14. WILAYAH PERSEKUTUAN

 Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh

kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah

perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan.

 Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak

diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran

Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

 Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala

Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

 Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara

rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan

Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran

Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

28
JATA

LAGU

29

Anda mungkin juga menyukai