Anda di halaman 1dari 23

10.

2 Negeri-negeri di Malaysia
10.2.1 Asal-usul Nama Negeri

1. P E R L I S

 Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan


nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang
dianggap mempunyai keramat, iaitu “Tok Perlis”.
 Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat
nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam “Phrau
Loi” yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan
banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan
laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah.
 Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh masyarakat tempatan
akhirnya menjadi “Perleh”.

2. K E D A H

 Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di


Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang
kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto.
 Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah
“Kilah”, “Kalah” atau “Qalha”.
 Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai “Kataha” atau
“Kadara”, sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai
“Kadaram” atau “Kalaram”.
 Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan
“Kheddah” yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga
yang mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki”
dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan
pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.

3. P U L A U PINANG
 Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan
penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai.
 Pulau Pinang pernah diberi nama “Prince of Wales” oleh Francis
Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat
dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak
di bibir penduduk tempatan.

Advertisements
REPORT THIS AD

4. P E R A K

 Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya


yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan
Gangga Negara ialah di Beruas.
 Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi
bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan
oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah.
 Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk
dijadikan sebuah negeri.

5. S E L A N G O R

 Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada


sejenis serangga yang digelar ‘langau’.
 Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah
tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di
tebing sungai.
 Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut
dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan
akhirnya menjadi Selangor.
 Kononya juga nama Selangor berasal dari
pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir
sungai.
 Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada
diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai
Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan
akhirnya menjadi Kuala Selangor.
 Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari
perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’.
 Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para
penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati.
 Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan
menjadi ‘selangur’.

6. N E G E R I SEMBILAN

 Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah


gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong 2) Naning
3) Rembau 4) Jelebu
5) Johol 6) Klang
7) Jelai 8) Ulu Pahang
9) Segamat

 Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada


Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat
kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9
kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong 2) Rembau


3) Jelebu 4) Johol
5) Ulu Muar 6) Inas
7) Gunung Pasir 8) Terachi
9) Jempol

7. M E L A K A

 Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor


pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok
Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain
bagaimana Melaka mendapat namanya.
 Dalam naskah lama “Sejarah Melayu” memang sudah disebut
nama Melaka, ia mugkin dari istilah “Malakat” atau “Mulagah”
yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud
“pusat / tempat perdagangan “.
 Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai
“Malayakolam” atau “Malayaka” yang membawa erti “negeri
orang melayu”.

8. J O H O R

 Nama silam Johor adalah “Ujung Tanah”, sementara R.O


Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor
dengan nama “Wurawari”, ianya adalah istilah jawa yang
bermaksud “Air Jernih”.
 Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah,
“Hujung Medini”(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama),
Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama
negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu
“Jauhar” yang membawa maksud “Permata”.

9. T E R E N G G A N U

 Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk


Kelantan, lalu mereka berkata “terangnya genu” atau maksud
lainnya “terang sampai ke sana”.
 Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal
dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau
Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah
dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu
sebagai “Taring anu”, sungai dimana taring tersebut dijumpai
juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.

10. PAHANG

 Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah
ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai
Pahang Tua.
 Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya,
namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud “timah” yang
mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang
terkenal dengan timah.

11. KELANTAN

 Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini


sebagai Kalantan.
 Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara,
ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada
Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan
perkataan “Thana” yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah
“Kolithana” yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada
ketika itu sebagai “Kolamtanah” atau “Kolamtam” yang akhirnya
menjadi Kelantan.
 Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat
ini sebagai “Ko-lo”. Dalam catatan China yang selainnya ada
dikesan nama sepertu “Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”. Sementara
dalam peta De’eredia, wujud nama “Calantan Rio”, sementara
peta selainnya disebut “Calantan”, “Calantam” dan “Calantao”.
 Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah
bersempena dengan nama pokok “Gelam Hutan” yang tumbuh di
pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.

12. SABAH

 Pernah dikenali dengan nama “Api-api”, Sabah mendapat


namanya daripada perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang.
 Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan
mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.

13. SARAWAK

 Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran


bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena
dengan nama Sungai Sarawak.
 Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang
mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan ” serah
pada awak”, iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan
pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841

10.2.2 Ibu Negeri dan Bandar Diraja

10.2.3 Bendera, Lagu dan Jata sebagai Lambang Negeri

Negeri Bendera Jata Lagu


Perlis Amin Amin Ya
Rabaljalil

Kedah Allah
Selamatkan
Sultan Mahkota

Pulau Untuk Negeri


Pinang Kita

Perak Allah Lanjutkan


Usia Sultan

Selangor

Duli Yang Maha


Mulia

Neg.
Sembilan
Berkatlah Yang
Dipertuan Besar
Negeri Sembilan

Melaka Melaka Maju Jaya


Johor Lagu Bangsa
Johor

Pahang Allah Selamatkan


Sultan Kami

Terengganu Selamat Sultan

Kelantan Selamat Sultan

Sabah Sabah Tanah Air


ku

Sarawak Ibu Pertiwi ku

Wilayah Maju dan


Persekutua Sejahtera
n
10.2.4 Gelaran Ketua Negeri bagi Negeri-negeri di Malaysia

1. P E R L I S - Ketua Negeri : Raja


2. K E D A H - Ketua Negeri : Sultan
3. P U L A U P I N A N G - Ketua Negeri : Yang Di-Pertua Negeri
4. P E R A K - Ketua Negeri : Sultan
5. S E L A N G O R - Ketua Negeri : Sultan
6. N E G E R I S E M B I L A N - Ketua Negeri : Yang Di-Pertuan
Besar
7. K E L A N T A N - Ketua Negeri : Sultan
8. T E R E N G G A N U - Ketua Negeri : Sultan
9. P A H A N G - Ketua Negeri : Sultan
10. J O H O R - Ketua Negeri : Sultan
11. M E L A K A - Ketua Negeri : Yang Di-Pertua Negeri
12. S A B A H - Ketua Negeri : Yang Di-Pertua Negeri
13. S A R A W A K - Ketua Negeri : Yang Di-Pertua Negeri
14. W I L A Y A H P E R S E K U T U AN - Ketua Negeri : Yang
Di-Pertuan Agong

10.2.5 Keunikan Warisan Sejarah negeri-negeri di Malaysia

1. P E R L I S (GUA KELAM)
 Salah satu gua batu kapur Formasi Setul yang terletak dalam Banjaran
Nakawan di Perlis dan terkenal dengan lombong bijih yang
menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.
 Menurut sejarah, nama Gua Kelam diambil sempena kegelapan yang
wujud di dalam gua itu sendiri.
 Gua tersebut begitu kelam tanpa ditembusi cahaya daripada luar.
 Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan
sungai di gua ini merupakan laluan yang yang baik untuk mengangkut
bijih timah dari lombong berhampiran sungai ini ke Kaki Bukit.
 Para pelombong menggelarkan gua tersebut sebagai Gua Kelam
kerana terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan
dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.
 Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit iaitu kira-kira 33 km dari
Kangar.
 Gua Kelam ini memiliki keluasan sebanyak 2000 hektar dan telah
diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai
2008.

2. K E D A H ( G U N U N G JERAI)

 Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana


keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya.
 Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai
penasihat peribadi baginda.
 Baginda telah bertitah agar membina sebuah menara di suatu tempat
yang tinggi dan berdekatan.
 Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak
Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan.
 Katanya Menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan
tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran
nama baginda daripada Maharaja Derbr kepada nama Islam baginda
dan negeri naugan baginda.
 Pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di
kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah
penyeliaan Sheikh Abdullah.
 Ketika menara itu hampir siap dengan takdir Allah, Sheikh Abdullah
jatuh satu dan meninggal dunia tidak lama kemudian.
 Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau telah mewasiatkan
agara mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran dengan
menara yang hampir siap itu.
 Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda dan disempurnakan
oleh para menteri.
 Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini
dipanggil ‘Padang Tok Sheikh’ sempena mengambil nama Gunung
Jerai.
 Panduan kepada pelayar yang berdagang di Tanah Melayu

3. P U L A U P I N A N G ( TARIAN BORIA )

 Pada mulanya sebagaimana amalan Syiah, mereka melahirkan


kedukaan di atas peristiwa tersebut dengan menyeksa diri sendiri.
 Namun, perubahan masa dan sekatan terhadap penyebaran
pemahaman Syiah menyebabkan boria mengambil bentuk baru.
 Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para
sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang
dikenali sebagai Tukang Karang.
 Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus,
marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.
 Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang
dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang
digunakan adalah ala Arab.
 Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk
Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab.
 Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga
dalam mengharungi kehidupan seharian.

4. P E R A K ( H U T A N SIMPAN ROYAL BELUM)

 Dicatatkan, Hutan Belum satu ketika dulu pernah menjadi lokasi panas
pertempuran pengganas komunis dengan tentera, terutama selepas
Jepun menyerah kalah.
 Malah, difahamkan, Hutan Belum juga pernah menjadi laluan masuk
tentera Jepun dari Thailand ketika Perang Dunia Kedua.
 Sejak tahun 1948 hingga tahun 1989, Hutan Belum dilabelkan sebagai
kawasan hitam berikutan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM).
 Malah, pengganas komunis menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat
persembunyian mereka.
 Perkara itu disahkan penduduk asal Kampung Belum Lama, Mohamad
Awang Kechik (Pakteh), 88, yang menceritakan bagaimana komunis
menguasai hampir segenap hutan seluas 300,000 hektar itu, malah ada
yang tinggal dalam kampung yang sama.
5. S E L A N G O R ( B U K I T M E L A W A T I )

 Bukit Melawati merupakan sebuah pusat pentadbiran dan kota


kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.
 Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di
puncak bukit ini.
 Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782 – 1826)
sebagai benteng pertahanan dari serangan Penjajah Belanda keranan
negeri Selangor terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda
dengan Johor dan Riau.
 Pada tahun 1784 akhirnya Kota ini dapat ditawan oleh Belanda dan
diberi nama ‘Kota Altingsburg‘, bersempena nama Gabenor Jeneral
Belanda.
 Kejayaan Belanda tidak lama kerana Sultan telah berjaya menawan
semula kotanya daripada kuasa asing, sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Sultan Ibrahim.
 Pada malam 27 Januari 1785, orang Pahang dan Penggawa Permatang
telah membantu baginda Sultan menawan semula kota ini daripada
tangan Belanda.
 Baginda meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor
dan berjaya menghalang kemaraan tentera Belanda. Serangan yang
bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini
sebelum subuh menyinsing.
 Tembok batu di Kota Malawati juga mempunyai nilai sejarah yang
tersendiri. Kota ini terletak di kawasan lapang dan telah dibina oleh
orang-orang Melayu ketika pemerintahan Sultan Selangor ke-2,
bertujuan untuk mempertahankan Kuala Selangor daripada serangan
Belanda pada masa itu. Kota ini menjadi tapak asas pentadbiran
Kesultanan Melayu pada masa itu.

6. N E G E R I S E M B I L A N ( I S T A N A S E R I M E N A N T I )

 Asal usul Seri Menanti bermula dari peristiwa seorang isteri yang
bernama Seri yang menanti kepulangan suaminya.
 Oleh kerana terlalu lama menanti, orang-orang kampung telah
menamakan tempat tersebut SERI MENANTI. (Menurut fakta temubual
bersama Norhalim bin Ibrahim, 1993)
 Nama Seri Menanti diambil sempena nama anak sungai yang hulunya di
sebuah bukit antara daerah Kuala Pilah dan Rembau dan mengalir
masuk ke Sungai Muar. (Catatan R. J. Wilkinson)
 Lambang pusat pemerintahan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

7. M E L A K A ( D O N D A N G SAYANG )
 Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah, nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para
pedagang yang singgah di Melaka.
 Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan
penyanyinya berjual beli pantun.
 Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya
disandang oleh pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi
kaunter dalam persembahan mereka
 Popular dalam kalangan Melayu dan Cina Peranakan.

8. J O H O R ( K U D A KEPANG )

 Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian tradisi yang ditarikan


Masyarakat Melayu tradisional.
 Tarian Kuda Kepang merupakan tarian warisan budaya Jawa dengan
pengaruh Islam.
 Diceritakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam
sebagai salah satu cara untuk mereka menyebarkan agama Islam.
 Ajaran Islam disampaikan sebelum dan selepas persembahan
dilakukan.
 Penduduk Johor amat menggemari tarian Kuda Kepang, terutamanya
yang berketurunan Jawa.
 Kuda Kepang dibuat dengan cara anyaman dan dibentuk seperti seekor
kuda tanpa kaki.
 Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau dari kulit binatang yang
diwarnakan untuk menjadikannya lebih menarik.
 Dipersembahkan dalam majlis keramaian.

9. P A H A N G ( T A M A N N E G A R A P A H A N G )

 Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang
dianggarkan berusia 130 juta tahun.
 Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat
menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling
rumit dan kaya di dunia
 Terletak di sempadan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

10. K E L A N T A N ( M A S J I D KAMPUNG LAUT )


 Masjid Kampung Laut Kelantan disebut sebut sebagai Masjid tertua di
Malaysia.

 Masjid Kampung Laut adalah salah sebuah masjid kayu yang tertua di
negeri Kelantan dan juga di Malaysia.

 Dalam abad ke-18,Kelantan menjadi tumpuan orang-orang Campa yang


datang belajar dan mendalami hukum-hukum Islam termasuklah Khatib
Sumat yang terkenal dalam sejarah Islam di Campa.

 Mengikut cerita daripada masyarakat tempatan bahwa dalam


pelayaran tersebut bila mereka tiba diperairan Kuala Kelantan untuk
menuju Jawa, kapal yang mereka naiki bocor dan dimasuki air.

 Lalu mereka bernazar jika jika kapal mereka selamat sampai kedarat
yang terdekat, mereka akan mendirikan sebuah masjid di tempat
tersebut yaitu disebelah timur Kampung Laut.

 Masjid ini bertahan dari dua banjir besar di Kelantan dan ahirnya
dipindahkan ke lokasinya sekarang untuk mencegahnya tergerus habis
oleh kikisan aliran Sungai Kelantan.

 Arsitektural masjid Kampung Laut sangat mirip dengan Masjid Agung


Demak, Jawa Tengah, Indonesia. Tak salah bila disebut sebagai
replikanya Masjid Agung Demak di Negeri Kelantan.

11. T E R E N G G A N U ( T A R I A N U L E K M A Y A N G )
 Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan.
 Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni
budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang
cuba dipertahankan sehingga kini.
 Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi
masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai
negeri Terengganu.
 Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu
Kepulauan Jawa.Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang
atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan
nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula
merujuk kepada makhluk halus.
 Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam
bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik.
 Ia biasanya diadakan pada waktu malam.
 Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah
Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang
ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang.

12. S A R A W A K ( G U A N I A H )
 Di kawasan gua itulah artifak zaman batu dan rangka manusia
moden tertua di Asia Tenggara ditemui.
 Penemuan itu menandakan wujudnya satu peradaban manusia
dan menjadikan taman itu sebagai satu pusat arkeologi
terpenting di dunia.

13. S A B A H ( H U T A N S I M P A N S E P I L O K )

 Merupakan Pusat Pemuliharaan Orang Utan yang dibuka pada tahun


1964.
 Pusat ini dikhususkan untuk mengkaji dan memelihara spesis Orang
Utan yang semakin pupus akibat pembalakan dan pembersihan hutan.
14. W I L A Y A H P E R S E K U T U A N K U A L A L U M P U R ( U N I V E R S I T I M
ALAYA )

 Universiti pertama yang ditubuhkan.


 Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah ‘Malaya’ yang
kemudiannya menjadi nama negara.
 Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti
ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: “Universiti Malaya buat
pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana
pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam
usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya,
inilah dia sebuah universiti untuk Malaya.”

K10.2.6 Kepentingan Menghormati Identiti Negeri

Seperti yang kita ketahui, setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti mereka yang tersendiri
dan terbahagi kepada 3 identiti iaitu Bendera, Lagu Negeri dan Jata negeri. Berikut adalah
kepentingan menghormati identiti negeri ;
K10.2.7 Kepentingan Taat Setia kepada Ketua Negeri
K10.2.8 Menunjukkan Rasa Bangga terhadap Warisan Negeri-negeri di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai