Anda di halaman 1dari 2

PONTIAN

Dahulunya dikenali sebagai Kukup. Nama Pontian muncul apabila lanun –


lanun menjadikan kuala sungai di kawasan tersebut sebagai ‘tempat
perhentian’ yang kemudiannya disebut secara ringkas oleh masyarakat
menjadi Pontian. Pontian bukan sahaja menjadi kawasan perhentian lanun
– lanun malah turut menjadi tempat persinggahan dan perhentian perahu
– perahu nelayan serta tongkang – tongkang dari Sumatera sejak dahulu
lagi

MERSING
Diambil namanya bersempena dengan nama pokok Mersinga atau
Mesinga. Pokok ini mempunyai nama saintifiknya iaitu Caralia Brachiata. Ia
seakan sama dengan pokok Merpuing yang banyak tumbuh di kawasan
Pantai laut. Pokok Mersing ini unik kerana apabila ditiup angin daripada
Laut China Selatan, ia akan menghasilkan bunyi yang gemersik

MUAR
Berasal daripada perkataan “muara”, sebuah Sungai yang bersejarah di
kawasan itu iaitu Sungai Muar. Pendapat lain mengatakan bahawa Muar
itu diambil daripada perkataan ‘muara’. Dalam Bahasa Sunda bermaksud
‘kuala Sungai yang luas’. Pada zaman dahulu, terdapat ramai pedagang
dari Sumatera dating ke Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu. Mereka
datang ke kuala yang terbuka lantas menamakan Sungai Muara. Bagi
memudahkan sebutan Sungai Muara, mereka menyebut ‘Muar’ Sahaja.

KOTA TINGGI
.
Berasal daripada nama kota yang dibina di Kawasan tinggi di tebing Sungai
Johor. Pembinaan kota tersebut bersetujuan untuk menangkis serangan
Portugisdan Acheh yang berusaha untuk melenyapkan Kesultanan Melayu
pada abad ke-16 dan ke-17

BATU PAHAT

Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, nama Batu Pahat diambil
bersempena dengan kisah tentera Siam yang diketuai Panglima Awi Di Chu
memahat batu untuk mencari air minuman di Pantai Minyak Beku.
Pahatan itu menghasilkan takungan air. Tentera Siam Ketika itu sedang
dalam persediaan untuk menyerang Melaka pada tahun 1456. Dikatakan
sejak itu ramai pelayar singggah di takungan air tersebut sehingga ia diberi
nama Perigi Batu Pahat.
KLUANG
Pada asalnya adalah berdasarkan spesies kelawar besar yang hidup dan
terbang pada waktu malam untuk mencari makanan. Ia dikenali sebagai
Keluang atau Malayan FlyIng Fox. Ada sebuah cerita mengisahkan bahawa
terdapat banyak binatang yang menyerang kebun buah – buahan sehingga
memanggil dukun untuk menghalaunya. Daripada nama haiwan tersebut
akhirnya muncul nama daerah Kluang.

TANGKAK

Berasal daripada perkataan ‘tang merangkak’ yang bermaksud perbuatan


“datang merangkak”. Ia dilakukan oleh seorang peneroka iaitu Long
Mahmud Bersama 7 saudaranya yang naik ke tebing Sungai Tangkak
menuju Bukit Tambak. Oleh sebab itu, ia disebut sebagai Tangkak

SEGAMAT

Berasal dari peristiwa Bendahara Paduka Tuan Tepok Bersama para


pengikutnya yang telah berundur ke Johor setelah kejatuhan Melaka ke
tangan Portugis. Bendahara dan para pengikutnya telah berhenti rehat di
suatu lubuk Sungai dan meminum air sungai tersebut. Setelah
meminumnya, beliau berkata “segar amat badanku ini!” dan seterusnya
menamakan Sungai tersebut sebagai Segar Amat. Namun lama – lama
kelamaan sebutannya berubah menjadi Segamat yang akhirnya digunakan
untuk menjadi nama sebuah daerah sahingga kini.

JOHOR BAHRU

Berasal dari peristiwa penyerahanpemerintahan Johor kecuali Kesang oleh


Sultan Ali kepada Temenggung Ibrahim pada 10 Mac 1855. Temenggung
Ibrahim bercita – cita untuk membuat satu pentadbiran yang kuatdan
hebat bagi menggantikan pusat pentadbiran sedia ada di Teluk Belanga,
Singapura. Baginda yang diiringi pembesar – pembesar berusaha mencari
Kawasan yang sesuai untuk dijadikan bandar dan pusat pentadbiran.
Baginda memudiki kuala Sungai Segget lalu mendarat di Bukit Tanjung
Puteri. Di situlah baginda mengisytiharkan Kawasan tersebut sebagai
Bandar Iskandar Puteri. Pada 1 Januari 1866, nama bandar ini telah ditukar
kepada Johor Bahru oleh Temenggung Abu Bkar Seri Maharaja. Ia
bersempena dengan kewujudan Kerajaan Johor Lama yang terletak di
sepanjang Sungai Johor. Oleh sebab itu, ia diberikan nama Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai