Anda di halaman 1dari 15

Terengganu adalah salah sebuah daripada tiga negeri di pantai timur.

Ia terletak di bahagian
timur semenanjung Malaysia, betul-betul menghadap Laut China Selatan. Negerinya sungguh
makmur dan tenteram. Daripada ketiga-tiga negeri di pantai timur, Terengganu boleh dikatakan
negeri yang paling kaya dengan hasil lautan dan sumber mineral yang melimpah ruah.

Sejarah yang panjang


Sejarah Terengganu adalah amat panjang. Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni dan
didiami sekurang-kurang pada abad ke-10 masihi. Catatan cendekiawan daripada China
seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’. Buku ’Cu-
fan-Cih’ karangan Cao Ju Kua tahun 1226 ada menyebut pula ‘Teng-ya-nung’. Ramai ahli
sejarah tempatan berpendapat sama ada Coa Cu Fei atau Coa Ju Kua, kedua dua mereka
tersebut merujuk kepada kedua-dua kepada nama Tengganu atau sekarang
dikenali Terengganu.
 

Pengaruh Islam
Terengganu dicatatkan sebagai negeri yang menerima pengaruh Islam paling awal di Tanah
Melayu. Penemuan batu bersurat oleh seorang pendagang dan pendakwah Islam, Syed Hussein
Ghulam al-Bukhari pada 1902 di Kuala Berang telah membuktikan bahawa Islam telah sampai di
Terengganu sekurang-kurangnya pada abad ke-12 masihi. Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad
Naquib al-Attas, tarikh sebenar batu ini adalah pada Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan
22 Februari 1303 masihi.

Negeri alim-ulama
Terengganu memiliki tradisi melahirkan ramai para alim ulama yang bertaraf wali. Antaranya
adalah Tokku Pulau Manis(Sheikh Abdul Malik),Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas(Sheikh
Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani), Tokku Tuan Besar (Saiyid Muhammad bin Saiyid
Zainal Abidin),Tok Sheikh Duyung(Sheikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-
Fathani), Tuan Guru Cik Umar Besut(Haji Umar bin Cik Ahmad) Tokku Paloh(Saiyid Abdur
Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus), Tok Ku Melaka(Saiyid Ahmad bin Saiyid Muhammad
al-Aidrus) dan Haji Abdul Rahman Limbong.
Di kalangan ulama yang dicatatkan ada yang mempunyai jalur keturunan yang sama seperti
Tokku Tuan Besar adalah bapa kepada Tokku Paloh dan datuk saudara kepada Tokku Melaka.
Ada pula di kalangan mereka adalah guru kepada ulama-ulama lain. Misalnya, Sheikh Abdul
Qadir Bukit Bayas adalah guru kepada Tokku Tuan Besar dan Tokku Paloh adalah guru kepada
Haji Abdul Rahman Limbong. Kesinambungan alim ulama di Terengganu masih lagi berjalan
sehingga ke hari ini dengan lahirnya beberapa ulama yang digelar ‘Tuan Guru’ seperti Tuan
Guru Haji Hadi Abdul Awang, Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah,Tuan Guru Haji Abas Kuala
Besut dan ramai lagi.

China Town di Kuala Terengganu.

Pemandangan Bukit Puteri daripada seberang laut.

Pemandangan kesibukan kapal keluar masuk dari atas Bukit Puteri.

 
Pasar Tanjung

Kesibukan menjual beli di tapak pasar kedai payang sekarang.

Pemandangan daripada seberang laut kampung Pulau Duyung.

Kampung Pulau Duyung

 
Perarakan bunga emas dan perak untuk dihantar ke Bangkok.

Kampung Seberang Takir tahun 1947.

Feri yang membawa muatan daripada Kuala Terengganu ke Seberang Takir. Sekarang sudah dimodenkan
dengan pembinaan Jambatan Sultan Mahmud.

 
Sewaktu banjir besar di Pulau Kambing.

Berjual beli di tapak Pasar Kedai Payang.

Satu pemandangan di kampung nelayan.

Suasana nelayan menarik perahu ke persisir pantai.

 
Kesibukan nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan.

Bandar Kuala Terengganu awal 1950-an.

Istana Badariah 1940-an.

 
Istana Maziah tahun 1895.

Masjid Abidin atau lebih dikenali Masjid Putih.

Istiadat diraja Terengganu tahun 1920-an.

 
Terengganu tahun 1980-an.

Tapak Pasar Marang tahun 1980-an.

 
Marang awal 1990-an.

Kuala Berang tahun 1950-an.

 
Perlabuhan Chukai dan bandar Kemaman tahun 1940-an.

Istana Kolam, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Kuala Terengganu

 
Pasar Kedai Payang sewaktu baru dibuka.

Kelihatan dengan jelas Bukit Besar di sebelah kanan gambar.

Kemeriahan pasar Kedai Payang.

 
Sekolah Melayu Pulau Duyong.

Sekolah agama Sultan Zainal Abidin.

Pemandangan di persisir pantai di Kuala Terengganu.

 
 

Perahu besar di muara Sungai Terengganu.

 
Terengganu tahun 1960-an.
Kuala Terengganu merupakan bandaraya perdagangan maritim yang penting pada zaman purba.
Kampung Cina yang terletak di pesisir Kuala Terengganu merupakan perkampungan pedagang Cina
yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu sejak awal abad ke 15. Kewujudan
Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara Kerajaan China dan
Kerajaan Terengganu. Perkataan ’Teng Ya Nu’ ada disebut dalam buku sejarah China seperti ’Ling
Wai Tai Ta’ karangan Cao Cu Fei tahun 1178 dan buku ’Cu fan Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1225.
Chao Ju Kua dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ’Teng Ya Nong‘ atau
Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur
Tanah Melayu. Perkataan tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk
Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke 2. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek telah
mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula dan
Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman. Catatan penulis China pada
masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah negeri yang dinamakan ’Tan Tan’ yang
menghantar ufti ke China dan Paul Wheatley merumuskan negeri yang dimaksudkan di dalam
catatan China itu mungkin berkerajaan di Kuala Besut atau Kuala Terengganu. Catatan tersebut juga
menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perniagaan utama di Asia
Tenggara pada abad ke 12. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-
pedagang asing pada zaman itu. Pedagang barangan seperti Kayu Gaharu, Kayu Laka, Gading
bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan Emas dan Perak. Rekod menyatakan Kuala Terengganu
adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He diantara tahun
1405 dan 1433. Pada abad ke 19, pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah di Kuala
Terengganu mencatatkan kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa
Melayu Terengganu. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting
antara Kerajaan China dan Kerajaan Terengganu. Bagaimanapun, pengaruhnya sebagai pelabuhan
terutama di kawasan Asia Tenggara merosot selepas ditakluk Empayar Melaka. Ini disebabkan
kebanyakan pedagang lebih gemar berhenti di Melaka, yang merupakan pusat perdagangan antara
China, India dan Asia Tenggara. Bukti lain kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu ialah
penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu
Kuno. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-
satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu sejak abad ke 14 lagi.
Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan DiRaja Johor
ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin 1.
Posted by Fatmiaini at 2:13 PM 

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai