Anda di halaman 1dari 4

CAT AIR

Cat Air Pengenalan Cat air adalah satu tradisi lama dan juga adalah asas medium
dalam mengambar suasana dengan kebolehan yang ada pada individu pelukis itu. Kebolehan
itu asasnya berkebolehan dalam membuat tone dan warna. Cat air adalah menghasilkan
gambaran dengan pelbagai teknik dengan menggunakan bahan warna dan pewarna seperti cat
yang memerlukan pelarut daripada air atau minyak untuk mencairkan atau memudahkan
pergerakan sapuan. Orang yang berkemahiran tinggi dalam menghasilkan catan boleh
menghasilkan bentuk yang lut sinar sebagai contoh angin yang bertiup. Kebiasaannya catan
yang dihasilkan dibuat menggunakan bahan pewarna yang di sapu ke atas permukaan yang
rata sama ada dalam bentuk nyata atau abstrak dan ini pengaruh yang ada dalam pemikiran
atau pun rekaan tertentu.

Setiap tahun cat air datang dengan lukisan yang lut sinar tanpa dengan menggunakan
warna putih tetapi ia adalah permulaan daripada kaedah adalah mengambil kira penggunaan
warna yang tersusun, dan mereka juga tidak boleh memperjelaskan diantara kawasan garisan
dengan cat air kadang- kala kita juga perlu memperggunakan warna putih dan gouache bila
warna putih memainkan peranan major atau penting. Campuran warna putih dengan kuatiti
yang berbeza akan memungkinkan perubahan warna akan memunculkan warna yang baru
dalan cat air, begitu juga dengan campuran warna- warna asas akan menghasilkan pelbagai
warna.

Tidak semua cat air mempunyai mempunyai bahan warna warna yang penuh dengan
bahan yang lut sinar dan kebanyakkan kandungan cat air adalah campuran daripada warna
putih, tetapi secara amnya, kebolehan bahan itu adalah nipis apabila dicairkan dan ini kan
memberikan kesan yang lut sinar. Dalam catan cat air, penggunaan kesan cahaya dalam
lukisan adalah utama begitu juga dengan bayang iaitu tempat yang mana memerlukan kesan
yang gelap dalam karya itu, dengan mengguna warna yang nipis yang di sapu keatas kertas ia
akan memberi tindak balas seolah- olah terdapat kesan cahaya dalam lukisan itu seperti kita
melukis jendela cermin yang ditembusi oleh cahaya. Pada asasnya cat air mempunyai warna
yang tetap yang telah ditetapkan, dan ia mempunyai warna- warna yang kita inginkan tetapi
pelukis yang begitu baik tidak akan menggunakan yang diberikan tetapi mereka akan
mencampurkan warna- warna yang ada untuk membentuk warna yang pelbagai.

Bila cat air mula di sapu pada permukaan kertas dan membentuk garisan sama tebal
atau nipis warna ini dan ia akan memberi kesan gelap dan cerah dan ini kita panggil sebagai
cahaya dan bayang. Kualiti yang baik dalam lukisan terpulang kepada pelukis dan ia juga
bergantung kepada teknik yang digunakan dalam lukisan yang dibuat dan penggunaan cahaya
dan bayang yang di buat. Cat air banyak juga memerlukan tahap dan teknik atau kaedah yang
tinggi barulah ia akan berjaya dan inilah di panggil sebagai lut sinar yang membolehkan anda
melukis semua benda dalam lukisan cat air ini walaupun terdapat benda yang sukar yang
hendak dibuat dan ia memerlukan latihan yang berterusan walaupun terdapat pembetulan
dalam cat air.
KAEDAH CAT AIR

catan teknik basah atas basah

BASAH ATAS BASAH 

Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia
ada semasa basah. 

Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama
untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah
dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat
bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan. 

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti
langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda. 
catan teknik basah atas kering

BASAH ATAS KERING 

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang
basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan
pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. 

Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk
melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama
dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada. 
Catan teknik kering atas kering

KERING ATAS KERING 

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi
warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada
kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di
atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi
tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana
sekitarnya.

Anda mungkin juga menyukai