Anda di halaman 1dari 2

CATAN A.

PENGENALAN -CATAN ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarnaatau cat yang disapu ke atas permukaan yang rata. -Aktiviti catan membolehkan seseorang merakamkan kesan cahaya pada bentuk rupa/ ruang serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. -Sejarah catan bermula pada Zaman Yunani Purba. -Di Malaysia bermula dan berkembang sekitar tahun 1930-an. B. ALATAN DAN BAHAN 1. bekas air 2. surat khabar 3. bekas pembancuh warna(pallete) 4. cat poster atau cat air (media) 5. pelbagai jenis berus C. TEKNIK CATAN (CAT POSTER) 1. BASAH ATAS BASAH -sapuan warna basah ke atas permukaan yang kering untuk menghasilkan kesan legap. -teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. -campuran warna yang hendak disapu hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. -kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. 2. BASAH ATAS BASAH -sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. -menghasilkan kesan lutsinar. sukar dikawal sapuannya. -campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. -sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang terang. 3. TEKNIK BERUS KERING -teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. -teknik ini juga boleh melibatkan kesan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. TETINGKAP -gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna dengan pekat. -kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya asingkan warna yang telah dibancuh. D. CATAN LANSKAP -aktiviti mengecat yang menjadikan alam semula jadi sebagai focus utama. -penggunaan tetingkap memudahkan kerja mencari komposisi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai