Anda di halaman 1dari 7

CATAN

CATAN

Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan
disapukan pada sesuatu pemukaan.

Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak
dan cat gouce. Biasanya permukaan bagi penghasilan catan adalah
kertas atau kanvas.

Walau bagaimanapun,penghasilan catan tidak terbatas di atas kertas dan


kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai permukaan
boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi.

SEJARAH RINGKAS CATAN


1. Penghasilan catan awal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan
oleh manusia pada zaman purba lagi.
2. Penggunaan materialnya adalah dengan menggunakan bahan-bahan
semulajadi yang dicampur dengan air dan disapukan pada permukaan
dinding gua.
3. Penghasilan catan moden di negara Eropah bermula sejak zaman
Renaissance, iaitu pada abad ke-14 lagi. Ia merupakan zaman
kemunculan penghasilan catan di Eropah. Ia menunjukkan negaranegara Eropah sudah pun mempelopori seni catan sejak sekian lama.
4. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke-19. Ia
dimulakan oleh pelukis-pelukis Malaysia yang telah mendapat
pendidikan di Institut Pengajian Seni di negara-negara Barat.
PENGGUNAAN MEDIA CATAN

TEKNIK-TEKNIK CATAN
Teknik catan cat air

Teknik basah atas basah


Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas yang basah dan
sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.

Teknik basah atas kering


Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah kering dan untuk
menampakkan jalinan imej lut sinar pada sesuatu permukaan atau imej.

Teknik kering atas kering


1. Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas
permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
2. Campuran warna yang agak pekat atau likat.
3. Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
4. Kesan legap.

Teknik catan cat minyak

Teknik impasto
Menggunakan warna yang tebal dan menimbulkan kesan jalinan pada
permukaan.

Teknik sapuan tepat/hard edge


Menpunyai gubahan yang teratur dan mempunyai batas sapuan warna yang
kemas dan tepat.Catan kelihatan seolah-olah dipotong dan biasanya pengkarya
menggunakan masking tape untuk memisahkan warna-warna yang disapu.

Teknik titik/ pointilisme


Sapuan warna terhasil mempunyai gabungan warna dari titik-titik kecil.Titiktitik warna yang berdekatan seolah-olah bercampur melalui mata audien.

Teknik kilatan/ glazing


Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi lapisan dan mempunyai
kesan lut sinar.

Teknik melembut/ scumbling


Menggunakan warna yang sederhana tebal dan mempunyai kesan sapuan warna
yang memberi permukaan jalinan yang lembut.

Teknik Alla Prima


Menggunakan warna terus daripada tiup tanpa mencampur dengan warna
lain.Warna yang kurang natural,sapuan warna biasanya rata dan menggunakan
warna yang agak terang.

Anda mungkin juga menyukai