Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Gabung Jalin Kaedah Gabung Jalin, iaitu kaedah pengajaran yang diutarakan oleh H.

G Widdowson, dibentuk berdasarkan teori pengajaran pendekatan komunikatif. Prinsip pengajaran Kaedah Gabung Jalin menekankan fungsi bahasa sebagaimana yang benar-benar berlaku dalam komunikasi bahasa.

Perkara-perkara yang digabungjalinkan dalam pengajaran ialah kemahiran bahasa yang betul-betul terlibat dalam komunikasi. Misalnya, kemahiran mendengar dan bertutur, berlaku dalam temu duga, dialog, wawancara, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya.

Begitu juga dengan kemahiran mendengar dan menulis, misalnya, apabila kita mendengar syarahan dan menulis nota (tentang syarahan yang didengar). Kemahiran membaca dan menulis, biasanya kita gabungkan apabila kita membaca buku teks dan mencatat nota daripada bacaan tersebut.

Dalam menggunakan kaedah gabung jalin ini, guru hendaklah pandai memilih dan menggabungjalinkan aktiviti-aktiviti bahasa yang realistik dan benar-benar

menggambarkan situasi penggabungan kemahiran dalam komunikasi. Kini konsep penggabungjalinan telah diaplikasikan oleh guru dengan cara yang lebih kreatif.
http://notapismp.blogspot.com/2010_09_01_archive.html

Konsep kesepaduan Konsep kesepaduan ialah gabungan beberapa aspek kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak.

Kesepaduan merupakan penyatuan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu dan membekalkan murid dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing.

Konsep kesepaduan dalam kurikulum menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna.

Anda mungkin juga menyukai