Anda di halaman 1dari 2

Monday, March 15, 2010

Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan terhadap


individu, masyarakat dan negara (2)

2. Gender
Kecenderungan pelajar lelaki dan perempuan memilih mata pelajaran yang bersifat kelakian dan
keperempuanan menyebabkan wujudnya jurang yang besar khususnya di IPT dan sektor awam.
Pemisahan ini telah jelas di bidang pengurusan di mana lebih 60 peratus tenaga pengajar di sekolah
terdiri dari kalangan perempuan. Kementerian Pelajaran yang mewajibkan setiap pelajar menyertai
satu jenis sukan di sekolah turut memberi tekanan ke atas sistem pendidikan untuk mencari calon
guru yang sesuai dengan berbagai-bagai jenis sukan kerana tidak semuanya bersesuaian dengan
guru perempuan.
3. Kumpulan minoriti
Kumpulan minoriti adalah kumpulan kecil dalam sesebuah masyarakat dan tidak berupaya
mempengaruhi kumpulan etnik lain. Contohnya Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di dalam atau
pinggir hutan. Sebahagian besar masyarakat ini mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan
bersifat sara diri. Dari segi pencapaian dalam pendidikan, tahap akademik mereka amat rendah dan
jauh ketinggalan.
Keadaan ini berlaku kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan yang kurang lengkap.
Bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan bilik darjah belum sempurna. Di samping itu, keciciran
sekolah juga menjadi faktor yang menghalang kemajuan pendidikan. Daripada kenyataan Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli, minat belajar dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih berada di tahap yang
rendah di mana kadar keciciran ialah 45 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus.
4. Murid berkeperluan khas
Murid berkeperluan khas memiliki kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan
purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa.
Mereka memerlukan pendidikan khas kerana berdepan dengan masalah menyesuaikan diri di sekolah
biasa.
Terdapat tujuh kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas iaitu
kerencatan mental, masalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan masalah
komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal serta pintar-cerdas dan berbakat istimewa.
Sekiranya kelompok ini tidak diberi perhatian dalam pendidikan mereka, kadar keciciran akan
bertambah dan menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Langkah kerajaan memperkenalkan
Akta Pendidikan Khas 1996 amat penting kerana memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan
untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang
sesuai dengan watak murid dan tindakan-tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas.
Selain daripada keempat-empat implikasi peluang pendidikan yang tidak sama, persoalan
kecemerlangan akademik di Malaysia lebih menjurus kepada perbezaan pelajar bandar dan luar
bandar. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan dasar penggunaan Bahasa Inggeris dalam
pengajaran Sains dan Matematik sejak 2003, hampir separuh pelajar tingkatan satu dan dua di luar
bandar telah gagal dalam kedua-dua subjek berkenaan. Kajian Kementerian Pelajaran pada 2005
mendapati pelajar tingkatan satu di sekolah menengah luar bandar hanya lulus 41.1 peratus bagi
subjek Sains manakala pelajar tingkatan dua 43 peratus. Bagi subjek Matematik, pelajar tingakatan
satu mendapat 42.1 peratus kelulusan dan tingkatan dua 46.3 peratus.

Sekolah di bandar mencatatkan kelulusan yang lebih tinggi di mana bagi subjek Matematik, sebanyak
57.5 peratus pelajar tingkatan satu telah lulus dan 59.6 peratus pelajar tingkatan dua turut lulus
(Utusan Malaysia, 1 Julai 2005).
Jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar boleh memberi impak negatif terhadap
pembangunan masyarakat dan negara. Polarisasi penduduk luar bandar yang terlibat dalam pertanian
sara diri sentiasa meletakkan diri mereka dalam tahap kemiskinan. Mereka juga kurang terdedah
dengan aktiviti-aktiviti pembangunan, akses kepada kemudahan asas yang terhad, prasarana
pendidikan dan kesihatan yang rendah serta limpahan pembangunan bandar yang lambat. Semua
faktor ini menyumbang kepada jurang ketidaksamaan bagi mendapatkan peluang-peluang pendidikan.
Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga
manusia yang cergas dan memiliki latar belakang pendidikan yang lebih baik. Langkah kerajaan
memperkenalkan konsep Sekolah Bestari, projek Sekolah Net, projek Smart Lab dan projek Sekolah
Vista adalah sebagai lonjakan kepada pemantapan sektor pendidikan negara. Usahasama
Kementerian Pelajaran Malaysia dan National Implementation Task Force (NITF)untuk menambah
baik jurang pendidikan adalah komitmen kerajaan bagi memperkasa pendidikan negara.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaanpeluang_15.html

Anda mungkin juga menyukai