Anda di halaman 1dari 7

Pualaman

Definisi
Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna
terapung-apung di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atas kertas
tersebut. Hasil pualaman boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau
kulit buku. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.
Asal usul
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan
dakwat kalografi. Secara amny, teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang
sangat mudah atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak.
Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua
orang (kanank-kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.
Alat dan bahan
1.

Cat Minyak

2.

Kaca

3.

Pisau palet

4.
Bekas berisi air
Proses penghasilan
5.
Kertas lukisan (yang agak tebal )
1. Bekas diisikan dengan air
6.
Penipis (Thinner)
2. bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri
3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki
4. Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan
dengan cepat
5. Keringkan

Contoh-contoh penghasilan pualaman

Titisan
Definisi
Titisan adalah teknik menggunakan warna lilin ataupun krayon yang dititis di atas
sesuatu permukaan. Teknik ini memerlukan kawalan yang baik dan perlu berhati-hati
kerana krayon perlu dibakar terlebih dahulu untuk dicairkan dan kemudiannya dititiskan
di permukaan kertas.
Permukaan kertas yang telah dititis dengan lilin akan disapukan dengan warna
dan dibiarkan kering. Ulangi proses tersebut sehingga lima ulangan untuk mendapatkan
hasil yang cantik dan menarik.
Bahan/alatan:

pensel ,
jangka
lukis ,
warna poster buncho,
span,
berus ,
lukisan

Proses penghasilan
Langkah 1

1. lakarkan bulatan atau tanpa bulatan terpulang pada daya kreativiti masing-masing.
2. Warnakan bulatan dengan mengunakan warna yang berlainan.
Langkah 2

1. nyalakan lilin dan titiskan lilin secara bebas di atas kertas yang telah diwarnakan.
2. Kemudian dengan menggunaka span, sapukan warna hitam ke atas seluruh kertas
lukisan itu.

Langkah 3

1. Gunakan pembaris untuk menguris titisan lilin itu.


Langkah 4

Hasil yang telah siap.

Tiupan

Definisi
Tiupan straw adalah salah satu teknik dalam bidang mencorak dan membuat
rekaan. Dengan munggunakan straw warna air yang terdapat pada permukaan kertas
ditiup sehingga mendapat kesan yang diingini.
ALAT DAN BAHAN

Warna air

Warna poster

Straw

Kertas
Proses

Langkah-langkah

1. Warna dicampurkan sedikit air. Titisan warna diambil dengan penyedut minuman.

2.Titiskan warna pada kertas lukisan.

3.Tiup Titisan warna.

4.Tiupan boleh dilakukan serentak.

5. Hasil yang telah sempurna.

Contoh-contoh Gambar Teknik Tiupan Straw

Anda mungkin juga menyukai